Assalamualaikum. Hi. Dah lama aku dibelenggu persoalan ni.
“Syirik ke aku untuk percaya apa yang adik aku cakap? Percaya apa yang ibu aku cakap? ”
Adik aku ada ability untuk nampak makhluk yang manusia biasa tak mampu lihat pada mata kasar. Surprisingly, dia ada ability untuk baca mind orang, baca past hidup seseorang. Nak lagi surprise, baca future seseorang tu. Mula mula sekali aku fikir mengarut je semua ni tapi bila adik aku mampu baca fikiran aku, baca apa akan jadi then benda tu seriously jadi. Aku speechless la jugak. Adik aku ubatkan orang yang terkena buatan orang, terbuat ‘benda’ tu marah dan segala yang berkaitan ‘benda’ yang kita tak mampu nampak. Oh, lupa pulak. Ada tiga orang adik aku yang mampu nampak. Adik pertama, anak nombor dua. Dia memang pelik dari dulu. So sekarang ni aku conclude kepelikan dia kuasa dua jela kot. Haha. Adik nombor lima dengan nombor enam dulu masa kecik aggressive sikit apa yang diorang mampu nampak. Sekarang kurang. Yang nombor enam tu mampu baca jugak tapi aku tak faham sangat apa dia cuba sampaikan. Baru darjah empat tapi kalau sekali dia bagi nasihat. Aku rasa confuse betul ke ni adik aku, asal matang sangat? Hahaha.
Okay, berbalik pada syirik tu. Kan adik aku yang nombor dua tu mampu baca masa depan. Aku terfikir benda tu macam menilik nasib la pulak. So, kadang dilemma kat situ. Takut terlebih percaya apatah lagi bila apa yang dia cakap tu jadi. At first, bila tahu dia mampu baca macam excited la. Ada yang tanya pasal jodoh, musuh, perniagaan dll. Adik aku selalu bagi gambaran je, dia tak direct sebut nama dan ya pembaca sekalian. Sangat tepat gambarannya. Walaupun dia tak pernah jumpa orang tu, aku just explain dengan hantar gambar je untuk tengok niat or sikap seseorang tu sama ada sesuai dijadikan kawan atau tak. Ataupun tanya pendapat bagi pihak orang tu dan adik aku explain apa sebenarnya orang tu mahukan (ada certain cases, dyorg yang datang kat aku ni ada masalah kenalpasti kemahuan diri so dia kind of personality testing la kot? Haha) Accuracy adik aku bagi gambaran tu agak menakutkan la bagi aku. Sebab hampir tepat.
Benda ni nampak best kan? Pada mulanya jela best. Tapi sakit nak hadap lebih lebih lagi adik aku. Lebih banyak dia explore, baca tentang seseorang. Lebih penat la mental dengan fizikal dia. Aku perhati lepas apa apa sesi kaunseling (baca minda) atau ubatkan orang, lepastu dia pengsan (tidur). Nampak penatnya. Lagi tak best bila dapat baca orang, dia tahu niat orang tu ending dia kurang kawan atau belum apa apa dah benci orang tu. Ni memang tak mampu dikawal. Adik aku jenis baran dengan tegas sikit, jadi macam tu lah dia. Perli orang tetiba sebab apa yang dia mampu baca. Orang jadi takut nak dekat. Tapi hati dia lembut, jangan risau. Cuma tak best la nak hidup tahu apa orang lain fikir. Macam kau akan tahu orang tu just nak take advantage je kawan dengan kau (mostly orang berkawan macam tu tapi if kita tak tahu kan lagi better).
