Assalamualaikum, kepada semua pembaca fs … cerita yang aku nak kongsikan kepada pembaca di sini xde lah seram sangat tpi cukup menjadi pengalaman yang bermakna dan memberi pengajaran kepada aku..
Ok kisahnya macam ni pada tahun 2013 aku ada follow kem kepimpinan pengawas … masa tu junior lagi form 1.. masa kat kem tu senior semua marah kat aku ni sebab mulut kecoh sangat and celupar x kira la kat mana pon… so bila dah smpi time aktiviti burung hantu dalam pukul 11 gitu kot rasenye..
kitorang kene tutup mata and diletakkan bersebelahan tapi dijarakkan 10 meter gitu la… kitorang ditempatkan kat luar hutan mase tu… tapi sebelum mase nak masuk hutan tu aku dengan mulut celupar aku ni cakap kuat2 “ala xde bnde la takyah takut sangat mana ada hantu” pastu kene marah lagi haha.. ok sambung part tutup mata tadi.. lepas dalam 20 min tutup mata kitorang dilepaskan berpasangan tapi x jalan sama2 sebab sorang kene masuk dulu baru sorang lagi jalan..
yang peliknya semua jalan berpasangan walaupon bilangan peserta ganjil .. maksudnya terlebih sorang la.. aku harap bukan pasangan aku dh la sbb x nampak sgt ye la tgh malam dlm hutan ada cahaya bulan je la.. so bila aku dh dilepaskan masuk tu aku kne jalan dulu baru pasangan aku.. sebelum masuk tu faci dh ckp jalan cari lampu pastu ikut je and kalau nmpk patung tegur.. pastu dlm 2 minit masuk tu dh jalan baru jumpa lampu masa tu takut sangat (haha time tu baru ingat tuhan and mak ayah) .
Lps jumpa lampu tu (lampu ni checkpoint la kiranya ada faci). Jalan straight lagi aku jumpa 2 patung satu hitam duduk satu lagi putih mcm pocong berdiri (macam pocong la) pastu aku macam tetiba khayal time tu (macam jiwa melayang) aku tegur bnde tu “abang x panas ke duduk dlam ni ” dia x respon aku pon sentuh la dia and cakap “sombongnya x nak layan pon” tetiba pasangan aku smpi dia cakap ” woi kau buat apa ni” pastu terus tarik aku and jalan sama2 ..
masa tgh jalan tu ckp ngn dia bole ke jalan berdua ni nti faci marah .. pasangan aku senior masa ni.. pagi tu kol 2 lps masuk bilik cikgu suruh kumpul dpn dorm nth knpe and suruh ketua setiap kumpulan tye apa ahli dah buat dlm hutan aku ckp je la kat ketua aku (pasangan aku dlm hutan) wei tadi aku tegur patung dlm hutan dia suruh duduk je..
esok tengah hari masa nak balik ada la rumusan kan.. mase tu cikgu bagitahu kat semua peserta ckp yg aku ni bagus sbb jujur apa yg aku dh buat.. dia citer jgk yg pasangan aku ada bagitahu yg aku ckp sebelah patung hitam tu sorang2 (yang aku anggap patung putih tu) sbb tu dia tarik aku masa tu .. mak aii berderau darah mendengarnya..sekian cerita aku yg x seberapa ni kalau cerita ni dpt sambutan aku cerita lagi pengalaman lain terima kasih…
::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit
sengal la ko ni adik
pe benda cite ko ni? pening kepala aku baca ulang2 sebb nak faham…tulis elok2 la dik oi.
Aku pun tak paham..
aq tgk komen dulu..klo org xfhm mls nak baca
Yg last tu serius aku x faham…