Hari tu aku ada baca post tentang Lendu. Hari ni aku nak cerita pasal kejadian di universiti awam yang sama tapi di Seremban 3. UiTM Seremban 3. Mungkin ada yang pernah dengar nama ni mungkin ada yang tak sebab kebanyakan orang tahu Seremban atau Seremban 2 je. Seremban 3 ni kawasan baru. Kat situ ada universiti dan taman taman perumahan. Dulu aku pun belajar di UiTM Lendu. Cuma waktu semester akhir, course aku kena pindah ke UiTM Seremban 3. So aku nak cerita antara kisah kisah pelik (tak tahu la seram ke tak bagi korang) tapi cukup buat bulu roma aku meremang. Orang kata kalau bulu roma meremang maknanya ada “benda”.
Masa aku masuk situ kiranya aku batch yang kedua masuk situ. Kira tempat baru lagi. Bagi aku best sebab kolej (hostel) cantik, luas, fasiliti semua baru. Tapi bak kata orang, semua tempat ada “benda” tu. Aku tak ada kebolehan untuk lihat benda benda ghaib tu atau orang kata hijab terbuka tu. Tapi aku boleh rasa kalau ada “benda” dekat situ atau nak masuk dekat aku. Sebabnya dalam badan aku ada saka keturunan. Aku belum dapat buang. Aku pernah berubat, ustaz tu kata benda dalam badan aku akan berlawan dengan benda lain yang cuba nak masuk dalam badan aku konon nak protect tuan. Aku pun tak tahu. Tapi aku memang boleh rasa. Kalau tiba tiba hati aku rasa tak sedap, jantung aku laju atau aku mengigigil tiba tiba, aku tahu mesti ada benda tak elok.
Dekat UiTM Seremban 3 ni ada dua je bangunan kolej. Lelaki satu perempuan satu. Kalau dekat lendu berbelas. Sebab dekat seremban ni satu kolej bertingkat tingkat. Perempuan 12 tingkat , lelaki 9 tingkat. Kebanyakan benda pelik jadi dekat kolej.
First ni jadi dekat roomate aku. Oh aku student perempuan. Aku duduk tingkat 3 masa tu. Masa tu sampai tingkat 10 je penuh sebab tak ramai lagi student. Satu malam ni kawan aku pergi buat assignment, masa nak balik tu dah malam. So dia naik lif sebab takut nak naik tangga. Dia dah tekan button tingkat 3 tapi entah macam mana lif tu tak stop kat tingkat 3 tapi straight ke tingkat 12!! Kau rasa? Dah lah level tu gelap tak ada orang. Kalau aku mahu terkencing. Dan pintu terbuka okay masa lif tu stop kat tingkat 12. Lif kat sini dia ada suara akan bercakap kalau pintu dibuka ke naik tingkat atas ke. Dan berbunyilah suara “tingkat dua belas”.
Roomate aku dah baca baca surah sambil pejam mata. Laju laju dia tekan balik tingkat 3. Sampai je terus dia berlari masuk bilik. Yang kedua cerita pasal lif juga. Ni masih roomate aku yang cerita. Malam juga cuma bukan tengah malam. Masa tu dia tengah tunggu lif terbuka. Standard lah ramai student tunggu depan lif kan. Masa pintu terbuka dia pun masuklah. Tapi yang peliknya orang yang ramai ramai tunggu lif dengan dia ni tadi tak masuk. Puaslah dia tekan button >< untuk tahan dari pintu tertutup tapi tetap diorang tu semua tak naik. Member aku takde fikir apa terus tutup. Dia cerita kat dalam bilik.
Aku dengan roomate lain pelik dan terus buat macam macam assumption. First, mungkin diorang nak naik lif lagi satu. Sebab ada dua lif. Tapi lif member aku naik tu kosong kot. Member aku sorang je. Second, maybe diorang nampak lif tu dah “penuh” ke. Atau last, mungkin tu semua bukan orang. Eh aku pula meremang taip gini.
Kat lif tu banyak juga aku dengar. Ada cerita dari classmate pula pernah naik lif tiba tiba naik bau hancing yang kuat. Tengah tengah borak tetiba bau hancing. Aku pernah sangkal. Aku cakap maybe bau sampah ke sebab acik acik cleaner angkut sampah guna lif juga. Sampailah aku sendiri pernah bau. Masa tu aku pergi fakulti, nak tengok carrymark. Malam malam buta gigih tau pergi fakulti mentang mentang kolej dekat dengan fakulti. Aku pergi bertiga. Malam malam memang sunyilah sebab kat uitm seremban ni takde kelas malam masa aku masuk tu. tak tahu lah sekarang. Tengah tengah gelak gelak nak tunggu sampai tingkat 7 tetiba aku bau hancing. Mulut aku automatik tegur “apa bau ni”. Kawan aku yang lagi dua ni dah terdiam dah. Aku pun acah acah tak bau apa apa. Tapi dah meremang bulu roma aku. Ada akak senior kata, kalau bau macam tu jangan tegur. Ada benda. Wallahualam. Aku pun tak pasti.