Aku? Haha. Dulu aku ada post tentang “Saka Harimau” yang orang condemn aku banyak sangat “haha” tu. Sorry la geng, otak ting tong masa tu. Stress kot. Bila letak “haha” tu rasa macam happy dan stress tu hilang. Eheh. Saka tak datang dekat aku dah, tapi ada ability boleh rasa apa orang lain rasa. RANDOMLY. Contoh? Contoh kau cakap kat aku kau sakit baru accident. Dengan sepantas kilatnya aku rasa kaki kiri belah atas lutut aku sakit gila dan ya memang part tu lah kau sakit. Contoh lagi? Kau tengah duduk study dalam lecture hall then tiba tiba air mata kau mengalir tak henti yang menyebabkan kau keluar dari hall then cuba berhenti. Kau balik hostel then meraung kat situ sambil diperhatikan roommate yang dah sedia maklum keadaan tu adalah biasa dan hanya mampu tengok je. Ni nangis bukan sebab tak faham notes tau. Haha. Aku cuma ingat, masa tengah dengar lecturer mengajar. Aku pandang satu side ni. Lama sangat aku pandang tak tahu kenapa. Lepastu nangis. Balik hostel aku bukan menangis sopan tau. Menangis sampai yang kau terputus putus suara. Pernah rasa? Aku call ibu siap cakap “Iiibu, ma ma macam mana nak berhenti ni? ” maksudnya macam mana nak berhenti nangis. Ibu aku suruh baca yasin dekat air then minum. So dengan tersedu sedannya aku menangis sambil baca yasin. Lepas aku minum air tu. Aku lega then macam apakah? Lepastu aku tidur lah sebab penat kot nangis. Sampai harini aku tak dapat explanation yang jelas tentang tu. Tak best. Serious tak best ability ni yang certain kawan aku cakap kelebihan yang baik. Kau jadi penat. Penat sangat. Penat rasa emosi yang kau tak tahu kenapa. Apa yang aku tahu, bila aku ada emosi tak masuk akal secara tiba tiba ni. Aku kena tolong orang. Apa apa jela. Aku tanya khabar orang yang terlintas kat fikiran. Certain times tu betullah orang tu tengah ada masalah. And lepastu baru aku rasa aman sikit.
Dulu tu tipu lah aku tak rasa wow ada kelebihan dapat rasa sakit orang lain, emosi orang lain. Tapi ada masa tu jadi penatlah. Emosi sendiri tak tertanggung, ini kan lagi nak tanggung emosi orang lain. Aku tak boleh nampak. Tapi aku boleh rasa kalau aku nak. Contoh, kawan aku ni boleh nampak. Ada tu ktorg short vacation dekat satu tempat ni. Then ada benda jadi kat kawan aku ni. Emotional tetiba. Aku terdetik la apa sebenarnya jadi dengan kawan aku ni. Lepastu aku dengar bunyi bising sepanjang malam kat bilik hotel. Esoknya tu bila tanya yang lain, macam mana korang boleh tidur dalam keadaan bising tu? Dyorg kata tak dengar apa pun. Cuma aku dengan kawan aku yang boleh nampak tu je dengar. Kawan aku cakap kat bilik ktorg memang ada “benda” tu. Silap dia, dia yang bukak pintu hotel tu then pap mata bertemu mata dengan “benda” tu. So tak boleh la nak acah acah tak nampak “benda” tu yang susuk tubuh perempuan berambut panjang. Aku ada masalah sikit dengan kenapa cliche sangat semua “benda” ni nak rambut panjang. So bila dengar hmm kay. Haha. Alhamdulillah benda tu tak ikut ktorg balik. Dia stay hotel tu lah nampaknya. So, konklusinya, bila aku terdetik
“Eh, dia accident tu sakit kat mana? ” atau “Eh, kawan aku ni dah kenapa? Nampak apa apa ke? ”
Time tu lah aku rasa atau dengar. Tahu dah kalau tak nak rasa or dengar tu jangan mintak nak rasa or dengar. Tapi benda nak terdetik kat hati dengan fikiran tu macam lah boleh stop or pause kan. Faham kan maksud aku? So tu part aku buat masa ni. Eh lupa, aku kalau balik kampung dapat mimpi macam mimpi bersiri. Dulu aku excited nak tidur sebab nak tengok sambungan mimpi. Dan pernah satu fasa, hidup dalam mimpi aku lagi best dari hidup realiti. Haha. Tapi alhamdulillah, coming back to sense. Aku cuba redha dengan realiti.
Kau ingat senang ke dari otak “semuanya ada penjelasan solid” nak tukar pada otak “tak ada yang mustahil, terima je perkara takde solid explanation ni”. Susah okay. Masa dekat U, aku ikut lah kawan aku ni parah nak berubat dekat Darus Syifa (DS) . So macam nak join la kot ada saka ke yang berkaitan dengannya dekat aku. Masa perjalanan tu pun cliche. Haha.
