Tersalah Bidan

Hi guys.

Kali ni aku nak cite kisah yang dialami oleh keluarga aku selepas tersalah jumpa bidan. Waktu tu aku baru 13Tahun (anak tunggal), and baru nak dapat adik kedua.  Bile mak aku da lame tak mengandung, tuptup mengandung, dia rase macam sengal2 badan dan rasa nak berurut. Kami duduk area Puchong. Bidan yang kami kenal kebetulan balik kampung selama 3bulan. So terpaksa la cari bidan lain kat area situ. Waktu kandungan lebih kurang 7 bulan, ayah aku carilah sorang bidan dekat kawasan Puchong Kg Seri Aman (kot) , and finally dapat. Keesokannye ayah pun bawa lah mak tu pegi rumah bidan tu.

Waktu mak aku berdiri depan pintu tu, bidan tu beria2 gosok perut mak aku dan suruh mak aku masuk rumah dia dan baring. Suasana dalam rumah die macam kelam, macam berasap dan semacam (macam gua). Mulanya bidan tu tak kasi ayah aku tengok die urut mak tu, tapi ayah berkeras nak teman mak sampai bidan tu marah2, cakap degil lah ape lah. Last2, waktu bidan tu nak ambik minyak kat dapur, mak aku rase tak sedap hati terus ajak ayah balik. Dorang kasi macam2 alasan tapi bidan tu tak kasi balik sampai dia kejar mak ayah aku sampai ke tanah depan rumah die sambil cakap “awak semua jangan menyesal”. Bile dorang kelua je dari kawasan rumah, ade sorang pakcik tu tegur, ” Kenapa lah pergi kat dia, dia tu membela.”. Allahu, mana la nak tahu kan. Da nama pun terdesak.

KEJADIAN SEBELUM BERSALIN

Jadinye, start dari hari tu, macam2 berlaku dekat rumah kami termasuk mak aku dan kandungannya. Seminggu lepas tu, mak aku pergi check up and doctor cakap baby songsang and need to do something nak avoid czer or ape2 keburukan. Puas la tunggu bidan yang kami betul2 kenal  tu balik Puchong untuk betulkan balik kedudukan baby. Sewaktu di rumah pula, macam biasa mak akan duduk sorang sebab aku pegi sekolah dan ayah keje shift (security). Nak dijadikan cerita satu hari ni, dalam tengah sorang2 duk rumah tu, tibe2 ayah aku balik dari keje awal dan duduk diam tak bertegur depan ruang tamu.

Mak aku tanya langsung berjawab. Elok sebelum aku nak balik dari sekolah, ayah tu keluar dari rumah tu tanpa kata sepatah pun dekat mak aku. Mak aku pelik, call la handphone ayah aku sbb nk tanye gi mane kan. Ye la, da la balik awal tetibe, pastu kelua tak bagitau pape. Rupe2nye orang yang balik tadi tu bukan ayah aku sbb ayah aku tengah busy training kat tempat keje die. So, siapa la yang balik tadi kan?

Dalam masa yang sama, dalam rumah kami, mak aku selalu jumpe belalang hinggap sebelah mak aku dan mak aku selalu mimpi ade orang datang dekat die lalu ambil baby tu. Kitorang ni bukannye tahu sangat belalang ke pelesit ke. Da memang tak tahu. Bile waktu malam pulak, aku selalu tido dengan mak aku, die selalu mengadu katil yang kitorang tido tu bergerak macam ade orang tarik. Tapi aku takde rase pulak camtu. Maybe sebab tido mati. Yang aku selalu dengar kat kaki katil tu selalu ade bunyi macam orang ketuk2. Tapi takde la takut sngat sebab tido dengan mak kan. Macam2 cara da buat nak bagi keduudukan baby tu normal tapi malangnya tak ada perubahan walaupun bidan yang kitorg kenal tu tolong betulkan. Sehingga la pada tarikh due bersalin, mak aku takde rase nak bersalin even da lebih hari. Last2 Dr suruh czer sebab takut baby makan najis.

KEJADIAN SELEPAS BERSALIN

Alhamdulillah selamat bersalin baby girl. Pada hari ketiga, mak and baby da boleh discharge (balik rumah la). Sampai je rumah, ayah letak baby dekat atas katil, tibe2 baby tu menangis macam tercekik. Bayangkan kalau budak tercekik makan sesuatu, macam mane suara die. Macam tu la baby tu menangis. Bile ayah solat sebelah dia, mengaji, baru die senyap dan tido lena. Elok ayah aku habis mengaji die akan bangun balik. Lepas tu, baby tu macam berinteraksi dengan sesuatu tau kat bucu ceiling rumah. Selalu kalau baby baru lahir kan tdo je, mane reti nk berinteraksi. Senyum pun tak reti lagi. Tpi adik aku ni lain, die sampai berinteraksi (macam “eh eh” dalam keadaan tutup mulut), sampai ayah tutup mata baby dengan tangan die.

