Petang tu kau minta pada bos supaya dia benarkan kau balik awal. Alasannya, dah janji dengan anak-anak nak bawa mereka ke SPCA Ampang. Nak ambil kucing dari pusat perlindungan haiwan tu. Anak-anak nak sangat bela kucing. Nasib baik bos kau seorang yang utamakan keluarga juga, jadi dia faham dan sokong tindakan kau.
“Bagus juga tu. Kadang-kadang kucing ni penyeri rumah juga. Pergilah. Kirim salam pada isteri dan anak-anak ya.”
“Okay bos. Terima kasih”
Jam lima petang, kau sampai depan sekolah anak-anak. Mereka pun masuk dalam kereta. Kecoh di dalam kereta mereka bercerita tentang apa yang mereka belajar harini. Berebut-rebut. Anna cerita tentang cikgu Kamsiah yang dah mula masuk bab darab dan bahagi harini. Si Firdaus pula bercerita tentang teknik menyepak bola dengan betul yang cikgu Khuzairi tunjukkan masa kelas pendidikan jasmani tadi. Kau tersenyum sahaja mendengar cerita mereka.
Jam enam petang kau sampai depan pejabat Ika, isteri kau. Nampak sahaja kereta kau, Ika tersenyum lalu masuk ke dalam kereta.
“Bestnya kalau hari-hari abang ambil hantar Ika balik kerja. Boleh tak kalau hari-hari macam ni bang?”
“Boleh. Abang kena berhenti kerjalah. Jadi driver Ika. Tak ada hal.” Kau berseloroh.
Jam enam setengah petang, kau sampai di hadapan pintu pagar SPCA Ampang. Mr. Maran dah tunggu depan pejabatnya yang pintunya macam dah berkunci. Temujanji kau dengan Mr. Maran jam enam petang sebenarnya.
“Sorry Mr. Maran saya lambat. Office dah tutup ke?”
“Sudah tutup. Tapi tak apa. Paperwork saya dah buat. Bos ambil saja itu kucing. Saya sudah asing sana.” Kata Mr. Maran sambil tangannya dihalakan ke arah sebuah sangkar kecil yang diletakkan di sebelah bangunan yang nampak macam setor.
Selesai ambil sangkar dengan seekor kucing berwarna kelabu di dalamnya, kau pun masuk ke dalam kereta.
“Wah, comelnya ayah! Apa nama dia?” Tanya Anna.
“Eh. Kucing korang. Korang bagilah nama.” Kata Ika.
Jam tujuh setengah malam, kau buka pagar dan letakkan kereta di bawah porch. Firdaus bawa sangkar Getih ke dalam rumah. Getih menggeliat dengan ekornya sedikit terangkat. Nampak selesa.
“Keluarkanlah Getih dari sangkar tu Daus. Kesian dia sempit.” Ujar Ika.
Anna kelihatan penat sangat tetapi masih tetap asyik bermain dengan Getih yang dari tadi asyik mencakar manja kaki sofa kesayangan Ika.
Kau tersenyum. Rasa bahagia. Mungkin dengan adanya Getih dalam rumah ni, tak adalah kau rasa sunyi bila balik seorang-seorang. Bukannya apa. Semenjak dua menjak ni jantung kau asyik berdebar-debar bila berada di rumah. Macam ada sesuatu benda penting yang kau lupa. Tapi kau tak ingat apa.
“Mungkin aku kena jumpa doktor. Buat check-up. Asyik berdebar jer dada ni.” Fikir kau sendirian masa tengah baring atas katil bilik tidur.
Fikiran kau melayang.
Kau tak perasan pun bila Ika duduk sebelah kau. Muka Ika lain macam. Pucat. Bila kau tanya kenapa, dia kata tak ada apa-apa. Ika tercungap-cungap.
Kau rasa macam kau baru jer lepas bertengkar tentang sesuatu dengan Ika. Tapi kau tak ingat apa yang kau dan Ika kelahikan.
“Kita borak apa tadi Ika?”
“Entahlah bang. Ika pun tak ingat. Eh, Ika nak caj telefon tadi. Lupa. Bateri dah kosong betul.”