Waktu tahun satu dekat U. Hujan renyai cuaca mendung. Mintak sorang akak ni hantar pergi DS. Masa tu kalau tak kerana Allah nak panjangkan umur, aku tak ada dah nak menaip kat sini. Kereta ktorg bertembung dengan bas dekat line kiri then anggaran lima kereta dekat line kanan. Akak tu time tu nak potong bas tu then confident dia cerita tak nampak ada kereta sekali kah lima kereta kat depan (maybe sebab hujan renyai tak nampak jalan plus cuak bawak orang sakit kot). Aku kat sebelah seat driver speechless, takde rasa nak jerit ke apa. Maybe dilahirkan calm tak kira keadaan kot? Haha. Kawan aku kat seat belakang tahan sakit. Sampai DS ktorg dapat daun bidara ke apa, suruh mandi guna daun tu bila balik hostel. Aku rasa panas mandi benda tu. Tapi orang yang ubatkan tu kata takde apa dekat aku. Macam takde benda sangat je pergi DS tu, perubahan pun takde apa. So macam at least cuba. Kan?
Aku perasan satu ni. Dulu dunia aku macam semua benda solid yang boleh nampak dengan mata kasar dan ada explanation logik. Fizik, bio, kimia tu ada je tak solid tapi ada explanation boleh terima lagi. Ye tahu dalam Al-Quran ada state tentang alam ghaib. Tapi tu lah, korang faham tak apa aku cuba sampaikan? Haish. Then, start dari cerita saka harimau sampai ke adik aku mampu nampak dan baca tu, aku start jumpa orang yang boleh nampak benda ghaib. Tiba tiba eh macam ramai pulak kenalan yang ada kena mengena dengan benda tak nampak ni. Sebelum ni mana dyorg ni sembunyi? Hahaha.
Haa..aku nak pergi part adik aku kejap la. Haha. Adik aku dari kecik pelik. Dia kata dia ramai kawan, tapi aku selalu tengok dia sorang je. Pelik yang aku susah nak explain. Bila dia form 5 baru dia mampu cerita. Sebab dulu dia tak faham yang apa yang dia nampak tu ktorg tak nampak. So dia pelik bila ktorg (family) kata dia takde kawan. Keadaan sekarang ni family aku tengok dia pelik, dia tengok ktorg pelik. Win win situation la kan. Dua-dua pelik. Haha. So then dah matang tu, dia cerita la. Dulu dekat alam sana tu dia ada kawan, selalu main ramai ramai (kawan rupa manusia aku assume bunian la kot). Sebab adik aku cakap bunian lawa, jin iblis semua yang rupa menakutkan tu bukan dalam scope bunian. Aku kurang faham part ni. Eheh. Adik aku siap admitted to psychiatrist kot. Semua ktorg buat untuk faham keadaan dia. Moden dan traditional. Takdenya semata mata traditional methods je. Then, dulu adik aku pernah kena sawan masa darjah empat ke lima macam tu. Dia kata ada pakcik pakai jubah putih ajak dia pergi satu tempat. Tapi adik aku toleh belakang nampak family, dia kata nak ikut family (kat sini aku conclude maybe adik aku hampir nak kembali pada-Nya tapi postpone? Err.) Tak sure time bila dia nampak “benda” dan tak tahu apa kaitan pakcik jubah putih tu dalam cerita ni. Aku main cerita je apa yang aku ingat.
