Tetamu Malam Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca FS. Ini merupakan kali pertama aku menghantar cerita dekat page FS. Maaf jika cerita aku ni kurang menarik harap2 admin FS boleh publishkan kisah aku ni.Ok Kisah ini berlaku baru-baru ni je (malam Hari Raya Aidiladha). Ni kisah aku dan family yang alami sendiri. Ok lar sebelum tu aku kenalkan diri aku sebagai Rara ok #bukannamasebenar.

Malam tu around pukul 10:30 malam aku nak pergi toilet, aku perasan tingkap toilet terbuka sedikit so aku Tanya mak aku kenapa tingkap toilet terbuka. Lepastu mak aku jawab tingkap tu memang terbuka. Aku macam pelik sikit sebab masa siang tadi aku rase tingkap tu tertutup. And then aku buat biasa je, mak aku pulak masuk toilet nak ambil wuduk , aku pulak siap-siapkan bilik tidur (bilik air dalam bilik tidur jugak) opss aku duduk jauh so bila aku balik kampung aku akan tidur dengan mak aku hehe.

Masa aku siapkan bilik tidur, mak aku keluar toilet terus tanya aku camni:

Mak: adik ade main pintu bilik air ke? Dengan muka serius

Aku: mane ade mak… sambil buat muka blur…

Mak: yekee… dengan muka tak percaya ( aku ni kadang-kadang memang suka sakat mak aku so dia akan suspect aku dulu)

Aku: serius tak ade, (muka macam dah kecut).

Sebab kat bilik aku dengan mak aku je kalau bukan aku sape yang main pintu tu kan… muskil betul so aku decide tak nak fikir apa-ape,mak aku pun terus solat. Aku pergi ruang tamu sambung tengok tv, anak-anak buah aku macam biasalah main-main gaduh nangis. Anak kakak aku nama dia acad, ha dia ni juara dalam bab-bab menagis ermm memang berbisa aku rase satu blok boleh dengar kalau dia menangis haha. So kakak aku pun bawa acad masuk bilik dia untuk tidur.

Family abang aku pulak selalu kalau balik rumah mak diaorang akan tidur dekat ruang tamu. Dalam pukul 11:30 aku pun masuk bilik dengan mak nak tidur. Mak aku dah tidur dulu. aku pulak tak dapat tidur so aku layan dulu movie cerita korea , sampai menagis sebab sedih sangat cerita tu. Habis satu movie aku tgok jam nak dekat pukul 1:00 pagi, ingat nak sambung tengok movie lagi, tengah pilih2 cerita yang aku download kat laptop, tiba-tiba aku tengok mak aku mengigau,badan kejung tak boleh gerak lepastu macam tersentak- sentak. Lepastu aku kejut mak suruh tukar bantal , mak aku sedar tengok aku then tidur balik. Masa tu aku steady lagi pilih movie lagi. Tak lama lepas tu mak aku kene lagi ,badan tersentak-sentak mata nak buka tapi tak boleh buka. Aku kejut lagi,susah jugak kejut sampai aku angkat badan mak aku supaya dia sedar, bila sedar aku suruh mak aku ubah tempat tidur dia, dah jadi macam tu dua kali berturut-turut aku pun off laptop baring peluk mak aku sambil baca ayat kursi banyak kali takut mak kene lagi. Malam tu aku rase masa berlalu lambat sangat , kadang aku rase aku dah tidur lame tapi bila tersedar jam masih lagi dalam pukul 1 lebih. Aku tengok mak aku tidur dah lena aku lepaskan pelukkan, tak lama lepastu dia jadi lagi. Aku peluk balik and then aku baca lagi ayat2 yang aku tau. Aku tak dapat tidur sampai pukul 2 lebih pagi tiba-tiba mak aku tersedar mak aku cakap dia dah ok. Terus aku boleh tidur lena.

