Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada pembaca FS. Terima kasih kepada FS kerana sudi post kan cerita ini. Cerita ini berdasarkan pengalaman aku sendiri semasa mengadakan satu event di universiti yang aku sendiri belajar di sini dalam bidang logistik iaitu di Universtiti Kuala Lumpur. Diploma atau ijazah ?? Biarlah rahsia hahahaha.
Kalau korang nak tahu UniKL ni terdapat 12 kampus dan setiap kampus mempunyai bidang masing masing, dan UniKL yang aku belajar ini terletak di selatan tanah air iaitu di Johor. Ok, sampai situ jela pengenalan untuk UniKL kalau nak tahu boleh pergi ke laman web rasmi UniKL ( promote ) haha. Ok kita mulakan cerita kita, ceritanya apabila kami pelajar UniKL ini ada satu subjek wajib ambil iaitu “project management”. So tahun tu aku ada subjek tu dan diberi group dalam 10 orang macam tu dikehendaki membuat satu event sebab subjek ini tiada final paper. Selepas beberapa bulan buat preparation tibalah giliran group aku membuat event. Group aku ni adalah group yang pertama yang membuat event dalam batch aku, so terpaksalah beri yang terbaik untuk tinggikan pandangan student and lecture lain.
Ok, event kami ni agak besar sebab melibatkan institusi lain. So nak dijadikan cerita malam sebelum event tu kami terpaksa bermalam di BKM untuk menjaga barang. BKM ni merupakan satu bangunan yang sangat besar yang menempatkan kelas kelas student dan kawasan dia amat amat menakutkan bila malam hari. So, nak x nak terpaksa lah tidur di situ untuk jaga barang sebab esok event kan. Tapi bukan kumpulan kami je yang tidur situ ada juga kawan kawan yang datang lepak and tidur situ sekali. Pada awalnya semua macam biasa x ada apa pelik sampai dah habis set up, dan diorang pun start tidur. Tetapi x tahu kenapa malam tu boleh hujan lebat dan memang ke tandas jela jawabnya kesejukkan. Masa tu dah pukul 2am ramai yang dah tidur tinggal beberapa orang je terjaga. Aku nak buang air tapi segan nak suruh orang ajak teman, terpaksalah aku pergi sorang ke tandas lagipun tandas dekat dan terang so aku macam x hirau sangat.
Tiba tiba sampai je depan pintu tandas aku terpandang sekeliling aku memang menyeramkan sebab tandas kitorang memang dalama satu lorong macam hotel tu hanya nampak pintu dalam satu baris yang panjang. So, masa tu macam-macam main kat hotak aku ni paling takut janganlah ada kelibat manusia kat hujung tu. Aku acah berani dan terus masuk tandas dan buang air, masa aku buang air tu tiba tiba aku dengar pintu sebelah ditutup macam ada orang masuk dan paip air terbuka. Untuk pastikan sebelah tu orang aku pun cakap lah “ Hoi.. !” dan dia menyahut “Hmmm..” so aku legalahh sebab ada yang teman. Lepas selesai aku terus balik di base tanpa melihat dekat bilik jamban sebelah. Sampai base aku pelik semua ada, budak lelaki ramai tidur yang terjaga dua tiga orang je. So, aku pelik dan tanye dyorang siapa yang pergi tandas dan dyorang jawab, “mana ada orang gi tandas , berani kau pergi sorang2 ?”. I was like damnnn !! siapa yang sebelah aku tadi.. Tapi aku senyap dan x bagitahu dyorang sebab takut dyorang cakap aku tipu.
Then, dalam pukul 2.30 am macam tu aku terlupa aku kene tampal banner dekat bangunan sebelah iaitu lecturer theater. Terpaksalah aku pergi dengan kawan aku sorang ni sebab kawasan tu pun memang seram. Tengah syok aku tampal banner tu tiba tiba aku dengan kawan aku terdengar suara budak tengah menangis dalam dewan kuliah. Kau rasa perasaan aku macam tu macam nak tercabut semua bulu, aku tengok kawan aku ni macam muka selambar je sebab dia ni memang jenis hati kering sikit. Dia boleh cakap kuat kuat, “ Aku x kacau kau, kau jangan kacau aku. Teruk aku kerjakan”. Lepas tu tiba tiba suara tu terus senyap. Aku tengok jam dah pukul 3, kitorang terus balik base. Balik base ktorang x cerita apa apa pun sebab ramai budak perempuan situ takut ada yang lemah semangat dan yang kotor lagilah benda benda tu suka kacau so terpaksalah diam walaupun memang nak gugur jantung.