“Eh tu kan telefon Ika tengah caj tu”. Jawab kau sambil menuding ke arah meja solek.
Ika bangun perlahan-lahan pergi ambil telefon dia. Muka Ika berkerut.
“Eh, bang. Dah 54%? Bila masa Ika caj ni?”
“Ika lupa kot”. Kata aku sambil menoleh jam di dinding.
“Eh, Ika. Dah pukul 10 malam? Ish. Abang rasa baru jer beberapa minit abang baring tadi. Pukul lapan tadi.”
“Abang ni. Ika masuk bilik tadi dah pukul sembilan lebih. Abang tengah baring.”
“Sembilan lebih? Ika, abang masuk baring tadi pukul lapan malam. Ika duduk sebelah abang baru seminit dua rasanya.”
“Apa abang mengarut ni? Ika penatlah. Tekak rasa perit. Macam baru lepas menjerit pula rasanya.”
“Kurang air kot. Nanti abang ambilkan air. Ika baringlah.”
Kau buka pintu bilik dan kau terlihat Firdaus dan Anna berdiri rapat-rapat di sudut ruang TV. Berpegangan tangan. Muka kedua-duanya pucat. Seakan-akan takut.
“Daus. Anna. Kenapa ni?”
“Mak dan ayah bergaduh ke? Kenapa mak dan ayah jerit-jerit?” Tanya Firdaus takut-takut.
Hati kau rasa tak sedap. Bila masa pula kau dan Ika bergaduh menjerit-jerit?
“Mak dan ayah jerit apa?” Tanya kau dalam nada buat-buat tenang.
“Mak asyik jerit; “Kita mana ada anak nombor tiga!” Ayah pula asyik jerit; “Astaghfirullah, astaghfirullah.” Jawab Anna.
Mana ada anak nombor tiga? Apa yang budak-budak ni cakapkan? Memang anak kau tiga orang.
“Mana adik?” Tanya kau.
“Adik? Dekat mana lagi ayah. Dalam bilik tu lah. Dia asyik ajak Daus dan Anna masuk. Tapi taknaklah. Gelap.” Jawab Firdaus sambil jarinya menuding ke arah pintu di hujung sudut rumah kau.
Pintu yang kau tak pernah perasan kewujudannya dalam rumah kau sendiri.
Tiba-tiba bulu roma kau meremang! Sebaik sahaja kau melihat pintu tu, ingatan kau tentang pergaduhan kau dengan Ika di dalam bilik tadi datang semula. Berdesup-desup ingatan kau masuk ke kepala macam angin kuat yang masuk melalui celahan tingkap yang kecil.
Kau ingat semuanya! Kau ingat yang Ika tiba-tiba datang duduk di sebelah kau dan bertanyakan soalan yang kau rasa dah banyak kali kau dengar, tetapi lupa; “Bang, anak kita berapa orang?” Kemudian kau dan Ika bertengkar macam orang gila. Kemudian kau teringat yang Ika ada sebut tentang pintu tu!
“Daus. Anna. Pergi panggil mak!” Jerit kau pada anak-anak kau tanpa mengalihkan pandangan kau dari arah pintu tu. Kau tahu satu benda. Kau tak boleh alihkan pandangan kau dari pintu tu. Atau kau akan lupa tentangnya.
Semua memori tentang berkali-kali kau nampak pintu tu dan bagaimana berkali-kali kau cuba membukanya, datang semula ke dalam kepala kau. Terlalu banyak sampai kepala kau rasa pening dengan memori-memori baru yang sebenarnya tersimpan lama di dalam sudut otak kau yang terlindung oleh sesuatu.
Ika berjalan laju-laju datang ke arah kau sambil Firdaus dan Anna mengekori Ika.
“Kenapa ni bang!?”
Kau tak mampu berkata apa-apa. Perlahan-lahan kau angkat tangan kau dengan jari menuding ke arah pintu tu.
“Ika. Ika pun nampak kan pintu tu?” Tanya kau perlahan tanpa memaling ke arah Ika.
