Salam,
- Aku seorang lelaki, dilahirkan dengan satu keistimewaan; Hijabku terbuka sejak dilahirkan.
Sejak kecik lagi macam macam penampakan yang aku boleh nampak. Everything! Dari A sampai Z. Dari Baik ke Buruk. Dari Santau ke Saka. Dari peninggalan ke bertuan. Each of everything yang orang hantar, Aku tau siapa tuan dia. Aku asal dari kampong kecik. Allah S.W.T saja yang tau apa yang aku rasa. Aku takmau nampak semua ni. Dah berapa ramai orang alim aku jumpa untuk tutup hijab ni sampai hari ni. Mungkin tutup sementara lepas tu terbukak balik. Saat aku menulis mengalir air di mata dan di hati. I do not wish this to anyone.
Aku sekarang menetap di Perancis, Eropah. Dek kerana tidak dapat menerima hakikat akan keistimewaan yang aku ada dan kerana kebencian yang tinggi terhadap orang orang yang selalu megkhianati keluarga aku. Aku terpaksa menjauhkan diri dari semua ini. Aku tak sanggup duduk di sana. Takut aku terlibat dengan syirik. Tak mau terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan benda benda halus ni ( some of you might understand this). Aku tau ni takdir aku but only me could change takdir sendiri.
P/S: Setakat di Eropah Tidak ada kejadian aneh yang berlaku, walaupun nampak di sekeliling tetapi tidak diganggu macam di tanah melayu.
Keluarga aku selalu dikhianati oleh adik beradik sendiri sampai sekarang. Orang yang buat tu pun dari keluarga pak dan mak sedara jugak. Jangan kata saya fitnah, they do it right in front of me. I saw! Just right there! -end of story.
Ni cerita yang paling latest. Aku balik kampong nak raya tahun ni. Dah sampai Airport tidur la di hotel “MERAH” (yang famous tu). Everything smooth! Then, kena naik flight lagi satu untuk ke kampong. Seronok nak raya jumpa keluarga besaq!
Dah sampai rumah. Anak mak sedara aku panggil (masa tu petang raya) dia buat buat tanya macam macam. Cara dia bertanya macam nak api apikan aku dengan keluarga aku ja. Ok done, enough with her bullshit. -(P/S: Mak sedara aku bukan darah daging aku – diambil jaga sebagai anak angkat. Masa baby dan menggunakan nama baby yang dah mati (anak tok yang meninggal) sebab masa tu bukan orang kisah pun guna sijil lahir sesapa).
Petang raya tu mula la mak sedara ni mai rumah bagi ikan gorang yang bau bangkai (I can smell too!). Aku dah syak dah, kenapa tiba tiba nak jamu aku ikan busuk. Masa aku tengah bersembang ngan anak dia aku nampak lembaga hitam berbulu dekat dapur depa tengah berdiri ikut tepi depa tengah menyediakan ikan busuk tu. Aku ignore sebab bulan puasa kan – Tried to be positive. Tapi aku tak makan ikan tu aku cakap kat mami aku yang aku nampak binatang berbulu tengah prepare makanan tu dengan mak sedara aku. Pi la buang ikan tu dalam parit tepi rumah. Tapi aku buat buat kata aku makan. Aku cakap kat mak sedara setan tu sedappppp sangat. Terima kasih menjamu aku petang petang raya.
Raya okay semua elok alhamdulillah orang mai rumah tak henti henti sebab pak aku terer masak masak ni. Famous orang suka makan. Alhamdulillah.
