Tetamu 2 Pagi

Salam semua pembaca.

Nama aku Mya. Aku ada 2 beradik ja. Adik aku tak ada kat rumah, dia masih belajar di sebuah universiti manakala aku dah bekerja. Sepanjang ketiadaan adik aku, aku sorang saja yang
lalui perkara-perkara mistik ni. Family aku takda pulak kena kacau. Kejadian ni berlaku pada tahun 2015 dan masih terbayang-bayang kedatangan ‘tetamu’ tu.

Aku tidur tak menentu, kadang lewat pagi baru tidur sebab sibuk uruskan kerja dan uruskan arwah mak aku yang sakit masa tu. Sampailah satu lewat pagi, abah dah tidur tapi dia tidur di ruang tamu, panas katanya kalau tidur dalam bilik, selesa tidur atas toto ja. Jam menunjukkan pukul 02.05pagi dan aku masih belum mengantuk. Aku duduk di sebuah kusyen tak jauh dari abah.

Ruang tamu aku gelap, hanya disimbahi cahaya lampu jalan dari luar saja. Hmm ayat novel sangat. Aku leka pegang handphone sambil scroll timeline Instagram. Tetiba aku rasa ada someone dok mengintai dari luar pintu rumah aku. Pintu rumah aku jenis kayu dan ada sikit hiasan kaca (boleh paham tak haha) so aku boleh nampak jelas. ‘Seseorang’ tu terjenguk2 memandangkan lampu handphone memancar ke muka aku, mestilah dia tahu aku ada di situ! Aku tak boleh lari beb.

‘Dia’ tak ketuk dan tak bersuara langsung. Masih terjenguk-jenguk. Aku mula pikir bukan2. Dah hampir 2 pagi siapa ja nak datang rumah, takkan nak melawat mak pulak waktu macam tu. Beberapa minit lepas tu dia pergi dari situ. Aku tak nak buka pintu, mana tahu agenda manusia jahat nak samun ke apa, aku cuba husnudzon jugak, mana tahu orang mintak tolong. Jiran kat situ pernah je gaduh laki bini.

Aku belum rasa takut, tapi berdebar tu ada la, aku tak tahu kenapa. Maybe terkejut kot. Aku pun bangun nak ke bilik, entah kenapa aku rasa diperhatikan. Aku pun gatai palingkan muka ke arah tingkap sebelah pintu aku tadi. Terkejut aku bila ‘dia’ ketuk tingkap tu pula. Tapi ketukan tu tak bunyi. Disebabkan gelap, aku susah nak cam siapa ‘dia’ tu sebab dia pun nampak gelap, tak nampak muka.

Dulu makcik aku pernah ja datang ke rumah lewat pagi sebab baru sampai dari Johor. Tapi takdalah sampai bisu tak reti panggil kami dalam rumah ni. ‘Dia’ menunjuk isyarat jari telunjuk ke arah aku. Seolah-olah ‘dia’ nak bagitahu, “Ye Mya aku panggil kau la ni, ye kau la siapa lagi, buka cepat”. Aku tengah mengamati sama ada dia pakai tudung ke tak sebab makcik aku bertudung. Ni macam free hair pulak tapi entahlah, gelap.

Then aku panggil abah. “Abah, ada orang datang”. Abah aku ni senang terjaga. Dia sedar dan dia cakap, “Ish tak payah bukak pintu la, tidur2”. Aku ni tak puas hati selagi tak tau siapa perempuan tu. Lepas Abah aku cakap camtu dia pun blah, sebab lama gak dia kat luar tu. Ah sudah, ke mana pulak. Jangan tingkap bilik aku dah la. “Abah, akak tak tipu, ada orang kat luar tadi”. Abah aku still layan tidur. Aku rasa dia memang dah blah, aku pun terus masuk bilik.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi orang buka pintu. Aku bangun dari katil dan tengok Abah tengah kunci pintu. Tadi Abah jugak yang cakap jangan buka pintu. Haih. Aku tanya, “sapa yang datang pepagi buta ni Abah?”. Abah jawab, “Abah keluar tadi check orang yang kakak cakap tu, dia dah jalan sampai depan tu haa.” Aku terkejut, “Abah keluar?! Ish tak payah la sampai keluar, entah orang nak samun kita ka apa.”

Abah cakap, Abah ada panggil dia & tanya kenapa ketuk pintu tadi, nak pi mana. Dia diam tak mau jawab. Then Abah pun balik lah. Abah aku senyum ja, Abah kata lain kali kita buat tak tau sudah. Whaat the, baru nak rasa takut, aku tak rasa apa2 masa nampak tu sebab? Nampak macam manusia beb. Bila teringat rambut dia & tak ada muka, hmm…

You guys paham kan siapa gerangan perempuan tu? Hahaha. Sampai sekarang aku kena usik. Tapi setakat ni bukan lembaga yang muncul ke apa, tapi dikatakan tiap malam ada ‘marching band’ atas bumbung bilik aku. Kalau adik aku balik rumah, atau family dari jauh datang bermalam, takda apa yang jadi. Kuajaq betei.

Masa tu rumah aku ada pokok sundal malam, melati, & kerak nasi. Siang malam bau wangi. Ada sorang jiran aku tegur jangan ditanam pokok2 ni kat rumah, memandangkan arwah mak tengah sakit, badan tengah lemah. Tak elok bila benda dah mula singgah ke rumah. Adui berat hati nak buang sebab pokok tu arwah mak yang tanam.

Tu jelah nak cerita. Banyak lagi kes aku tapi nak share yang ni ja. Semoga tak ada dah benda datang melawat aku lepas ni. Mungkin tak seram bagi pembaca kot, yang mengalami ni dah 2 tahun trauma lagi guys. Ok thanks baca cerita aku.
Sekian.

1 thought on “Tetamu 2 Pagi”

  1. “Masa tu rumah aku ada pokok sundal malam, melati, & kerak nasi. Siang malam bau wangi. Ada sorang jiran aku tegur jangan ditanam pokok2 ni kat rumah, memandangkan arwah mak tengah sakit, badan tengah lemah. Tak elok bila benda dah mula singgah ke rumah. Adui berat hati nak buang sebab pokok tu arwah mak yang tanam.”- sy xpercaya semua ni…bago sy, xde kaitan pun bunga2 tu dengan hantu..hehehe

    Reply

Leave a Comment