SUNYI: Pemergian

Terima kasih kepada admin Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan kisah pertamaku, SUNYI: Hasutan Tangisan Malam. Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya tidak kisah baik mahupun buruk komen yang diberi kerana semua itu saya ambil untuk perbaiki diri. Maaf kerana banyak kesilapan. Penulisan itu dikarang dalam masa sehari. Ditulis untuk menghilangkan stress lusanya ada peperiksaan semester 1. Saya juga bukanlah seorang pelajar sastera tetapi sains. Segala kesilapan harap maaf.

Untuk penulisan kedua ini saya telah menambah baik. Saya terpaksa olah tahun perceritaan. Semoga terhibur atas nama fiksyen.

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup melulu ke arah muka ku. Sejuk rasanya. Mana tak nya, Musim bah. Hahaha… Aku tersenyum seorang diri tak kala menikmati pemandangan kawasan lembah yang menjadi tempat penanaman pelbagai sayuran dilimpahi air bah. Daratan subur kelihatan seperti paya. Semua penjuru dipenuhi dengan air. Hanya pucuk-pucuk rumput yang Panjang dan tumbuhan renek masih kelihatan menghiasi permukaan air. Sekarang musim tengkujuh. Ramai petani tidak bercucuk tanam. Adapun hanya sebilangan kecil sahaja.

Cuti semester 3 ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah. Menikmati keindahan kampung yang menghijau. Mana nak dapat semua ini di Kuala Lumpur. Jam di tangan menunjukkan pukul 5:39. Petang ini cuaca cerah selepas hujan yang amat lebat semalam. Namun bahang matahari yang berada di sebelah Barat tidak terasa kerana angin bayu bertiup bawa bersama wap-wap air yang terkondensasi menusuk masuk ke dalam baju t-shirt aku. Jauh diufuk langit kelihatan gugusan awan tebal, awan hujan!

Bermonolog di atas titi kayu ini mengingatkan aku pada satu peristiwa yang berlaku kepada keluarga sahabat aku. Kisah yang tidak dapat aku rungkaikan. Semuanya atas kebenaran dari Ilahi. Kisah ini berlaku lima tahun lepas semasa aku tingkatan 4 pada tahun 2014. Kisah ini dah lama. Tapi ia datang kembali apabila aku berada di atas titi ini. Ya, di sini lah peristiwa itu bermula.

2014, LIMA TAHUN LALU
Ketika itu aku dan kawan sekampungku, Aman sedang memancing di sini. Di parit yang dibina titi ini dibawah redup cahaya matahari musim monson. Ketika itu belum ada lagi titi ini. Tengah asyik kami memancing kelihatan dari jauh seorang lagi rakan aku, Rafiq. Dia ni pelik sedikit selepas peristiwa itu. Kadang-kadang aku lihat dia menegur sesuatu. Kadang-kadang sedang berbicara seorang diri. Tapi bila aku tanya, dia kata tiada apa.

Berbalik kepada cerita di parit, Rafiq datang dengan sedikit gelisah, cemas dan seperti dalam ketakutan. Kami berdua pelik. Biasanya bila berjumpa, dialah yang paling ceria. Tapi bukan pada hari itu. Sampai sahaja di hadapan aku, dia dengan tercungap-cungap berkata, “Hamka, datuk aku… dia… dia… seperti tidak waras!” terkejut kami dibuatnya.

Tampa berlengah kami bertiga terus ke rumahnya dengan basikal masing-masing. Joran buloh dipacak di tepi parik. Rumahnya tidak jauh pun dari sini. Semasa kami ke sana, Aman memandang pelik ke arah Rafiq. Aku malas nak layan, hanya terus mengayuh terus ke rumah Rafiq. Sampai sahaja di rumah, kelihatan beberapa orang kampung berada di luar rumah sedang berbual tentang sesuatu yang amat serius.

Tiba-tiba, “Rafiq manaaa!!!” bunyi suara datuk Rafiq yang kuat mengejutkan kami bertiga. Rafiq ketika itu semakin takut. Dapat dilihat pada raut wajahnya. Ibu Rafiq muncul di hadapan pintu rumah dan memanggilnya supaya bergegas naik ke atas rumah. Kami berdua turut mengekori.

