Tegur

Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih saya ucapkan jika admin siarkan cerita nie. Saya penulis baru and nama saya Nita (bukan nama sebenar). Kisah yang saya ingin kongsikan ni kisah yang terjadi kat diri saya sendiri 8 tahun lepas waktu saya tingkatan 1.
Pada awal tahun 2011, saya bersekolah di sekolah campur (1Malaysia), tapi dipindahkan ke sekolah agama yang mempunyai asrama harian masa pertengahan tingkatan satu pada bulan 7. Sekolah ni terletak disebuah kawasan paya di Daerah Manjung, Perak.
Masa pindah sekolah tu, saya tengok kawasan sekeliling tu paya. Kiri, kanan, depan, belakang tu paya. Bile hujan, air memang naik. Pernah sekali, hujan lebat sangat and banjir. Air naik sampai betis. Hahaha..
Kisahnya bermula apabila saya masuk asrama sekolah. Saya ditempatkan di ASPURI (Asrama Puteri). Warden meletakkan saya di Kamar Asmah yang terletak di tingkat 2 bangunan tersebut. Saya melihat, asrama tu hanya membuka satu pintu tangga yang terletak berdekatan pagar kecil asrama. Pagar di hujung kiri bangunan dibiarkan karat dan berkunci. Semasa menaiki tangga, saya merasakan seperti ada sesuatu yang memerhati dari jauh. Apabila di pandang belakang, tak ade pula bayangannya. Katil saya merupakan katil double decker yang dicantumkan menjadi twin dan hanya saya seorang saja yang tidur di situ.
Selepas 1 bulan menetap di asrama harian, saya mula rasa tak senang duduk. Pada satu malam, saya diajak untuk membaca yassin di dalam kamar Asmah. Saya diberitahu bahawa setiap kamar perlu membaca yassin atas arahan ketua warden. Selepas membaca, saya terus tidur. Sebelum itu, saya dipelawa untuk tidur bersama rakan-rakan saya yang tidur seramai 8 orang di katil double decker yang dicantumkan. Mereka tidur secara melintang. Tapi saya menolak kerana sempit.
Namun, semasa sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba saya merasakan belakang saya ditolak dengan kuat. Saya hampir terjatuh dan serentak dengan tu, saya terdengar suara serak basah berkata “awak, tepi la sikit. Sempitlah”. Saya terdiam dan terus mencapai bantal dan selimut dan terus menempel di katil jiran.
Bermula dari situlah, hijab saya terbuka dan saya mula nampak makhluk yang saya rasa mencemarkan pemandangan saya. Suatu hari, saya kesejukkan semasa tidur dan saya terlihat tingkap bilik tidak ditutup dan kipas berkelajuan no 3 (kipas di dinding). Saya melihat suasana malam dari luar kamar saya dan kemudian, terdapat satu lembaga tiba-tiba terbang ke arah saya dan mukanya betul-betul dihadapan saya. Saya dengan tenang menutup tingkap dan sambung tidur seperti biasa. Hahaha..
Ada satu ketika, saya ingin menggosok baju. Bilik iron di tingkat bawah berhampiran tangga usang dan kebetulan saya adalah orang terakhir yang gosok baju dan jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam. Sedang asyik gosok baju, pintu bilik iron tiba-tiba ditutup dengan kuat dan kemudiannya buka semula. Saya terasa ada makhluk yang ingin mengganggu dan mengusik saya ajak bermain kerana terasa tiupan angin di leher walaupun saya bertudung. Selang beberapa minit, terdengar regusan seperti marah dan tudung yang saya sudah gosok dan gantung, terjatuh. Saya berkata “Jangan lah usik macam nie. Saya nak gosok baju je. Tak nak ganggu awak. Dah nak sudah ni. Sikit lagi. Dah nak siap dah. Nanti saya keluar.” Selepas saya sudah gosok baju, terus saya keluar dan masa berjalan terasa ade yang mengejar dari belakang. Langkah seribu terus naik kamar. Lepas tu, senior marah sebab gosok baju lewat malam dan saya kene cubit. Redha. But, the next morning, saya terkejut bila dengar orang jerit kuat. Terus buka lampu. Saya tengok, senior yang cubit saya tu, rambut dia kene gam. Habis keras. Saya terdiam dan sejak dari tu saya kene pulau dengan budak kamar Asmah.
Gangguan tak berhenti setakat tu je. Masa saya tidur, saya kene kejut macam ade kebakaran berlaku. Bile saya terjaga, ada bau wangi sangat dekat katil sebelah. Saya yang tengah mamai kembali tidur dan apabila terjaga pagi tu, ade bunga melur atas katil sebelah saya. Saya lihat senior yang diam seribu bahasa. Saya cuba tanya Kak Maya, tapi dimarahai pula. Selepas kejadian tu, saya report pada ketua warden dan dia memanggil seorang ustaz untuk membantu.
Malam yang dijanjikan tiba. Ustaz tersebut hadir bersama 3 orang rakannya. Mereka tiba di kamar Asmah tepat jam 9.00 malam. Pertama kali dalam sejarah sekolah ustaz dipanggil untuk merawat. Saya melihat mereka sambil tersenyum. “Assalamualaikum.. Ustaz berempat je ke yang datang?” saya bertanya. Ustaz terkejut dan mengiyakan selepas menjawab salam.
Saya terjaga dari pengsan dan diberikan air tawar oleh ustaz. Saya tanya apakah yang terjadi? Rakan rapat saya, Umi (bukan nama sebenar) menceritakan hal yang berlaku. Dia bercerita, selepas saya memberi salam, saya terus berubah jadi marah. Saya meracau dan mengamuk. Badan saya melayang-melayang macam kertas ditiup angin dan tiba-tiba saya jatuh dan menangis. Saya berkata “saya sunyi dan inginkan rakan bermain dan saya hanya ingin berkawan dengannya. ” selepas itu terus saya tidak sedarkan diri.
Setelah peristiwa tersebut, bagi mereka yang mengenali saya, terdapat yang memanggil saya hati batu kerana tidak takut. hahaha.. Namun , hanya Allah SWT saja yang tahu bertapa lajunya jantung mengepam darah bila terserempak begitu. hahaha..

Sekian dahulu dari saya.. masih banyak peristiwa hantu yang terpahat dalam memori.. insya Allah, jika ade peluang, saya menulis lagi. Amiin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Tegur”

Leave a Comment