Tokek dan Angker Sungai Lembing

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers FIKSYEN SHASHA.
Ini adalah kali pertama aku menulis untuk dihantar ke fiksyen shasha dan cerita ini adalah based on true story yang aku dan kawan2 alami sendiri. Hopefully admin siarkan sebab, letih juga nak mengarang panjang2 macam ni. Maafkan aku sekiranya ada typo atau kesalahan tatabahasa, maafkan aku ye pembaca sekalian.

Intro, kisah ini berlaku sekitar 2010 atau 2011 dah lupa sebab dah agak lama, dan aku pun dah meningkat usia. Ni nama2 watak yang terlibat dalam kisah #TOKEK & ANGKER SUNGAI LEMBING iaitu aku (XL), jurah, kak cenul, ikan masin dan enon (semua perempuan). Fyi, kitorang bekerja dalam satu ofis, korang xpayah lah tahu nama opis ni, even aku tak sebut, mesti semua orang kat company tu ingat. Siap dengar cerita dari budak baru, kisah kami ni jadi legend, trainer siap bercerita time training. Kalau korang ingat time ni meletup kisah tokek yang harga juta2 untuk ubat HIV. Entah betul entah tak rumours ni. Apa boleh buat, masa ni aku dan kawan percaya terutamanya si Enon ni la.

Suatu hari ni, adik kepada si Enon ni call dan bagitahu yang ada orang nk jual 2 ekor cicak tokek ni kat kampung (Kuantan). Tapi yang dapat di tangkap hanya tokek yang bersaiz kecil, tapi nak jadi jutawan punya pasal, tak pelah. Semua plan nak bekerjasama nak menternak beliau sampai jadi besar dan cukup sekilo. Jadi semua agreed nak pergi weekend tu naik kereta aku untuk ambil cicak tokek tu kat Kuantan.

Memandangkan saiz tokek tu kecik dan belum ada harga, si Enon ni bagi cadangan untuk pergi ke sungai lembing (perkampungan orang asli) untuk tanya2 kot ada dorang bela dan nk jual. Semua pun on jer! Yelah nak kaya cepat, naif betul masa tu.

Untuk ke sungai lembing tu, memang kena masuk jalan kampung lepas tu kena masuk pulak hutan yang sunyi. Rumah orang asli kat situ pun cantik2 aku tengok. Dalam sejam sampailah kat sana, ada jugak kitorang tanya2 orang asli ada tak jumpa@bela tokek ni. Tapi haram, sekor takde. So, alang2 dah sampai kitorang pun bergembira lah main air. Tapi aku malas nak mandi sebab susah nak tukar baju.

Siapa yang pernah pergi dekat sungai lembing ni mesti tau tempat tu banyak batu2 yang cantik. Kecik besar macam2 saiz kan, entah siapa lah punye idea nak kutip batu2 sungai tu jadikan hiasan dekat opis. Adalah dekat sebaldi batu kitorang angkut bawak balik. (Entah2 idea aku sendiri..adoii!! kalau teringat rasa nak hantuk kepala kat dinding laju2, sebab aku ni kategori sengal jugak kdg2).

Aku tau nanti semua readers kecam kitorang kat komen, kitorang tau salah sendiri tapi benda dah jadi. Tak terfikir pun pasal pesan orang tua’ Jangan kutip bawak balik apa2, masa kat tempat orang nanti bla,bla,bla… Yelah, selama ni aku kutip batu kat sungai congkak bawak balik tak jadi ape pun.. Ok sambung balik, tak payah kecam tau, sebab kitorang dah insaf (sambil wat muka kesian).

Semua gigih kutip batu kat situ, aku sendiri kutip 3 batu. 1 batu sebesar penumbuk, 1 batu leper dan satu batu kecik untuk di jadikan penyandar utk batu sebesar penumbuk tu berdiri atas batu leper tu. Disebab kan batu kecik tu tersangat lah kecik, aku pun letak batu tu dalam beg baju. Ada sebab kenapa aku cerita kat mana aku letak batu ni. Then kitorang pun balik ke KL esoknya sebab lusa dah kerja.

