Takut

Assalamualaikum dan terima kasih admin kerana sudi publishkan cerita aku yang tak berapa seram. Tapi aku nak cerita juga pengalaman aku haha sorry kalau ayat aku berterabur dan panjang sangat. Aku dibesarkan di Perak tengah dan sekarang menetap di KL. Waktu aku kecil2 dahulu, aku tinggal dirumah kampung, sebelum berpindah ke KL. Rumah kampung tu ada dua tingkat. Kami sekeluarga tinggal bahagian bawah rumah dan keluarga lain tinggal dekat bahagian atas rumah. Selepas keluarga rumah atas pindah rumah, tuan rumah minta mak aku tolong2 kemaskan rumah atas dan aku jugak turut membantu mak.

Waktu tu aku masih dalam lingkungan 8-9 tahun. Masa aku tengah duk syok main sapu2, ada satu frame gambar org tua pakai songkok lagak portrait muka bergantung dekat dinding. Aku pun duk tenung la perhati gambar orang tu lama-lama. Dan tiba-tiba meremang pula bulu roma ni. Then aku lari menuju kat mak aku. Masa aku lari tu, mata aku x beralih dari gambar portrait tu. Dan ekoran mata orang dalam gambar tu macam bergerak memandang ke arah aku.

Aku tunjuk kat mak aku, mak aku trus ajak turun ke bawah. Selepas kejadian lirikan manja gambar tu, setiap malam kekadang aku dengar orang berjalan la, berlari la. Ada time tu aku duk syok tengok cerita cina kat tv, time dulu-dulu famous cite cina boleh terbang la, dalam pukul lapan malam, secara tetiba bertukar siaran ke berita mengenai kemalangan maut yang berlaku. Aku ni dah la noob lagi innocent pegi la tukar channel balik. Baru ja tukar channel, tiba-tiba aku terdengar bunyi cakaran kat papan rumah aku. Time tu aku ingatkan kucing aku yang cakar, tapi bila aku tengok balik kucing aku semua ada, elok ja duk diam dalam rumah, laju-laju aku pergi kat mak aku, tolong apa yang patut ahahhaha.

Aku ni sering jugak la diganggu, tapi xpernah la sampai yang tahap diorang muncul depan mata aku. Dan selepas itu aku berpindah ke KL, tapi bukan dalam bandar KL, diluar KL ja. Rumah baru sekolah menengah baru. Selalunya bila dah rumah baru semestinya kene buat doa selamat tapi mak aku kata lambat lagi sebab kekangan duit, so terpaksa ditundakan. Tingkap bilik aku berhadapan dengan longkang besar ke sungai. Kiranya rumah aku tu apartment memang dekat tepi landasan kereta api. Dan tepi sungai tu banyak pokok besar2 dan aku ni pencinta alam sekitar. Hahaha.

Aku pun bukaklah tingkap seluas-luasnye sambil menikmati angin malam. Masa duk relax tu aku peghati ada benda bergerak kat pokok and terbang2. Sepantas kilat aku tutup tingkap, basuh kaki dan masuk tido. Masa duk tengah nak lelap mata tu, aku rasa macam ada something tengah perhatikan aku. Dan waktu tu, aku belom pasang langsir lagi. Ahah ambik kau, katil aku tepi pintu kiranya aku baring menghadap tingkap. Sebab x sedap pandang tingkap aku tukar bhgian kepla ke kaki. Aku dah terlelap, aku mimpi aku kene cekik time tu.

Terus aku tesedar. Masa aku tersedar tu, hambikk kau, benda tinggi rambut kusut serabai panjang, mata merah muka macam kena bakar muncul betul2 depan aku. Ya Allah, aku rasa aku nak termuntah ja time tu. Bau sebusuk-busuknya seperti hanyir ikan dan nanah yang lama. Dia perhati aku setajamnya, dan aku ni hantu tido. Dan esok sekolah pagi, aku xda masa nak rasa cuak atau takot, sebab ayah aku pernah pesan kat aku, jangan takot dengan hantu jin iblis, baik takot dengan Allah. Lalu aku ni melelapkan mata dalam hati. Aku sebut Allah banyak kali dan aku tidur nyenyak. Masa bangun pagi tu mak aku marah sebab aku bangun lambat. Ahahahaha. Dan kes hantu kecoh tu kat apartment aku sebab hantu tu kacau bahagian blok lain. Siap ada dengar cerita dorang g kejar benda alah tu. Allahualam . Thanks!!

5 thoughts on “Takut”

Leave a Comment