Hello, Assalamualaikum. Cerita aku ni tak best sangat pun tapi aku nak jugak share. Aku tak pernah cerita kat mana-mana selain collegemates. Btw, nama aku Ann dan benda ni berlaku waktu time aku mula-mula masuk UNITEN (Putrajaya Campus). So macam mana mula-mula kena kacau tu. Hah! cerita dia bermula macam ni.
Waktu ni aku dengan kawan-kawan baru yang masuk UNITEN ditempatkan kat Apartment Ilmu menghadap tasik dengan masjid biru tu. Apartment ni ada 6 blok, 2 blok lelaki 4 blok perempuan. Aku masuk program foundation yang batch dia paling sikit, kurang dari 100+ macam tu je so tak ramai. Setiap rumah ada 2 bilik, 1 bilik untuk 2 orang so total satu rumah 4 orang. Mula-mula masuk aku dapat rumah kat tingkat 2, i4 tapi bukan yang atas office Pn. Awal tu (tangga pertama belah depan), aku punya rumah tangga kedua belah belakang. Satu rumah aku semua budak batch aku, semua baru masuk so takde banyak hal. Nak pendekkan cerita member-member yang sama College (department/kuliah) yang sama dengan aku ramai yang pindah sebab dapat tawaran UITM la ada yang pindah sebab dapat course yang diorang nak la. Diorang duduk dekat blok i4 jugak tapi yang atas office Pn. Awal tu. Aku selalu lepak rumah Han dan Syer bila diorang tinggal 2 orang je dalam rumah tu. Kesian la kan member tinggal 2 orang je. Lagi pun Syer selalu whatsapp aku cakap Han ni jenis emotional sikit, tiba-tiba naik hangin hempas buku hempas pintu. So, aku selalu la lepak rumah si Han & Syer dengan housemate aku sekali Lin (dia classmate Han dengan Syer).
Kitorang foundation 1 sem 3 bulan je, so nak last-last first sem tu adalah berlaku sikit pergaduhan antara aku dengan sorang housemate aku ni. So sebab taknak keruhkan keadaan aku decide nak pindah rumah si Han. Oh! lupa nak cakap yang si Syer dah pun pindah masuk UITM kot. Hah! Lepas tu mintak la tukar kat office nak masuk rumah dengan si Han ni sebab dia tinggal sorang. First masuk rumah tu aku tengok ruang tamu gelap toilet gelap. Aku ketuk bilik si Han panggil nama dia. Lama sikit baru dia bukak pintu. Terkejut aku bilik dia pun gelap yang bercahaya laptop je. Han sengih kat aku. Aku tanya, “kau buat apa dalam gelap?”. Han cakap, “tengok anime la apa lagi, gelap-gelap baru feel”. Aku pun angguk jerla sebab tau Han ni memang gila anime, aku tak kisah pun so aku baring la kat katil yang dulunya katil si Syer. Aku cakap dengan Han yang aku nak pindah masuk rumah dia ok tak tapi aku ambik bilik sebelah sebab aku tak suka bergelap. Han cakap ok je. So waktu nak pindah tu aku tak pindah sorang, aku ada bawak classmate aku si Na. Na ni perangai dia haram sikit (lol).
Ok ok back to story! Aku dengan Na berjaya pindah masuk ke bilik si Han tapi yang awkward nya si Han dengan Na ni tak ngam langsung tau tapi Pn. Awal tu boleh pulak suruh si Na ni satu bilik dengan si Han. Bilik yang lagi satu memang kosong tu Pn. Awal bagi aku sorang duduk. Waktu first kitorang dapat kunci, bila time masuk tu serious aku dapat rasa tak sedap hati macam sejuk je angin yang sambut kitorang time bukak pintu tu. Rupanya si Na kata dia pun rasa macam tu. Time ni aku dengan si Na ni agak rapat. Satu hari si Han ni cakap dengan aku nak jadi roommate aku sebab dia taknak satu bilik dengan si Na sebab macam aku cakap ramai tak suka sangat kat Na haha! Tak ingat sebab apa, aku boleh je tidur dengan Han dalam bilik aku tapi aku tukar dengan Han kira macam swipe la. Dia tidur bilik aku, aku tidur bilik Han ni dengan Na.
