Teman Sepermainan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin sudi publishkan kisah kedua aku ni. Dalam part 1 ramai yang sedih dengan kisah Haida kan. Ada yang tanya kenapa tak ucap selamat tinggal kat Haida, masa tu aku blurr, mampu pandang je. Ada yang tanya ingat dia lagi tak, confirm la ingat, bff beb. Ada yang tanya gangguan 3 pagi tu ada lagi tak, jawapannya dah tak ada selepas ustaz tu halau Haida. Ok, biar aku sambung kisah aku dan Haida.

Selepas UPSR, aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Bestari. Sekolah ni di kampung aku je. Walaupun keputusan UPSR aku tak berapa cemerlang, 3A2B sahaja tapi disebabkan aku anak jati kampung tu, jadi aku diberi kelebihan untuk belajar disekolah tersebut. Bukan aku je, semua anak jati kampung ni akan dapat kelebihan ni. Aku happy bukan main lagi sebab dekat je sekolah dengan rumah kan. Ayah dan ibu aku pasti dapat jenguk aku sekerap yang boleh. Huhuhu.

Pembelajaran aku kat sekolah tu berjalan lancar, tak ada apa yang pelik sampailah aku naik ke tingkatan tiga. Jeng jeng jeng. Di tingkatan tiga memang tahun busy aku, maklumlah PMR kan. Sekarang dah jadi PT3. Masa ni memang tak ada masa nak rehat, memang kena push betul-betul dengan cikgu. Badan letih gila, otak penat, studi group dan macam-macam lagi la. Dapat bayangkan tak macam mana persediaan PMR di sekolah asrama penuh.

Dan masa di tingkatan tiga ni jugaklah aku rasa lain macam. Rasa macam diperhatikan. Perasaan selalu berdebar-debar. Dan selalu mimpikan Haida. Ya, Haida. Mimpikan keindahan persahabatan kami dulu-dulu. Bila terjaga, aku akan menangis, aku mula rindukan dia. Allah saja yang tau perasaan aku masa tu. Aku pendam perasaan aku ni, aku tak cerita pada siapa-siapa walaupun kawan baik aku sendiri, Kaka. Sampailah satu hari, Kaka tegur aku nampak cengkung dan suka mengelamun. Kawan-kawan yang lain pun perasaan perubahan aku. Aku diamkan je.

Bermulalah macam-macam kejadian terjadi selepas tu. Satu hari, kawan sekelas aku, Mia datang jumpa aku, dia bagitau selalu nampak seseorang bersama aku. Berbaju kurung dan yang peliknya tidak bertudung sedangkan sekolah kami mewajibkan setiap pelajarnya bertudung. Aku terus syak Haida sebab aku pun asyik ingatkan dia je semenjak dua menjak ni. Aku cakap kat Mia mungkin perasaan dia je. Aku belum bersedia lagi cerita kat diorang pasal Haida.

Kaka juga selalu mimpi yang pelik-pelik. Ada tu dia bagitau dia mimpikan perempuan cantik, perempuan tu tenung dia dengan muka yang teramat marah, kadang-kadang perempuan tu cuba cederakan Kaka. Hampir setiap malam Kaka mimpikan perempuan tu. Dan bila aku tanya apa pakaian perempuan tu, Kaka cakap baju kurung. Jawapan yang sudah aku agak. Aku risau tapi aku pura-pura tenang. Aku bagitau Kaka mimpi mainan tidur. Biarkan je. Dalam masa yang sama aku juga selalu mimpikan haida. Pada ayah dan ibu aku rahsiakan perkara ni. Aku anggap ini gangguan biasa sahaja.

Sampai lah satu malam tu, kat dorm, Kaka tiba-tiba menangis. Kami semua dah pelik. Aku sebagai kawan baik Kaka cuba pujuk dia. Aku peluk dan cuba tenangkan Kaka. Aku fikir dia stresskan PMR. Tiba-tiba Kaka peluk aku kemas, “Sayang betul kau dengan kawan baik kau ni ya” Kaka bisik di telinga aku. Perghh, meremang aku. Terus aku tolak badan Kaka. Kaka ketawa mengilai. Confirm Kaka dirasuk. Kapten asrama cepat-cepat pergi panggil warden dan ustazah. Nasib baik kami sebilik dengan kapten Asrama.

Warden dan ustazah datang. Kaka senyum sinis je pandang mereka.

Kaka : Korang bukan lawan aku. (Senyum meleret)
Ustazah : Kau siapa?
Kaka : Nama aku Haida. (Kaka pandang aku sambil tersenyum penuh Makna. Bederau darah aku)
Ustazah : Apa yang engkau mahu? Dari mana kau datang?
Kaka : Dia telah rampas teman aku, teman yang aku sayang. Huuuuu.