Masuk raya kedua ada Ustaz lokman mai rumah. Ustaz tu tenung aku. Dia kata, “hang ni istimewa kan?”. Lepas tu dia pesan kalau nampak apa apa jangan bagitau orang lain nanti timbul fitnah nanti orang kata gila. So keep it to yourself lah. okay! Lepas tu dia berubat la aku.Rupanya aku dah lama kena dari zaman university aku kena santau dengan orang Sabah (How I knew? I stayed dengan dia dan keluarga dia dalam hutan selama 3 bulan di Sabah cuti semester – God knows apa yang aku nampak di sana) sebab dia nak test power kat aku. Dah buang tapi bisa dia sampai sekarang walau lepas 5 tahun. Tambah pulak dengan yang terbaru ni aku kena lagi. Ustaz kata orang dengki sebab aku kerja di luar negara lepas tu anak laki tunggal, tak pernah buat masalah (Alhamdulillah). lepas tu All of sudden aku muntah teruk sangat masa proses berubat tu. At times sampai bunyi bbi. Ustaz kata. Kalau nak tau sapa tuan badan yang buat ni InsyaAllah esok adala petanda dia. Esoknya, Anak mak sedara aku panggil orang untuk urut badan dia kat rumah. SubahanAllah. Dia punya bunyi sama macam bunyi aku semalam tapi 10 kali ganda kuat. Bunyi Bbi. Dekat setengah jam tak henti.
Few days later, aku ada flight ke New Zealand. Nak jumpa kawan nak beraya di sana. okay.
Alhamdulillah I left kampong. Sampai ja hotel famous yang MERAH tu. Malam tu check in. Bau setanggi kuat ya amat kuat.. Aku sangka bau perfume.
Lampu dari elok tadi ke klip klap klip klap. aku tak sedap hati. aku nampak dah dalam bilik terbang sana sini. Ya Allah aku baca ayat qursi segala ayat yang aku tau. Aku spray air Ustaz lokman dalam bilik. Lampu dah ok. Lepas tu aku dengaq dia ketuk tingkap plak. Aku berdiri la depan katil, nampak tangan nak tarik kaki aku. Aku pun dok senyap dalam bilik. Aku keluaq nak isap rokok. Jam dah tengah malam. Tadi kat check in aku cakap kat budak tu aku nak wake up call pukul 6.30 sebab flight aku Ke New Zealand pukul 9.10 pagi. Kat balkoni tu aku nampak atas padang menara kawalan traffic tu anjing putih sebesaq kuda. Aku dah tak tenteram aku masuk bilik balik. Dengan bau macam macam. Grab my passposrt grab backpack (luggage aku tinggal) lepas tu aku turun dekat lobi.
Lepas tu si kakak berketurunan Indian dekat lobby tu receptionist panggil aku cakap, “cik dalam 20 minutes ago, cik request tukar wake up call dari pukul 6.30 pagi ke pukul 3 pagi… I just want to confirm this with you sebab I teringat Cik cakap flight after 9 kenapa nak bangun pukul 3 pagi. Sorry kalau i meddling”. Astargfirullah. Aku pun dah ketaq darah naik kepala- benda apa pulak ni one after another. Dah la kena kacau dalam bilik ni menyamar jadi diri aku pulak.
Aku cakap kat dia, “I’m sorry what are you talking about?! 20 minutes ago I was in my friggin room! I datang lobby nak jumpa manager u nak cakap I kena ganggu!”. So manager katolik ni pun cerita la everything pasal area tu. What happened in the past orang bunuh diri la apa la. everything! so dia percaya pasal benda benda ni sebab dia katolik. aku pun cakap kat dia aku nak tukaq bilik but aku nak security teman aku. Dah security nepal tu ikut angkut semua barang aku selesai aku repack semua dalam bilik baru satu floor bawah dari previous floor.
Dah masuk bilik. Aku perasaan ada benda ikut. Aku suruh cik nepal tu tunggu dalam bilik sampai aku sudah mandi and everything. Dah bersiap siap…. bersih bersih ni dah pukul 3 pagi tau. Air dalam bilik mandi keluar macam shower sendiri (Note; I dah tutup). aku cakap kat abang nepal ni, “jom blah”. Aku pun bawak semua barang aku turun bawah and waited sampai pagi nak ke Airport lagi satu tu. Dari pukul 3 pagi tu sampai pukul 7 pagi aku duduk di lobi tak tidoq langsung sampai terketaq ketaq badan terkejut pasai malam tadi. Allahu Apa la dugaan aku ni…….
P/S: Cerita ini berdasarkan pengalaman reality penulis.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tune hotel lcct kan
bagus dikurniakan indra ke 6
boleh tolong saya buka hijab saya?
nak buka sngat2
Kau nak bukak dah nampak lepas tu mengada nak cari ustaz nak tutup balik. Xreti bersyukur.