Lagi? Ibu aku ada saka harimau. Aku rasa saka yang haritu pergi kat ibu kot. Aku confuse la sebab dari dua dua belah moyang ada. Patutnya aku rasa moyang moyang ni buatlah surat ke apa pasal bendalah ni, takde lah yang cucu cucu clueless speechless bertahun nak memahamkan benda takde panduan ni. Aku mintak ibu buang tapi benda ni takde pun dekat ibu. So macam mana? Dia berfungsi macam ni tau. Ibu aku ni sangatlah penyabar walaupun apa orang buat kat dia. Khianat. Back stabbing dari trusted person tu benda biasa. Then, benda ni yang tolong balas. Orang tu akan sakit. Tak aman la yang penting. Tapi ibu aku tak mintak pun. (Hal ini diceritakan oleh beberapa orang yang berpengetahuan tentang benda tak nampak ni dengan orang orang yang ubatkan ibu aku dulu). Korang rasa benda ni pendamping ke? Ke guardian sebab dia geram ibu aku penyabar sangat so dia tolong take revenge? Haha. Entahlah. Aku pun pening. Ditekankan disini, kami tak ada menjamu, buat ritual pelik pelik sepanjang hidup dan sepanjang mengalami semua kejadian pelik ni. Just. Dia macam lagi kuat rasa kehadiran benda tu bila kau lagi kuat beribadah. Adik aku kata dia suka bila kami kami lebihkan beribadah. Adakah dia “benda” yang beragama Islam jugak? Err.
Family ktorg ramai orang ‘hantar’. Antaranya sebab family background business. Tapi niaga kecil kecilan apalah sangat. Itu pun ada yang tak puas hati. Selalu kitaorang rasa sakit kat badan then adik aku akan macam tarik something dari badan. Dia kata jarum. Aku pun macam, “Err, jarum?” Aku ni jenis tak puas hati sikit so tanya lah dah tu tarik tarik jarum tu tak payah kumpul ke? Nanti berterabur atas lantai ni kena kaki. (Even tak nampak, aku bayang lah jarum banyak berterabur kat lantai. Haha) Adik aku cakap, jarum tu tarik je then dia jatuh atas lantai / tanah then lesap gitu je. Betul ke? Ada sesiapa ada pengetahuan atau nampak macam tu tak?
Adik aku boleh pergi alam sana. Dia pernah bawak aku dalam mimpi jela. Tempat tu serious aku cakap cantik. Aku rasa maybe aku tengah stress masa tu nak fahamkan benda ghaib ni, tu yang dia bawak pergi sana. Tempat tu hutan, then banyak pokok cantik macam musim luruh. Macam fantasy la yang penting. Aku jalan sekejap then nak ambil gambar. Time aku nak ambil gambar tu aku terbangun. Ciss. Pernah tak rasa mimpi tapi tak rasa macam mimpi? Aku rasa penat gila bila bangun. Ada tadi aku mention fasa hidup mimpi lagi best dari realiti kan? Ha time tulah aku tidur tak macam tidur. Bangun pun penat. Lepastu macam tak suka nak bangun tidur, rasa nak tidur je nak sambung cerita mimpi tergantung tu.
Rasanya ni jela kot. Berjela kot aku taip. Haha. Kau rasa syirik ke aku percaya semua ni? Lagi part adik aku mampu baca tu? Aku cuma harap semua jadi normal. Takde mampu baca, mampu lihat, mampu rasa yang lebih dari manusia biasa. Normal life. Konflik dengan benda nampak jela kalau boleh. Penat doh. Aku siap mintak ambil nyawa dari aku tersasar dari jalan yang benar. Tahap tu. Tapi aku baca kat FS ni macam lagi ramai kes teruk. So yeah I’m not alone. Haha.
Okay then, tak banyak sangat kan “haha” aku kali ni. Thanks siapa yang kira “haha” aku ada 18 tu. Mesti tengah bosan tu rajin bebenar kira. Aku tak sanggup doh baca balik post aku yang tu sebab aku taip dalam keadaan separa normal. Hahaha. Memang ada certain orang akan cerita keadaan macam tu letak “haha”, kalau ktorg tak letak “haha”, rasa sadis je hidup. Buat masa ni konflik tengah kemuncak, doakan kami sekeluarga. Angkara benda tak nampak jugak family tunggang terbalik. Kadang aku rasa ada ‘benda’ baik lawan ‘benda’ jahat dalam cerita ni. Haish pening. Thanks sudi baca. PS.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Opinion aku, better adik hg just keep the talent to himself. jgn tgk past/future org lain sebab xnk officially jd tukang tilik plak. secondly, dptkan nasihat dari ustaz2 yg berkepakaran. to get some guidance that is. apa2 kuatkan ibadah dan sentiasa kena ingat Allah. Goodluck penulis n family.