Okay now aku sambung cerita pasal kolej. Siapa yang duduk kolej perempuan mesti perasan depan kolej ada tangki air besar dengan bilik elektrik kot aku panggil haha. Alaa dekat kawasan parking yang kosong tu. Kadang orang suka lepak tepi tepi tu. Aku pun antaranya lah. Masa ni aku dah masuk sem lain. Satu malam tu aku dengan roomate aku bosan. Pergi lah medan (kafe) beli takoyaki lah beli air lah. Lepak lah dekat depan kolej tu. Masa nak jalan pergi situ aku okay je. Duduk lah dekat tepi tepi pokok yang selari nak ke unit kolej.
Dia macam pokek yang rendang tak rendang sangat. Aku tak tau pokok apa. Masa mula nak duduk tu aku tiba tiba rasa berdebar sangat. Rasa takut. Muka aku maybe nampak takut sampai roomate aku tegur. Aku cakap aku tak sedap hati ni. Diorang faham. So kitorang duduk jauh sikit dari pokok. Leka lah borak lah gelak lah tapi hati aku masih tak sedap. Dah nak pukul 11, kitorang naik bilik. Masa on the way nak naik kolej, aku pandang je pokok tadi tu. Aku rasa something. Tapi tak nampak apa apa. Dah balik bilik pun rancak masing masing gelaklah berjogetlah. Riang betul. Malam tu masa nak tidur. Tiba tiba aku rasa tak sedap. Aku pun tidur je.
Aku terjaga dalam pukul 6 tiba tiba roomates aku semua dah terjaga. Aik. Pelik. Diorang pun cerita rupanya dalam pukul 3 lebih aku macam tersampuk ke apa ke aku pun tak tahu. Diorang kata aku menangis, tunjuk dekat loker member aku yang dekat dengan pintu balkoni, aku cakap suruh buka lah. Tapi diorang tak tahu buka apa. Esok paginya aku fikir balik mungkin benda dekat pokok tu saja nak usik.
Dekat kolej tu aku rasa memang sesuatu lah. Pernah sekali tu aku duduk sorang sebab roomate lagi 3 tak balik malam tu. First time nak tidur sorang dekat tempat baru. Memang cuak. Untuk kurangkan takut aku call la boyfriend aku. Aku suruh dia borak dengan aku sampai aku terlelap sebab aku takut. Tengah tengah rancak berborak ni tiba tiba dia cakap “u kata roomate tak balik lagi, siapa gelak belakang tu?”. Damn! Aku dah terus naik bulu roma kat tengkuk masa tu. Boyfriend aku bukan jenis takut takutkan aku sebab dia tahu aku lemah semangat sikit.
Aku letak telefon terus. Aku whatsapp dia. Aku tanya dia dengar apa. Dia balas “u tenang, baca ayat kursi banyak banyak. Jangan takut sangat. Buka semua lampu bilik. I dengar ada orang gelak gelak macam tengah berborak tadi. Ingat u borak dengan roomate u”. Aku macam nak nangis baca whatsapp tu. Aku nak call dia pun dah tak berani sebab kalau dia dengar lagi bunyi lain, aku yang takut. Malam tu semua lampu aku buka walaupun aku sebenarnya tak boleh tidur lampu terang. Aku ingat aku je pernah kena macam ni. Rupanya roomate aku pun sama. Dia pun pernah tidur sorang. Masa tengah gayut, boyfriend dia tegur cakap siapa belakang tu. kalau kau, tak ke rasa nak terkincit weh. Sebab kau memang duduk sorang.
Pernah sekali tu aku stay up study sorang sorang. Tiba tiba aku dengar bunyi orang bersiul dekat balkoni. Oh lupa bagitahu. Setiap bilik ada balkoni masing masing. Dah lah katil aku dekat dengan balkoni. Aku cuba buat biasa. Tapi makin kuat. Kenapa aku kata orang bersiul? Sebab aku tahulah bunyi orang bersiul macam mana. Berlagu pula tu. aku confident tu bukan burung. Tak semena mena aku jadi berdebar lagi. Sudah. Aku tutup buku terus tidur. Tapi bunyi tu sayup sayup je lepas tu. Dan aku tahu bukan bunyi dari jiran sebab balkoni bilik sebelah dengan bilik aku ada jarak.