Masa masuk kerja, masing2 excited dok conteng nama & decorate batu2 tu nak di jadikan hiasan letak atas meja kerja. Aku terlupa nak ambil batu kecik dalam beg baju(kat rumah beg tu), so kat atas meja opis aku ada 2 bijik batu tu je. Malam tu aku balik kerja macam biasa kena ambik anak aku 2 orang (4 tahun & 2 tahun setengah) dari rumah mak.

Sampai je depan pintu rumah, anak aku yang kecik menjerit menangis tak nak masuk rumah. Dia cakap takut & nak balik rumah nenek. Aku confuse, sebab anak aku ni tersangat lah manja dengan aku & hb(sekarang ex). Tidur pun kena peluk, pegang tangan baru boleh tidur dan dia tak berapa rapat dengan nenek dia macam yang sulung. Tapi sebab dia menangis teruk tak nak masuk rumah, aku pun dengan rasa geram nya pergi hantar balik kat rumah mak aku. Fyi, anak aku tak pernah tidur dekat rumah mak aku.Tapi entahlah, aku tak terfikir apa2 yang angker masa tu.

Malam tu aku pulak yang terkena, tengah sedap2 tidur rasa ada suara menjerit kat telinga. Aku tak tau apa yang suara tu cakap, tapi aku terkejut dari tidur dengan berpeluh2 dan jantung sangat2 laju macam nak pecah dada. Kali pertama kena,dalam hati tertanya-tanya, aku kena heart attack ke? Sebab aku ni tak pernah kena gangguan, aku langsung tak rasa seram dan sambung tidur balik.

Malam tu 3kali aku di kejutkan dengan cara nak m******h oleh ‘beliau’. Jahat tau permainan dia nak bagi aku m**i gamaknya.Korang bayangkan lah tengah sedap tidur kena kejut cara macam tu, tak ke boleh kiok aku. Dah la masih muda & comel lagi masa tu baru 24tahun. Erm.. Jahat! Kali ke 3 aku terkejut tu terdengar bunyi anjing menyalak2 kat luar rumah.

Dekat area rumah aku ni, susah nak jumpa anjing, apalagi nak dengar anjing menyalak. Datang pulak perangai bodoh ni, aku boleh bangun pergi kat tingkap nak tengok anjing yg menyalak tu. Bile aku buka tingkap tiba2 rasa angin sejuk bertiup kat muka dan secara automatiknya terus rasa seram sejuk, aku terasa macam ada sesuatu yang tengah perhatikan aku dalam gelap.

Cepat2 aku tutup tingkap, laju2 pergi baring kat tilam dan tarik selimut tutup muka. Tengah aku mengigil ketakutan tu nasib baik datang ilham nak baca ayat kursi. Lepas baca banyak2 kali, aku pun tak sedar tertidur balik dalam ketakutan. Alhamdulillah tu je gangguan yang aku alami dan aku sikit pun tak terfikir punca nya dari batu2 yang kami ambil. Tapi…… natang tu start kacau kawan2 yang lain.

Cenul, Jurah, Ikan Masin & Enon ni duduk serumah masa tu. Dan Cenul ada letak seketul batu bentuk love kat rumah tu. Si Enon pulak bubuh batu batu dia dekat dalam sangkar tokek dia. Dorang start rasa panas dengan each other (kecuali Jurah sebab tak tau kenapa momok ni taknak kacau dia). Gaduh pasal benda bodoh je, tapi siap maki2 tak ingat. Hubungan diorang masa ni jadi renggang dan hampir tak bertegur sapa. Masa tu fikir maybe sebab si Enon ni putus cinta, emosi tak stabil ke. Sebenar nya Enon masa ni dah macam bukan diri dia sendiri.

