“Teman Wanita Imaginasi”

Hai Semua pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih pada admin, kalau cerita aku ini dikongsikan dalam laman ini. Ini kali pertama aku menulis pengalaman yang telah berlaku pada diriku yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Sebenarnya sungguh berat aku nak cerita kisah ini kat orang lain, tapi disebabkan desakan kawan-kawan aku terpaksalah cerita jugak. Pernah dengar perkataan “Kawan Imaginasi”
tak? Mestilah pernah kan sebab masa kecik-kecik dulu semua orang ada kawan imaginasi tapi cerita aku ni bukan tentang kawan imaginasi tetapi lebih kepada “Teman Wanita Imaginasi” nampak macam mengarut kan tapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Ok, berbalik kepada kisah aku, aku ni dari umur 5 tahun aku dah mula reka “kawan imaginasi” disebabkan aku anak tunggal dan kesibukan ibu bapa bekerja membuatkan aku sunyi dan kesepian.. Huhuhu sad life aku, tetapi disebabkan aku ni lelaki aku pun gatal la nak reka kawan imaginasi perempuan kan, sebab perempuan jer yang faham lelaki ni berbanding kawan-kawan.

Aku namakan kawan imaginasi aku ni sebagai Lara, sebab apa aku pun tak tahu. Tiba-tiba hati terdetik nak bagi nama tu. Hahahaha, bila aku berkawan dengan lara ni aku rasa macam dia ni wujud dan aku dapat rasa kehadiran dia sampai la hari ini.

Setiap kali aku nak tertidur mesti terbayang wajah dia. Walaupun aku tahu yang dia sebenarnya tak wujud di dalam dunia nyata.

Disebabkan terlalu taksub dengan Lara ni sampaikan aku lalai dalam mata pelajaran yang sepatutnya aku boleh score. Aku selalu berdoa supaya si Lara ni betul-betul wujud, sebab tiap-tiap kali selepas solat, aku akan berdoa pada allah, apa-apa benda baik yang aku buat aku akan berdoa supaya allah s.w.t makbulkan doa aku ni.

Dan, pada hari terakhir bulan ramadhan tahun lepas aku dapat mimpi yang sangat indah, aku bermimpi yang Lara datang dalam mimpi aku, dan dia pesan dekat aku yang dia akan datang jumpa aku..Fuhh aku pun apa lagi berbunga-bunga la hati kan, tiap-tiap malam aku tunggu janji dia tu.

Sampai lah aku berangan yang dia ada betul-betul di depan mata aku, terlalu taksub dengan dia, hingga aku terluahkan dekat dia yang aku ni suka dia, dan disebabkan tindakan aku ni membuatkan dia lebih berani munculkan diri tak kira pagi atau malam.

Sehingga satu tahap ibu bapa aku pelik dengan perangai aku yang suka bercakap sorang-sorang, dekat sekolah pun adalah sikit aku bercakap sorang-sorang tapi tak keraplah, sampaikan kawan-kawan aku mula jauhkan diri dari berkawan dengan aku, sebab diaorang kata aku ni gila, padahal aku bercakap dengan Lara, ibu bapa aku berbincang dengan aku dan ahli keluarga yang lain supaya aku bagitahu siapa sebenarnya Lara ni, aku pun pelik lah bila pulak ibu aku tahu tentang Lara ni sedangkan aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun..

Aku tanya pada ibu macam mana dia boleh tau. Dengan spontan ibu aku jawab yang dia ada dengar aku sebut nama Lara ketika tidur dan ibu bapa aku guna inisatif untuk hantar aku berubat dekat melaka, cara rawatan islam, dan jawapan dia ustaz tu bagi sangat-sangat lah tak masuk akal sebab dia kata aku ada bercinta dengan jin. Ah sudah bila pulak aku bercinta dengan jin ni. Ustaz tu kata lagi yang aku ni boleh diubat tapi ambil masa sikit lah.

Kerana jin tu aku sendiri yang reka bila aku fikir balik baru aku teringat yang aku ada berdoa supaya Lara tu wujud tapi aku lupa nak doakan dia wujud sebagai manusia tetapi Lara ni jin islam dia nak jaga aku jer sebab aku yang bagi nama dekat dia, aku sayang dia macam manusia, aku yang selalu ada dengan dia sampai lah sekarang dia masih tak nak lepaskan aku, aku rasa bersalah sangat sebab dah menyusahkan dia untuk hidup dengan aku, pesanan terakhir ustaz kepada aku ialah, aku kena belajar lupakan dia supaya rasa cinta aku dekat dia ni hilang tapi tu lah sampai sekarang aku masih sayang dekat dia walaupan dia hanyalah “Teman Wanita Imaginasi”

13 thoughts on ““Teman Wanita Imaginasi””

  1. cara aku,aku berangan berkawan dgn youtuber atau artis luar negara,kira mcm orng yg wujud tapi jauh(tak minat artis malaysia). Apa2 pun your story is best and keep it up.