Ika berpaling ke arah pintu tu. Dia terdiam. Matanya kosong memandang pintu ketujuh tu.
“Ika, apa ada dalam tu? Jangan alih pandangan! Pandang pintu tu! Ika pernah buka kan? Ada apa dalam tu?”
Ika terjelepok jatuh.
Firdaus dan Anna senyap tanpa sepatah kata.
“Apa dalam tu Ika!? Apa dalam tu!?”
Ika meraung seakan-akan sudah gila, tetapi matanya masih tetap memandang pintu tu. Sejenak kemudian, Ika berkata sesuatu tetapi suaranya terlalu perlahan.
“Apa Ika?”
“Ada anak nombor tiga! Dalam tu ada Adik! Anak kita nombor tiga!”
“Adik? Daus, Anna, siapa nama adik?” Tanya kau kepada Firdaus dan Anna. Mata kau masih tajam memandang pintu tu.
“Adiklah! Adik mana ada nama!” Jerit Anna lagi.
Kau rasa macam kau dah faham sesuatu.
“Macam mana rupa adik?” Tanya kau lagi kepada Anna. Ika sedang teresak-esak di sebelah kaki kau sambil matanya juga memandang pintu tu.
“Macam rupa adiklah! Adik merajuk. Dia tak suka Getih ada dalam rumah ni. Tapi Anna suka!”
Getih? Kucing tu!
“Daus, mana Getih?” Tanya kau kepada Firdaus.
“Dalam bilik adik. Daus nampak adik bawa masuk bilik dia tadi.” Jawab Firdaus.
Ika yang tengah teresak-esak tadi tiba-tiba terdiam.
Tombol pintu tu tiba-tiba dipulas dari dalam. Berkeriut perlahan bunyi pintu tu terbuka. Kepala kau seakan-akan berpusing-pusing di tempatnya, namun mata kau masih tetap pada pintu tu. Lutut kau terasa lemah seakan-akan kepala lutut kau diperbuat daripada agar-agar.
Pintu tu dibuka dari dalam hanya selebar lima atau enam inci. Kau masih tak dapat lihat apa atau siapa yang ada dalam bilik tu. Samada pintu tu dibuka terlalu kecil atau mungkin bilik tu terlalu gelap. Kau tak pasti.
Dari celahan bukaan pintu tu perlahan-lahan keluar sebelah tangan seakan-akan tangan seorang kanak-kanak yang berwarna biru kehitam-hitaman. Tangan itu menjinjing sebentuk bangkai berbulu berwarna kelabu dengan darah segar masih menitik-nitik dari lehernya yang terkulai.
BAM!
Pintu tu berdentum tertutup semula. Bangkai Getih masih tergeletak di hadapan pintu tu.
Tanpa sempat kau menarik tangannya, Firdaus berjalan ke arah pintu tu untuk mengangkat bangkai Getih. Sambil memegang bangkai kucing itu, Firdaus berjalan perlahan ke arah ruang TV sambil teresak-esak sedih. Kau pun mengalihkan pandangan kau dari pintu tu lalu menoleh ke arah Firdaus. Ika dan Anna pun sama.
Pandangan mata kau menjadi gelap sebaik sahaja kau alihkan pandangan kau dari pintu tu. Sesaat kemudian penglihatan kau kembali seperti biasa.
“Eh, astaghfirullah Daus! Kenapa dengan Getih tu? Tadi okay jer! Daus jumpa dia dekat mana?” Tanya kau.
Ika tergamam melihat bangkai Getih.
Fikiran kau seakan-akan kosong. Seakan-akan kau terlupa banyak perkara sekaligus. Sekarang tumpuan kau hanya pada bangkai kucing itu.
Malam tu juga kau korek tanah belakang rumah untuk menanam bangkai Getih. Ika dan anak-anak memandang kau dari muka pintu dapur. Firdaus dan Anna masih teresak-esak. Sambil mengkambus semula tanah yang kau korek tadi, di dalam kepala kau masih tertanya-tanya; macam mana kucing ni boleh mati tiba-tiba?