—Aku dalam cerita ni Enon—
Lepas balik dari Pahang, malam tu aku tidur dalam keadaan mamai aku nampak ada 3 orang asli sekeluarga (bapak,mak dan anaknya) berdiri dekat hujung kaki aku. Dengan mata merah dorang jeling maut, macam aku ada buat salah b***h keluarga dia je. Aku pun kejut Cenul kat sebelah.
‘Nul, siapa tu kat hujung kaki aku?
‘Ko mimpi ni Non’ dia balas.
Aku pun gosok2 mata dan abaikan jelah dan sambung tidur balik.
Tapi bangun je dari tidur aku start rasa lost, perasaan aku macam orang gila. Benda ni continue rasa beberapa hari, perasaan nak marah, nak nangis dan nak gelak bercampur-campur. Aku suka termenung, bersendiri dan makan pun taknak rasa selera takde. Yang si Cenul & Ikan Masin ni pun macam pulau kan aku, maybe sebab aku selalu marah-marah dorang. Aku pun tak tau kenapa, kadang tengok dorang pun tak boleh.
Masa ni aku dah ambil EL beberapa hari untuk tenangkan hati kononnya dekat kampung. Kebetulan, ada 2pupu aku yang sakit sebab angkara natang ni jugak dan kakak aku yang ada kebolehan special nampak benda2 halus ni tegur aku.
‘Non, ko ada ambil apa2, contoh macam batu ke?.’
Aku cuak betul masa tu, macam mana dia boleh tahu ni. Pastu aku pun cerita kat dia pasal batu2 tu dan tokek tu. Kakak aku nasihatkan aku suruh pulangkan batu tu dan lepaskan tokek. Sedey wei nak lepas kan tokek tu, dah la aku beli natang tu pinjam duit mak aku. Tapi sebab aku pun da macam orang gila, aku ikut je nasihat dia untuk lepaskan tokek tu. Lepas beberapa hari aku pun balik KL dan cerita dekat kwn2 aku pasal tokek dan batu tu. Tapi haram, sume jenis kepala batu tak percaya. Lagipun jauh nak pergi ke Pahang semata-mata nak pulang kan batu. Sebab masa ni hubungan aku pun tak berapa baik dengan dorang, aku pendam je lah sendiri.
Dalam pada tu, aku selalu terbayang dan terdengar bisikan yang suruh aku b***h diri. Contoh kalau nampak tali, aku nampak bayangan diri aku ambil tali tu dan gantung diri. Kalau Nampak pisau pulak, aku dengar suara suruh k***r nadi sendiri. Paling teruk masa aku bawak motor, aku nampak diri aku excident masuk bawah lori. Masa ni aku betul2 takut dan berhenti tepi jalan sambil menggigil dan menangis.Sampai aku call kawan aku untuk ambil aku tepi jalan.
Sepanjang aku kena gangguan ni aku cuba nak mengucap tak boleh, aku cuba nak solat pun aku tak ingat macam mana apalagi nak mengaji. Satu malam ni aku sorang2 je kat rumah sebab si Cenul dan Ikan Masin pergi karaoke dengan 2 orang kawan. Aku hilang kawalan atas diri aku sampai aku ambil sangkar tokek yang kosong tu aku campak, aku mengamuk kat rumah.

‘Enon! Ko buat apa atas bumbung tu wei!!, turun cepat! Ko gila ke?’ Ikan Masin menjerit. Masa tu aku dekat atas bumbung sedia nak terjun dah (rumah teres double storey). Nasib baik dorang balik rumah masa tu.
Aku blurr, kenapa aku atas bumbung ni. Kawan2 aku berlari masuk rumah dan tarik aku masuk balik. Yang menyeram kan masa tu, 2 orang kawan yang pergi karaoke dengan Cenul & Ikan Masin masa aku nk terjun tu nampak ada lembaga hitam yang sangat besar depan rumah. Dorang berdua tak nampak aku langsung atas bumbung dan tak bagitahu dekat kitorang masa tu sebab takut.

Bila Ikan Masin marah aku, (aku dgn dia ada hubungan kekeluargaan) sebab aku buat perangai gila nak terjun, kitorang gaduh besar. Ikan masin sampai call mak dia untuk jemput dia bawak balik rumah. Bila Cenul dan Jurah tanya aku kenapa, aku tak boleh nak jawap. Tiba2 mulut aku jadi herot dan badan aku terus jadi lemah. Aku cuma mampu communicate dengan dorang dengan cara menaip dekat Henpon. Masa tu sedih sangat, aku blurr makin teruk. Bila orang cakap dengan aku,aku macam sedar tak sedar.Benda ni berlarutan few days jugak. Tapi aku still pergi kerja dengan tumpang kawan aku naik motor.