Esoknya hari keempat, still bende yang same jadi. Tapi kali ni mak aku berdua dengan baby. Yang kesian mak aku la, da la czer bukan boleh gerak banyak, tambah adik aku meragam macam tu. Aku sekolah, ayah keje. Maghrib tu, ayah aku jemput la orang surau untuk buat bacaan yassin sebab gangguan adik aku tu. Alhamdulillah elok je baby tu tido. Tapi, bile da habis je bacaan yassin dan semua orang balik, semuanya berubah. Bile adik tu da lena, ayah pun baringkan adik kat sebelah mak sebab ayah nak ke dapur. Elok ayah datang ke depan, betapa terkejutnye bile mak aku jerit panggil ayah aku suruh tengok adik aku. Tahu tak, muke dia jadi biru pucat macam ada benda sedut darah die. Nampak mata hitam dia keatas . Ibu aku kaku sebab dia rasa macam ada yang tahan dia dari bergerak.

Cepat2 ayah aku bawak pegi hospital tapi malangnya baby meninggal waktu dalam perjalanan ke sana. Doktor pun tak dapat explain penyebab kematian adik aku. Cerita pun dorang macam tak percaya. Esoknye bile mayat dibalik kerumah untuk urusan pengebumian, . Setelah selesai semuanya, ada ustaz yang datang melawat. Waktu tu jugak ustaz tu cakap kalau boleh dia nak kami pindah dari rumah tu sebab dia sendiri pun tak sanggup nak masuk dalam rumah kami. Ayah terkejut dengan apa yang ustaz tu cakap. Ustaz tu cakap ” gayanya ade orang marah sangat dengan kamu dan isteri sebab halang die dapatkan kandungan tu.

Macam2 dia hantar, dekat katil ada sekor, dekat dapur aada sekor, dekat tandas ada, dekat ceiling ada. Saya tak sanggup nak pandang”. Tapi tu la, nak pindah pun bukan time tu boleh dapat rumah. kami stay dalam seminggu dua kat rumah tu. Start da tahu rumah tu berpenghuni, waktu tido memang tak tenteram. Kadang2 bunyi budak menangis, aku nampak orang baju hitam lalu lalang kat ruang tamu.

Alhamdulillah seminggu lepas tu kami pindah dari rumah tu. Sebelum masuk rumah baru tu, ayah bawak mak pegi berubat sebab taknak benda mengikut sekali. Tapi tak lame lepas tu, ada orang lain menyewa rumah sewa lame kami tu, dan meninggal selepas beberapa hari duduk situ (jiran lama punya cite)

13 thoughts on “Tersalah Bidan”

  1. Allahu teruk nya… Pengajran dia kite kena berhati-hati dngn apa jua perkara… Tu la jahatnya bidan tu dendam. Kesian nya adik ko n mak bapak ko. X pe lah adik ko tu dah jadi ahli syurga. Ibaratkan keluar mulut buaya masuk pula mulut naga…peribahasa den buat sendiri -_- Hahaha… Sabarlah wahai teman.

    Reply
  2. bidan syaitan tu dah warning pun, korang buat tak tau jer… org biasa pun, klu dah jenis pendendam kita kena hati2. inikan pulak penyembah syaitan mcm bidan tu. kalau aku jumpa, mmg dah kena sembelih bidan tu… baca cite ni buat aku jadi geram… geram kat bidan tu satu hal… geram kat bapak ko pun satu hal sbb tak beriya-iya cari jalan pulihkan keadaan sblm mak ko bersalin… haihhh!!!

    Reply
  3. Ya Allah. Dia saja yang Maha Mengetahui. Kalau lah benar, semoga Engkau balas dengan azab yang setimpal. Sedihnya ibu menanggung perasaan, semoga dirahmati Allah.
    Terima kasih perkongsian pengalaman yang menakutkan dan sedih pada masa yang sama.

    Reply
  4. Kenapa la tak awal2 bawa gi berubat bila dah dpt petanda haihh nak nyesal pun benda dh jadi. Tapi kesian sampai melibatkan 2 nyawa

    Reply

Leave a Comment