So malam pertama lepas kitorang tukar bilik tu. Pagi tu aku bangun macam biasa nak pergi class, selalu aku bangun dulu baru si Na. Mata pun mamai lagi aku pijak lantai tapi rasa sejuk, basah! Ya Allah! tengok satu bilik banjir adalah sampai paras atas buku lali. Angkut la segala apa yang kat lantai tu. Aku kejut si Na cakap banjir, dia menggeliat buat tak tau je. Geram aku! Lepas tu terus bukak pintu sebab kalau dah penuh air satu bilik mesti kat ruang tamu semua habis kena air jugak. Sekali aku bukak pintu tengok takde pun banjir, kering! Aku tengok mana datang air banyak sampai banjir bilik aku, rupanya dari toilet. Toilet tu lagi dekat dengan bilik aku yang sekarang ni kira macam sebelah je. Tapi cantik je air tu mengalir masuk bilik aku sampai penuh.
Lepas si Na ni bangun, baru dia tolong mop-mop sikit. Kitorang pun tak lah pergi class untuk satu hari tu sebab nak kemas rumah yang banjir. Malam seterusnya banjir lagi so incident banjir ni berlaku kat kitorang dalam 2-3 kali. Aku tanya si Han memang sebelum ni selalu ke banjir macam ni kat bilik lama dia ni? Dia cakap takde elok je sepanjang first sem lepas dia duduk sorang. Ni baru first time kena macam ni. Aku pelik sebab air tu bau busuk, macam bercampur najis pun ada tapi air tu macam air longkang tak lah keruh sangat. Tak tahan sebab asyik banjir aku report kat Pn. Awal. Dah check tu dia kata ok. Lepas tu dah takde banjir. Aku tak rasa apa-apa lagi. Lepas tu kan aku dengan si Na selalu study kat ruang tamu tu. Kadang-kadang aku sorang je study kat situ sebab si Na kata ruang tamu tu macam seram.
Aku buat tak tau je. Sekali ada satu malam tu tengah stress dengan calculus la physics la tiba-tiba aku dengar bunyi dinding kena tumbuk kuat macam dari rumah sebelah. Aku try dengar betul-betul, memang dari rumah sebelah tapi aku relax jerla maybe budak tu stress study ke atau problem dengan boyfriend ke kan. Tapi memang kuat la kalau budak perempuan nak tumbuk sampai bunyi macam tu. Bunyi tumbuk tu memang akan ada tiap-tiap malam. Pagi Isnin tu aku nak pergi class nak turun tangga kena lintas depan rumah sebelah aku tu. Aku tengok pintu depan rumah tu luas terbukak aku intai tengok kipas kat ruang tamu tu laju berpusing, aku fikir maybe dia nak kering baju kot. Tapi aku tengok sampai hari Khamis pintu tu masih terbukak, kipas pun tak tutup-tutup. Aku bagitau Pn. Awal yang rumah sebelah tu tak berkunci kipas pun terpasang. Dia tanya duduk mana, aku cakap tingkat atas ni je. Reaction muka dia macam susah nak describe tapi lama sikit baru dia cakap,
“Awak tutupkan pintu rumah tu boleh?”.
Aku angguk. Baru nak blah dari office dia. Dia cakap, “Eh tak payah la biar saya kunci sekarang nanti macam-macam hal pulak”. Aku angguk lagi terus blah balik rumah. Pn. Awal pun dah siap kunci rumah sebelah tu. Malam tu aku dengar bunyi tumbuk dinding lagi. Aku memang tak sedap hati dah time ni, bulu roma pulak dah meremang. Kuat sangat bunyi tumbukan tu. Kalau kau nak try boleh tumbuk dinding batu kuat-kuat. Aku try cool and buat tak tau so lepas habis belajar tu aku masuk bilik nak tidur. Yang ni sumpah demi Allah aku nampak dengan jelas.
Aku ni ada habit yang suka letak air mineral kat sebelah katil. Kalau tekak tengah sakit malam-malam memang kena minum air. Sebelum aku cerita, aku explain dulu dalam bilik tu. Bilik tu ada 2 almari tinggi. Aku tidur menghadap almari si Na dan Na tidur menghadap almari aku. Aku selalu sangkut towel kat pintu almari aku tapi Na dia sangkut towel kat belakang pintu dan towel Na pun color pink. So, malam tu aku terjaga dalam pukul 3 lebih macam tu sebab nak minum air. Dengan mamai-mamai bangun sebab nak ambik air mineral kat lantai. Bukak je mata aku nampak ada satu kain putih tapi lutsinar, means kau nampak ada kain tapi kau boleh nampak almari jugak, tersangkut kat almari tu panjang. Aku pandang sekilas dari atas ke bawah, bawah tak ada kaki dan kain tu pun separuh je. Aku tak nampak muka dia dengan jelas tapi aku nampak rambut mengurai panjang sampai hujung bawah kain dia.