Waktu subuh aku bangun tengok mak aku dah siap-siap nak pergi kerja. Mak aku kerja dekat warong so pagi-pagi buta dalam pukul 6 lebih dia akan keluar rumah. Aku Tanya mak semalam mimpi apa, mak kata dia mimpi hantu ni bawa mak aku kat satu tempat, tak tau lar dekat mane mak aku taknak ikut mungkin tu yang buat mak aku tersentak-sentak kot semalam. Lepastu aku pun sambung tidur balik. Hehehe,

Aku ingat kan cerita dah habis kat situ jee…

Rupa-rupanya family abang aku pun alami jugak. Pagi tu masa aku keluar bilik kebetulan abang and kakak ipar aku baru balik dari sarapan kat tempat mak aku kerja, tiba-tiba dia Tanya aku semalam ada dengar apa- apa tak. Aku ceritalar semalam aku ade dengar macam bunyi bising orang bercakap tapi aku fikir mungkin abang dan kakak aku tak tidur lagi. Lepastu aku cerita lar pasal mak dekat diaorang.

Kakak ipar aku pulak buka cerita malam tu diaorang dah tidur awal. maksudnya mase aku masuk bilik dengan mak aku kira diaorang dah siap-siap nak tidur jugak. Dalam pukul 1 lebih tu anak dia (aku panggil faris je ok) terbangun nak pergi toilet dia kejutlar mama dia (kak ipar aku). Dah selesai semua faris terus tidur masa kak ipar aku nak baring semula dia terperasan mak aku tengah duduk dekat sofa dengan rambut mengerebang dengan pakai cermin mata sebijik muka mak aku tengah termenung tengok dia dengan anak –anak buah, kak ipar aku pun tegur lar “eh mak kenapa tak tidur lagi ni” mula- mula dia tak fikir pape. Tapi bila benda tu tak jawab tiba-tiba bulu roma dia meremang. Benda tu diam je sambil tengok anak buah aku.(walhal mak aku dekat dalam bilik tengah tidur dengan aku)

Kak ipar aku terus bangun kejut abang aku minta alih tempat tidur.. abang aku boleh pulak mengigau cakap nak tarik tali sambil tangan dia ikot sama main tarik-tarik. (aku tak taular dia mimpi tarik ape haha #aptb). Lepas abang aku kembali sedar di dunia nyata dia pun alihkan tempat tidur dekat depan tv. Kak ipar aku tengok benda tu masih lagi ada dekat sofa tengah tenung anak buah aku seakan-akan nak bangun . Abang aku mase tu tak tau apa-apa lagi. Lepas dah alih kak ipar aku terus baring, rumah mak aku dekat kawasan tv ni ade satu cermin besar dan ada satu buai dekat penjuru, kalau sesiapa duduk buai Nampaklar dalam cermin tu. So bila alih kak ipar aku baring mengadap cermin tiba-tiba dia Nampak benda yang menyerupai mak aku ade dekat buai,Terus dia selubung dengan selimut untuk tidur.

Dari kisah abang aku pulak mula-mula dia tak perasan apa-apa dekat kak ipar aku. Semasa abang aku nak sambung tidur, abang aku pulak dengar benda mengilai sayup-sayup jee dekat telinga dia. Ape lagi terus dia tidur peluk bini dia. sekali kak ipar aku tepis, abang aku peluk lagi dia tepis lagi sekali. Tiba-tiba kak ipar aku bangun dengan mata tertutup sambil mengilai-gilai. Cakap nak buai nak buai banyak kali. Abang aku tangkap baca ayat kursi dan azankan dekat telinga terus senyap dan tak ade lagi gangguan sampai ke pagi.

Buai kat rumah mak aku ni buai rotan macam telur tergantung dalam tu ade kusyen aku rase sekarang ni tengah trend kot. Aku pun tak tau nak describe macamana. So sekarang ni mak aku dah buka buai tu biar tak bergantung. Aku pun dah balik kl hope benda tu tak kacau mak aku lar. Kakak aku yang tidur kat bilik tak kene apa-apa sebab sebelum tidur dia bawa radio bacaan ayat quran mak aku masuk bilik dia. Sebab anak dia acad jenis susah nak tidur malam. Actually banyak lagi kisah mistik/misteri yang jadi dekat rumah dan keluarga aku. Ok sampai kat sini je lar ceritanya. Aku minta maaf sangat2 kalau penulisan aku ni teruk dan tak seram. harap korang boleh faham chill #jangankecamsaya.

Info* Semalam abang aku call bagi tahu kak ipar aku kene rasuk lagi malam selepas aku balik kl. dia pergi berubat minta ustaz tu tengok rumah dengan mak aku sekali, terkejut aku bila abang aku cakap ada benda nak damping mak.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Tetamu Malam Raya”

Leave a Comment