Suraya

Nama aku Gee (bukan nama sebenar) & kawan baik aku Jue (bukan nama sebenar). Kisah yang aku nak cite ni kisah masa form 4 di bilik asrama A35 blok Aisyah di satu MRSM kat pantai timur. Setiap hari kami lalui macam biasa, pagi kelas, petang prep & malam prep lagi, hinggalah pada suatu magrib di hari Jumaat, LDP (lembaga disiplin pelajar) melaungkan supaya semua orang membaca yassin & surah al mulk depan pintu bilik masing2. Terpikir pulak aku masa tu, kenapa ye tiba2?? Biasanya kat surau je.

Then habis sesi bacaan, aku bersiap siap untuk ke kelas (patutnya jumaat malam x de prep, tapi agak ramai jugak yang rajin ke kelas & buat discussion). Dalam perjalanan ke kelas, dah rasa agak x sedap hati, tapi teruskan jugak sebab dah janji dengan classmate nak buat discussion. Tengah kitorang kusyuk study, tiba2 senior laki kelam kabut lari sana sini di kawasan kelas2.

Kitorang stop discuss & datang sorang senior laki suruh kitorang cepat ke surau. Aku terpinga pinga. Kenapa ni? Ada apa kat surau? Dalam perjalanan ke surau, aku terdengar jeritan perempuan sana sini. Di setiap jeritan tu ada sekumpulan pelajar laki tengah pegang akak senior. Aku bertambah bingung. Apa jadi ni? Seriously aku no idea. X penah tengok & sesampainya d surau barulah aku tahu yang dorang2 dah dirasuk atau bahasa lainnya terkena histeria.

Ketar lutut & jari jemari aku dlm surau melihatkan keadaan yang bertambah teruk. Kiri kanan depan belakang pelajar perempuan senior & sama batch dengan aku terpekik terlolong dalam surau. Lagi menambahkan ketakutan aku bila benda ni berjangkit. So aku terpaksa berubah ubah tempat duduk sambil baca yassin untuk pertahanan diri. Aku tahan untuk x menangis sebab salah 1 faktor berjangkit adalah sebab terlalu takut. Oleh sebab keadaan x terkawal dalam surau, kami disuruh berpindah ke dewan selera yang terletak d tepi surau.

Kat situ aku nampak Jue, then aku pegi duduk semeja dengan jue. Masa tu aku dah nmpak Jue lain macam. Aku tegur, “jue, ko ok?” Jue hanya mengangguk diam. Aku boleh nampak mata Jue merah & bulat x berkedip. Lagi skali aku bermonolog “asal dgn Jue ni”. Dalam 15 min, kami dibenarkan pulang ke asrama sebab malam dah terlalu lewat. X silap aku dalam kul 11 lebih malam. Dalam perjalanan ke bilik, aku berjalan di belakang jue. Jue aku tengok semakin pelik, sehinggalah aku terkejut and terasa nak lari x cukup tanah bila Jue yang berjalan d depan aku menjerit sekuat hati “aku takkk nakkkkk” Jue dirasuk & terpaksa dipapah balik ke surau.

Aku teruskan jalan ke bilik dengan perasaan bercampur baur. Aku menunggu Jue pulang ke bilik sehingga tertidur. Esok nya hari bermula macam biasa. Jue nampaknya dah ok, so aku decide ke kelas prep bersama. Kitorang sarapan bersama and aku sempat tanya Jue “Jue, dh ok?”

Jue jawab “sakit dada sikit” then kitorang ke kelas masing2. Sekali lagi kitorang 1 kelas rasa x sedap hati sehinggalah datang sorang senior laki buat arahan untuk kosongkan kelas & ke surau. Rupa2 nya benda malam tadi berulang lagi. Tapi makin teruk. Aku cari2 Jue & aku nampak Jue bersama dengan classmate dia 1 meja d dewan selera. Masa tu aku x tahu nak buat apa selain bertahan untuk x lemah.

Kiri kanan depan belakang dah terjerit terpekik, sehinggalah lagi skali aku terdengar Jue menjerit “aku takkk nakkkkk” sehinggakan semua orang lari meninggalkan surau & dewan selera. Aku turut serta lari, ikutkan hati rasa mau lari dari pagar maktab ni. X tahan dengan takut. Haha. Apa yang jadi kat Jue d dewan selera, diceritakan oleh kawan aku.

Sebenarnya ‘benda’ tu dah masuk dalam badan Jue sejak petang Jumaat, masa Jue otw balik bilik dari keluar outing. Kata benda tu, Jue telah terpijak kawasan rumah dia, and dia berkenan dengan Jue. Dia nak Jue. Jue pilihan dia. Dan rupanya, kejadian pagi sabtu bermula bila Jue masuk toilet dan akak senior yang berada dalam toilet ternampak kelibat pelik mengikut Jue ke toilet & bermulalah histeria d pagi sabtu.

Benda yang berada dalam badan Jue mengenalkan dirinya sebagai Suraya, yang dah hidup lebih 5000 tahun dahulu. Aku sebenarnya pernah dengar nama Suraya disebut oleh warden asrama. Katanya ‘extra’ makhluk d mrsm tersebut. Masa warden cite pasal Suraya aku x penah nak percaya dengan kewujudan Suraya sehinggalah roomate aku sendiri yang dikuasai oleh Suraya.

Alhamdulillah Jue dah berubat & nama Suraya still terpahat di nama Jue. Tapi adakah hanya nama yang masih terpahat? Huhu. Sekian cerita Suraya, semoga enjoy the story. Hehe

1 thought on “Suraya”

Leave a Comment