Kau tak ingat apa-apa. Yang kau ingat, bangkai tu dah berada dalam tangan Firdaus. Di ruang TV.
Selesai menanam bangkai Getih, kau pun masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba terlintas dalam benak kau; Getih? Nama apa tu? Tak sesuai pun nama tu untuk kucing. Tapi macam pernah dengar perkataan tu. Masa di kampung dulu, masa kau duduk dengan atuk dan nenek rasanya pernah kau dengar mereka sebut perkataan tu.
Tiba-tiba kau teringat!
Kau pun tanya pada Ika; “Ika, siapa letak nama Getih tu?”
“Budak-budak ni lah bang. Kenapa?”
“Ika tahu tak apa maksud getih tu?”
“Tak. Apa?”
“Getih tu maksudnya darah! Bahasa jawa! Atuk nenek abang kan orang jawa. Abang pernah dengar diorang sebut dulu masa abang duduk dengan diorang.”
“Ish abang ni. Takkan lah budak-budak tu nak letak nama pelik macam tu pada kucing.”
“Ika, mana anak-anak?”
“Eh, entah. Tadi diorang duk teresak-esak sebelah Ika, lepas tu Anna kata adik panggil nak main dalam bilik…”
“Bilik? Bilik mana?”
Sekali lagi kau tersedar yang minda kau dan Ika dah dipermainkan. Kau dan Ika saling berpandangan. Dari ekor mata kau terlihat susuk tubuh lelaki pendek berwarna hitam berdiri di sisi pintu dapur.
“Allahuakhbar! Siapa kau!?” Jerkah kau kepada aku.
“Dia! Dialah yang Ika nampak dengan Adik dalam bilik tu!” Jerit Ika seakan-akan histeria
Walaupun dari jarak beberapa kaki dari kau, suara aku terdengar seperti betul-betul di sebelah telinga kau.
“Aku dah dapat anak-anak kau. Selama tiga tahun aku cuba tarik anak-anak kau masuk bilik aku. Tapi Firdaus dan Anna tak pernah mahu. Cuma si anak ketiga sahaja yang aku dapat masa mula-mula kau pindah ke sini. Masa anak ketiga kau masih berusia lima hari. Masih belum ada nama. Sekarang umurnya dah tiga tahun. Masih ada denganku. Malam ni, disebabkan kesedihan yang melampau, aku dapat umpan mereka berdua pula masuk ke dalam bilik aku. Kau teruskanlah dengan kehidupan kau. Anggaplah sahaja kau masih ada tiga orang anak yang hidup seperti biasa dengan kau. Lupakan aku. Lupakan pintu tu. Dah tak ada apa lagi yang aku mahu dari kau dan isteri kau. Semoga bahagia.”
Tiba-tiba mata kau jadi gelap. Sesaat kemudian, kau terpandang Ika semula. Mukanya tenang.
“Abang, Ika laparlah. Jom kita bawa budak-budak pergi makan.”
“Boleh juga. Daus! Anna! Jom pergi makan.”
“Yay! Pergi makan luar!” sorak Anna.
“Kita nak pergi makan kat mana ayah?” Tanya Firdaus.
“Meh adik. Mak dukung adik.” Kata Ika sambil mengangkat si adik.
Mereka pun berjalan keluar melintasi pintu ketujuh rumah tu. Keluarga rumah itu hidup bahagia buat selama-lamanya. Semuanya baik-baik sahaja.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
?????
????????????? bercelaru minda baca cerita ni
This is seriously insane
Haaaa?
apa yg jadi ni…
tak paham cerita yang kedua ni.Tiba-tiba mata kau jadi gelap. Sesaat kemudian, kau terpandang Ika semula. Mukanya tenang.
“Abang, Ika laparlah. Jom kita bawa budak-budak pergi makan.”
“Boleh juga. Daus! Anna! Jom pergi makan.”
“Yay! Pergi makan luar!” sorak Anna.
“Kita nak pergi makan kat mana ayah?” Tanya Firdaus.
“Meh adik. Mak dukung adik.” Kata Ika sambil mengangkat si adik.