Aku tak berani nak fikir lama terus pejam mata sambil fikir sejak bila si Na ni sangkut towel dia kat almari. Sambil baca ayat Qursi aku pun terlelap. Esok dia aku tengok takde apa pun kat almari si Na. Aku terus direct cakap dengan si Na apa yang aku nampak kat almari dia. Dia pun takut la sebab kat almari dia. Lepas tu part yang aku ingat jugak waktu tu tepat pukul 4 pagi, aku dengan Na macam ada orang kejut dua-dua terbangun sendiri. Dia pandang aku, aku pandang dia. Kitorang terjaga sebab dengar kuat gila bunyi anjing melolong bukan menyalak eh. MELOLONG! Macam betul-betul kat luar tingkap kitorang. Nak bukak langsir tengok memang tak lah kan. Si Na ni dah cuak dah mengada-ngada nak tidur dengan aku pulak. Esok dia aku tanya la si Han kat bilik sebelah sebab mesti dia dengar jugak kan? Aku tanya Han, “kau ada dengar tak semalam kuat gila kan bunyi anjing kat tingkap bilik rumah kita?”. Han pandang aku pelik dia cakap dia tak dengar apa pun. Mustahil gila kalau Han cakap dia tak dengar.
Bunyi anjing tu kuat sangat sampai time tu aku bagitau ustaz aku, dia kata memang bunyi anjing tu salah satu maksud ada lah wujudnya syaitan yang menyerupai hantu. Lagi satu bunyi orang mandi memang selalu sangat, tiap-tiap nak dekat tengah malam. Time cuti midsem seminggu, semua orang pun balik rumah kan. So supposedly toilet mesti lah kering tapi after a week dah masuk study balik si Na akan balik awal, dia cakap dengan aku, “Haritu masuk bilik air penuh dengan lumut, shower pun basah macam ada orang guna”. Aku balik Uniten lambat sebab rumah aku dekat so hari isnin pagi tu baru aku balik. Aku tengok memang penuh lumut kat kepala shower tu macam dah lama tak guna tapi basah je.
Lepas tu kitorang selalu jugak ajak classmate kitorang yang sorang ni datang untuk ajar kitorang. Dia budak perempuan India aku gelarkan dia Tia. Satu hari ni Tia datang sebab aku whatsapp dia suruh ajar calculus, then dia datang rumah aku kitorang study la kat ruang tamu tu. Time semua tengah diam buat kerja, si Tia tanya aku, “Eh Ann toilet you ada orang mandi ke?”. Aku diam aku pandang si Na. Si Na cakap, “Memang macam tu you buat tak tau je”. Aku mampu sengih je sebab memang hampir setiap malam ada bunyi macam orang mandi bukan paip bocor ke apa tapi bunyi shower. Benda ni berlarutan sampai nak final exam. Lagi kitorang struggle nak study calculus dengan physics yang bagi kitorang memang hardcore time tu lagi teruk kitorang kena kacau.
Ada satu malam ni aku study sampai pukul 2 pagi kat ruang tamu sorang-sorang.Aku rasa otak aku penat gila dengan segala formula lah nombor la nak kena ingat. Aku rasa ada orang macam pandang aku kat sliding door tu. Aku tak tengok sebab aku nampak dari ekor mata aku ada benda tengah tercangkung pandang aku. Nasib baik malam tu aku tutup sliding door just langsir je aku ikat. Aku nampak benda tu makin lama makin dekat dengan cermin sliding door. Kaki memang dah lemah dik non! Aku gagahkan jugak bangun terus masuk bilik kunci pintu. Takut sangat sampai tertidur. Tapi pukul 3.30 si Na kejut aku siap goyang-goyang bahu aku.
Aku tanya la, “Kau nak apa ni kejut aku?”. Si Na muka cuak gila dia cakap, “aku dengar orang ketuk pintu bilik kuat banyak kali sebut nama kita dua. Weh aku takut aku nak tidur dengan kau”. Aku memang bengang la dah la aku pun tak berapa suka dia. Aku cakap kat si Na, “kau ni mamai ni takde apa lah perasaan je”. Habis je aku cakap ada orang ketuk pintu bilik sekali tapi kuat. Aku pandang si Na dia dah menyorok kat belakang aku. Nasib la aku memang letak Yassin bawah bantal. Aku pegang je Yassin tu sambal baring. Alhamdulillah takde apa sampai pagi tu. Time tu dah study week takde class. Beberapa hari selepas kejadian ketuk pintu tu si Na dah tak sanggup dah nak duduk kat rumah tu sebab asyik kena kacau je dengan benda-benda ni.