Sayu sangat tangisan Kaka masa tu, kemudian dia rebah dan pengsan. Bila sedar, Kaka hanya mahu berehat dan tidak mahu bercerita apa-apa. Keadaan kembali normal. Persoalan tinggal persoalan. Hanya aku yang tahu cerita disebalik kejadian malam tu.

Lepas ustazah dan warden beredar, kawan- kawan yang lain pun dah siap sedia untuk tidur. Aku masih lagi berada di katil Kaka. Aku cuba tanya Kaka apa yang terjadi sebelum dia dirasuk. Kaka mula buka cerita, sebelum tu dia ke tandas untuk melepaskan hajat. Masa dia berada di dalam tandas, dia terdengar bunyi seperti orang sedang membuka paip air. Buka tutup buka tutup gitu. Dia rasa pelik tapi dia abaikan je. Kemudian, dia rasa seperti ada angin yang ditiup perlahan ditelinganya. Kaka mula rasa tak sedap hati, cepat-cepat dia selesaikan hajat.

Dia terus lari masuk dorm. Sampai kat dorm, kitorang tengah buat studi group dan paling Kaka terkejut, dia ternampak perempuan cantik yang sama macam dalam mimpi dia, ada dalam group kami dan perempuan itu duduk disebelah aku sambil memandang tajam ke arah Kaka. Kemudian Kaka dah tidak ingat apa-apa. Kesian Kaka. Jadi mangsa Haida. Aku masih diamkan diri. Masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada kawan-kawanku. Aku takut mereka memulaukan aku.

Malam tu Haida datang dalam mimpi aku, dia cakap dia akan kembali. Dia tidak akan biarkan sesiapa pun rapat dengan aku. Aku tidak mampu berkata apa-apa sehingga aku terjaga. Cuti sekolah, aku balik rumah dan aku ceritakan segala-galanya pada ayah dan ibuku. Nyata mereka terkejut. Ada riak kerisauan di wajah mereka. Yela, aku pernah down masa nak menduduki UPSR dulu dan sekarang Haida muncul saat aku mahu menduduki PMR pula. Apa lah nasib diriku. Hehehehe

Ayah tanpa buang masa, terus bawa aku berubat di pusat rawatan Islam. Di sana ayah cerita semua kisah aku dan Haida. Ustaz yang bakal merawat aku mengangguk faham. Katanya, dia akan menghantar aku untuk berunding sendiri dengan Haida. Rawatan bermula. Aku diarah duduk bersila dihadapan ustaz. Ustaz meminta aku tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Ustaz menyentuh ubun-ubunku sambil membaca ayat-ayat Al-Quran. Pandanganku makin lama makin gelap dan aku sudah tidak ingat apa-apa.

Bila aku sedar, aku berada di sebuah taman yang indah. Bau bunga yang segar. Aku berjalan menyelusuri pokok-pokok bunga yang cantik dan aku jumpa air terjun yang tinggi. Suasana kat sini sangat tenang setenang jiwa aku saat tu. Di depan aku ada satu sosok tubuh, aku yakin itu Haida. Haida berpaling dan tersenyum. Senyuman yang dia biasa beri masa zaman kanak kanak ku dulu. Ikhlas. Kami Saling berpelukan melepaskan rindu.

Haida : Assalamualaikum Kisha. Awak datang untuk bersama saya kembali?
Aku : Waalaikumussalam. Tidak Haida. Saya cuma mahu leraikan perjanjian kita. Kita tidak boleh berkawan.
Haida : Kenapa, saya sayangkan awak dan awak juga sayangkan saya. Awak tahu saya rindukan awak ?
Aku : Ya, saya sayang awak tapi dunia kita lain. Saya minta awak jangan ganggu kawan-kawan saya.
Haida : Baiklah jika itu yang awak mahukan. Saya akan lepaskan awak dan saya tidak akan ganggu kawan-kawan awak.

Kemudian aku dengar satu bisikan, suara ustaz yang merawat aku. “Katakan padanya, berjanjilah demi Allah”. Apabila aku mengangkat muka, Aku dapati Haida telah tiada. Tinggal aku sorang di sini. Dan terdengar lagi bisikan si ustaz. “Pulanglah nak”….

Aku membuka mata, masih lagi di pusat rawatan Islam. Aku dalam keadaan terbaring. Ayah dan ibuku ada disebelahku. Mereka tersenyum.

Ustaz berkata, Haida sudah lepaskan aku. Tapi mungkin juga dia akan kembali lagi. Dia nasihatkan aku supaya amalkan Surah An-Nas. Tambah ustaz lagi, agak senang berhadapan dengan jin Islam kerana mereka juga takutkan Allah.

Selepas itu, tiada lagi gangguan Haida dalam hidupku. Aku menjalani kehidupan seperti biasa. Sekian.

5 thoughts on “Teman Sepermainan 2”

Leave a Comment