    Reply
  2. Payah jg bila taksub sngt ni kan… Nauz’uzubillahi min zalik. Den pun ada pernah jadi mcm taksub sngt dngn artist tapi x lah byg apa semua…tapi x de pa pe lah just feeling ja lebih. Hope x nak lah jadi mcm tu dah…rsa x pa pe lah suka sngt dkt artis n anyway kita hidup kena Allah bukan makhlukNya. Hopelah orgĀ² yg terlalu fanatik sngt dngn artisĀ² x payahlah minat sngt…suka biasa dah la…bukan depa kenal kita pun dan bikn kita dpt pa pe pun… Huhuhu terkait pula dngn minat artist ni.. Sorry teringt

    Reply
    • tak de papelah z,thanks tegur. Maksud berangan aku tu cuma berangan dan hanya berkawan dalam fikiran, takde bayangkan dia ‘depan mata’ dan kadang2 je terlepas cakap (beberapa perkataan not in a sentence) sbb syok sangat ‘bersembang’ cth, aku tengok csgo by fitz(youtube) aku bayangkan aku join diorang tak kira aku sedang tengok ataupun dah lepas tengok.Btw aku sorang je anak perempuan, parents aku memang kawal aku, tu susah dapat member, lagipun masa tadika dengan darjah 1 aku kene buli sebab lembab giler dan tak faham sepatah haram bahasa inggeris( eng aku SPM A,sayonara my bulliers) aku pon tak berapa rapat dgn abg,dia boleh keluar main gi padang walaupun umur dia 8 thn,parents aku bekerja,so aku sorang2 kat rumah,lagi2 kalau hujan lebat dengan elektrik terputus dan kucing takde pun nak dtg jenguk aku, tu kesunyian tu haha~~~~~nak tanya, confessor takde ke main game kalau kesunyian mcm cscz,minecraft?? sbb games ni popular kot time confessor masih budak dan ni cara aku kawal kesunyian lepas abis sekolah/cuti sekolah rendah,melainkan time hujan,mmng tutup pc dan berhuhu sorang2 baring depan pintu rumah tunggu parents balik~~~~~aku pon bukan forever alone dah sejak start form 2, lagi2 dah sambung belajar lagi ramai member dan busy memanjang,dan setakat ni takde nak couple IRL,.Ada free time aku gaming,anime dan berangan couple dgn single youtuber or artis(couple ‘sihat’),dan kesannya aku jadi ambivert dan ramai ingat aku popular kat laman sosial sbb aku ni mcm member giler2,,berfesyen dan makeup,(semuanya bersederhana),tapi sebenarnya tak, aku cuma ada whatsapp,insta dan fb,dan aku tak post apa2 pon, sekadar tengok2 baca2 mcm fiksyen shasha ni ha, kadang member2 smbng tak kira personal atau dalam whatsapp group,aku susah/malas nak join sbb lagi suka bersendirian.Jgn risau aku jaga solat, aurat dan batas dari kecik,~~~~~pasal kesunyian takde couple tu letak ketepi sbb baru belasan tahun lagikan, Insya Allah jodoh tu Allah dah tetapkan, kawin nanti takde sunyi noob dah (doa dapat jodoh yg baik agamanya,dia yg bakal pertama dan terakhir :P)~~~~~sorry panjang~~~~~apa2 aku doakan yang terbaik kat confessor. Ganbate!!!!

      Reply
    • Taksub dalam bahasa Arabnya dieja taasub. Maknanya mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1561 bermaksud keyakinan yang keterlaluan kepada sesuatu atau seseorang, juga membawa maksud fanatik.
      boleh ke ko nak samakan taksub dengan berangan?
      btw, untuk penulis ni ko boleh la kata taksub sebab dia pon sampai doa2 benda tu wujud. tapi kalau setakat berangan biasa-biasa yang sehari dua lepas tu dah lupa tak ada masalah kot…
      ”pendapat aku je.

      Reply
  3. ooo ade ye yg fanatik smpi mcm ni…ptt la kat jpn tu ade otaku2 yg smpi apply nak kawen dgn watak anime….hahaha….ape2 pon semoga tdk smpi terpesong akidah…

    Reply
  4. Masa depan sesebuah bangsa atau negara itu dapat dilihat dari keadaan / tahap pencapaian golongan remajanya.kak anje rasa gelap masa depan bangsa dan negara kita ni sekiranya golongan remaja macam ini yg bakal memimpin bangsa dan negara kita. Nauzbillahminzalik

    Reply
  5. Aku ada tips nak bagi kat kau. Bercinta secara real. Cepat cepat nikah. Aku dulu sama kisah macam kau, nama bf imaginasi aku tu Rashidi. Dari tahun 5 membawa ke tingkatan 5 tuu. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah ok. Cuma aku suka guna nama rashidi hanya dalam novel2 aku je sekarang. memang banyak buruk ada bf imaginasi ni, tapi bagi aku semangat belajar aku tinggi bila Rashidi tu ada. hahahha. kerja semua settle dengan cepat,. magic komunikasi. padahal sendiri punya motivasi. hahaha. ha, satu lagi ,ustazah aku cakap, Rashidi tu jin. bila sendiri tapi rasa berteman. memang bukan manusialah =P

    Reply
  6. Dulu aku taksub sangat nak ada kembar seiras.. sampaikan aku buat dua acc fb yang berlainan konon2 acc kembar aku la pastu dok berbalas2 comment status macam dua orang yang tengah berinteraksi sampaikan ada jugaklah orang yang ingat kembar aku tu memang wujud. hahaha. bestfriend aku time tu dah seram je dgn aku tapi alhamdulillah la ‘kembar’ aku tu tak wujud betul2 dalam jisim yang lain…. huhu

    Reply

Leave a Comment