abg kita pown cm adik penulis, tp yg tgk masa depan tu xtwu la pulak kte >.<
Kisah adik awak sama dengan kisah kawan saya, adik awak dianugerahkan kelebihan tu daripada Allah, tak semua orang boleh dapat, hanya yang terpilih jer, kwn saya ni sama macam adik awak dianugerahkan kelebihan pancaindera 6, dia boleh baca hati orang, dia boleh baca fikiran orang, jadi dia boleh tau kalau org tu ckp menipu or jujur, dia boleh tau kisah silam orang tu, dia boleh tau org tu baik ke jahat, and dia boleh nampak hati org tu berkarat ke bersih suci, kalau hati berkarat tu fhm2 la yer, kadang2 kalau mcm ada org nk knal dgn dia, dia ‘scan’ dulu, pastu kalau dia nampak hati org tu ‘hitam’ means BYK ‘dosa’ , dia tak nampak pun dosa tu, sbb tu hak Allah, dia xnk knal dgn org tu, pastu dia punya doa sangat la berkat, kata2 dia sangat masin, sebab saya pernah jugak suruh dia doa untuk saya, masa tu saya muntah, jadi tekak dgn hidung rasa pedih LA, sy suruh doa bagi hilang pedis ni, on the spot, Allah makbulkan, 5 saat terus hilang rasa pedis, saya kenal dia bertahun, setiap masa kitaorang bersama, then dia jaga kata2 dia ,takut termakan,then kwn saya pernah ckp, ‘ilmu’ ni boleh jadi kuat kalau dia perbanyakkan ibadah, baca alquran,solat dan zikir, and pasal yang boleh baca pasal masa depan, hanya masa tertentu dia boleh dapat, tak semua, and untuk pengetahuan korang, benda ni tak syirik yer, sebab ni kelebihan daripada Allah, bukan sebab berdamping dengan jin islam, bukan tau.. kebanyakan para ustaz yang boleh berubat ada kelebihan mcm ni, sebab tu dia boleh ‘scan’ and boleh tahu punca pesakit tu. Then kwn saya ada ckp lagi, ‘ilmu’ ni Allah akan tarik kalau diguna pada benda tak elok, di samping tu, kwn saya ada nasihat dekat saya, kalau mcm perbuatan dgn lisan kita okay means kita jaga untuk elak dosa kan, mcm solat, zikir baca Al-Quran kan,hati kita pun kena jaga untuk elak hati bertambah hitam, mata kena jaga, jgn pandang yg haram, jgn niat tak elok, jgn fikir benda xelok, jgn berangan benda bukan2, tu semua dosa, kdng2 kita tak sedar yang hati kita pun mendatangkan dosa. So hati2 tau.
mane plak syirik. tu kelebihan Allah bagi kan. jgn jd tukang tilik dah la
baik ko tanya adik ko apa masalah ko sebenarnya…
Sekadar dlm pengetahuan sya yg x berapa nk tahu ni. Klu org yg boleh berubat kadg² mmg ada kait dngn saka, pendamping atau sebagainya. Kemungkinan jg ada kaitan atau mcm yg disebutkan Ai ‘kelebihan’ dr Allah apabila org tu kuat beribadah. Mungkin kene check jg dngn org yg lebih pakar dlm hal ni. Yg pasal mak awak pula tu mmglah mk awak x suruh tapi sya mcm syak sikit dekat situ… mungkin dah terterima saka atau seumpamanya. Kdg² yg Boleh nmpk ni mesti ada peristiwa @ pengalaman lalu yg berkaitan benda ghaib yg membuatkan hijab terbuka lagi pun kedua-dua mayang awak ada history bab ni. Bab syirik ke tak better tnya ustaz² lah tapi dlm islam ni bab² tilik menilik hal benda akn dtg tu ermmmm…. Tahu² lah ya. So berhati- hati. Sya bagi tahu apa yg tahu ja. Yang kekurangn sya tu maaf.
*moyang.
Mayang lah pula. Huhuhu
Ko masa tulis cite ni tengah stim ganja ke ape? Merepek.