Oi noks…jgn miang la kau… bersyukur la x nampak… kan boleh rasa guna hati…lol
Ngade la nk buka hijab bgai…bsyukur la xnmpk jgn jd cm sy ni yg mudah nmpk smpai tkt tdo mlm…
Aku takmau nampak semua ni. Dah berapa ramai orang alim aku jumpa untuk tutup hijab ni sampai hari ni. Mungkin tutup sementara lepas tu terbukak balik. Saat aku menulis mengalir air di mata dan di hati. I do not wish this to anyone.
quoting from the writer.
org yg dikurniakan sixth sense ni pn xnk bnda ni, ko nk mntk2. ang da knp dik? nk menurun ilmu ape ni? ke ada nk siasat pape. toksah la mntk bnda yg Tuhan x bg kt ang. ada sbb knp ko x dpt bnda tu. kang menggelupur sawan tetiba ternampak, bru tau..
sebenarnya kan, yg ada indra ke 6 atau hijab terbuka ni, ada jin yg dudok dlm bdan dia. dia dapat tengok, dia juga yg sakit sebenarnya. jgn la minta dik oi. nak sangat, hang tunggu kena rasuk dulu. dah ada pintu keluar masuk jin tu, senang la hang nak nampak dorang. org taknak, hang pulak yg nak. buang tebiat ka. haha
@zaha : ang kna ada smua ni dlu br ang bule bkk hijab mata ang…kalo xdak smua ni jgn mengharap lah..huhuhuh…ak bg ayat skali kat ang n bkk la sndiri…https://www.youtube.com/watch?v=RIL5ZrXRuIU
the end.
– Tidak pernah meninggalkan ibadah sahalat 5 waktu wajib dalam kondisi apapun
– Tidak pernah meninggalkan shalat malam dalam konsisi apapun
– Tumbuhkan rasa kasih sayang pada sesama atau makhluk lain
– Tanamkan welas asih dalam diri
– Memiliki rasa kepedulian yang tinggi terhadap orang lain
– Suka memberi atau bersedekah
– Selalu bersikap rendah hati dalam setiap keadaan
– Hilangkan sifat amarah, iri dan dengki
– Letakkan kepentingan orang lain diatas kepentingan pribadi
– Hindari makanan yang tidak halal
– Bersih dari segala prasangka buruk terhadap orang lain
– Dan masih banyak lagi yang harus dilakukan berkaitan dengan hal-hal yang bersifat kebaikan
p/s : mympah plak ak dok bc ayat yg sama ja slalu…
bg ja la ayat utk di bukak kan mata hijab dia tu…bg dia bkk sndiri…lps ni jd apa2 jgn dok pi cari ustaz plak…huhuhuhuh….
Kjp bln pose..kjp ptg raye..mne satu ni..confuse
Last puasa balik…esk raya…huhu
Aku ignore sebab bulan puasa kan – Tried to be positive. Aku cakap kat mak sedara setan tu sedappppp sangat. Terima kasih menjamu aku petang petang raya.
hahaha puasa & raya dlm satu hari yg sama
apa kau merapu ni hazy zira?
Maybe petang raya, means petang last puasa. Next day is raya.
Selalu jugak dengar orang guna perkataan petang raya dengan maksud 👆.
Best
crita best.. satu je aku confuse..
cik ke encik?
Encik kot. Dia kata ‘anak lelaki tunggal’.
Aku ignore sebab bulan puasa kan – Tried to be positive. Aku cakap kat mak sedara setan tu sedappppp sangat. Terima kasih menjamu aku petang petang raya.
