Tangan Siapa

Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Ini pertama kali aku menulis pengalaman seram yang pernah aku alami. Cerita ni pernah aku cerita pada family dan beberapa kenalan rapat. Mana yang rasa pernah dengar cerita ni jangan pegi mention aku pulak ye. Hehe.

Kisah ni berlaku pada tahun 2012 ketika aku sedang dalam tahun akhir pengajian diploma di sebuah ipt di Negeri Sembilan. Sejak semester kedua, aku dan beberapa coursemates menetap di luar kampus. Rumah yang kami duduki adalah rumah baru jenis semi-D yang mempunyai 3 bilik tidur. Aku dan dua orang roommates menetap di middle room. Middle room ni masuk je dari pintu, sebelah kiri ada katil double decker yang rapat ke dinding selari dengan pintu bilik. Bertentangan dengan katil ada almari baju dua pintu yang ada cermin kat pintu kanannya. Tempat tidur aku di katil belah atas. Katil bawah roommate aku, S dan F pulak tidur beralas tilam di lantai antara katil dan almari. Ok cukup tentang penerangan bilik. Sekarang nak mula bahagian yang seram.

Pada suatu hari tu, di awal study week, aku demam panas. Jadi malam tu lepas makan ubat, aku padamkan lampu lalu aku tidur awal lebih kurang jam 10.30 malam. Mungkin kerana badan tak selesa, aku terjaga pada jam lebih 2 pagi. Dalam mamai mamai tu, sayup2 aku dengar lagu ost boys over flower. Siapa layan k-drama dia tau lah. Haha. So, aku syak housemate bilik hujung belum tidur sebab dari pintu bilik yang tak bertutup rapat, boleh nampak cahaya lampu dr bilik hujung. Aku nampak F tidur di tilamnya. S aku tak pasti. Rasanya join tengok drama kat bilik hujung tu.

Memandangkan kesan ubat masih ada, aku berniat nak sambung tidur semula. Aku mengiring arah kanan menghadap almari. Tangan kanan aku selit bawah kepala, tangan kiri aku lipatkan ke dada. Bayang je lah, aku tak pandai lukis. Haha. Baru sahaja aku mahu melelapkan mata, aku rasa ada tangan memegang pergelangan tangan kiriku dari arah belakang. Ish, tangan siapa ni. Akibat kesan ubat yang mungkin buat aku tak berfikir dengan waras, aku menyangka adik aku kacau aku tidur. Aku ni tak suka body contact tau. Rimas.

Aku terus pegang tangan tersebut. Zapp! Terus aku kembali ke akal yang waras. Ini rumah sewa aku, mustahil adik yang nak spm tu boleh aku ada di rumah ini. Dan tangan yang memegang tangan aku ni tangannya kurus kering, seperti tulang bersalut kulit semata sangatlah berlainan dengan tangan adik aku yang gebu gebas masa tu. Mustahil juga housemate aku mempunyai tangan sehalus tu. Ah, sudah. Tika itu juga aku tersedar, katil aku ni rapat ke dinding, yang mana aku tidur membelakangkan dinding jadi sangat mustahil untuk sesiapa tiba2 nak menyelit belakang aku. Jantung aku mula berdegup kencang.

Mulut aku seperti terkunci, nak menjerit suara tak keluar. Sambil aku cuba baca ayat2 surah lazim yang termampu aku fikirkan, sambil aku cuba melepaskan tangan kiriku. Namun cengkaman di pergelangan tangan aku tu tak makin longgar tapi terasa semakin kemas. Tak cukup dengan tu, di ejeknya aku dengan ketawa terkikih dia, -hihihihii~ hihihihii~- nak nangis aku dibuatnya kuanghajo betul.

Mungkin sebab takut dan cemas, bacaan aku kelam kabut jadinya. Aku teruskan jugak membaca segala macam ayat al quran sehinggalah tangan aku dilepaskan. Fuhh lega tapi jantung berdegup laju lagi. Seminit, dua minit, aku pejam mata masih belum berani nak toleh ke belakang. Mana tau dia masih ada duk baring lagi belakang aku. Nasib baik jugak lah aku tak bengong sangat pergi tengok pantulan dari cermin almari tu. Kalau takk. Telinga aku masih menangkap bunyi suara jun pyo kat bilik sebelah. Dalam beberapa ketika lepas tu agak agak dah tenang, aku kembali tertidur. Yelah, nak turun katil pegi mengadu kat bilik hujung pun tak larat. Penat kot. Dengan demamnya, dengan bergelut dengan makhluk apa aku taktau.

Pagi esoknya, aku terjaga. Aku buat macam biasa, sebab aku tau roommates aku lagi penakut dari aku. Tapi sebab rasa macam tak best pendam sorang2, petang tu aku bercerita dengan F tentang kejadian malam tu. Menurut F, malam tu dia dan kawannya baru balik dari suatu tempat ni aku tak ingat. Mereka balik jalan kaki sampai ke rumah dan sampai hampir tengah malam. Kawan F ni tumpang tidur di rumah kami dan yang tidur di lantai bilik pada malam tu adalah kawan F. Kawan F ni tak mandi or bersihkan diri dulu sebelum tidur, jadi mungkin ada apa2 yang mengikut sampai ke rumah dan kacau aku sebab badan aku lemah akibat demam ketika tu. Itu hanyalah andaian semata.

Aku pun tak salahkan sesiapa. Dah ditakdirkan ada makhluk nak kacau aku malam tu nak buat macam mana lagi kan. Dan demam aku berlanjutan lagi seminggu lepas diusik malam tu. Aku masih tak serik lagi tidur di bilik tu, acah acah berani. Hahaha. Selepas tu tak ada lagi gangguan seteruk tu aku kena. Kalau setakat bunyi orang petik suis, bunyi katil kena ketuk sikit2 tu adalah, biasa lah tu. Mujur lah tahun berikutnya aku tamat diploma dan kembali menetap dengan keluarga. Cuma sampai sekarang, aku boleh ingat lagi rasa pergelangan dicengkam macam tu. Sekian cerita tak seberapa seram pada korang tapi seram pada aku hahah. Terima kasih pada yang sudi baca. Maaf kalau ada yang tak faham cerita. Aku bukan penulis. Hee. Kalau aku rajin, lain kali aku cerita kisah seram aku di kolej kediaman ipta di Shah Alam pulak. Tata!

2 thoughts on “Tangan Siapa”

Leave a Comment