TELOR

TELOR.

Bersungguh-sungguh isteriku menyuruh dipanggilkan ustaz datang ke rumah. Dah tak sanggup lagi dia nak dengar, nak lihat memang tidak kelihatan. Dia takut perkara ini akan melarat, kasihan pada anak katanya. Harta boleh dicari, zuriat tiada pengganti.

Aku ni hanya kerja kilang, lapan jam sehari campur empat jam wajib OT. Sebelum matahari terbit aku dah keluar, matahari terbenam nanti barulah pulang ke rumah. Hanya isteriku sahaja yang kuharapkan menjaga anak tunggal kami di samping menguruskan hal-hal rumahtangga.

Sekarang ni kilang menerima tempahan yang tinggi, kerja terpaksa dibahagikan pada dua syif. Dua minggu pagi dan dua minggu malam. Kulihat namaku di kumpulan syif malam yang akan bermula awal bulan ini. Kira-kira dua hari sahaja lagi jikalau menurut congakanku. Sudah lama aku tidak bekerja di syif malam, sejak berkahwin hinggalah sekarang aku hanya bekerja di siang hari.

Isteriku hanya mengganguk apabila kuberitahu hal ini. Aku tahu dia susah hati. Risau kerana hanya mereka dua beranak sahaja di waktu malam nanti, dua minggu berterusan pula tu. Dan yang paling dia risau adalah anak kami, memang sukar tidur jikalau tiada aku di sisinya. Anakku memang manja denganku, dialah yang berlari menyambut kepulanganku setiap Maghrib.

Anakku sangat aktif bermain, petah bercakap pun iya. Sering mengulang ajuk dialog kartun animasi tempatan di televisyen. Lagu kanak-kanak hampir semua dihafal tanpa pelat. Yang paling aku banggakan, dia suka mengaji. Biarpun tajwidnya berterabur, ku yakin dan pasti surah mana yang dibacanya. Kasihan isteriku yang kepenatan melayan karenahnya, waktu rehatnya memang tak menentu.

Masuk hari ke-tiga aku di syif malam, isteriku mula bercerita. Anakku sering menggigau di waktu malam. Aku hanya buat acuh tak acuh, ku beritahu itu semua hanya mainan mimpi. Isteriku menggangguk. Genap hari ke-tujuh, isteriku mengadu lagi. Anak tunggalku sudah mula berjalan ketika tidur. Dari bilik tidur ke ruang tamu, mata pejam mulut diam. Duduk bersimpuh menggenggam penumbuk, kiri dan kanan sedikit tunduk.

Aku yang pulang kepenatan bekerja hanya mampu menyengih sahaja. Sabarlah, darah pendekar mengalir tu… kataku berseloroh sambil rebahkan badan di katil pagi itu. Mengantuk yang amat jikalau kerja malam berterusan, biarpun terlebih tidur di siang hari. Anakku terkebil-kebil memandangku, mungkin tiada teman bermain lagi hari itu sangkanya.

Hari ke-sepuluh, jam menunjukkan pukul 1 pagi. Isteriku mengirim pesanan teks, anakku sudah mula meracau. Menyebut ungkapan yang tidak difahami maksudnya. “Pong Pong Balong”, diulang-ulang beberapa kali. Setiap ungkapan diselangi gelak tawa kecil. Panjang pesanan teksnya, langsung tiada noktah. Aku yang tiada kredit cuba meminta jasa baik penyelia malam, kebenaran menggunakan telefon kilang untuk urusan peribadi.

Penyelia mengarahkan aku menggunakan telefon kilang di bilik QC, di situ tiada CCTV. Isteriku menjawab sambil teresak esak, meminta aku segera pulang ke rumah. Kupujuk padanya agar bersabar dan mohon dia kejutkan anakku bangkit dari racauan. Talian tiba-tiba terputus, kuyakin isteriku yang sengaja mematikannya. Aku buntu… termenung di tepi meja.

Majoriti operator di kilang sini adalah dari tanah seberang, terutama di Jabatan QC. Mbak Trini menegurku, cuba bertanya permasalahanku. Nak cerita ke tak nak, serba salah aku dibuatnya. Setelah didesak berulang kali, perlahan ku ceritakan hal anakku. Hinggalah ke bab “Pong Pong Balong”, berderai gelak tawa Mbak Trini dan kawan-kawannya yang lain.

