Susah nak mati (part1)

Assalamualaikum
Salam peminat pembaca fiksyen shasha. Saya kenalkan saya Doc A. Saya yang cerita pasal RnR misteri tu. Ada yang kata time travel la. Tapi saya rasa bukan, cuma saya dibawa ke surau yang lama terbiar. Mungkin sebab niat saya nak solat asar jadi saya dipertemukan dengan surau tu. Ada yang komen untuk saya cerita pengalaman seram di hospital..

Ok ada juga kalo tak seram jangan marah. Jujur saya cakap saya tak pernah nampak hantu. Tapi saya selalu tengok pesakit nazak dan keadaan mereka menempuh sakaratulmaut. Ada yang mati senang ada yang mati susah. Wallahualam. Saya nak bercerita pun takut sebab mengaibkan si mati dan keluarganya. Tapi cerita ni agak menarik dikongsi bersama.

Saya rahsiakan hospital mana untuk menjaga aib keluarga si mati. Bukan HTAA ye.

Kisah ini kira2 beberapa tahun lepas saya in charge ent ward. Actually kat hospital yang dept kecik2 ward digabungkan dengan pesakit ophthal, ent dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, rotation saya 2 minggu je. Ada satu makcik ni lama sangat dekat wad. Kalo ikutkan vital sign and blood investigation, die patut dah lama kot mati.

Makcik ni dah endstage tounge cancer means lidah die ni dah kena buang dah. Makcik ni koma dan mata terbeliak dan terkebil2. So dari terkebil2 kami boleh tau die msih hidup. Monitor plak kadang-kadang je sebab nak tengok heartbeat. Banyak kali laa staffnurse noted makcik ni nazak tapi bila attend cuma trachestomy tube dislodged pastu lepas betulkan dia ok balik. Asal ade pesakit kritikal lain masuk wad tu monitor yang kita ambil untuk monitor vital sign makcik tu kita utamakan pada pesakit lain.

Makcik ni kira amenunggu mati je tapi xde sorg anak2 die nak bawak balik rumah.
Nanti saya ceritakan sebabnya…

Kalau nak diikutkan pesakit ni dah macam mayat hidup. Mata terbeliak kulit muka kelabu warnanya. Riak wajahnya bagai terseksa menunggu ajal. Anak2 ada teman baca yassin tapi bila malam semua chow balik rumah. Malam tu saya sempat tarik anak perempuan dia bincang dlm bilik seminar dalam wad tu. Kira tertutup. Saya hairan kenapa mereka xnak bawak balik mak mereka sedangkan xde apa2 pihak hospital bole buat. Nak pindahkan wad palliative pun penuh. Anak dia berkeras tak nak bawa mak mereka balik. Katanya pernah dibawa tapi kena kacau makhluk halus dari luar dan atap rumah.
Menurut anaknya lagi dua bulan sebelum mak dia sakit teruk, mak die pergi indonesia untuk berubat. Mak dia memang pakai susuk cuma xtau susuk apa dan tujuan susuk tu.

Semasa di indonesia, dia menerima panggilan daripada kenalan ibunya di indonesia mengatakan ibunya telah meninggal dunia dan urusan pengkebumian sudah diuruskan di sana. Mereka nak pergi tapi ditegah oleh lelaki indonesia tersebut katanya semua telah beres.

Alih2 sebulan selepas tu ibunya balik. Dia hairan kerana ibunya sudah berada di muka pintu. Biasa mereka akan sambut di airport. Anak perempuan dan adik beradik semua kehairanan tapi setelah dijelaskan makcik terbabit yang die tidak mati anak2nya lega. Lagipun x logic ibunya sudah meninggal sebab bila mereka nak ke sana untuk uruskan pengkebumian tapi tidak dibenarkan. Jadi logiklah sebenarnya ibunya masih hidup.

2 minggu ibunya tinggal memang sihat. Makan lebih daripada biasa dan suka makan ayam bakar seekor. Tiba2 ibunya jatuh sakit dan sejak itu mereka membawa ke hospital yakni sebulan sebelum kejadian ni. Ibunya terpaksa membuang lidah disebabkan kanser. Selepas bedah keadaan ibu makin teruk koma dan dipindahkan ke icu. Sebab terlalu lama di icu dan ct scan menunjukkan barah dah merebak ke seluruh organ, pihak hospital menyuruh anak2 membawa ibunya balik atau ditempatkan di wad palliative tetapi penuh. Mereka membawa balik ibu tetapi x sampai 2 hari mereka hantar ke hosp kerana x tahan gangguan.

Itulah cerita sbb apa anak mereka tidak mahu bawa balik ibu. Katanya yang ada cuma jasad ibu tapi yang terkebil2 tu makhluk lain wallahualam.

