Tapak Pembinaan

Salam admin, terima kasih jika approve cerita ni

Salam. Namaku Akif, aku bahasakan diriku sebagai Aku, boleh ye? Aku bekerja sebagai Site Safety Supervisor di sebuah tapak pembinaan di lembah kelang ni. Tempat kerjaku di tapak pembinaan tidaklah besar sangat, cuma di bahagian dalam hutan sikit, tempat port orang memancing.

Awal2 pembinaan tu, memang nampak pokok2 hutan, durian, langsat dan mcm2 lagi la semak-samun semua. Tapi, semuanya telah ditebang dan kerja2 tanah dibuat untuk meratakan tanah. Opps, ni bukan pembinaan perumahan yang scam tu ye, ni memang projek pembinaan real, under kerajaan negeri punya.

Aku? Aku mula bekerja lambat sikit dalam projek ni, projek ni start pertengahan tahun 2014, aku masuk awal tahun 2015, itupun progress kerja sudah 20% macam tu, kiranya kerja2 tanah sudah dilakukan. Cuma, aku perhatikan je la masa mula2 masuk, ade satu tempat tu, di hujung sempadan projek kami tu, kira2 dalam 100 meter dari bangunan utama yang sedang dibina, ada sebatang pokok besar tidak ditebang tapi ade bekas kena potong sikit. Aku tidak ambil tahu pun situ sebab sibuk sikit kerja mengarah bangla dan memastikan pekerja bekerja dengan selamat di site.

****************************

Seperti hari2 biasa, aku membawa motosikalku ronda2 dalam site. Sedang leka melayan tengah panas. Tiba2.

“Der.. minum der..” Zhafri mengajak aku minum ketika lunch hour jam 12 tengah hari. Zhafri ni engineer di site dan maklumlah kerja bawah panas terik ni masa inspection letih sikit.

“Jom..” aku membalas sambil membawa motosikalku ke kantin berhampiran workers camp.

Di situ ada beberapa bangla dan nepal sedang minum. Juga kelihatan Mr Cheong iaitu kitorang punya Manager.

“Nak ular ye..” Mr. Cheong menganjing kami sambil menunjuk jamnye yang sudah rosak tak bergerak.

Kami pun cakap la da waktu lunch, da pukul 12.10 da pun. Mr Cheong hanya tergelak sambil minum 100 plusnya tu.

Sambil2 minum, aku terfikir sesuatu mengenai pokok tersebut. Dah kenapa tak tebang pokok tu, rasenye kalau ikut drawing, akan ade satu bangunan akan dibina berdekatan situ.

“Der.. apahal pokok sana tu kan, kita tak tebang eh,” Aku bertanya Zhafri. Soalanku turut didengari oleh Mr. Cheong tapi dia hanya mendiamkan diri.

“Itu pokok ade hantu la,” jawab Zhafri ringkas.

Aku terkejut, biar betul. aku pun tak tanya lagi, aku dah la nak buat overtime malam ni, mau ditanya lagi, kang ade betul2 hantu, susah.

“Akif, lu overtime malam ni, jangan pergi itu kawasan. Ikut saja Napi,” Jelas Mr. Cheong yang turut mendengar perbualan kami tu, tegas. Napi tu ialah site supervisor kami, umur dalam 50 an, seorang yag tak banyak bercakap tapi bila bercakap, memang lantang dan kuat terutama ketika mengarah pekerja yang buat kerja sambil lewa.

Sesudah minum, aku membungkus nasi dan pulang ke site office. Kelihatan Cik Jasmin sedang sibuk bergosip dengan kawan2 yang lain. Aku pun apa lagi, sakat la si Jasmin tu.

“Tak makan ke cik adik manis,” aku menyakat.

“Bising r ko Akif, kami tengah borak cerita hantu ni, tengah baca kat blog, seram jugak,” balas si Jasmin lembut.

“Alaa, takyah susah2 cari cerita hantu, dalam site kita ni pun ada,” Aku balas dengan spontan.

Duppp.. aku lantas tersedar, apa yang aku cakap ni. terkeluar dari mulut aku sendiri macam tu, entah kenapa

Jasmin dan kawan2nya terdiam. dan kebetulan Napi yang ada disitu menyampuk.

“Ko jangan macam2 Akif,” kata si Napi, aku rasa tu first time aku dengar dia bercakap harini dalam office, bukan selalu nak bercakap, diam je. kecuali dalam site.

*****************************

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Hampir kesemua staff di site office sudah balik, kecuali beberapa orang yang akan buat overtime malam tu. Ade sedikit kerja2 konkrit akan dibuat. Jadi aku selaku Site Safety perlu ada utntuk standby just in case apa2 berlaku.