Bunyi tumbukan kat dinding, bunyi orang mandi bunyi orang ketuk pintu. Dia cakap dia nak tidur kat rumah lama aku yang sebelum aku pindah tu dengan si Lin (housemate aku yang dulu) Na ajak aku tidur sana sekali. Malam first tu aku ikut lah tidur sana tapi malam seterusnya si Na ni tidur sana lagi, aku cakap taknak sebab kalau tinggal bilik kosong lagi la benda-benda ni suka. So aku decide nak tidur je kat rumah sendiri. Tapi teringat pulak yang pasal bayang putih kat almari Na. Aku ketuk bilik Han kat sebelah dengan harapan dia bagi lah aku tidur satu bilik dengan dia lagi pun katil lagi satu kosong.
Han bukak pintu, bilik dia maintain macam gua. Aku terus direct cakap, “Han aku nak tidur dengan kau boleh? Na tidur rumah Lin la so aku sorang”. Han angguk dia cakap, “boleh je masuklah tapi jangan bukak lampu aku nak tengok anime”. Aku angguk walaupun seram sebab gelap je bilik tu aku pun baring kat katil yang kosong tu sambil borak-borak dengan Han. Han pun nak tidur awal malam tu. So bermula lah sesi perbualan aku dengan Han,
Han: “Kau tinggalkan Na sorang ke dalam bilik tu?”
Aku: “Eh tak lah kitorang tidur rumah Lin semalam hari ni pun kat sana tapi aku tak selesa nak tidur rumah sendiri”
Han: “Semalam korang tidur rumah Lin? Korang dua?”
Aku: “Aah kitorang dua la tidur rumah Lin. Apasal?”
Han: “Semalam pukul berapa aku dengar Na panggil nama kau suruh keluar. Kuat kot dia ketuk bilik dengan panggil nama kau tapi suara dia garau sikit.
Aku dah berkerut time ni. Aku pandang Han. “Serious kau dengar orang tu panggil nama aku?”, aku nampak Han angguk. Dia ingatkan Na tu mengamuk sebab dia ketuk pintu dengan kuat. Aku diam lepas tu baru aku cakap, “Semalam aku tidur kat rumah Lin so takde siapa pun kat bilik kitorang semalam”m Kitorang dua diam. Lepas tu Han sambung dia cakap dulu waktu mula-mula masuk rumah tu dia dengan Syer ada nampak kain kuning tersangkut kat atas sliding door. Tapi ayah Syer ambik dan buang benda tu, dia cakap apa kain-kain kuning ni kurafat betul. Tampal la ayat-ayat al-Quran. Tu apa yang Han bagitau aku la.
Bilik si Han ni pun aku seram jugak walaupun dia ada temankan aku tidur tapi aku dapat rasakan ada je benda pandang aku. Esok tu sementara gap untuk next exam Han, Lin, Na dengan aku duduk ramai-ramai tengok horror movie tapi tak ingat movie apa bersama dominos dalam bilik si Han yang gelap gelita tu. Si Lin ni bangun nak basuh tangan, lepas tu dia masuk bilik tak lama lepas tu si Han pulak nak basuh tangan. Lepas tu kitorang dengar Han jerit dari luar, “Weh Lin kau tak tutup air ke?”. Lin pandang aku dengan Na dia cakap slow, “Aku tutup doh air tadi”. Na pun masuk bilik tanya soalan yang sama lagi. Lin cakap dia tutup. Semua orang pun diam sebab masing-masing dah tau rumah tu macam mana.
Panjang eh cerita aku. Ok ni last yang jadi before semua balik sem break. Aku terjaga dalam pukul 7 macam tu sebab dapat banyak sangat whatsapp aku check tengok si Han whatsapp aku mintak tolong tendang pintu bilik dia. Aku terus bangun dari katil sebab takut dia pengsan ke dia kena rasuk ke. Aku nak tending pintu bilik Han tapi aku tengok pintu bilik dia tak bertutup pun. Aku intai tengok Han tengah baring atas katil. Aku tolak pintu slow. Han pandang aku muka dia takut sikit. Aku tanya Han, “kau ok tak? Apasal kau suruh aku tendang pintu?”. Han bangun tapi still duduk atas katil, “Aku nak kau tendang pintu sebab aku nampak pintu bilik aku berkunci rapat dan aku nampak seseorang”. Aku tarik kerusi kat meja belajar, duduk aku pandang Han “cuba kau story slow-slow, takpe takyah takut dah pagi dah pun”. Han pandang aku start story,
“Aku tak sure aku mimpi ke apa tapi aku memang sedar. Kalau tak sedar takkan aku whatsapp kau. Aku tengah tidur lepas tu aku nampak ada budak perempuan berkemban kat pintu. Budak perempuan tu macam darjah 6 form 1 form 2 macam tu. Mula-mula dia kat pintu bilik, dia senyum kat aku. Aku pejam mata. Aku bukak mata tengok dia kat kaki aku and still senyum. Aku capai Yassin kat bawah bantal, budak perempuan tu tanya aku, “Kenapa awak pegang benda tu? (dia refer kat Yassin) Awak takut ke?”. Han tak cakap apa dia terus whatsapp aku cepat-cepat and terus tutup mata sebab taknak tengok budak perempuan tu lagi. Time aku masuk bilik tu Han bukak mata tengok dah takde dah budak perempuan berkemban kat atas katil dia. Nasib baik la time ni masing-masing dah nak balik sem break.