“Owh… itu nama permainan tradisional, dimainkan oleh anak-anak kecil di tempat kami”, terangnya sambil tersenyum. “Di mana tu? “, tanyaku pantas. “Jawa Tengah… tapi harus dimainkan beramai-ramai Mas, enggak bisa seorang”, sambung Mbak Trini dengan air muka yang serius. Aku dah tak keruan. Kepalaku semakin berat, otakku kian meligat. Gimana sih anak gue iso omong Jowo; isteriku Banjar Sungai Manik, aku pula Melayu Asli Batu 12 Gombak.

Setibanya pagi itu di rumah, kulihat isteriku terbaring lena di ruang tamu, membiarkan anakku keseorangan menonton televisyen. Anakku menyambutku riang, seolah-olah tiada perkara aneh yang berlaku. Perlahan ku kejutkan isteriku, matanya merah berendam air mata. Ku sediakan sarapan yang dibeli dan mula bertanya mengenai hal malam tadi. Dia hanya diam, mengunyah perlahan-lahan. “Bapak, kita panggil Ustaz datang ke rumah ye ?” rayunya. Aku pula yang terdiam, mengunyah perlahan.

Hari ke-sebelas, juga tepat jam 1 pagi. Isteriku langsung menelefonku suruh pulang. Berbisik-bisik dia merayu seolah-olah sedang ketakutan. Aku juga turut mendengar suara anakku di dalam talian. Sedang ketawa kecil terkekek-kekek. Telingaku menangkap rangkap “Pong Pong Balong” yang diulang-ulang sebut anakku. Naik remang bulu tengkukku, terkedu aku tanpa berkelip. Ya… memang aku perasan, selain suara ketawa anakku, aku turut mendengar kekekan ketawa dari yang lain. Seperti kekekan ketawa anakku, malah lebih dari satu… mungkin dua atau tiga orang.

Aku bergegas mahu pulang ke rumah, kecemasan, aku cakap pada penyelia. Waktu itulah bermacam halangan mendatang; kunci motor pula hilang. Sudahku jumpa, tayar belakang pula pancit. Sudahku tampal, minyak motor pula habis. Sudahku tolak, helmetku pula tertinggal. Kebetulan atau suratan… aku semakin gelabah. Dah macam orang hilang akal pun iya juga. Aku duduk sebentar di tepi jalan mengambil nafas. Kutarik dalam-dalam dan kuhembus perlahan.

Kubaca berulang kali ayat suci, kumulakan semula perjalanan pulang. Perjalanan yang biasa ku lakukan sejak lima tahun dahulu. Bahkan sebelum kahwin lagi aku dah ulang alik melalui jalan ini. Tetapi perjalanan pulang kali ini terasa jauh pula kilometernya. Berpusing-pusing aku di bulatan jejantas, keluar masuk simpang yang sama. Mustahil… aku yakin inilah laluan ke rumahku. Seolah ada yang sengaja melewatkan perjalananku. Atau aku yang kelam kabut, hingga gagal berfikir waras.

Tatkala azan Suboh berkumandang, aku baru sahaja sampai di pintu rumah. Tiga jam aku sesat, untuk perjalanan yang seharusnya 20 minit. Isteriku sedang solat, anakku tidur di ruang tamu. Berdengkur kuat…seolah kepenatan. Selesai aku solat, isteriku pula datang dekat ajak berbincang. Aku kepenatan, memang sangat penat. Lantas terus terlelap. Kasihan isteriku. Hampir luput Zohor baru aku bangun, itupun puas dikejutkan.

Hari ke-dua belas, aku tidak bekerja. Sudah kumaklumkan pada penyelia selepas Asar tadi. Selesai Isyak berjemaah, ku pulang ke rumah. Isteriku bertanya di mana ustaznya, ku hanya menghala ibu jari ke dadaku. Malam ini aku ingin melihat sendiri dengan kedua biji mata, mendengar sendiri dengan kedua telinga. Kami tidur awal malam tu, anakku di tengah-tengah. Makin lama makin sayup ku dengar suara anakku mengaji. Surah lazim sahaja. Memang itulah amalannya sebelum tidur. Mataku beransur berat.