Time dekat opis, tiba2 aku dengar orang menjerit2 dekat floor, hampir 10 orang histeria masa tu. Dalam keadaan aku yang blurr ni, aku tak ambil kisah pun. Masa tu Ikan Masin dan Cenul pun dah menjerit dan menangis terkena histeria jugak. Management pun decide kumpul kan semua dekat basement dan panggil seorang ustaz untuk pulihkan keadaan. Aku pun kena tarik sekali even aku tak menjerit atau menangis sebab kawan2 aku perasan perangai aku lain macam. Rupanya yang sakit paling teruk sekali adalah aku masa tu. Semasa di rukyah secara bergiliran, ada yang menangis, ada yang ketawa mengilai dan ada yang sampai pengsan. Aku masa tu watlek watpis je, sampai lah dekat turn aku. Bila ustaz tu start bacaan, aku mula rasa panas semacam. Terasa kepala dan telinga aku kecik besar dah aku start rasa rimas. Aku kibas telinga aku banyak kali sebab rasa x selesa dan lepas tu aku terus tak sedarkan diri….

—Aku dalam cerita ni Ikan Masin—
Mak aku jemput aku balik rumah after gaduh besar dengan Enon, dekat rumah mak aku menangis meratap macam orang m**i laki dan siap meraung2. Apekeheyy, gaduh ngn Enon sampai camtu kan, kalah orang bercinta pulak. Mak aku dah start perasan perangai aku lain macam tapi sebab fikir kan aku dengan Enon rapat, dia pun biarkan je.
Dalam masa beberapa hari aku pergi kerja macam biasa dan aku pun takde rasa ape2 yang pelik kecuali hubungan aku dengan Enon yang tak berapa baik. Fyi, kalau dalam opis yang besar ekon memang centralised dan aku duduk betul2 bawah ekon. So, memang sejuk macam Alaska kat tempat aku tu. Aku pegang batu aku yg cantik siap ukir nama aku tu. Aku terasa panas.
‘Eh, Diha cuba kau pegang batu ni. Aku rasa panas la, macam tak logic kan tempat aku kan sejuk’, aku tanya member sebelah. Diha pun datang tempat aku dan pegang batu tu.
‘Yela Ikan Masin, memang panas. Pelik, kan ni batu sungai’ Diha pun sambung komen.
Aku pun sambung buat keje macam biasa, Cenul ni duduk sebelah aku je. Atas meja Cenul ada cermin. Aku pandang cermin tu, aku tengok si Cenul ni jeling aku semacam. Tetibe aku rasa seram sejuk , aku pun blah dari tempat aku pergi naik 3rd floor. Masa aku kat atas, aku dengar kecoh2 kata ramai kena histeria dekat 2nd floor. Rupa2 nya si Enon dan Cenul termasuk salah sorang yang terkena. Aku masa ni rasa biasa2 je sampai lah salah sorang budak opis aku dok bace surah rukyah. Aku mula rasa panas dan telinga aku macam berdesing,bingit sangat sampai aku menjerit.
‘Ko boleh diam tak!’ aku marah dekat budak yang baca tu. Lepas tu aku macam tak boleh nak control diri aku. Aku sedar tapi tak mampu nak buat apa.
—- Aku dalam cerita ni XL—
Time kerja tiba2 terdengar suara perempuan menjerit-jerit kat floor kitorang. Semua dengan kepochi nya berlari nak tengok apa punca kekecohan tersebut. Rupa-rupa nya ada budak kena histeria, Tapi dari seorang yang berjerit jadi berjangkit sampai hampir 10 orang. Keadaan kat opis masa tu dah macam dalam movie hantu. Aku tengok si Cenul dan Ikan Masin pun kena sekali. Part yang aku rasa kelakar tak boleh nak lupe masa abg opis ni tanya kat Cenul masa di rasuk.
‘Ko ni siapa hah?’ dia saja acah2 nak tunjuk hero sebelum ustaz sampai.
‘Nenek ko! Hahahaahaha!’ Cenul jawap sambil mengilai. Semua yang ada tergelak dalam seram. Pandai wat lawak natang ni!
Masa ustaz cuba nak pulihkan si Enon, dia mengamuk sampai 6 orang lelaki pegang pun tercampak. Masa ni baru lah terbukak cerita pasal batu & tokek tu. Natang tu marah sebab Enon terlangkah kubur keluarga dia masa dekat sungai tu dan kitorang bawak balik barang dia a.k.a batu tu lah. Ustaz tu communicate dengan Jin penunggu sungai dalam badan Enon dan dia cakap, dia nak balik tapi tak tahu jalan balik.