Kitorang assume yang benda tu atau pun budak perempuan tu memang duduk situ and mandi kat situ sebab refer cerita si Han budak perempuan tu berkemban. Allahualam tak tau la. Pasal rumah sebelah kitorang tu tak sure tapi sampai habis 3 sem foundation rumah tu gelap takde siapa duduk. Malam-malam lalu situ memang seram. Aku dengan member pernah balik malam lalu bawah rumah tu nampak langsir sliding door tu bergerak macam ada orang intai padahal rumah tu gelap takde orang duduk kot. Langsir pun kalau yang perasan hari ni langsir tu kat kiri esok langsir tu kat kanan esok lagi tersangkut pulak.
Hah so tu jer la cerita yang aku ingat sepanjang duduk kat Apartment Ilmu tu. InsyaAllah next time aku story pasal Apartment Murni pulak tu pun kalau korang nak la hehe. Adios!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hihih seram pulak citer nie… ada yang menumpang tue…
Hui seram juga..sambung ye cerita tak sabar nak baca
Putrajaya..cyberjaya mmg kwsn angker.sb apa akak ckp angker? Sebab akak pnh duk kuartes kt p** area pghujung 2011-2014.mcm2 jadi.ada masa nt akak tulis.bgus tulisan kau dik.nt sambung hastag akak ye.hehe
best..cerita la lagi. panjang pun xpa
Best eh hang punya cerita, story la lg
Penulis ni boleh PM saya tak. Nak tau detail story.
Ikmal
detail story macam mana?huhu
berdasarkan pengalaman saya. area tu malam2 jalan (sbb park kat area i5) memang takut ! klau jalan sorg mcm ada org pandang. papepon im one of the survivor i2/i3 batch 2009-2010 🙂
Alamak baru duduk rumah tu tahun lepas hahahaha
2006.
balik midnight movie, turun kat guard perlu naik bukit untuk sampai ilmu 1. sampai rumah, semua housemate takde (mungkin sebab masih cuti raye). mcm biasa, bersihkan badan, get ready untuk tidur. lampu satu rumah pasang (takut punye pasal sbb tinggal sorang). sedang elok letak kepala atas bantal, dan2 bunyi air menitik laju (alahai – padahal dah tutup td). pergi tengok, takde ape. okeyyy.. masuk bilik dan tutup pintu, tiba2 dengar cawan pecah depan pintu bilik. hampeh.
dalam keadaan cuak-tp-beranikan-diri, buka balik pintu. aik. mana cawannye? cari dekat kitchen dan hallway. kosong. bersih. pergi ke ruang tamu pula. kemas. pergi pula ke arah balkoni. tibe2 ade pula yg mencakar pintu kaca bagai nak gila. tak-mungkin-kucing. lari masuk bilik. bukak radio kuat2 (nk hilang bunyi ngilu cakar), baca apa patut, tido.
esok hari, kawan-kawan yang hantar sampai guard tanya, ‘semalam ko jalan dengan siapa? ada budak perempuan pimpin dengan ko’.
Aku pun pernah duduk dekat i2 tu tapi bukan bahagian tuan punya cerita tapi atas pejabat Pn. Awal. Alhamdulillah tak ada apa-apa tapi mengikut cerita daripada kawan-kawan aku sendiri,ramai yang mengalami pengalaman yang macam ini. Apa yang dapat aku simpulkan,benda-benda ini ada dekat man-mana sebab dia pun makhluk ciptaan tuhan.Apa yang kita perlu buat,selalu dekatkan diri kepada Allah kerana kepada-Nyalah kita berlindung. Baca doa banyak-banyak sebab syaitan takut dengan orang yang dekatkan dirinya dengan Allah. Wallahuallam.
seramnyeeee
Best jln ceritanya.. harap dpt sambung kisah apartment murni secepat yg boleh..