Trauma

Aku sangat mengharapkan Admin boleh memaparkan crita ini kepada pembaca. Untuk dijadikan kesedaran agar tidak celupar dan selalu percaya kepada keprcayaan masing-masing.

Nama aku Carlisle (bukan nama sebenar). Kisah yang ingin ku kongsikan adalah kisah benar yang berlaku kepada diri ku sendiri dan telah lama ingin ku kongsikan. Terlebih dahulu ingin ku perkenalkan diri, orang Sarawak dan non muslim. Kejadian ini berlaku 7 tahun lalu, ketika berusia 18tahun dan berlaku semasa menjalani PLKN selama 3bulan di sebuah kem di Sematan. Rasanya semua boleh agak nama kem ini. Okay. Kita mulakan.

Aku diletakkan di dalam Kompeni Delta. Dorm untuk perempuan dibahagikan mengikut kompeni, iaitu D1 dan D2 untuk Kompeni Alpha, D3 dan D4 untuk Kompeni Bravo, D5 dan D6 untuk Charlie dan D7 dan D9 untuk Delta. Perasan tak D8 tidak disenaraikan? Dorm tersebut dibiarkan kosong yang tidak diketahui sebabnya. Tapi menurut rakan-rakan, dorm tersebut dibiarkan kosong kerana berlaku ya kemalangan yang telah menyebabkan kematian. Tidak tahula sahih ke tidak. Pada minggu pertama tidak apa-apa yang terjadi. Ketua dorm kami pada hujung minggu itu mengumpulkan kami kerana ingin memberikan taklimat mengenai adat dan mengingatkan kami utk tidak celupar sepanjang di sana. Kerana menrutnya, tempat ini agak keras. Selepas selesai taklimat, aku berborak2 dengan rakan-rakan ku yang lain mengatakan sepanjang hidup aku blum pernah melihat benda mistik dan berharap tidak akan pernah melihat. Nahh, sudah celupar disana.

Pada minggu kedua, yang aku lupa hari yang keberapa, kami menjalani latihan seperti biasa. Dan tamat pada jam 10-11 malam dan balik tidur sperti biasa selepas membersihkan diri. Malam itu merupakan detik hitam dan meninggalkan kesan sehingga ke hari ini. Kesannya akan ku ceritakan di penghujung cerita. Malam itu, aku tidur seperti biasa dan terjaga agak-agak 3.40pagi disebabkan kejadian ku anggarkan berlaku selama 15minit kerana tidak lama lepas tu ketua dorm memasang lampu setiap jam 4 pagi utk PT pagi. Aku terbangun kerana rasa panas walaupun kipas dipasang pada kelajuan yang penuh. Oh lupa nak cakap katil aku ni betul2 bdepan dengan pintu bilik dorm. Aku terbangun dari tidur dan aku pun bangun duduk di atas katil dengan memerhatikan keadaan sekeliling. Dorm dalam keadaan gelap tetapi lampu dari luar dorm masih terpasang dan kdaan dalam bilik dorm msih boleh terlihat. Aku melihat rakan-rakan msih lena tidur. Akhirnya, aku baring semula sambil mata masih melilau memerhatikan kdaan sekeliling.

Mataku tiba2 terpaku memerhatikan sesosok tubuh yang berdiri di hadapan almari rakan ku dalam posisi memerhatikan rakan ku (namanya Mol) yang lena diulit mimpi. Katil Mol adalah katil No.3 slepas pintu dorm, jadi posisi ku adalah berhadapan dengan Katil Mol walaupun bukan betul2 berdepan. Harap pembaca faham akan maksud ku. Ntah mengapa mata ku tidak berkedip langsung memerhatikan tubuh itu. Disebabkan baru bngun tidur, otakku lambat berfungsi menghadam apakah makhluk yang ku lihat. Masih ku perhatikan tanpa mengesyaki apa2. Selepas beberapa saat, aku baru merasakan bnda itu bukan manusia dan juga bukan tuala. Berambut panjang paras pinggang, pakaian berwarna putih, mukanya tidak kelihatan kerana membelakangkanku. Ianya bergerak2 memerhatikan Mol seolah2 sedikit membongkok dan skejap tegak. Tiba2 hati ku berdegup kencang dan lantas hatiku berbicara di dalam hati itu bukan manusia. Aku terus menarik selimut ku menutup muka ku namun tidak ku tutupkan mataku. Mataku seolah2 tidak mahu melepaskan nya. Masih ku perhatikan walaupun jantung ku seperti sudah berlumba-lumba. Aku berpeluh.

