Telaga Syaitan (I)

#TelagaSyaitan

Asslamualikum semua.

Macam mana puasa? Okay? Alhamdulillah kalau semuanya okay. Kalau korang dapat baca kisah aku ni bermakna Fiksyen Shasha dah approved. Hahah. Harap di terbitkanlah sebab aku nak kongsi pengalaman aku. Tapi sebelum tu kalau tak seram tu minta maaf lah ya. Aku bukan James Wan nak buat cerita hantu. Hahaha.
Okay lah, membebel pula.
Ready? Jom!
Nama aku Zul yang berasal dari Tampoi, JB. Pengalaman aku ni berlaku masa aku berumur dalam lingkungan 17 tahun. Sekarang dan 26 tahun. Masa umur 17 tahun apa korang buat? Fokus SPM? Haa sama lah dengan aku, masa tu sekolah aku ada buat kelas tambahan untuk subjek Add Math kot tak silap aku. Lupa seyh, benda dah lama kan. Hahah. Aku ni jenis malas nak datang kelas tambahan ni lagi-lagi kelas waktu malam.

So, satu hari tu aku ponteng dan aku lepak kedai dengan kawan aku, dia pun ponteng jugak. Tengah lepak-lepak masa tu aku dengan kawan aku yang aku berikan gelaran sebagai Amin (bukan nama sebenar) terdengar pak cik – pak cik berbual pasal hantu. Aku dengan Amin memang minat benda-benda mistik ni. Mereka berbual pernah ternampak pontianak lah, langsuir lah, pocong lah dan aku malas nak dengar sangat cerita orang sebab aku dah mula mamai. Lalu aku pun mengeluarkan sebatang rokok dan hisap dengan aman.

Jam dah menunjukkan pukul 11:50PM. Waktu-waktu gini budak kelas malam dah balik rumah. Aku pun bagitahu Amin aku nak balik pasal esok paginya hari Sabtu aku kena ke pasar. Huhu. Pada keesokan harinya, Amin datang rumah aku bawak kereta bapak dia. Aku syak bapak dia masa ni takda dekat sini mungkin naik KL. Kitorang ronda-ronda bermula dari Tampoi sampai lah ke Batu Pahat. Jauh seyhh dia bawak.

Nak dijadikan cerita, waktu tu jam dah pukul 7:30PM dan pukul 9:00 aku sepatutnya ikut mak aku pergi Kota Tinggi nak melawat sepupu tapi tak jadil sebab Amin ni punya pasal ah. Mengamuk mak aku haha. Apa yang berlaku waktu ni aku dengan Amin lalu dekat satu kampung ni rumah dah banyak tak berpenghuni. Dalam satu kampung tu boleh kira ada dalam tak lebih dari 20 keluarga. Rumah lain semua dah kosng dan bersemak samun, Seram weh! Lampu jalan pulak jarak jauh-jauh dan sempit sebab tepi tu parit.

Kitorang teruskan perjalanan sambil layan Radiohead. Tengah syok-syok kitorang ternampak sekor rama-rama warna kuning. Cantik sangat tapi rama-rama tu bercahaya. Aku dah mula fikir macam-macam dah ye lah maghrib seyh masa tu dan Amin pulak boleh jadi tak waras dia berhentikan kereta dekat tepi ladang kelapa sawit yang sangat luas tu sebab nak tengok rama-rama tu pergi mana.

Kira macam kali ni je boleh nampak lepas ni dah tak jumpa dah. Aku pun turun dari kereta jalan kaki sikit dan punyalah aku terkejut sebab banyak rama-rama kuning bercahaya tu keluar berderet dari satu lubang. Aku terpegun sangat-sangat masa tengok rama-rama tu. Cantik ya Allah!
Masa tu, jarak antara kereta dengan lubang tu ada dalam 400 meter macam tu lah. Kitorang berjalan masuk kedalam dengan gelap gelitanya semata-mata nak tengok. Jalan dan jalan tiba-tiba terdengar macam bunyi gamelan tapi samar-samar je. Kami buat bodoh dan teruskan berjalan. Lat berapa minit lepas tu dengar macam orang ketuk beduk pulak dan di iringi bunyi gamelan tadi tapi samar-samar je.

Jantung aku masa ni berdegup lebih 200bpm aku rasa haha. Aku suruh Amin patah balik tapi dia tak nak sebab dia nak tahu sangat-sangat. Gila betul mamat ni aku cakap dalam hati. Aku masih lagi ikut dia dari belakang dan mulalah macam-macam bau datang. Bau bunga kasturi lah, bau tahi semua ada. Jam menunjukkan pukul 8:15PM, aku tarik baju Amin dan suruh dia buang jelah hasrat nak tengok lubang tu, belum sempat aku cakap dia dah cakap “Haa, dah sampai, Zul. Perigi rupa-rupanya.” Aku pun pelik sebab tiba-tiba ada perigi pula tengah-tengah ladang kelapa sawit ni.

Apa yang menambahkan ketakutan kitorang masa dekat perigi tu ialah rama-rama tadi yang cantik tu semua hilang. Hilang macam tu je termasuklah bunyik beduk dan gamelan tadi. Hanya bertemankan bunyi cengkerik je. Aku masa ni memang nak angkat kaki lari je tapi aku berjaya kawal dengan tenang tak tenang hahah. Amin dengan muka takut dia, dia cakap “Jom lah, takde apa pun.”

Lepas dia cakap gitu bunyi beduk dan gamelan tadi muncul tapi kali ni jelas dengar dan benda paling dasyat aku nak kongsi dengan korang waktu ni dengan jelas aku dengan Amin nampak perempuan rambut panjang sampai tanah tengah mengintai kitorang kat tepi perigi tu dan keluar bau yang sangat busuk. Bau pacai. Kitorang lari sekuat hati sampai kereta ada dua orang pak cik tengah tunggu atas motor sambil hisap rokok. Dia bawak kitorang keluar dari perigi puaka tu kitorang lepak kedai minum untuk bertenang. Aku minum air kosong je sebab tekak kering gila. Pak cik tu faham keadaan kitorang dia bagi masa untuk bertenang sampai lah dalam 20 minit macam tu.

Tanpa kitorang bertanya apa-apa pak cik tadi pun cerita lah tentang perigi tu, Orang situ panggil Telaga Syaitan, dulu 5 tahun selepas Singapura keluar dari Malaysia perigi tu untuk kegunaan pekebun di sana. Tapi atas sifat tamak dan nak cepat kaya pekebun-pekebun tu, satu ritual dijalankan di dalam perigi tu. Ada beberapa lukisan di keliling perigi dan juga kepala kambing yang masih berdarah di campak kan dalam perigi tu. KIranya, dia bagi kau kemewahan kau bagi dia darah yang segar. Ritual tu berhenti selepas mereka dapat kemewahan dan makhluk tu nakkan balasannya lagi megikut tempoh perjanjian tapi mereka gagal laksanakan.

Mengikut kepercayaan orang-orang kampung makhluk tu yang menyerupai rama-rama sebab tak nak tunujukkan diri dia. Selepas pak cik tu habis cerita dia tanya kitorang sama ada kitorang nampak rama-rama atau pun bukan. Kitorang dengan jujur bagitahu dia kitorang nampak dua-dua. Rama-rama dan seorang perempuan.

Aku dah penat meanip. Aku akan sambung dalam Telaga Syaitan II okay. Thank you.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Telaga Syaitan (I)”

Leave a Comment