Kakiku pijak atas tangga rumahnya, kayu yang hampir usang. Biasalah rumah lama tinggalan orang tua. Selangkah masuk ke dalam rumah, aku amat terkejut. Datuk Rafiq dipegang oleh beberapa orang lelaki di atas sebuah tilam bujang. Matanya luas kemerahan tepat memandang ke arah Rafiq umpama harimau kelaparan mahu menerkam mangsanya yang lemah, lagikan lemahnya semangat diri sendiri.

“Rafiq… tolong atuk Rafiq…”, seru datuk Rafiq dengan sedikit kesedihan pada wajahnya yang tua. Rafiq hanya kaku dalam ketakutan. Sedikit demi sedikit dia menghampiri datuknya. Semakin rapat, datuknya mula ketawa sinis sedikit seperti dikawal oleh sesuatu. Senyap sunyi dalam rumah ketika itu. Semua memandang ke arah Rafiq dan datuknya. Hanya ketawa anak datuknya dan ayam kampung di bawah rumah kayu itu sahaja kedengaran.

“Rafiq! Berhenti” jelas bunyi yang kuat dari pintu rumah. Semua orang menoleh ke arahnya. Ustaz Azri! Kenalan Pak Su aku. Dia yang merubati aku yang dihasut oleh saka yang berada di belakang rumah nenek aku seminggu yang lalu. Berbalik kepada cerita, Ustaz Azri mara menuju ke arah datuk Rafiq yang dipegang oleh beberapa orang lelaki dengan membawa seikat daun serai yang diambilnya di halaman rumah. Lalu dia membaca sesuatu ke arah daun serai tersebut. Lantas memukul badan datuk Rafiq secara perlahan.

Datuk Rafiq meraung-raung amatlah kuat. Dia semestinya bukan lagi bawah kawalan indra manusia, malah itu adalah saka. Saka miliknya. Ini menyebabkan tetamu yang hadir bertambah takut. Ada yang menjauhkan diri. Ada yang lemah semangat, pening hampir hendak pensan. Tapi aku tidak lemah semangat. Lain pula Aman. Dari tadi lagi aku lihat dia dalam kerisauan. Apa yang difikirkanya tiada dapat aku baca. Inilah kelamahan manusia. Jika manusia mampu membaca fikiran orang lain, tentu akan berlaku banyak perkara di luar jangkaan.

Ustaz memulakan intraksi antara saka tersebut.
“Kenapa kamu melakukan seperti ini kepada tuan kamu.”
“Dia dah nak m**i. Aku mahu orang baru yang jaga aku…”
“Kami manusia tidak inginpun memiliki kamu!” tegas ustaz.
“Kalau tidak ingin kenapa manusia ini ambil aku 40 tahun yang lalu. Aku banyak berbakti kepadanya. Padi dan tanamannya aku jaga! Sekarang kau nak buang aku semudah itu saja!!! Lambat lagi…”
“Itu dulu, bukan sekarang.”
“Dulu dan sekarang tiada beza. Perjanjian tetap perjanjian. Dimana aku diambil disitu aku akan dikembali.” Itu adalah kata-kata terakhir daripada saka milik arwah sebelum dia tidak sedarkan diri. Ye… arwah, arwah datuk Rafiq.

Ustaz Azri telah tahu bahawa roh datuk Rafiq telah berpisah daripada jasadnya. Hanya jasad yang kosong dihuni oleh saka belaan.

Namun lain jadinya kepada Rafiq setelah sahaja datuknya tidak sedarkan diri. Dia menjadi a gresif. Dia seperti marah, lari melanggar bahu aku keluar dari rumah. Bunyi papan-papan yang longgar hasil dari hentakan kuat kakinya mengejutkan semua orang. Orang kampung yang berada di dalam dan luar rumah cuba menahannya dari lari ke arah parit yang berada betul-betul di hadapan halaman rumahnya. Namun gagal.

Rafiq terus berlari mara ke arah parit yang dalam, dilimpahi air bah. Namun, nasib menyebelahi dia. Dia yang tidak dapat dikawal itu tersepak tayar basikal aku yang terlentang di atas tanah. Dia rebah ke arah tanah yang basah. Dia tidak sedarkan diri.

