Benda ni terjadi ketika kami baru membeli rumah baru bersama dengan suami. Ketika itu, anak aku Maisara berumur setahun. Masih belum boleh berjalan, cuma merangkak.
Sewaktu kami baru masuk ke rumah baru tu, kami buat sedikit kenduri doa selamat dan bacaan Yassin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Rumah yang kududuki ini adalah rumah teres 2 tingkat.
Seminggu selepas itu pula, Mak aku dari kampung dan adik beradik lain datang ke rumah nak menziarah kami yang baru berpindah. Ramai yang datang waktu itu.
Aku pun pergi ke dapur untuk membuat sedikit minuman untuk mereka. Dapur jauh ke belakang sedikit.
Aku membancuh air sirap di dapur.
Tengah leka aku membancuh air untuk membuat minuman, tibna-tiba kakiku dipegang dari bawah. Ingatkan siapa yang pegang, rupanya anak aku Maisara datang mendakap kakiku. Selalunya kalau macam tu, dia nak minta didodoikan untuk tidur.
“alolo, mari sayang, mengantuk ya?” Kataku kepada Maisara.
Aku pun mendukung Maisara dan bawak masuk ke dalam bilik. Agak lama juga aku berusaha untuk tidurkan dia, selepas 5 minit, Maisara pun terlelap. Dah terlelap, kebiasaan aku, aku akan mengucup dahi Maisara bila dia sudah tidur. Aku pun mengucup Maisara dan terus keluar dari bilik.
Aku kembali ke dapur untuk siapkan air sirap tadi. Bila aku angkat air untuk di bawa kedapur, dulang berisi air tadi tertumpah kerana rasa terkejut yang aku alami.
Apa yang membuatkan aku terkejut adalah, Maisara tengah elok duduk di riba Mak aku bermain-main. Tak sampai seminit pun aku tinggalkan Maisara.
Bunyi dulang berjatuhan serta gelas pecah mengejutkan seluruh keluarga yang berada di rumah.
Dan pada masa yang sama juga tiba-tiba aku rasa duniaku gelap dan dapat aku rasakan yang aku jatuh tersungkur pengsan.
….
Apabila aku terjaga, aku lihat aku dikelilingi oleh ahli keluargaku dan beberapa orang lelaki berkopiah yang tidak aku kenal. Aku kira mereka mungkin adalah orang yang mengubat aku.
Salah seorang memberikan air kepada suamiku menyuruh aku meninum air tersebut. Untuk pulihkan semangat aku yang hilang.
Alhamdulillah, aku beransur-ansur pulih dan sedar.
Para lelaki berkopiah tadi pun meminta diri untuk balik.
Menurut kakak ku, selepas aku rebah tadi tiba-tiba aku bangun kembali tapi dengan rupa yang amat menakutkan. Aku berteriak menyuruh semua orang keluar dari rumah.
Suamiku cuba mengawal aku tetapi tidak berjaya, ini kerana kekuatanku waktu itu seperti kekuatan 5 orang lelaki. Suamiku pun meminta tolong 2 orang adik lelaki ku untuk mengawal aku. Ini kerana aku bertindak agresif dengan memukul mukul lantai dan ingin berlari ke luar.
Aku juga waktu itu tiba-tiba melihat Maisara yang berada di pangkuan ibu, aku berkata..
“Maisara itu milik aku. jangan kamu ambil!!!!”
Aku pula cuba mengambil Maisara dari Ibuku. Risaukan keselamatan Maisara, suami dan adik-adikkh berusaha mengawal aku supaya tidak dekat kepadanya.
“Kau siapa??Kenapa halang aku?” Kata ku kepada suamiku.
“Tuan punya badan ni dah ambil anak aku tadi, kini sebagai ganti, biar aku pula ambil anaknya..” Kataku menurut apa yang diceritakan oleh Kakakku.
Aku pun memotong cerita kakakku,
“Along nak tahu tak, masa aku tengah buat air tadi, Maisara datang, aku pun ambillah dia dan tidurkan dibilik. Bila datang balik ke dapur dan angkat air, tiba-tiba Maisara dah ada kat pangkuan Mak. Tu yang aku terkejut sampai pengsan tadi..”
Nasiblah ada ustaz yang datang mengubat tadi dapat mengawal aku yang sedang meracau.
Adakah makhluk tu ingin tukarkan anakknya dengan aku ? Atau bagaimana kah?
Selepas kejadian itu, aku selalu terlihat kelibat Maisara walaupun waktu itu aku sedang mendukungnya. Tapi aku dah lali dengan keadaan itu dan aku tidak pedulikan apa yang terjadi.
Sekian, ini sahaja kisah ringkas dari aku. Sekian..
JALAN CERITA YANG MUDAH DIFAHAMI , TERBAIK 👍🏻