Dalam ketakutan, aku berdoa dalam hati. Aku orang kristian . Jadi dalam banyak-banyak doa, aku membacakan doa Bapa kami dalam hati dengan mata masih memandg makhluk itu. Guess what? Mahkluk tersebut bergetar (shaking). Makhluk itu seperti terkesan dengan bacaan doaku dalam hati. Ini adalah benar dan bukan rekaan semata-mata.! Badannya bergetar tanpa henti dan dapat ku rasakan dia dapat merasakan aku yang tgenah berdoa kerana aku melihat dia memusingkan sedikit kepalanya kearah ku. Nasib tak bagi aku lihat mukanya, kalau tak pengsan dah. Dalam keadaan bdannya yang bergetar, dia mula merangkak. Aku sudah takut, takut sekiranya dia merangkak ke arah ku. Perlahan lahan ku lihat dia merangkak secara membelakang. Jantung semakin rancak bergendang. Namun kulega setelah ku lihat badannya mula tidak kelihatan. Ntah keberanian apa yang ku dapat aku duduk dan mataku mencari tubuh itu. Aku lega namun hatiku masih berdetak kencang takut dia muncul kembali.

Aku menutup badan ku smula dengan selimut dan berbaring dan tidak dapat melelapkan mata kerana masih berjaga-jaga sekiranya tubuh itu muncul kembali. Dalam 5minit, kulihat satu tubuh bangun dari katil dan berjalan membuka lampu,tidak ku tegur tubuh itu kerana tkut sekiranya bukan mnsia. Namun ku cukup lega, kerana tubuh itu adalah Ketua dorm.

Rambutnya juga panjang paras pinggng. Ku terus bangun dari pembaringan dan bertnya ada kah dia ada bangun dan berdiri di seblah katil Mol? Dia pelik melihatku . Dan dia mengatakan tidak dengan muka yang pelik. Nahh aku sudah tahu itu bukan mnusia. Beberapa hari kemdian dia menyatakan dia tahu apa yang kulihat kerana ada rakanku dalam dorm turut mlihat benda yang sama pada malam yang berbeza tapi berjalan dari pintu dorm dan menembusi dinding.

Sejak malam itu, aku akan takut bila malam tiba dan selalu ku meminta rakan sbelah katil ku utk memeluk ku semasa tidur kerana merasakan lebih selamat. Maaf Kama! Hehe. Sampai kau pun tak cukup tidur melayan aku yang penakut. Aku juga pnah semalam tidur di blik jurulatih kerana tidak dapat tidur dalam gelap. Aku tidur dengan lampu sehingga pagi d blik jurulatih.

Kesannya? Aku tidak boleh tidur tanpa lampu sehingga sekarang. Kerana aku percaya dalam gelap ia akan datang. Aku juga percaya setiap agama ada kepercayaannya sndri. Tidak kira islam, kristian, buddha dan hindu. Yang penting hati percaya dan kekuatan adalah dari hati yang percaya. Maaf kalau cerita ini tidak berapa menyeramkan. Tapi memberi kesan yang sangat mendalam kepada ku. Menjadi sangat penakut dalam gelap.

7 thoughts on “Trauma”

  1. kem sematan??nsib x knak kt cya…dlok msa plkn kt kem juara serian…blkng dorm ad kubo lmak…huhuhu…kmplan delta juak..lelaki

    Reply
  2. saya pernah rasa apa yg anda rasa,sebab saya plkn dr kem yg sama dan saya juga pernah mengalami kejadian mistik tapi di dorm D6. Kalau nak diingatkan balik,memang saya tak de jawapan nya sebab sampai sekarang saya dan kwn plkn yg mengalami masih tertanya2.

    Reply
  3. Samalah aku dolok pun Delta then malam2 kenak kacau bodo punya hantu dah lah cakar kaki aku sampe berpeloh2 sik dpt tido BILIK REHAT PALING SERAM

    Reply

Leave a Comment