cerita ko nie mse dh raya ke atau bulan puasa lg?? musykil aku…mula2 puasa…pastu mkn petang2 raya plak….haihh
Puasa hari terakhir, ada org panggil sebelah ptg nya adalah ptg raya. Means esok nk raya. Klu ikut bulan islam waktu maghrib tu dah kira hari baru bermakna 1 syawal da bermula. Since waktu tu adalah senja/maghrib, n permulaan satu syawal, org panggil dia ptg raya. Sekian.. harap faham
saya tak kisah orang nak marah ke cacing tapi saya tetap dengan pendirian saya mahu buka hijab ini, yang dh nampak lepas lahir lagi tu, korang kena faham ada 1 dalam 10, kalau kau duduk no 8 bermakna itu utk indra ke 6, perbanyakkan baca zodiak tentang diri sendiri terlalu bnyk korang akan tahu kelebihan dan kelemahan diri, saya no 5 bersikap berkepimpinan, no 8 utk indra ke 6 ya, saya pernah bermimpi berjumpa ustaz utk dibuka hijab, alhamdulilah saya di izinkan buka hijab tapi smpai skrng saya x fham kenapa belum dibuka
Akak doakan hijab kau terbuka la dik ye… Aaminn… Nanti jangan minta nak tutup balik tau..
sembang zodiak pulak.. don’t be a bullshit taksub sangat la. ngarut sangat reasoning kau ni..
saya lelaki, x perlu takut hantu, ada benda lain perlu ditakutkan lagi selain hantu iaitu kehidupan selepas mati, hantu pun x nmpak kalau nmpk maka x jadi lah hantu dia mungkin berubah dari jahat ke baik begitu saya impikan kan dari jahil ke ahli beribah..
tu saya tekankan saya nak lihat benda ni maka dengan itu saya bertambah beribah dekatkan diri kepada allah.. ya allah hamba mu mintak dibuka indra ke 6..hamba mu mohon ya allah..amin3
cuba kencing pastu amik air kencing tu sapu kat keliling mata kau.meluat pulak aku baca komen kau ni.nak bukak sgt pergi la jumpa ustaz.menyalak kat sini buat apa.dah bukak sok jgn mngada nak kecut telur tutup balik.
Tah pape la c zaha ni..nk sgt bukak hijab,dediam sdh la.xyh nk kepoh cni.mluat plak.tiap cite,ade je die duk sbut nk bkak hjab,nk nkak hjab.tah pape.p duk ats sjadah doa sana mtk ngn allah da klo ko nk sgt.igt,ade sbb np allah xbg hjab hang tbuka.tkut hang mroyan gila ke apa bl nmpk bnda yg hang xpnh nmpk.jgn smpai allah murka bg hjab hang tbuka,hang mroyan ka apa,allah xbg ttup da.igt!!ckp jgn duk takbur sgt.allah bg klbihan pd yg mmpu hdapi ja..kita ni kdg2,mlut ckp mampu,tp jiwa ngn iman tah ke mn..
buka jangan tak dibuka
aku rasa zaha ni gile..wey..ko pegi duduk kt jirat cina tu lah..xpun g kubur india..ko amik tanah kubur tu campur sket dgn air liur ko..pastu sapu kt bijik mata ko tu..bukan setakat hantu..dunia ni pun ko da xnmpk..bangang tu simpan sikit lah..esok2 nk pakai lagi..menyemak je tiap pages ade nama ko ni..nk bukak hijab xsudah2..
aku ada baca psl hijab trbuka ni dulu tpi ta igt kt mana. dorg kata sebenarnya mata kita ni ada byk lapisan hijab .Jibril pernah berkata pada Rasululah saw “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
ini apa yg aku ada bacala btul ke tak,aku ta psti.sbtulah ilmu manusia terhad na dibandingkan ilmu Allah swt,seperti alam ghaib. setiap peringkat hijab tu ada perkara2 dia. org yg boleh nampak jin seumpanya tu brmksd lapisan hijab dia yg paling luar sudah terbukak kemudian alam roh, malaikat, syurga neraka dan seterusnya Allah swt mengikut peringkat2 hijab yang telah ditetapkan. Hijab kita banyak..bukan selapis dua. Lapisan2 hijab terbuka bergantung kepada hati kita. Allah anugerahkan hijab terbuka ni mungkin ada hikmahnya.
contohnya mcm kes awak ni, awak tahu siapa yg guna2kan perkara syirik kt awak and family. atleast awk boleh protect family awak, tht’s a good one kan? aku fhm kita ni manusia biasa mmg kdg2 iman tak kuat nak hdp bnde2 smua ni. but I know you’re strong so chaiyok!