Mereka pun berjalan keluar melintasi pintu ketujuh rumah tu. Keluarga rumah itu hidup bahagia buat selama-lamanya. Semuanya baik-baik sahaja…
rasanya dia n wife dia dah dipermainkan lagi sekali, utk lupa bahawa anna n firdaus sudah hilang/mati, sama macam yang first si adik mati kot.
Jd anna dgn daus dan adk yg g mkn dgn dorg tu cume halusinasi jla?
sy suka ceta ni … sama mcm ceta ilusi dn misteri yg sy tonton d tv
tp sy cuba memaham … gantinama ‘aku’ yg penulis guna …
..’aku’ , sama ada penulis ajak kita mnjd watak dlm ceta ni.Atau sebenar dia error spelling yg sepatutnya ‘aku’ bkn ‘kau’
Tahniah penulis ! sy dlm ilusi , bila sedar semua jd misteri??
aku setuju. hahaha
‘aku’ tu lelaki yg itam pendek tu..yg amik kesemua ank² dorg..
shit! nak muntah baca cerita ni..
terbaik..pening otak aku menghadam cerita ni
Maaf aku kondem cerita first kau sebab tak habis.
kali ini aku nak cakap.. Salute!!
u spin my head right round right rounddd…..
giloss.. bleh buat movie ni..
Macam novel Fixi plk. Bagus penceritaannya penuh misteri.
best wak.. saya suke bile awak bawak saya bepikir bersusah payah…
cerita dalam buku?
maaf tak boleh fahami cerita ni…sangat pening bila baca…nak bayangkan pon tak boleh…
sambung lagi .. menanti !
ok..sambungan yg betul buat aku meremang..nicely done..teruskan usaha..fiksyen ke,pengalaman ke,jgn peduli apa org kata..salute..
btw ada org komen sebelum ni ada unsur plagiat,xpe..bukan semua org pernah baca..xperlu risau pn..bukan nye menulis utk tarik keuntungan..lain la kalo publish buku..
setujuu, lagipon ni fiksyen kann, x semestinya kisah benar jugak.
cuma problem nya xda nama, so susah nak follow
Struktur bahasa dan gaya penceritaan aku suka.
Tp maaf, den xfaham endingnye.
cite ang x logik di akal.. Rekaan nmpk sgt pon susah jgk.. ???
Rasa seolah tgh mngalami sendiri, terbaik?
Aku nak kau sambung secepat mungkin bro! Pala hotak aku bercelaru skrg ni…kali ni heavy kau bagi…terbaik…errrr adik….adik dah lama arwah aku rasa…yang tu bukan adik…nth2…….jeng jeng jeng…pls sambung asap!!!
xbp nk faham wlpn dh bc 2 3 kali..mntk penulis explainkn…maaf bukan nk kondem ?
Macam baca novel fixi. Suka jalan cerita yg tak klise dan ada unsur2 saspen. Tahniah penulis! Teruskan share cerita awk dkt FS ni… 😉
aduiiiii bhai….bercelaru aku…..poning poit ttt
sebenarnya cerita ni power
Xperlu faham, cuma hayati…
Meremang beb…
lol. this is insane.. mind blowing.. “aku” adalah hantu/jembalang/jin/syaitan yang ambik anak2 dya. dya cuba buat kita bayangkan kita ni main character. haha.
Sambung citer cepat….tak tenang lunch hour aku..
Kesian plk laki bini tu.. lg kesian anak anak dorg haish btl btl aku menghayati ni ???
Cerita ni jenis mindfucuk punya cerita..
