The Eyes II

THE EYES II
Hai, namaku #ANAIRAH dan sambung cerita first aku hritu, kalau korang berminat nak baca boleh tengok sini http://fiksyenshasha.com/the-eyes/ . Sekarang sudahpun menuntut di salah sebuah universiti pendidikan tempatan.

Pertama sekali, terima kasih pihak admin Fiksyen Sasha sebab sudi kongsikan cerita pertama dan kedua ni, sekarang korang tau aku mempunyai kelebihan yang itu yang kadang-kala tak tertanggung rasanya kerana ianya turut menganggu kehidupan aku. Maaf permulaan kisah aku ni agak panjang sebabnya aku nak bagi korang faham kisah aku bagaimana sejak kecil, dan kesinambungan ceritanya adalah sehingga aku menjejakkan kaki ke universiti juga. Kalau aku terus skip macam tak seronok rasa, hehe.

Terima kasih juga pada yang sudi baca kisah aku ni dan tak kurang yang percaya dan mendoakan aku yang baik-baik. Semoga kalian dilindungi sentiasa daripada kejadian-kejadian seperti ini. Dalam entry kali ni ada beberapa kisah yang berlaku pada aku.

PUTERI TUJUH
Kisah ni berlaku pada masa aku terkena penyakit kulit di bahagian tangan dan tapak kaki dulu. Jadinya, semasa aku terkena penyakit ni, family aku ada berjumpa dengan seorang pakcik (atuk tak bagi tapi atas desakan family kami pergi juga). Pakcik ni seorang bomoh dan apabila berjumpa dengannya, dia minta aku duduk berdepan dengan dia dalam bilik kecil, masa tu ada mak, nenek, isteri dia dekat dalam sekali.

Dia bagi aku pegang sebiji telur ayam dan bagi kat dia. Aku honestly tak percaya dengan dukun dan bomoh. Minta maaf pada sesiapa yang terasa tetapi, pakcik ni amalkan benda-benda yang syirik. Kalau bukan sebab nenek aku paksa jumpa dah lama aku blaahh…lagi pun pakcik ni baik orangnya dan dia berkawan dengan family kami (ni lah yang buat atuk tak boleh bantah. hahahaha) Sambung cerita tadi, ada tingkap kecil di dalam bilik tu dan ianya terbuka masa tu, aku tak nak toleh takut pula ternampak ‘kawan’ pakcik ni.

Tetapi, memang nasib aku nak nampak, tiba-tiba ada pula dia sebelah luar tu besar sangat lembaga hitam dan berambut panjang menutup muka. Aku dah tak tahan dan aku baca ayatul kursi banyak kali, ulang 3 ayat terakhir. Tiba-tiba tak jadi pula pakcik tu nak tolong aku malam tu, oh ya pakcik ni hanya berubat masa hari ganjil kecuali malam jumaat. Malam tu rasanya hari Rabu aku tak ingat dah lama sangat.

Cuma pakcik tu nak mandikan aku sebab katanya penyakit aku ni memang buatan orang dan orang tu nak aku terseksa tak pergi sekolah dan tak nak aku berjaya dalam pelajaran. Sebab tu dia buat penyakit aku ni dekat tapak tangan supaya aku susah nak menulis dan tapak kaki supaya aku tak boleh berjalan ke sekolah. Allah Maha Besar, walaupun dalam keadaan macam tu, Dia izinkan aku jadi pelajar cemerlang lagi (takdelah cemerlang mana).

Pembetulan, mandi tu bukan dia yang mandikan tapi isteri dia di dalam sungai semasa air pasang. Aku pun mengiyakan aje lah, balik je rumah aku pun tidur dan keesokkannya semasa subuh, aku ditemani makcik tu berjalan kaki ke sungai area kampung tempat pakcik tu tinggal. Jauh juga dah lah gelap, seram sejuk aje aku berjalan belakang makcik tu. Sebelum mandi tu, makcik tu bagi syarat kat aku, lepas siraman terakhir, jangan toleh belakang dan terus jalan balik ke rumah dia. Masa mandi tu, aku membelakangkan arah air maksudnya aku berdiri di laluan air faham tak? Korang faham-faham sendiri lah yer. Emm. Lepas tu aku terasa juga ada kehadiran benda, aku hanya tawakal baca apa-apa yang patut. Dalam hati aku, kalau bukan sebab mak dengan nenek aku insist sangat aku takkan buat benda ni. Korang jangan bash aku pula yer.