Tiba-tiba aku terjaga kepanasan. Terasa bahang dan hangat melanda di dalam bilik, habis lencun badan dibasahi peluh. Kipas syiling tidak berputar, aku syak ada gangguan bekalan elektrik. Isteri dan anakku masih lena lagi di sebelah ku. Segera​ aku ke ruang tamu memeriksa kotak fius, semuanya kelihatan baik. Dari celah langsir kulihat rumah jiranku yang juga turut gelap, lampu parkirnya tidak menyala. Gangguan satu taman, fikirku.

Astagfirullah… panjang aku beristighfar. Terkejut yang amat apabila ku berpaling semula ke ruang tamu. Dub dub dub kedengaran irama jantungku bekerja pantas. Anakku tiba-tiba sudah berada di tengah ruang tamu. Duduk bersila menggengam penumbuk. Kiri dan kanan dihayun silang. Terdiam aku… anakku mula menyeru rangkap yang pernah kudengar sebelum ini. “Pong Pong Balong”.

“Harus dimainkan beramai-ramai Mas, enggak bisa seorang”. Teringat jawapan Mbak Trini semalam. Ku dekati anakku perlahan dari belakang. Melompat aku terkejut… tiba-tiba sahaja dia mulai ketawa mengekek. Tangan yang dikepal tadi ditampar ke lantai bergilir kiri kanan. Bertambah tinggi lompatanku apabila mendengar kekekan suara anakku bersambut. Seperti yang aku dengar di telefon semalam. Anakku bukan bermain seorang… tetapi bertiga. Kudengar, tapi tak nampak siapa.

Terusku berdiri dan laungkan azan. Masya Allah… setiap rangkap azanku disambut baik oleh anakku dan ‘kawan-kawannya’. Ku baca tiga Qul… juga diturut bacaannya oleh anakku dan ‘kawan-kawannya’. Bergema ruang tamu rumahku dengan alunan suci tiga Qul yang dibaca secara berjemaah. “Siapa kamu? Tunjukkan diri!” Tiba-tiba datang keberanian meresapi diri, memaksa ku bertanya suara meninggi.

Kelihatan kepulan asap putih yang samar-samar membentuk dua jasad anak kecil, tinggi dan lebar hampir menyamai bentuk anakku. “Kami sahabat anakkmu”, sahut lembaga kecil di sebelah kiri. “Kami juga Muslim”, sampuk lembaga kecil di sebelah kanan.

Mengucap panjang aku… anak jin Islam rupanya. Ketakutan sudah berkurangan, namun kerisauan tetap masih ada. Ku pinta secara baik agar mereka meninggalkan anakku; dengan alasan berlainan alam dan cara hidup. Kedua anak jin itu tidak bersetuju; menjawab keras bahawa mereka sudah mula seronok bermain dengan anakku. Pembentukan kepulan asap putih yang samar tadi semakin sempurna, ku mula dapat melihat dengan jelas susuk badan dan raut paras wajah mereka.

Berekor, bersayap dan botak. Aku terus memujuk mereka sambil cuba menghampiri anakku. Aku perasan anak jin di sebelah kiri lebih kasar percakapannya, badan sedikit besar dan berotot sasa. Berbanding anak jin di sebelah kanan yang boleh ku anggap sopan, tertib dan sering tersenyum. Tak pasti manis atau sinis. Suasana semakin tegang, ku lihat anakku hanya mampu diam terkebil. Mungkin hijab matanya tidak dibuka lagi, atau dia di lain dimensi.

Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang amat busuk. Busuk lagi meloyakan. Hanyir, hancing, masam dan pahit bagaikan bersatu. Sesuatu yang lebih teruk dari bau bangkai, seperti mahu terkeluar semua isi perutku dibuatnya. Bau ini kudapati bukan datang dari kedua anak jin di hadapanku. Kulihat mereka berdua turut merasainya dan seolah tidak selesa. Perlahan kupaling ke belakang untuk mengesahkan sangkaanku.