Selesai je solat maghrib, dalam jam 8 malam, Aku terus membawa motorku ronda2 dalam site. dengan bantuan lampu motor dan lampu yang dipasang oleh kontraktor, tak semena2 aku terlihat pokok di hujung sana. Gelap. tiada apa2 berlaku. Aku da terpikir bukan2, mesti korang ingat aku ada nampak kelibat kan? owh tidak, tak nampak pun, seperti malam2 biasa, cuma aku cuma teringat peristiwa siang tadi je, yang aku terlepas cakap ada hantu kat site ni. Bukan main lagi takut si Jasmin lepas dengar aku cakap tu, meja dia dah la mengadap bilik stor yang gelap dan tidak pernah digunakan sejak beberapa bulan, berkunci dari luar dengan 2 mangga. Dia ingat yg aku maksudkan pasal bilik stor tu. (ade ke? entah)

Berbalik ke malam tu balik. Macam biasa, ronda2 dalam site, pergerakan lori konkrit masuk memecah suasana sepi. Kedengaran beberapa orang bangla sedang bersembang / berkomunikasi ketika bekerja. Namun, tak semena-mena, aku berasakan seperti seseorang di belakangku.

Aku berpaling dan melihat supervisorku yang pendiam tu, Napi yang turut serta dalam aktiviti konkrit tu.

“Ui bang, terkejut aku..” Aku memulakan bicara namun hampeh si Napi tu diam dan terus berpusing menghala ke arah pokok besar tersebut.

Aku hanya melihatnya dalam samar2 dan yang aku perasan, bajunya lusuh macam seminggu tak basuh. Tapi bagiku itu standard la kot dalam construction ni, baju penuh kesan karat, peluh, tanah selut dan lain2.

Tiba2..

“Bos, ade orang inject (injured)..” seorang pekerja bangla menjerit dari atas bangunan.

Aku segera bergegas ke tempat tersebut yang hanya 10 meter dari tempat aku meletakkan motor. Di atas tu seorang pekerja luka bahagian kepalanya tapi mukanya pucat. Luka tu mungkin sebab dia terhantuk dengan dinding. tak nampak agaknya. Tu la, aku da pesan suruh pakai helmet betul2, pasang lampu betul2 kasi cerah, tak mau. Dan pada masa yang sama kedengaran beberapa pekerja indo dan bangla membacakan ayat suci.

“Dah kenapa ni…” Aku bertanya, pantas sambil naik scaffolding tersebut.

“Entah la, katanya nampak benda terbang, itu dia terkejut”, balas rakan pekerja tersebut

Dan pada masa yang sama, Napi turut sama berada di situ, tapi dia turun dari tingkat atas. Masa tu aku belum rasa pelik apa2 lagi. Just fokus untuk memberi first aid dengan berbekalkan kotak kecil yang aku bawa dari box motor.

Sesudahnya bagi first aid, aku memesan kepada rakan pekerja tersebut untuk membawa pekerja tersebut ke klinik berdekatan yang tak jauh dari site. Namun, pekerja yang luka tersebut meracau2. Ha sudahhh, apehal ni. jangan la jadi time ni, aku duk terpikir hantu dari tadi ni.

Napi ketika itu juga kelihatan segera menelefon seseorang, dan aku bersama beberapa pekerja yang lain cuba menenangkan pekerja yang meracau tu sambil dibacakan ayat2 suci.

“AAAAAaaaaaaa…..” satu suara yang kuat entah dari mana bunyi tu datang di tempat kami bekerja tu.

Nasib baik kami semua tidak panik, mungkin agaknya pekerja2 ni sudah biasa dan aku ni follow je diorang, lagipun kami ramai di situ. Dan pekerja yang meracau tersebut diam seketika.

Salah seorang pekerja ni, bermulut celupar pulak cakap yang pekerja tadi tu kena sampuk hantu sambil berpaling ke arah pokok besar sana. Kemudian, aku teringat yang Napi ada menuju ke pokok itu tadi.

Alang2 Napi kat sini, aku tanya je la…

“Bang Napi, bang ade ke pokok sana kan tadi? sebelum aku naik atas sini tadi” Aku bertanya Napi.

Napi menafikannya. Dia cakap dia dari jam 7.50 malam lagi berdiri atas bangunan tu. Aku mula pelik dan tak semena-mena lampu semua terpadam. Yang aku nampak hanyalah lampu motorku masih menyala di bawah sebab aku tak matikan enjin, tapi aku pelik. Dah kenapa Napi ada di bawah tu, bukan ke 2-3 saat tadi aku baru bercakap dengan dia. Sambil2 membuka phone dan on kan torchlight, Aku berpaling ke belakang, OK Napi ade, dia gelabah jugak buka torchlight. Aku tengok balik ke arah motor aku, da kosong tiada orang. Boleh pulak macam tu. Ha sudahhh… bulu roma aku sudah naik, dia punya perasaan masa tu, Ya Allah.. cuak bai.