Ok jer pada aku
Aku rasa citer nie dalam maksudnya
Maybe sbb suami isteri nie sibuk@suka marah2@tak concern hal anak2
So wujudla situasi yang mana ‘baik korang tak ada anak2 sebab korang langsung tak appreciate’
Rasanya la
Hahahahaha……
Pening sbb kejap ko kat alam nyata, kejap ko dalam khayalan
Tapi pada aku
Citer nie & citer lagi 1
Ok jer
Aku suka
btw ade sambungan ke cerita ni?? part 1 dan part2 please buat sambungan aku nak tahu siapa “aku” tu dan kenapa dia nak anak2 pasangan tu. dan pukau laki bini tu. dye ade sebut pasal keturunan dye jawa. dan nama kucing dye darah. aku suspek “aku” tu adalah saka keturunan yang secara tidak sedar di bawa oleh ”kau”.
please continue as aku akan siasat cerita ni lagi
Cerita ni kalau buat filem mmg aku nak tonton… dia punya cerita mmg dasyat.. sampai aku baca dpn pc ni cuba imagine situasi ‘kau’ dan ‘aku’ bersemuka.. tapi aku smpai skrang x paham sbnrnya siapa manusia nyata.. penghuni sebenar rumah tu… ‘KAU’ atau ‘AKU’??????
syok crita ni..feel sorry to sapa yang pening dan tak paham..dah nama pon cerita fiksyen,so xdak la babak2 cliche yang selalu korang baca.
Macam split personality je yg Si Ayah/Husband tu. Ni pendapat cikgu la.
Thumbs up to the writer…
Jalan cerita memang terbaik, yang buatkan semua berfikir.. hehe..
Berdasarkan pemahaman sy, cerita ni diolah dari sudut penceritaan entiti atau makhluk yang tinggal di rumah family ika ..
Penulis menggambarkan seolah2 ika dan suaminya tidak menyedari bahwa terdapat sesuatu yg asing sebenarnya tinggal bersama mereka.. setiap kali ika dan suami menyedari kewujudan pintu ke tujuh, makhluk tersebut bertindak memadamkan ingatan mereka sehingga mereka terlupa apa yang ingin dilakukan..
Sebenarnya, anak mereka memang tiga orang, tetapi mereka seakan lupa pada adik kerana adik berjaya dibawa masuk kedalam pintu ketujuh sejak berusia 5 hari.. bagi mengelakkan pasangan suami isteri menyedari perubahan anak ketiga, ingatan mereka diganggu dan ditimbulkan dengan perasaan was2 bahawa mereka tiada anak ke3.
antara ‘kau’ dan ‘aku’,
mana satu jin, mana satu manusia,
mana satu tuan rumah, mana satu menumpang?
sumpah sedih citer ni aku faham dari mula hingga part 2 ngan 3
hahaha ni jenis cerita mcm creepyposta punya ni. papepun tetap two thumbs up ??
‘kau’ bermain dengan ilusi sendiri? Apakah isteri dan anak² kau masih hidup?
kenapa perlu guna “kau” ? … baik pakai “aku” lagi senang… sakit kepala baca cerita nie … mohon lps nie tulis cerita bg org faham
mindblown. jenis cerita yg aku suka. penulis cerita berdasarkan sudut pandang entiti asing yg menumpang, ‘aku’.
Penulis begini yg kita cari! Penceritaan yg matang. Menulis bukan sekadar menulis. Menulis juga bukan sekadar mengungkapkan perasaan/kata. Menulis itu jiwa ??????
Ahhh..korang puji lh writer ni melambung sklipn…bg ak,cite cmni lh yg wat readers pening…nk kne rujuk komen bru fhm(ak msih xfhm)…nk kne serapkan diri kau tu jd ‘kau’…mmg kaw2 ak maki…nsb kak yulie xkomen…klu die(kak yulie),mgkin blh fhm…tp ak nk bce pengalaman korng,bnde yg ringan2…ni bapak kpd bapak punye heavy…
Hahahahhaha…
Akk plak terbabit ekk…
Bace fs ni klu akk x komen psl cerita tu antara dua sebabnye…
Samada cerita tu terlalu ringkas dan x sampai ke hati…
Ataupon akk tak komen pape sbb cerita terlalu sarat soo akk bace sekadar baca tak menjiwai…
Gituuuu…
Hehehehee…
1st baca cerita ni buat aku banyak pikir sampai pening. 2nd baca baru aku faham.
superb. nak tahu punca terwujudnya pintu ke tujuh tu.
pening…..k bai
xfham. last2 tuh mcm mna eh
Seram aku baca citer ni,lg seram dr baca cite pasal cik pon and cik cong😂😂😂