Cerita x teratur.. penulisan berterabur. Dari kisah first lagi.. boleh x awak taip cerita tu betul2, nak bagi orang faham?? Ni macam awak cerita tapi bercakap dengan diri sndiri.. berterabur, plot cerita pon skip2.. adoii
Adik, pegi la cepat2 buang s3gala saka (jika ada). Tipu daya syaitan iblis ni sgt halus sekali
best best best
aku lebih suka baca cerita from special person yg boleh Nampak bnda2 nie sbb lagi real . hmm Alhamdulillah aku tak dapat kelebihan mcm nie , kena banyak beribadat . kalau kurang mudahlah bnda tu cucuk kita untuk buat bnda berdosa nie . dah boleh Nampak , mcm2 laa bleh buat
kdg² bukan selalu la..kdg² org yg buat bisnes elok²(bersih) ni ramai la yg dengki(melayu le)..hantar mcm² nk jatuhkan kita..tu la yg selalu aku nampak org bisnes kat sekeliling aku..
Manusia hidup dlm dimensi ke 3, saintis yg kaji dimensi ni ckp alam kita hidup ni ada 11 dimensi. Tu psl kalo makhluk yg saja² nak masuk dimensi kita ni lain mcm sikit ghopernya..sebab depa ni hidup luar dimensi kita..kecuali yg alim tu yg kita nampak dgn mata kasar kita waktu² tertentu…murni² ghoper eh sebab amalan derang
BRAPA RATUS KALI AKU NAK BGYAU YG TU BUKAN KELEBIHAN TP KEMALANG NYE NASIB…
KLO KLBIHAN SMUA ORG NAK LA BODO…
XCUKUP PNCERITA PGOMEN ATAS NI PN SAMA XPHM..KLEBIHAN ABAH KAU
salam. harap dapat membantu. saya faham apa yang awak cuba sampaikan. dan saya rasa saya tau apa yang terjadi. cek dlam google ? “empath” . empath ni diambil daripada empathy. in general, empath ni ialah orang yang berkebolehan meletakkan diri sndiri di dalam satu keadaan walaupun bukan dia yang menghadapinya. empath ni ada berbagai jenis and salah satu dripanya ialah telephatic empath. maksudnya dia ada ability to read people’s thoughts accurately. and since empath ni boleh absord people’s energy, tu yang dia cepat letih. penat sangat rasanya. and sometimes dia sendiri x tau camne dia boleh tau apa yang orang lain x tau, camne dia boleh tau apa yang ada dlam people’s mind. tu memang ciri2 seorang empath. memang dah ada kelebihan dari kecik lagi
https://youtu.be/g2aI-oN5mQo
– understanding how empath works ?
smoga boleh membantu
Serius aku tak faham .
“Dulu aku excited nak tidur sebab nak tengok sambungan mimpi. Dan pernah satu fasa, hidup dalam mimpi aku lagi best dari hidup realiti.”
Weh aku pon pnh rse mcm ni.. aku rse mcm xnormal.. pulak baru2 ni aku leh mimpi hantu nk bkwn dgn aku je.aku rse hntu tu baik.. ape jadah mimpi.. anak aku pulak slalu tenung dinding mcm nmpk seseorang.tp dy xtkut n nangis.anak aku bru 2 tahun..
Wow… Dah mcm cita heroes tv series tu..siap.ada geng lg..
org yg memiliki deria keenam hanyaalah org yg kuat ibadahnya.. sgt sukar la nk jumpa org mcm tu skrg ni. kalau2 anda2 ckp ada kelebihan nmpk menampak ni, cepat2 la tersedar. adakah anda seorang yg kuat amalanya? kalau bukan di kalangan kuat amal, cepat2 jumpa ustaz. anda ada masalah di damping oleh jin. jgn cepat claim anda ada kebolehan. syaitan ni mcm2 cara nak memanipulasi. lagi satu, saya bukan cemburu atau seangkatan dgn nya. baru ni dgar tazkirah psl hanya ulama2,alim2,warak yg allah beri keizinan untuk ternampak. zaman sekarang sgt la susah nk jumpa org alim. apapapon, dengan izin allah, tiada yg mudtahil. tapi syaitan juga mampu menghasilkn ilusi untk mata kita.. saya bukan ustaz