Dah siap aku pun ikut je lah apa makcik tu pesan awal tadi, aku terus blahh balik tak toleh-toleh, jalan laju-laju sampai naik ke rumah dia mak dengan nenek aku dah tunggu. Kami terus balik walaupun aku basah-basah naik kereta terus. Okay lepas tu balik dah takde masalah apa-apa, hidup aku macam biasa. Tapi lepas berubat dengan makcik tu (lepas mandi) aku rasa macam diri aku ni macam hampeh je. Aku rasa rendah diri dan setiap kali tengok cermin aku rasa macam bukan aku yang aku tengok. Muka aku pula gelap semacam (aku putih ada keturunan cina) tiba-tiba pula muka gelap sampai ke bahagian tengkuk macam burn gitu tapi tak burn. Tapi benda ni kalau orang tak kenal aku tak nampak, dan aku perasan kalau dekat luar orang yang pandang aku akan membuang muka macam muka aku ni hodoh sangat.

Aku takdelah lawa sangat tapi kalau orang tengok takkan sampai macam nak muntah kan tengok aku. Sampailah ada kawan aku tegur kenapa muka aku macam lain sikit nampak macam tua sikit. Aku pun perasan benda tu tapi bila aku bagitau mak aku dia macam tak kisah je haha. Nenek aku yang mula-mula perasan benda tu, atuk pula terus menjuihkan mulut dia nak sindir nenek sebab percaya sangat benda macam tu sampai aku jadi mangsa.

Pendekkan cerita, cikgu kat sekolah aku ni seorang perempuan dan dia pun pandai sikit-sikit tengok orang dan mengubat. Dia tegur aku, dia kata kenapa cikgu tengok kamu ni pelik? Nanti mak datang ambil cikgu nak jumpa (cikgu ni ada kaitan sikit dengan family belah mak, bau-bau bacang gitu) dan cikgu tu cakap kat mak aku ingat lagi..

“Mah, anak ko ni aku rasa ada benda kenakan dia lah. Ada pergi jumpa sapa-sapa ke haritu? Aku tengok pelik semacam je dia, muka dia tu takut pula aku tengok. Bukan muka dia.”

Hah sudah. Aku pun takut gila nak bersiap depan cermin lagi lepas tu dan lepas mak bincang-bincang dengan ayah aku, diorang pun setuju bawa aku ke tempat cikgu aku tu. Lepas cerita yang aku berubat apa semua, cikgu tu pun cakap. Hence, ceritanya macam ni…

“Sebenarnya, masa aku pergi berubat haritu, makcik tu ada satu ‘kawan’ yang digelar Puteri t***** tu. Dia suka tengok seri muka aku dan sebagai syarat dia bantu aku hilangkan penyakit kulit aku ni, dia ambil seri wajah aku sebab tu muka aku lain. Muka yang sokmo aku tengok kat cermin tu, bukan muka aku. Muka yang ada pada aku muka nenek tua kedut seribu. Air hidung meleleh-leleh dan bau busuk pula masa bercakap dengan orang sebab tu semua yang tengok aku rasa takut dan jijik terutama lelaki yang tak pernah jumpa aku.”. tu yang cikgu aku cerita. Sebagai ikhtiar menyembuhkan aku, dia suruh aku mandi bunga. Korang mesti tau kan mandi bunga macamana? Alah, cari tujuh kuntum bunga apa bagai. Aku pun mandilah dengan niat nak sembuh bukan niat nak apa-apa benda tak elok.

MISTERI CIK PON
Ingat lagi tak aku cerita rumah aku dulu tradisional? Masa aku tingkatan dua, rumah dah tambah bahagian bawah. Kesemua ahli keluarga aku dah berpindah ke bahagian bilik bawah, aku je tak. Bilik aku terletak di hujung sekali dekat belakang rumah tingkat atas dan dalam bilik tu ada sliding door besar. Masa ni rumah dah renovate jadi modern habis. Bilik aku juga ada cermin besar terletak betul-betul berdepan pintu dan katil aku pula menghadap cermin dan pintu bilik. Boleh imagine tak? Okay. Bereh.