Takde la seram mana kot kan bagi korang. Cuma banyak la henda benda pelik. Tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi nampak penjelmaan dia ke, muka dia ke. Dan aku tak berniat langsung nak tengok. Ada batchmate aku pernah nampak pocong berdiri dekat penjuru level dia. Dan pernah ada satu masa tu kecoh sampai dari mulut ke mulut “jangan tegur kalau nampak acik cleaner menyapu malam malam/ tengah malam”. Sebab cleaner kat sini sampai petang je. Malam memang tak ada. Pernah ada kes budak tu berbual bual dengan so-called-“makcik cleaner” pukul 2 pagi. Kau rasa?
Apa apa pun, kat mana mana ada benda tu. Cumanya kita kena beringat. Mulut jangan celupar, jangan buat benda tak senonoh, jangan mencabar konon nak tengok ke apa. Esok kalau dia dah tunjuk muka, baru tak cukup tanah kau nak lari. Itulah sekian cerita pasal kolej uitm seremban 3. Kalau ada masa nanti aku cerita pasal rumah sewa dekat area seremban 3 ni juga. Pun seram juga bagi aku. Apa apa pun jangan terlalu takut dengan benda tu. Ingat dia pun makhluk Allah.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bruh . Aku pon pernah masa tengah call kawan aku . Kitorg berbual and boleh pulak dia tanya “weyh kau kata semua org dh tido ? ,nape aq dgr mcm ada org panggil2 nama kau ?” . And then aku punya cuak nya sebb aq tgh masak maggi kt bwh. Aku terus lari naik atas tinggalkan maggi aku XDDD
bruh, aku menanti je kalau2 ada nak ctew sal uitm seremban 3. finally ada juga. actually, byk lg cerita2 seram kat uitm seremban 3 ni. aku pernah duduk kolej, mcm2 aku dgr. about fakulti, kenapa tak ada kelas malam, and so on. asal bangunan uitm s3 ni bukan untuk buat universiti. tapi untuk buat kondo kalau tak silap aku. cuma, atas sebab2 yg terpaksa dirahsiakan (aku pun tak tahu sebab tu smpai skrg) developer tu tak jadi nak buat kondo apa bnd tah and Uitm pun sewa kwsn nk untuk dijadikan tempat belajar. so, smpai sekarang, aku still tak tahu kenapa developer tu tak nak teruskan dgn rancangan asalnya nak buat kondo. sebab tu, kolej kat uitm seremban 3 mewah, tak macam kolej2 kat uitm baru bukak. so, if someone knows about the history of tapak uitm seremban 3, please reply comment ni. thanks.
Oh patutla mewah bilik2 kat situ.. pernah tido situ.. masa tu ada jambori kat uitm tu..takde pengalaman seram la pulak.. hihi
Nak beli baju UITM yang gempak boleh follow IG ni @samsclothing
Pembacaan aku tetiba terhenti pada satu perkataan, ..sel-sel otakku yang coverage tak berapa lancar ini sedaya upaya menyelinap ke seluruh pelusuk lorong-lorong pengetahuan skematikku, cuba mencari apa jenis makhlukkah ‘pokek’. Rupa-rupanya, ‘pokok’ salah eja.. ah, seram sungguh. Nway not bad, kipidap.
Hahaha.. Suspen je aq baca komen ko ni weyy..
Bilik hostel kt uitm3 memang canggih ehh?
ada pic kolej? nak tngok…
Ye, ak pnh tinggal kt kolej tu time sem1 level3. Kolej tu ad 12level. Tp level 11,12 mmg kosong dari dulu lg and kitorang tak dibenarkan naik level tu. Nak dijadikan cerita, time 2 hari before last paper kitorang, and time tu mostly mmg ramai dh student yg balik cuti sem tinggal yg ad paper lg je stay kt kolej tu. Ok back to story, tgh mlm dlm kul3,4 pagi alarm kebakaran tu bunyi tp bunyinya dr level 12 yg sememangnya takdek org kt situ. Lama lak tu bunyinya sampai subuh tu baru berhenti. Mlm keesokkannya pun sama, kul3,4 pg mesti bunyi. and ada lg satu cite, tgh mlm tu pintu balkoni bilik kitorang mcm kena ketuk ke angin tolak ke mcm tu la. Tp lama lak angin tolak tu, pstu kitorang decide tido ramai2 kt lantai bawah 🤣 dan ada banyak lg untold story 😂
I student uitm S3 since 2014-2019. From dip to degree. Waktu dip dulu, kiteorang merupakan batch kedua dip yang masuk sana. Paling seram, week pertama start belajar, ramai gila yang kene sampuk (histeria). Sampaikan tiap2 malam kolej bukak surah al-mulk. Start situ gangguan berkurangan. Tapi aku still nak tahu la jugak, kenapa fakulti selalu takboleh stay pukul 10 malam dan keatas ye, kalau tak polis bantuan mesti halal student. Dia tak bagi duduk lama2 kat fakulti. Bila aku tanya, satu je dia cakap. Tempat ni KERAS.
#halau