Ustaz tu mintak kitorang kutip semua batu yang ada dan pulangkan dekat sungai balik. Sambil tu boleh pulak ustaz buat lawak dia tak dapat balik sebab tak pandai baca signboard jalan. Sabor jelah. Manager kitorang arahkan budak lelaki kat opis untuk kutip batu2 atas meja kitorang dan kumpulkan dalam satu beg. Sampai dekat dalam lif, batu tu bergegar dalam beg dan budak2 lelaki ni pun lari tinggalkan batu tu dalam lif. Apa ingat orang lelaki ni berani sangat ke? (haha, gelak jap). Ok, pendekkan cerita, penat pulak menaip. Manager arah kan semua yang terlibat untuk balik ke rumah dan di beri cuti untuk pulangkan batu esok nya.
Otw balik naik van company ke rumah abang Ikan Masin , Cenul duduk depan dengan Jurah, aku, Ikan Masin dan sorang kawan(H) duduk row tengah. Aku tengok Ikan Masin acah2 terbaring lesu tersandar dekat si H. Aku memang duduk hujung2 seat sebab takut la kot si Ikan Masin ni cekik aku ke. Aku usha muka si Ikan ni, mata dia tertutup tapi gerak2 macam orang acah2 tidur.
‘ H, aku rasa Ikan ni acah2 tidur je la, ko tengok mata dia gerak2, mesti dia taknak ko baca2 lagi, kan panas’. Mulut cabul aku ni bersuara, what the fish! aku marah diri sendiri.
Lepas je aku cakap camtu, Ikan Masin bukak mata sambil senyum sinis dan jahat macam nenek sihir. Reaction muka dia tu sampai sekarang tak boleh nak lupa, seolah-olah dia cakap ‘YOU NEXT!!’ ohoiii.. aku rasa macam nak terjun van masa tu. Seremm…Nasib baik dia cuma senyum2 je sambil pandang muka aku dalam van, perjalanan setengah jam tu aku rasa macam 3hari 2 malam. Gila kot,dah natang tu usha aku sambil sengih2. Terseksa mental aku! Saiko betul.

Sampai je rumah abang Ikan, pandai pulak si Ikan ni berlakon ambil wudhu padahal dia datang bulan. Masa tu dia cakap ‘ aku oklah, mana ada pape’. Tapi kitorang memang rasa dia tak ok, abang dia pun panggil ustaz lain untuk tengok. Ikan masin masa ni maracau dan merangkak satu rumah sambil mengilai2. Sambil tu dia gelak dan tunjuk jari dia dekat aku. Takut sangat ei.. dah la pegang dia meronta sampai sakit2 tangan aku. Kadang-kadang, kesian pulak aku dengar Ikan mintak tolong kat aku.
‘XL, tolong aku, ni aku Ikan. Ko tolong aku, aku ni.. Aku sakit, tolong aku XL..’, Ikan merayu-rayu. Sorry Ikan, aku tak tahu masa ni ko sendiri yang mintak tolong sebab aku takut sangat. Lepas natang tu keluar dari badan Ikan, ustaz tu mintak semua batu yang ada di kumpul dalam baldi. Masa mulut ustaz tu terkumat kamit (baca surah apa tak tahu) dia siram batu tu dengan air paip. Yang buat aku musykil, air tu menggelegak macam air panas dan batu pun bergegar. Macam dalam movie pulak, tapi ni realiti wei.
Tiba2 ustaz tu cakap ‘Ada yang kurang ni, ada lagi satu batu kecil, mana ye?’
Baru aku tersedar yang batu kecil tu aku letak dekat rumah, dalam beg baju. Patut lah anak aku taknak balik rumah, rupanya ada natang yang duduk kat rumah. Esoknya kitorang pun shoot pergi sungai lembing balik dan pulang kan semua batu yang kitorang ambil. Sebab nak cepat sangat pulang kan batu hanat tu semua, dalam 2 jam je kitorang dah sampai dekat Kuantan. Kalah Toretto, mesti dia nangis lau tahu kat Malaysia ni ada rider lagi terrer dari dia. Ok sambung, serius balik.
‘Kepada pemilik batu, kami datang pulang kan balik barang kamu. Kami mintak maaf dan harap urusan kita selesai sampai sini je’, aku cakap perlahan sambil letak batu–batu tu.