Tekaanku tepat, apa yang terlintas di fikiranku tadi ternyata benar. Isteriku sudah bangun dari tidur, berdiri rapat di belakangku. Dengan muka manja dia berbisik “Maaf ek Bapak, Ibu tak sengaja”. Aku memang kenal sangat perangai isteriku. Dahulu waktu bercinta tak pernah aku disajikan aroma sebegini, memang cukup terselindung. Hari kedua selepas nikah, aku dah dimasukkan ke unit trauma. Aku pengsan selepas terdengar bunyi dentuman yang amat kuat sebelum diikuti bau yang sungguh dahsyat.

Mertuaku cakap nafasku tercungap-cungap mulutku berbuih-buih di dalam ambulans. Kusangkakan malam itu lori sampah yang dipanah petir, rupanya isteriku yang membuang angin. Selepas kelahiran anak kami barulah perangai dia berubah. Tiada lagi bunyi, cuma sisa bau sahaja yang masih melekat. Sedar-sedar je dah bau, asal bau pasti dia ada sebelah. Aku tak kisah, lagipun gegendang hidungku dah terbiasa dengan tusukannya.

“Tak apalah Pak, kami akan pergi dan juga akan kembali,” kedua anak jin tadi kulihat menekup muka, nada suara pun dah berubah seperti bercakap sambil tahan nafas. Mungkin ketakutan melihat kehadiran isteriku di belakang. Beransur-ansur kepulan asap putih tadi menghilang, isteriku lantas ke hadapan merangkul badan anak kami.

Alhamdulillah semuanya selesai, berkat kesabaran lima tahun perkahwinanku bersama isteri. Paginya isteriku bertanya; “Bapak, Pong Pong Balong tu apa?”. Aku hanya tersenyum pahit. Aku kepal dua penumbuk dan ku hayun silang kiri kanan seraya menjawab; “Gelek Gelek Telor”.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

139 thoughts on “TELOR”

  1. Syukur la Admin da bagi reminder Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita ? Diharapkan kaki sembang lebat boleh hentikan sembang melalut2 cari jodoh tu. Thanks Admin memahami jiwa halus Silent readers yang lain kerana sesungguhnya kami hanya mampu membaca dan jarang sekali nk join perbincangan yg x matang ni. SALUTE U ADMIN!

    Reply
      • “Tak apalah Pak, kami akan pergi dan juga akan kembali,” kedua anak jin tadi kulihat menekup muka, nada suara pun dah berubah seperti bercakap sambil tahan nafas.”
        Ya,mungkin itu sebabnya mereka lari.Cerita ni saya rasa lebih kepada unsur jenaka dan bagi saya cerita ni best!?

        Reply
  2. SILA TINGGALKAN KOMEN YANG BERKAITAN DENGAN CERITA

    korang ni xfhm bahase ke baik perempuan baik lelaki, lelaki pun melebih2 aku tgk komennyer…. singkong,juri,fazahmad,el kalo perempuan aku xpyh mention melambak dkt sini sendiri terase lh yer… gedik btol aku tgkkan..ko ni pulak faz sejak bile terjebak dgn diorang ni?… ko writer yg aku minat skali kot..baik fs wujudkan chat room mengedik dri semak mate aku bce komen korang ni sume….

    Reply
  3. dah kenapa la main 1st 2nd 3rd ni? ingat ni page OhMediajing, SultanMelakajing, Amranfansjing ke? Komen berkaitan cerita dah la.. haihhh

    Reply
  4. Buat sesiapa yang kondem or bakal kondem kami yang suka komen kat sini tu. Sini aku bagi jawapan kenapa kami suka komen kat sini:

    1. Sini benda baru. Bukan mainstream macam fb, twitter, whatsapp, ig. Masih tak ramai dan senang nak bergaul

    2. Kami komen sini bukan nak cari jodoh, kalau nak cari jodoh main wechat shake~shake~

    3. Korang rasa kami gedik? kami hanya bergurau. komuniti sini masih kecil. balik-balik muka yang sama, sebab tu kami mesra. bukan melucah ke apa.

    4. Kami jugak ada komen berdasarkan cerita siap dengan rating dan membincangkan isu-isu didalam setiap cerita yang disiarkan.

    5. Admin buka ruang untuk komen. So why not?

    6. Kami juga peminat tegar fiksyen shasha. Malah kami membantu page ni naik rating, feeds, visit yang boleh memberi keuntungan kepada pemilik fiksyen shasha melalui advertisement.