Aku diam je.

Sementara itu, Napi mula bertanya kepada kepala pekerja bangla tersebut (kepala ni macam ketua r).

“You olang ade kacau2 atau main2 kat pokok sana tak” Napi bertanya dengan tegas.

“Saya tak pasti, tapi ini kawan saya baru bekerja,” Jawan si kepala pekerja itu.

Napi diam dan berfikir, mungkin ada sesuatu telah berlaku yang menyebabkan penunggu pokok tersebut marah.

Dengan perlahan-lahan, Napi berkata,”last terjadi 4 bulan lepas masa projek mula2 start tapi…”

Napi memberhenti bercakap, aku paham, mungkin tempat dan masa tak sesuai untuk bercerita. Dan dia terus turun dari bangunan tu. Entah ke mana dia pergi.

Sementara itu, pekerja tersebut sudah tidak meracau lagi, tapi masih lagi pucat dan aku terus stop kan kerja konkrit malam tu untuk memberi ruang kepada pekerja2 tersebut berehat. Semuanya bergerak sekali setelah dibilang cukup bilangannya.

*****************

Keesokan harinya, semasa lunch hour selepas Mr. Cheong pulang dari meeting di HQ, Mr. Cheong memanggilku masuk biliknya mungkin untuk bertanya kenapa stop work. Zhafri turut serta sekali. Napi? Dia tidak hadir.

Mr. Cheong tak cakap banyak. Dia just tanya., ” Akif, Explain….”

Wah, satu soalan yang simple tapi berjela-jela penerangannya. Ya, aku faham, silap aku tidak menelefonnya semalam dan pagi tadi untuk explain apa yang berlaku.

Aku just cakap,” Ada Hantu semalam, seorang pekerja…..”

Aku belum habis lagi menerangkannya tapi Mr. Cheong serta-merta cakap,” OK, nevermind”

Zhafri di sebelahku menepuk-nepuk bahuku. Aku ingat kena marah.. cehh..

Mr. Cheong menegaskan, projek harus diteruskan. Tapi perlu berhati-hati dan jangan kacau itu tempat. Dan Mr. Cheong cakap ada sedikit perubahan pada drawing dan tidak akan ada lagi bangunan akan dibina berdekatan pokok itu. Mr. Cheong bercerita yang pada awal pembukaan projek ini, tempat ini merupakan tempat perkuburan lama. Kubur2 yang tak bernama mungkin dari era puluhan tahun dulu, zaman jepun agaknya. Semasa kerja2 survey dijalankan, beberapa kubur lama tersebut telah dipindahkan. Namun, ade satu kubur berdekatan dengan pokok besar tersebut tidak dialihkan. Ade penunggu katanya. Dan ada usaha untuk menebangkan pokok tersebut, namun entah kenapa ketika sekerat jalan memotong, mesin2 semua rosak, dan pekerja2 yang melakukan aktiviti tersebut seolah-olah ditimpa kecelakaan seperti accident di hadapan jalan besar dan sebagainya.

Setelah bercerita tentang sejarah tapak pembinaan tu. Mr. Cheong menegaskan lagi sekali, jangan kacau itu tempat. Yup, betul, itu terjadi semalam sebab pekerja yang meracau tu membuang hajat di situ sebelum masuk ke bangunan semalam. Berkenaan dengan Napi, Ok rupanya dia hanya cuti Annual Leave, da apply sejak minggu lepas, aku ingatkan dia demam seminggu, haha.

Namun, sebelum aku keluar dari bilik tu. Mr. Cheong menegaskan lagi sekali. Jangan kacau itu tempat, dan lagi satu, jangan buka itu bilik stor dekat meja Jasmin.

Haa sudah.. Bilik stor pulak. office kitorang ni satu aras je, so aku terus la tengok ke luar bilik manager. Sambil aku perhatikan seorang demi seorang kaki gosip cerita hantu yang berkerumun di meja Jasmin. Dalam gelak ketawa diorang, tak semena-mena, Jasmin memandang tajam dan tepat ke arah aku…

TAMAT

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Tapak Pembinaan”

  1. Kenapa tk hire org yg mengaku hijab dia terbuka(sixthsense) sblm membuka tapak pembinaan tu?! Jd bleh tahu mana2 tmpt yg angker… Kat dlm FS ni, bnyk penulis yg mengaku hijab diorg terbuka… Jd apa tunggu, bleh kitorng tahu betul atau bohong…

    Reply

Leave a Comment