Taman Cempaka Ipoh.

Assalamualaikum. Taman Cempaka Ipoh memang terkenal. Aku rasa ramai tau Taman Cempaka tu celah mana, sebab kat situ ramai student area Politeknik Tengku Omar. Selain daripada tu, ramai juga lah student dari kolej lain yang menyewa area situ. Aku, salah seorang student di salah sebuah kolej perubatan. Semasa di semester 3, aku dan beberapa rakan yang lain tekad untuk berpindah ke rumah yang lebih murah, disebabkan rumah sewa kami pada masa itu sangat la mahal. Untuk menampung berbelanjaan kami dan kerja-kerja assignment, dengan menggunakan duit elaun mara sangat lah tidak mencukupi.

Kami decide untuk mencari di rumah yang lebih rumah which is di taman cempaka. Bila kami jumpa rumah berharga RM 300 kami terus grab. Kami menyewa dengan cina mualaf. Tapi kami tak pernah jumpa dia, kami hanya berurusan dengan mak dia sahaja.

Mula-mula duduk dirumah tu, kami tak rasa sangat. Tapi semenjak kami kena posting luar kawasan, rumah tu kosong. Kalau kami posting 3 bulan, 3 bulan la rumah tu kosong. Kami mula rasa sesuatu bila, rumah terlalu banyak cicak. Kami beli pelekat cicak tu, banyak jugak la mati, tapi ada lagi. Hahaha. Masa tu struggle gila woi. Dengan besar nya. Nasi kami masak pun cepat basi. Lauk pun sama. Kami diamkan aje.

Ada satu malam tu, kawan aku decide nak study kat mcd, aku refused sebab aku bukan jenis boleh study kat tempat macam tu. Aku jenis study kena tempat sunyi. Ceh poyo. Okay aku cepatkan, macam lambat je kisah aku ni. So, housemate aku semua pergi mcd tinggal aku seorang. Dorang pergi dalam pukul 11 lebih lah. Aku assume dorang balik dalam pukul 1 ke. Tapi tak balik-balik sampai pukul 3. Hadoi. Masa tu ketaq lutut woi.

Aku duduk dalam bilik, aku harap aku mengantuk dan boleh tidur. Tapi tetiba ada bunyi syiling jatuh. Cinggg. Aku okay lagi. Tapi bunyi lagi. 3 kali. Gila cuak. Hahah. Tapi aku cool lagi lah. Then tetiba bunyi anjing menyalak kat belakang rumah. Padahal belakang rumah kosong, tepi pun kosong, pastu pukul 3pagi. Kau rasa? Then aku try nak focus study tetiba aku dengar bunyi orang naik tangga. Tangga rumah tu tangga kayu. Korang boleh bayangkan tangga tu bunyi mcm mana kan. Scary wei. Lepas tu bunyi perempuan ketawa.

Aku cepat2 tutup pintu, aku mesej kawan aku, suruh dorang balik sekarang jugak. Kawan aku tanya kenapa aku tak reply, dorang call aku tak angkat sebab aku takut benda tu cekik aku. Hahaha. Then tak lama lepas tu kawan aku balik, bagi salam, amek aku tetus grab tudung pergi mcd. Fuhh. Aku ingat benda tu last kat situ je.

Pada malam pukul 1 lebih, lepas kitaorang balik ceramah kat UTP, aku nak stay up. Aku nak habiskan, assignment aku. Housemate masa tu dah tidur. Aku dengar dorang dengkur pun cukup untuk berani kan aku untuk stay up. Dalam pkul 2, tetiba dengar bunyi orang naik keatas, bunyi tangga lagi. Hadoiiii. Cuak den. Aku teruskan lagi untuk habiskan assignment aku. Tetiba aku nampak benda sekilas warna hitam. Terus aku tutup lampu tidur. Hahaha.

Aku ingat, aku sorang je kena. Kawan aku pun kena. Masa tu kami semua posting luar kawasan ipoh. Dia balik sekejap memandangkan rumah dia parents dekat sahaja. Dia balik nak ambil bil air dan elektrik. Masa dia tengah mandi, tetiba dia nampak kepala orang tengah tengok dia kat cermin. Apa lagi melompat anak orang tu. Terus dia keluar, pakai baju drive balik rumah parents dia. Perghh.

Masa kami final year which is kami balik nak seat for final exam okay plak. Takde gangguan. Mungkin benda tu stress tengok kami dok baca ayat pendinding. Hahah. Lepas dah habis exam, aku nak pergi jalan-jalan dengan aku yang lain. Housemate aku semua nak balik rumah masing2. Lepas kemas semua barang kami semua keluar. Tapi tinggal sorang saje housemate, disebabkan dia tunggu abang dia datang dari selatan. Bila abang dia dah datang, dorang malas nak drive malam, so gerak esok je.

Dalam pkul 3 lebih, dia terdengar bunyi tangga orang naik dan panggil nama dia, dia ingtkan abang dia, then dia pergi tengok. Berani wei. Hahahah. Sekali dia intai bawah, kosong. Abang dia tidur. So siapa?

26 thoughts on “Taman Cempaka Ipoh.”