Lepas aku dah tak ada gangguan daripada benda yang ganggu aku masa kecil dulu, aku hanya bermimpi sahaja tu pun jarang. Sampailah satu hari, aku mimpi ada lembaga perempuan, berbaju putih lusuh, rambut panjang dan tak nak menghadap aku asyik pandang belakang aje. Duduk pula dekat tingkap area kepala aku, nak tidur pun aku boleh dengar cakaran kuku yang maha panjang dan aku terbayangkan kuku hitam panjang.

Bila aku tersedar, bunyi tu masih ada! Nak lari nanti aku yang tak boleh tidur kat bilik tu lebih-lebih aku fikir pula nak turun pergi ke bilik mak ayah aku kena lalu ruang tamu lama dan turun bawah pula lagi lari lagi across the hall, ya Allah lama. Baik duduk di bilik aje. Aku pun bangun dan berwudhuk lagi, takut sangat sampai lupa nak baca apa aku peluk Quran dan bila dah bertenang sikit, aku baca ayat qursi kuat-kuat. Masa tu lah pula pandangan aku tembus ke depan (tingkap sliding) dia tengah tengok aku tapi membelakang macam yang aku sangkakan. Bila aku amati, rupa-rupanya memang spesis dia badan terbalik sebenarnya kepala dia tengok aku di sebalik sela-sela rambut panjang mengurai dia tu.

Dia pun ….bunyi ketap gigi dan aku dah nak pitam rasa. Tak dapat baca dengan betul ayat qursi, duduk pula dah terpaku hanya mampu sebut Allah… Allah..  Allah…

Tak lama lepas tu, aku teringat pesan atuk, jangan takut dia lagi suka, kita pula berdosa takut benda lain selain Dia. Aku pun tarik nafas dalam-dalam, cuba focus baca ayat qursi dengan teratur dan ulang ayat 3 terakhir macam atuk ajar. Masa baca ni, aku tanamkan dalam diri aku hanya Allah yang Maha Berkuasa sesungguhnya segala sesuatu berlaku atas kehendak dan izinNya. Bila aku dah habis baca, Alhamdulillah benda tu hilang. Aku tak ceritakan pada sesiapa sebab takut nanti diorang suh aku tidur dekat bawah. Malas rasanya, aku sayangkan bilik aku ni (introvert biasalah).

Dua tiga hari lepas tu, aku dengar lagi bunyi cakaran tu tapi lepas tu bunyi orang makan ataupun melahap makanan dengan rakus sangat-sangat. Aku ni pun curiosity tinggi kadang aku pun geram juga, pergi pula selak langsir tengok apa yang bising sangat ayam-ayam serama kat belakang rumah , sekali aku tengok dia tengah sedap melahap ayam tu berdarah-darah lagi aku nampak. Ya Allah, lepas tu dia pandang aku dan senyum lepastu aku dengar atuk dan ayah aku buka lampu belakang. Aku pun pasang mp3 mengaji pagar diri dan tidur.

Sekian dulu cerita aku yer. Panjang sangat korang marah pula nanti. Maaflah kalau tak berapa seram bagi korang dan mungkin ada yang kritik aku tak kisahlah, semoga dilindungi Allah sentiasa. Terima kasih setia baca cerita aku. Lepas ni aku sambung lagi. Oh ya, cerita-cerita ni bersambung nanti kalau anda setia baca, segala persoalan akan terjawab. Aku nak biar korang rasa sendiri macamna aku tertanya-tanya kenapa semua peristiwa ni berlaku pada aku dari mula kisah aku dulu.

Pada yang nak tunggu cerita aku sampai U nanti, tunggulah yer, sebab cerita aku bersambung dan berkaitan antara satu sama lain. Terima kasih Fiksyen Sasha sebab menjadi medium untuk aku kongsikan luahan kisah aku. Lepas baca cerita macamni kalau malam-malam tu bacalah doa yer.. hehehehe..

2 thoughts on “The Eyes II”

  1. Cerita menarik ..
    Tambah pulak kisah nyata ..
    teruskan menulis ..seronok baca pengalaman sebegini,menambah keimanan dalam diri …
    Semoga penulis cekal dan tabah …
    segala sesuatu kejadian yang Allah swt tu ada hikmahnya …
    Semoga sentiasa dalam pelindungan dan Rahmat Allah swt …
    Insha Allah ….

    Reply

Leave a Comment