Banyak pengajaran yang aku dapat lepas kejadian ni berlaku. Semua rasa menyesal atas perbuatan bodoh kitorang tapi paling bengang pasal natang tu ialah kenapa dia taknak kacau JURAH sorang! Agaknya die geng dengan Natang tu kot.. Lepas kejadian tu, memang Natang tu stop kacau kami bertiga tapi dia still taknak lepaskan Enon. Kesian kan? Nak tulis pasal dia berubat mau lagi 3 hari 2 malam, so aku stop sampai sini je. Oklah, bye. Rasa lapar pulak lepas mengarang panjang2 ikot hati nak lukis tapi tak pandai.
Yang Benar Lagi Betul,
-XL-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

18 thoughts on “Tokek dan Angker Sungai Lembing”

  1. Part yang aku rasa kelakar tak boleh nak lupe masa abg opis ni tanya kat Cenul masa di rasuk.‘Ko ni siapa hah?’ dia saja acah2 nak tunjuk hero sebelum ustaz sampai.‘Nenek ko! Hahahaahaha!’ Cenul jawap sambil mengilai. Semua yang ada tergelak dalam seram. Pandai wat lawak natang ni!Masa ustaz cuba nak pulihkan si Enon, dia mengamuk sampai 6 oranglelaki pegang pun tercampak. Masa ni baru lah terbukak cerita pasal batu& tokek tu. Natang tu marah sebab Enon terlangkah kubur keluarga dia masa dekat sungai tu dan kitorang bawak balik barang dia a.k.a batu tu lah. Ustaz tu communicate dengan Jin penunggu sungai dalam badan Enon dan dia cakap, dia nak balik tapitak tahu jalan balik.Ustaz tu mintak kitorang kutip semuabatu yang ada dan pulangkan dekat sungai balik. Sambil tu boleh pulak ustaz buat lawak dia tak dapat balik sebab tak pandai baca signboard jalan.

    yg ni klako.. serious aku bc, smp ank aku tnya.. “mamy knp ketawa”.. hahaha…

    Reply
  2. hahahaha.. sape ko.. mesti setan tu mcm dalam hati poyonye.. tu dia jawab nenek ko.. kalau aku pon tersembut gelak kat situ.. aku tengah tdokan anak ni mengekek ketawa.. terangkat2 anak aku tdo..

    Reply
  3. HAHAHAHAHAHAHAHA Berdekak aku baca part yang dia kata abang opis acah jadi hero tu sbelum ustaz sampai tu… wkakakaka nenek ko dia jawab ek HAHAHAHAHAHA!!!!! Memang weh benda ni pun pandai buat lawak. Aku pun dah selalu terkena

    Reply
  4. pasal batu je pon, huru-hara hidup…menark cerita
    mak sy pun dulu suka kutip batu2 sungai bawak balik, alhamdulillah xde ape2 pun yg brlaku

    Reply
  5. Arwah kwn mak aku pon pnh amk tp mak aku ckp xpasti amk ape sbb mse tu arwah tgh berendam..last2 lps blk Dr kursus arwah sakit trs menngl

    Reply
  6. nama watak pun mcm hape je..tak bole ke letak nama yang elok2 ?? letak lahh nama cth (mira,ika,siti) mcm tu..nie idak..nama mcm hape je..ikan lahh..XL la..H ..la..buat la elok2…pening nak membacanya…

    Reply
  7. takde perenggan, kiuk jgk mata nk baca tp sb best dan lucu dalam seram, maka tamatlah jua.

    sian plk member tu sorg lagi tak pulih sepenuhnya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.