Tapak Rumah Lama

Assalamualaikum warga FS semua. Sya nak share cerita juga. Ini bukanlah pengalaman sendiri, tapi apa yg terjadi di kawasan perumahan. Jzkk FS for the approval 🙂

Introduction:
Kawasan perumahan saya adalah kawasan quarters yang tapaknya mengikut engineer daerah di kawasan tu, mencecah usia melebihi 60 tahun. Design rumah pun design quarters lama ala english style. Rumah bungalow 2 storey yang memanjang ke belakang lebih kurang 60 – 80 meter. Dah setiap rumah ada laman yang sngat besar, dikelilingi pokok2 besar (yang ada certificate ok x ley tebang sesuka hati) n pokok buah-buahan. Boley la nak anggarkan tapak 1 rumah hampir 1ekar. Bermakna, jarak antara satu rumah ke rumah yang lain agak jauh. Hoho, mula2 nk masuk rumah tu, abah ditemani kawan, dtang melawat tengok rumah, ok ke tak. Kawan abah, bila tahu abah nk masuk rumah tu, dia rasa lain macam sket, n hence dia buka la cerita cause kawan dia yg pernah tinggal kat rumah tu nampak macam2 dan antaranya nenek kebayan. Even, waktu dia datang tu dia kata lain xsedap hati like meremang gitu. Ok, itu pengenalan. Itu berdasarkan cerita dari mulut ke mulut bekas penghuni rumah kami.

Yang ni, pengalaman jiran saya yang juga merupakan imam masjid negeri. Cerita ni saya dengar dari mulut mama yg sumbernya mmg mama dengar sendiri dari mulut isteri imam.

Kisah 1:
Satu pagi, imam tu nk pergi kuliah subuh ke kawasan yg agak jauh dari tempat tinggal dia. So, dia gerak dari rumah dalam kul 4 lebih. Waktu tu kawan dia ambil. Bila kawan dia sampai di rumah dia, dia nampak ade budak kecik main bola sorang2 kat halaman rumah. Tapi kawan dia x syak apa2 pun masa tu. Bila tok imam tu dah masuk kereta, baru kawannya tanya, kenapa biarkan ank dia main kat luar rumah waktu2 macam ni ( kul 4 lebih pagi). Huhhu, tok imam tu balas yg maksudnya lebih kuarang ” klu nampak tu, diam2 je lah, x payah tegur”. Dan untuk pengetahuan, tok imam tu xde ank kecik. Yang paling kecik usia dah upper form.Huh.

Kisah 2:
Peristiwa ni dialami sendiri oleh isteri pak imam tu. Waktu tu dah lwat, hampir mencecah 12 mlm. M.cik ( isteri tok imam) ni dah nak tidur. Tiba2 seorang anak m.cik nie datang masuk bilik dia dengan cara yg agak kasar ( terus melulu masuk tanpa ketuk pintu – ank2 mereka ni diajar, klu nk masuk bilik parents kena ketuk mintak izin dan bukan sesuka hati je boley masuk). Dia datang bawak insect spray, spray satu bilik tu padahal m.cik tu x suruh pun. M.cik tu tegur la ank die supaya berhenti spray sebab dia dah nk tidur. Tapi bende tu buat x endah je, terus spray. M.cik tu da rasa lain macam dah sebab anak2 dia 1) xmasuk bilik parents sesuka hati 2)anak2 dia faham bahasa n ikut arahañ, klu suruh berhenti, berhenti. Dan m.cik tu biar je bende tu buat hal di sebab dah biasa kene usik2 manja macam tu.

Ok, back to my house. Sye pernah jugak risik2 dari mama pernah ke berlaku kejadian pelik2 dan yg seumpama dengannya. Alhamdulillah mama kata so far xpernah. Dan mama pesan, yg mencorakkan sesebuah rumah tu adalah ahlinya. Mama slalu pesan kat kami adik beradik, nak masuk rumah, bagi slam sebab ada syaitan (ape entah namanye xingat) yg akn ikut kte masuk n porak perandakan isi rumah.

Sebelum tinggalkan rumah, baca 3 kul, ayatul kursi at least. Dan yang paling penting imarahkan rumah kita dgn qiam, bacaan al-quran dan sebagainya. Mama pun perasan, dulu mama pun pernah kena kacau (nampak lembaga hitam klu dia tidur kat tempat abah – mama xley tidur tempat abah, kebiasaannya mama akan tidur belah yg rapat ke dinding) sebelum dia amalkan qiam. Tapi alhamdulillah selepas mama amalkan qiam mmg dah xde langsung. Pengajaranya, kita hidup kat dunia ni, ada makhluk ghaib jugak. Yg penting perisaikan diri dngan amalan2 kebaikan, jaga solat dan al-quran tu jngan tinggal. Heeeez, maaf klu x seram??. Point yg saya cuba sampaikan bukan jln ceritanya, tetapi pengajaran di sebaliknya.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Tapak Rumah Lama”

Leave a Comment