Rafiq diangkat dan dibaringkan di atas tilam dalam biliknya. Aku dan Aman menjaganya sementara keluarganya dan orang kampung yang lain menguruskan jenazah datuknya. Bimbang kami melihatnya. Sedih atas nasib yang menimpanya. Aku lihat ke arah Aman. Dari tadi lagi dia menjauhkan diri daripada aku dan Rafiq yang berada di atas tilam.
“Rafiq! Apasal kau ni? Dari tadi lagi aku lihat kau senyap jah.” Tanya aku kepada Rafiq.
“Aku bukan apa. Dari awal jumpa Rafiq di tempat memancing tadi aku dapat rasakan sesuatu. Aku nampak ada bayang-bayang hitam mengekori Rafiq di sebelahnya. Sekarang pun aku rasa tidak sedap hati.” Dengar dari Aman sahaja, bulu roma aku menegak 90 darjah! Namun aku cuba tenangkan dia yang dalam kebimbangan.
“Aman, Rafiq kawan kita! Jangan takut aku ada. Kita sudah lama kawan. Kita kenal dia kan…” lebut suara aku cuba untuk yakinkan Aman. Dia tersenyum sedikit dan mara ke arah aku dan duduk di atas tilam bersaiz king di sebelah Rafiq.

Azan Zohor berkumandang memecah keringat ketakutan buat semua orang di dalam rumah itu. Rafiq mula tersedar. Dia dalam keadaan baik. Cuma sedikit luka. Arwah datuknya pula telah selamat dikebumikan selepas solat asar. Sedih dihatinya. Dia adalah antara cucu yang paling rapat dengan datuknya. Setiap petang dia akan hidangkan segelas kopi panas kepada datuknya yang berehat di atas kerusi rotan selepas penat bermandi peluh di kebun. Datuknya juga banyak mengajar Rafiq tentang ilmu pertahankan diri. Tapi itu dulu.

Saka milik arwah senyap. Tiada berita. Mungkin ustaz Azri tahu. Ketika itu aku masih lagi budak belasan. Tidak ambil kisah semua ini. Aku juga tidak bertanya kepada orang-orang tua. Semakin lama ia dilupakan.
Sunyi meghiasi keluarga Rafiq. Rutin hariannya berubah sekelip mata. Tiada lagi gelak tawa datuknya. Tiada lagi buat selama-lamanya. Sebagai seorang sahabat, aku banyak memberi nasihat kepadanya. Kami bertiga sering keluar bersama. Membina semula semangat yang hilang. Itulah yang kita patut lakukan. Bantu kawan yang lemah kerana waktu itu mereka amat memerlukan kita.

2019, SEKARANG
Jam di tangan aku berbunyi menandakan masuknya satu detik jam yang lain iaitu 6:00 petang. Jika tidak disebabkan oleh cuaca yang mendung, hari masih lagi cerah. Namun, aku ambil keputusan untuk beredar masuk ke dalam rumah. Lama termenung di atas titi.

Tiba-tiba bunyi motosikal Yamaha warna merah. Dulu ada seorang pak cik tua yang sentiasa menaiki motosikal jenama tersebut melalui jalan tepi parit ini. Dari jauh aku perhati, itu adalah Rafiq sedang membonceng bersama Aman. Itu kawan lama aku! Mesti motosikal peninggalan arwah datuknya.

“Wehhh…lama tak jumpa…!” aku menyambut mereka tak kala mereka sampai.
“Orang KL dah pulang…” sedikit sindiran dari Rafiq ketika bersalaman.
“Balik tak bagi tahu pulak tu. Whatsapp bukanya tidak ada.” Tambah lagi Si Aman menyindir aku.
Mereka berdua baru sahaja pulang dari warung di hujung kampung. Kami berbual sedikit dan bersurai. Masa tidak mengizinkan. Hujan renyai mula turun. Aku melangkah kaki menuju ke pintu rumah.

Dalam hati semakin kuat ingatan kepada mereka. Bertambah kuat lagi kepada peristiwa itu. Sebelum masuk ke dalam rumah aku menoleh ke arah mereka yang semakin jauh. Ada benda mengekori mereka! Dalam hati hanya berkata, “Bayangan sahaja”.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “SUNYI: Pemergian”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.