Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca FS sekalian. Aku nak ceritakan pengalaman masa kecik aku disampuk akibat keteguran. Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf kot – kot cerita aku ni tak menepati cita rasa seram korang. Maklum lah, aku ni bukannya penulis yang berbakat. Cuma nak ceritakan pengalaman seram sebenar aku masa kecik je.
Ceritanya bermula macam ni. Masa dalam lebih kurang tahun 1996, pakcik aku (bapa saudara) telah tamat pengajian di sebuah universiti di Selangor. Aku dalam lingkungan umur 6,7 tahun masa tu. Pak cik aku ni dah tak de mak bapak (nenek dan datuk belah ayah aku dah meninggal). Jadi, ayah aku selaku anak sulung kenalah tolong pakcik aku ni uruskan urusan bawak balik barang – barang dia ke kampung. Masa tu keluarga kitaorang cume ade kereta sedan jenis lama je untuk ke mana – mana. Tentu – tentu tak muat kereta tu kalau nak isi barang – barang pakcik aku ni. Tambahan pula masa tu arwah nenek sebelah mak dan sepupu aku pon nak ikut sekali dengan keluarga kitaorang. Ayah aku pon sewalah sebuah van untuk bawak kitaorang dan isi barang – barang pakcik aku. Masa tu memang seronok la sebab dapat pergi makan angin.
Perjalanan kitaorang ke universiti pakcik aku tu berjalan lancar je. Sebelum tu, kitaorang ke johor dulu melawat mak saudara aku dekat sana. Kira nya kitaorang turun ke selatan dulu baru la ke Selangor. Kitaorang bertolak dari rumah nenek aku di negeri Pantai Timur. Selesai urusan pakcik aku tu, kitaorang pon bertolak balik ke kampung guna lebuh raya Karak. Sebelum tiba di terowong dekat Genting Sepah tu, tiba – tiba van yang kitaorang naik m**i. Kebetulan pulak masa tu ade ‘towing truck’ dekat area situ. So, ‘towing truck’ ni pon bawak la van dan keluarga kitaorang ke bengkel kereta dekat area Janda Baik.
Kitaorang sampai di bengkel tu dah lewat petang. Dalam pukul 5 lebih macam tu la. Dekat area bengkel tu bersusun bangkai kereta – kereta eksiden. Masa tunggu van siap, aku, abang – abang aku dan sepupu mula la rasa bosan. Jadi, kami pon jalan – jalan di celah – celah susunan kereta tadi walaupon dah dilarang oleh mak dan ayah aku. Masa lalu dekat situ, naluri ingin tahu aku memang kuat. Aku pon merenung je satu patung (macam patung Buddha) dekat dashboard bangkai kereta tadi. Tak cukup dengan tu, aku tambah lagi pakej banyak tanya dekat mak aku. Biasalah budak – budak. Apa yang pelik di mata aku, semuanya aku tegur. Van kitaorang siap dibaiki masa dah dekat waktu magrib. Lepas dah settle semua, kitaorang pon teruskan perjalanan ke rumah nenek aku ni.
Masa dekat dalam van, mak aku dah mula rasa tak sedap hati. Bulu roma dia asyik meremang je. Tambahan lagi, aku sibuk duk ngadu dekat mak ade bende yang ngikut dekat cermin belakang. Aku masa tu sangat la naïf dan tak rasa takut ape – ape lagi. Akhirnya dalam pukul 4 pagi, kitaorang selamat sampai dekat umah nenek. Sesudah sampai, masing – masing mula ambil tempat nak tido. Yelah, semua orang dah penat dan ngantuk masa tu. Aku pon baring la di antara ayah dan pakcik aku. Suasana rumah pon makin sunyi dan lampu rumah nenek pon dah dipadamkan.Cuma tinggal lampu di beranda rumah je yang terpasang. Memang samar – samar je masa tu. Aku terkebil – kebil sorang – sorang sebab tak boleh lena. Mata pon melilau je ke kiri ke kanan tengok keadaan dalam rumah. Puas aku bergolek, tapi tak dapat juga feel nak tido.
Last – last aku pandang ke belah kiri aku. Dekat situ ruang tamu rumah nenek. Ade kerusi panjang. Tapi ade sesuatu dekat kerusi tu. Warna putih dan berbungkus macam gula – gula. Aku pon pelik dan tertanya – tanya ape bende tu. Aku tengok je bende tu sambil kejut ayah. Bila ayah aku tengok sekali, bende tu pon hilang. Dan disebabkan kenaifan aku, bende tu berulang sampai 3x. 3x aku kejut ayah bagitau ade benda dekat kerusi. Dan bende tu hilang bila ayah tengok dengan aku. Bila dah masuk kali ke 3, baru lah aku mula rasa takut. Aku pon pejam mata pura – pura tido. Masa tengah pejam mata tu, aku dapat rasa ade kain yang lembut sangat – sangat sapu kaki aku. Aku pon terus menjerit sekuat hati. Satu rumah terbangun dengan jeritan aku. Aku dah menangis tak ingat dunia masa tu. Masa terjaga tu, mak aku cerita die nampak macam ade kelibat turun ke dapur nenek. Dan aku pulak memang dah sah- sah kene sampuk sebab ade bende ikut aku balik.
Keesokan harinya, ayah bawak aku berubat dengan arwah moyang aku untuk pulihkan semangat. Moyang aku ni pandai mngubat bende – bende macam ni. Masa berubat tu, die bisik dekat telinga aku dan suruh bende yang ikut aku tu balik ke tempat asal. Yang ni aku tak dengar tapi mak aku yang ceritakan balik. Lepas kejadian pagi tu, kitaorang semua pon bukak semula cerita pasal bende tu. Mak aku bagitau masa pagi tu, lampu rumah nenek tak dipadam pon kecuali lampu dekat ruang tamu. Mak aku cakap aku sedap je tido bile dapat bantal. Mak aku yang tido paling lambat sebab nak tido kan dan susukan adik aku dulu. Dekat kerusi panjang tu pon,abang aku sedap landing tido dekat situ. Aku memang betul – betul pasti aku tak bermimpi pon pagi tu. Memang aku tak boleh tido sebelum kejadian tu. Pelikkan? Dan kejadian tu juga buat aku jadi fobia tido kaki tak berselimut. Asyik duk rasa ade kain lembut je dkt kaki kalau tak selimut. Nasib baik jugaklah gula – gula tu tak tunjuk muka nya yang sebenar dekat aku. Persoalannya dekat sini, sape ayah yang aku kejut masa kejadian tu?????
-Yang fobia-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kalau aku angkat kaki peluk. kalau pergi rumah nek aku, kitorang tengok citer hantu and tidur. nek aku cakap dia nak tidur ngan kitorang. takut benda tu kacau ke.