  1. hai, saya pon ex taman cempaka plus ex puo. memang sepanjang 3 tahun ddk sana byk jugak orang cerita ada benda2 ni. Siap dalam rumah sewa saya pon pernah ada and pernah kena. tapi kena2 manja je. alhamdulillah.. btw nice story. kipidap !

    p/s: tgk gmbar ats tiba2 rindu makanan kedai makan taman cempaka :'(

    Reply
  2. Ex Puo jgk. Pernah duduk tc & pekan razaki. Ada kena jgk kat pekan razaki. Btw, tc sari ganjil orng selalu cerita kisah siram.

    Reply
  3. Ex PUO n duk taman cempaka jugak, dulu dengaq cerita jelaa, xdak lagi kena kacaw. alhamdulilah.
    hhahaha, nice sharing.

    Reply
  4. dulu pnh dok sana nasib takde apa.. tp suka makan dkt kedai makan dekat jalan masjid tu, depan kolej kediaman puo kot..sampai skrg kalau pegi ipoh mesti makan situ. murah dan sedap.

    Reply
  5. Ex puo jugak n dduk kat tc… Selama duduk kat sana memang x penah kena… Tp kawan2 penah terkena.. Sbb rumah ‘benda’ tu ada kat dapur rumah diorg.. Huhuu

    *lagipun rumah kt tc memang boleh dgr org rumah sebelah pijak tangga.. ?

    Reply
  6. same jugak..exPUO, Taman Cempaka Sari 9…nombor rumah tak ingat dah…penah kene jugak dengar macam orang turun tangga…nasib tak benda tu tak say ‘haii’ je..huhuhuhuh

    Reply
  7. ex rcmp tapi duduk taman cempaka jugk dulu,,hehehe…nasib baik rumah okay jer..sbb selalu lepak mcd smpi suboh..tapi ade kawan yg boleh nmpk pernah jugak kasitau ade benda dalam rumah kitorang tyme tuh..rindu taman cempaka dengan food court bintara

    Reply
  8. Dulu saya sekeluarga pernah tinggal di Taman Cempaka. Memang ada beberapa kisah yang menyeramkan pernah berlaku. Antara satu yang berlaku terhadap anak kawan mak saya. Masa tu dia masih seorang kanak-kanak. Insiden ni berlaku around 20+tahun yang lalu. Satu hari evening, budak tu mengayuh basikal di luar rumah sendiri dia. Tak pasti macam mana, dia dilanggar oleh sebuah lori dan jadi koma. Lepas dia sedar dari koma, dia kata dia ternampak seorang wanita yang sangat hodoh melambai dengan dia sebab itu dia tak sedar kedatangan lori terhadap arah dia.
    Kes kedua, keluarga saya selalu terdengar dragging sound of kerusi keluli di ruang tamu kami pada tengah malam walaupun semua ahli keluarga saya sudah pergi tingkat 2 untuk tidur.
    Yang lain saya tak mau sebut dah, sebab nanti ada apa2 saya dipersalahkan sebab menakutkan budak2 poli haha. Tapi, selepas keluarga saya moved ke rumah di Taman lain, kami tidak pernah sekali pun mengalami kes2 yg pelik macam tu. Believe or not, up to you. Hehe.

    Reply
  9. saya skg stay lg kt taman cempaka , 3 tahun student kptm , skg keje kt medan gopeng , alhamdulillah , xde benda pelik lg jdi setakat ni :3

    Reply
  10. benteng benteng…. jom lepak benteng… teringat abang kedai benteng gerai hujung sebelah perumahan tu. makanan kedai dia sedap… selalu makan. sampai habis studi PUO 2006…. Dah kerja masih makan. sampai satu masa kedai tu tutup lama… rupanya isteri dia meninggal sakit misteri terkena buatan orang. skg gerai dia jadi kenangan. dh x niage dh.

    Reply
  11. Saya juga ex puo sari 13…Rasanya..Kami Tak pernah tidur seawall jam 5.30 pagi masa cuti…..Hahahaha.bangun paling awal 3 petang huhuhuhu

    Reply
  12. Saya ex-puo batch 2005-2008. Teringat dulu jiran saya lari keluar rumah ramai2 sebab kena ganggu. Oklah. Bunyi tangga boleh kita ingat orang sebelah. Tapi bila pili air terbukak sendiri. Hati pun dah tak boleh disedapkan dah.. Hihihi

    Reply
  13. Hahaha biaselah .. org luar dok situ pasti ade benda pelik jadi.. tapi memang betul lah ape di ceritakn semua pernah jadi and pernah org ceritakn..

    Reply
  14. Rindunya. Aku expuo gak. Batch dec 2011-nov 2014. Uuuu rindu. So far xpernah lg dpt rumah berhantu. Sem last ktowg sewa kt ampang. Sumpah rindu. 01DPM11F20**

    Reply
  15. Ada 1 rumah area sari bukit… kalau rumah tu bersepah… pinggan mangkuk x basuh… mlmnya nnti, ‘benda’ tu akan mengamuk… dia akan hempas pinggan mangkuk ke lantai… Kata otai², ‘benda’ tu betina…

    Reply

Leave a Comment