    7. Kenapa nak panas hati tengok komen? Kalau tak mahu baca scroll laju-laju.

    8. Kalau dulu tukang masak dapat nama kerana pandai masak, tapi sekarang tukang kritik masakan pun sudah mula dapat nama. begitu jugalah kami. dunia ni fair and square. semua orang dapat share sorang sikit. asalkan tak kacau orang.

    9. Dulu facebook dibuka hanya untuk digunakan oleh pelajar Universiti Harvard, sekarang hampir seluruh dunia menggunakan Fb. tak mustahil fiksyen shasha juga mampu. Just accept the changes in a positive ways.

    10. Yang mengecam ni cuba tepuk dada, tanya diri. Nak komen ke tak?hehehe

    Ikhlas dari lubuk hati

    Reply
  5. Assalam..

    Baca cerita kat atas : lawak seram
    tengok komen kat bawah : rasa cam bukan FS lak, cam medan perang hahahaha..

    Reply
  6. serius la kerana kentut?? kentut bau telur tembelang ke macam mana sebenarnya ni? hihihihi

    btw citer best dan senang difahami. post lagi next story okay.

    8.2/10

    Reply
  7. Aku tak rasa keseraman cerita ni. Aku rasa lawak je. HAHAHAHAHHA

    *maaflah ye. Tapi best! Tak sangka kentut boleh buat dak jin tu lari. hahahahahha

    ̶o̶k̶ ̶d̶o̶n̶e̶ ̶t̶i̶n̶g̶g̶a̶l̶k̶a̶n̶ ̶k̶o̶m̶e̶n̶ ̶y̶a̶n̶g̶ ̶b̶e̶r̶k̶a̶i̶t̶a̶n̶ ̶d̶e̶n̶g̶a̶n̶ ̶c̶e̶r̶i̶t̶a̶ ̶:̶)̶

    Reply
  8. keseraman hanya ada pada kentut brbau.. hahahaha.smpai anak jin pn x tahan bau tu.
    xde rasa takut baca ni.tergelak je baca..adoii
    then baca komen smua ni td..hot n spicy je.
    btw aku suka baca komen singkong,faz,cikbambam..sape lg ye.lupa..ehehe..penangan lps bca cita bau kentut.
    faz…lg lame ke psiko 3 ko?
    iboh manas2… ko tek skremm

    Reply
  9. Cerita ni kelakar… tpi aku dok terguling2 baca komen korang ni….???? korang ni comellah…. jgn gaduh2 semua… kita eratkan silaturrahim ya di sini.

    Reply
  10. cerita apa sehhhh . takdan nak seram pun . duhh

    baca komen lagi lawak . aduhh . yg tukang kecam . yg tukang bela diri . pura pura buta text sudah lah . rasa saket hati ke terguris ke abaikan jeh . takdilayan tak menjadi . gitu .

    Reply
  11. Chill la wei… Hidup nak serius je stress kang cepat tua..

    Yang part kentut dalam cite ni aku dah terbayangkan isteri dia kene rasuk dengan cik ponti tu yang bau busuk yang amat2 tu.. Huhu.. Hampir terburai ketawaku..

    Reply
  12. teruknya kentut isteri kau cu, sampai berbuih mulut..kahkahkah…oooo, baru laa nenek tahu, pong pong balong tu gelek2 telor…hsahaha..memula nek ingt cerita ni berkaitan ngn hantu telor, rupe nya bukan….isteri cu ni asal dr indonesia ke, kok dipanggilnya kamu bapak?

    Reply
  13. ku pikir anak2 jin tu panggil mak bapak die.. sbb tibe2 bau busuk..skali mak kawan die yg kentut… hahaha… berdekah ketawa kat opis ni… haha… kenapa laa awl2 lg xkentut kan je anak2 jin tu…

    Reply
  14. hahahahhaha unexpected ending ! aduhh wife anda serius kelakar…bagus, cerita yang sangat menarik…lain dari cerita yang lain…good job adam

    Reply
  15. pak cik tengah serius ni
    tengok ni muka pak cik serius gila…

    sampai kat ending, masih serius… tak dapat hadam….
    adoyai….

    Reply

Leave a Comment