Assalamualaikum and hai.. Aku just nak share pengalaman aku yang x berapa seram tp seram. Haha. Seram sbb aku alaminya. Ok. Kisah pertama berlaku pada tahun 2014. Kisah ni aku dengar dari senior dan kawan aku.
Aku dan beberapa rakan terpilih untuk sertai kem pt3 dan spm disebabkan kami pelajar terbaik form 2. (tangan ke bahu) First sampai tu mmg happy. Hari pertama ok. Hari kedua malam tu ada talk penutup. Tengah2 nangis ada akak senior menjerit, terkejut semua. X tahu kenapa, rindu mak dia kot. Ahaha. Sebelum tu ustaz cakap ada bende kacau. Huhu. Kemudian malam tu masuk dorm masing2.
Aku duduk sebilik dengan kawan2 aku dan beberapa senior. Lepas siap2 kemas barang akak2 senior suh kitorang yang junior ni tido. Aku tido katil dekat pintu masuk. Si efa dekat tingkap.
Tengah2 ija dengan sarah. Katil asing2. Kami pun tidurla dengan tenang. Tp malam tu sarah x boleh tido sorang2, dia lari pergi dekat kak qis. So, katil sebelah aku kosong! Gulp! Haha. Esokkan pagi bangun awal sbb qiamullai dalam kul 3 kitorang bangun sbb xnak berebut.
Si ija ni kejut aku, aku dengan keadaan mamai pergi ambik apa yang patut. Kawan aku si efa pun bangun dengan sendiri katanya sbb bunyi bising aku bukak loker. Pun bolehh… Masa ni akak2 dah bangun. Kami pun secara berjemaah pergi tandas. Tapi si efa ni siap awal pula dengan kak qis dengan kawan dia.
Nasib ada yang tunggu aku.. Masuk dalam dorm mulalah akak2 tu cerita. Malam tadi diorang bunyi tapak kaki macam orang tengah jalan ulang alik depan pintu. Aku dah tergamam sebab aku paling dekat dengan pintu.
Diorg cakap lagi, pintu tu bergegar macam ada org nk bukak. Haiih, seriau. Then pintu loker berbunyi. Aku dengan efa, ija, sarah x layan. Kemas2 barang and duduk dekat koridor sbb dengar cikgu bising-bising gerak pelajar.. Ok x hbis lgi cite tu. Mase dalam bas nak balik tu pulak si efa ni tanya sorang akak senior tu ” akak ade tye efa ke pukul berapa dalam dorm tdi?” korang thu akak tu cakap apa? “mane ade?” sudhla waktu kul 3 pagi, dia sorang dalam dorm dengan sekerat akak senior. Bila dah efa tye camtu rancak pulak akak2 tu cerita.
Yang kawan dia tu ade bukak tingkap masa malam tu and pergi tegur ‘seseorang’ dkat bawah. Fuh! Cite ni x thu betul atau x, sbb akak2 tu yang cerita. Tpi yang kawan aku kena tu mmg ye.. Si efa boleh pergi jawab pukul berapa. Itu pengalaman pertama duduk tempat orang. Ade lagi yang jadi, malas nak cite sbb budak laki yang kena.
Kisah kedua jadi tahun lepas, kami pergi kem pengawas dalam kawasan felda. Sampai2 tu berebut lah katil. Bilik tu ada satu pintu sahaja, bila masuk tu ada ruang banyak sampai hujung. Setiap ruang ade 2 katil bujang.
Panjang lah bilik tu, sampai dekat tengah tngok kanan bilik air terus.. Bilik air pun boleh msuk dari luar.. Nak dijadikan cerita, aku dengan efa dapat katil paling hujung depan tu senior yang duduk. Letak je beg kat katil tu aku tengok efa, efa tengok aku. Ah! Xde pape tu, perasaan je.. Ok then, petang tu ade aktiviti riadah, kami siap2 la… Aku dengan sorang senior ni, kak aina x siap lagi. Si efa dengan yang lain tengah tunggu dekat bawah.
Kami duduk ditingkat dua. Masa aku nak pakai kasut depan pintu aku nampak efa lalu nak masuk tandas. Mmg dia. Lepas aku siap pakai kasut, aku tengok kat bawah efa xde lagi, aku masuk dalam bilik semula tunggu kak aina tu siap.
Eh lame pulak dia bersiap aku pun masuk dalam tandas. Niat nak panggil si efa.. “efa! Efa!” tiada sahutan. “efa!” kali kedua juga tiada. “efa!!” “emmm.. ” fuh, lega ada.. Tapi x tahu kenapa aku x teruskan bercakap aku senyap dan berjalan depan tandas. Bilik air tu besar. Depan tempat untuk mandi, belakang tandas.
Ak lalu depan tandas satu persatu, tandas ketiga tertutup, aku nak tolak tapi aku tak boleh buat, hati aku x sedap.. Aku masuk semula dalam dorm, kak aina x siap lagi, aku tanya dia “ada nampak efa x?” sbb cermin tu sebelah pintu je. “x perasan pulak” aku pun masuk balik dalam tandas panggil efa.
Tapi x bersahut jugak, aku dah x sedap hati. Tengok bawah, efa elok aje bergelak ketawa dekat bawah.. Sape yang jawab panggilan aku? Suara sebijik macam efa! Nak kata orang dari luar nak khianat tak logik sbb suara tu bergema! Dalam tandas, bayangkan orang kosong.. Aku suruh kak aina tu turun cepat.. Turun je bawah aku terjah efa. “bila masa kau turun?” “dah lama.” ” kau ke yang sahut aku?” “sahut apa?” “aku panggil kau dalam tnds tdi, yang kau jwb ermm tu apa?” “mne ade!! efa diam.. Yang lain pun diam.
Kak aina nak sedapkan hati kitorang suh kitorg jangan layan bende gitu.. Malam tu aku dengan efa nak tidur, tapi ntah kenapa. Kitorang x boleh tido kat tempat kitorang pilih tu.. X sedap hati.. Kitorang lari dekat lia yang tidur dekat tengah2 sikit. Dan malam tu, akak2 senior tak bagi tutup lampu.
Inilah pengalaman aku yang aku xkan lupa. Main2 suara pulak, aduimak! 2 kali datang tempat ni, nasib baik kali kedua rmai2. Aku and the geng duduk atas katil bergosip. Kami betul2 depan menghadap pintu.
Tengah kami bergosip, orang lalu lalang. Tombol pintu ada orang nak bukak. Yang tengah berjalan berlari pergi katil masing2, yang kami pulak tarik selimut buat-buat tidur sebab ingatkan cikgu. Tapi cikgu tak masuk2. Pintu berkunci. Memanglah x masuk. Haha. Tapi pelik, kenapa cikgu x ketuk kan? Lepastu aku x ingat, sama ada akak senior ni pergi bukak tengok sape atau x sbb kami terus tidur, disbbkn aku dah kena kat tempat yang sama.
Ini sajalah kisah aku.
Maaf andai tidak seram, aku sekadar berkongsi pengalaman…
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ok la..benda ni suke menyerupai manusia