Aku ingat cerita aku malam tu sampai situ je dengar bende bende pelik tu, tapi lagi teruk aku kene bila beberapa jam sebelum azan subuh, masa tu hujan dah mulai renyai dan cuaca pun nak cerah sikit dan ramai yang belum bangun. Masa aku tengah berbual dengan member aku tiba tiba aku terpandang tangki UniKL yang tinggi tu dan aku ternampak seorang perempuan tua berambut putih dan berbaju putih mata merah tengah tengok kitorang. Masa tu aku terus x boleh tahan lagi terus pejam mata mengucap, kawan aku perasan aku terus tanya kenapa. Bila aku buka mata nak jawab, makhluk yang aku nampak atas tangki tu ada dekat bumbung bangunan admin yang dekat sangat dengan kitorang dan yang aku paling takut makhluk tu hanya nampak kepala tanpa badan, isi perut semua nampak memang menggelikan dan menyeramkan.
Aku dah tak terkata apa aku terus tunjuk dekat kawan aku sorang ni sebab dia ni ada ilmu silat, masa tu satu ayat pun dah x boleh keluar. Kawan aku yang ada ilmu silat tu pegang aku sebab dia x nampak hanya aku je yang nampak. Dia terus azan kuat dan bende tu hilang tiba tiba. The funny moment is bila membe aku tu azan yang lain terbangun dan cakap, ”dah masuk waktu subuh ke? “. Aku rasa macam nak lempang je sekor sekor, aku penat jaga dengan x tidur lepas tu kene kacau dyorang sibuk buat taik mata. Lepas event tu selesai aku jumpa lecture aku dan bercerita mengenai apa yang aku nampak, rupa rupanya dia dah agak bende macam tu akan berlaku sebab before this ada yang dengar suara satu family bergaduh dalam kelas di bangunan BKM tu. Paling menakutkan staff dekat situ bekerja sampai maghrib dan isterinya call, tapi isterinya dengar suara perempuan mengilai dalam phone walhal masa tu staff tu tinggal sorang dalam pejabat tu. Dan ada juga kelibat perempuan berjubah hitam selalu berlegar legar di roof top bangunan admin dan mungkin itu salah satu sebab kenapa pihak university tidak benarkan kami pergi di roof top tu.
So kepada student UniKL yang bercita cita nak tidur di kawasan BKM or Lecturer Theater or Bangunan Admin harap haraplah get ready mental dan paling penting jangan bawa perempuan yang uzur. Sebab lepas disiasat rupa rupanya team perempuan kami ada yang kotor masa tu sebab tu lah bende tu kacau. Lagi satu kawasan university tu memang dulu kawasan jin bertendang so no wonder ada bende2 macam tu.
Itu je kisah aku lepas ni aku nak cerita di asrama UniKL pulak , itu pun kalau FS nak post lagi cerita aku ni. Hihihi.
Sekian….
#man
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bukan kotor laaa…cakap period or uzur pon da ok…kotor maksudnya lain cu oiii…kang nenek gigit kepala ko nnt..
maaf kan dia nek…masih anak anak belajar lagi tu
hahahaa… mcm kotor sgt bunyi nya cu..
i study situ, helok je overnight balik pagi pukul 5am sorang sorang. Tapi hostel dia memang lah scary!
NAK KEJE DEKAT UNIKL JOHOR…KAMPUS CANTIK!!!!
Event free market ke tu
mcm kenal ja staff yang kena kacau tu .. kirim salam kt staff tu .. hehe
Ada kata kamu menipu la apa. Whatever it is, yg tahu kebenaran tu hanya kamu & org yg bersama kamu. Saya student unikl situ juga, pernah lalui benda mcmtu tp tak nampak. Sekadar terdengar dia menangis & tiba tiba ketawa mengilai. Dkt bkm. Paling scary dkt level 3 tak silap, area bilik autocad. Dulu class autocad sampai 11pm. Barei badan, takut nak mampos
hahaha…yg part azan tu lawak…siap leyh tanya da subuh ke belum