Malam2 pula nurse kejut kata makcik tu meracau2. Cakap macam marah2 orang. Yang aneh lidah makcik dah dibuang tapi die bole bercakap seperti biasa. Saya terpaksa bagi ubat tidur dan ikat kaki tangan makcik tersebut. Keesokannya die koma seperti biasa.

Specialist yang bukan islam pun kata makcik tu creepy. Pakcik cina yang duduk sebelah makcik tu request tukar katil lain sebab die kata makcik tu dah lama mati.

Sampai satu hari anak dia bawa ustaz untuk memudahkan pemergian ibunya. Malam tu sy oncall ustaz tu datang, dengan anak2. Kami memerhati dari kaunter nurse. Kebetulan wad x bz mana. Kami dengar makcik tu jerit tolong, haus… tolong.. haus!! Panas!! Langsir ditutup untuk menjaga privacy.

Pagi esoknya saya bangun awal (x tido sangat pun) buat morning blood taking. So macam biasa saya kena ambil darah pesakit2 yang disuruh oleh pakar dan MO. Tengok ada darah nak ambil dari makcik tu. Saya mengeluh sebab susah darah nak ambil. Urat die dah xde, darah plak hitam pekat.

Saya selak langsir. Makcik tutau macam biasa mata terbeliak sambil dada die berombak2. Saya fikir mungkin ajal dah sampai tapi sebab dah banyak kali kami asyik tertipu jadi saya pun diam je. Saya prepare set jarum picagari tetiba makcik tu pegang pergelangan tangan saya dan kepala die toleh ke arah saya. Masa tu muka dia macam org mati. Nak tau sebab apa? Anak matanya dah pudar macam warna kelabu. Die renung tepat ke arah saya sambil geleng2. Saya terus melompat keluar. X jadi saya ambil darah dia. Nasib baik dah subuh. Saya trus ambil darah pesakit lain buat macam biasa..

Sebelum ward round nurse akan buka langsir semua pesakit nak pastikan sume ada di katil. Tetapi lamgsir makcik ni je kami x bukak sebab xnak orang dalam wad tengok keadaan die yang mengaibkan.

Masa wad round tu kawan saya tegur saya..’ makcik kanser lidah dah meninggal ke? Haha tu rutin kami bila pagi2 sampai wad nak tau makcik tu dah meninggal ke blom. Sebab x tahan kot tengok die terseksa.

Sy cakap gi tengok sendiri. Kawan saya panggil saya dari kamar makcik tu..

” Dia dah meninggal daa….”

Saya masuk tengok. Mata dia terbeliak. Wajahnya yang kelabu dah makin ketara kelabu pekat macam warna awan mendung nak hujan. Badan die keras macam dah lama mati. Saya panggil nurse untuk uruskan jenazah dengan bilik mayat.

Kami semua lega termasuk anak2 arwah datang nak ambil jenazah ibunya. Pukul 12 tengahari jenazah di bawa keluar. Katil nya dibersihkan. Rasa janggal tengok katil makcik tu dah kosong

Pakcik cina tu sempat cakap, makcik tu dah lama meninggal tapi badan die kena tumpang dengan makhluk lain. Haih wallahualam.

Ada lagi kisah susah mati pesakit yang lain tapi yang ni banyak terkesan di hati walaupun kejadian dah hampir separuh dekat saya bekerja.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

12 Comments on "Susah nak mati (part1)"

avatar
CIK EFFY

legend la kakak nie….

Harith Merah

Salam kak. Sambung lagi. Beshhh…dah mcm baca Mastika…huhu…Peminatmu

Zaha

kerja dah separuh abad, mungin umur skrng 50++ kan?

biruadamas

separuh dekad kot.
satu dekad=10 tahun
separuh dekad =5 tahun

Pembaris

gile lah, nasib mak aku suh jadi nurse aku refused. Haha. tabik spring kak!

fz

best2.. sambung lagi kak..hehe

rozzy

kat hospital benda2 halus tu tak berani kacau mcm kat umah….

Kak misi

Maybe kat hospital ada abg2 n kakak2 kawasan dia sendiri. Huhuuu.

test01

huisshhh darah hitam pekatt….braninye sisssssss…siap tenung bagaiii..sherammmm!!!!mmg best cite sis ni..please smbung..letak hashtag skli senng nk crik πŸ™‚

kura2 hijau

cerita bersahaja, tetapi menarik..

rvinv92

takut nya.. tak dpt bayangkan kalau tangan dipegang oleh makcik tgh nazak tu. kesian jugak kt dia susah nak mati, mcm mana la hari kite nanti. semoga Allah mengampuni dosa-dosa makcik tu.

trackback

[…] pembaca FS. Haha kali ni saya nak sambung ceritaΒ susah nak mati. Sebenarnya ada yang mati senang jadi cite tu jadi x seram la […]

wpDiscuz