Assalamualaikum. Terlebih dahulu, maaf kiranya penulisan saya agak sukar untuk difahami. Saya merupakan pembaca setia Fiksyen Shasha dan tergerak di hati saya untuk berkongsi kisah saya sendiri. Saya cuba garapkan seeloknya beberapa cerita yang saya dan housemates saya alami ketika baru sahaja menuntut di salah sebuah universiti di Selangor. Semoga para pembaca Fiksyen Shasha dapat memahami penulisan saya dengan jelas.
Cerita ini berlaku awal tahun 2015. Baru lagi dan masih segar dalam ingatan. Universiti atas bukit dan banyak ladang sawit di sekitarnya. Suasana di sini sememangnya sunyi pada waktu malam. Kami ditempatkan di Kolej Bunga Kuning Pertama. Saya elakkan untuk menulis secara terus nama kolej yang berkaitan. Bimbang, penghuni selepas ini tidak selesa duduk di rumah itu. Cukuplah saya berikan gambaran sahaja. Rumah kami di tingkat tiga. Penghuni rumah ada lapan orang kesemuanya iaitu Aida, Maya, Isha, Athira, Mawar, Eva, Hawa, dan saya sendiri. Saya duduk sebilik dengan Hawa. Selepas mendapat bilik masing-masing pada hari pertama pendaftaran, saya dan housemates melakukan kerja-kerja pembersihan rumah sehingga lewat petang. Housemates saya semuanya tidur awal malam itu gara-gara keletihan.
Dalam pukul 11.30 malam saya ke bilik air untuk mencuci baju-baju kotor. Ketika berada di dalam bilik air waktu itu, belum ada perasaan takut mahupun seram walaupun sudah lewat malam. Pernah juga saya terdengar cerita-cerita seram berkenaan universiti ini tapi saya tidak mahu terlalu ambil endah. Saya berada di bilik air itu hampir dua jam memandangkan pakaian yang perlu dicuci agak banyak. Di tingkat satu sebenarnya ada mesin basuh tapi saya malas hendak turun jadi saya hanya mencuci pakaian di bilik air. Di situlah kejadian pertama bermula.
Dan antara kami berlapan, sayalah orang pertama yang terkena gangguan di rumah itu. Orang kata, pembuka tirai. Haha. Ketika sedang mencuci pakaian, tiba-tiba ada suara perempuan mengilai. Suara itu sangat kuat seolah-olah berada di bahagian luar bilik air itu sahaja. Sangat kuat! Meremang bulu roma saya. Saya berusaha sedaya upaya menepis segala perasaan takut memandangkan pakaian masih banyak perlu dicuci. Dalam hati saya, mungkin ada individu yang sengaja ingin menakutkan saya. Tapi individu mana pula yang rajin memanjat bahagian luar rumah hingga ke tingkat 3 tengah malam semata-mata untuk menakutkan saya? Cepat-cepat saya selesaikan cucian dan terus menuju ke ruang tamu.
Di ruang tamu setiap rumah ada satu ampaian. Sedang sibuk menggantung baju-baju di ampaian, tiba-tiba terdengar bunyi pintu utama ditutup. Pintu utama terletak di sebelah ampaian sahaja dan sangat mudah untuk saya melihat pintu itu. Pintu itu berkunci! Tapi tadi memang pintu itu yang saya dengar ditutup sebab bunyinya terlalu hampir. Tak mungkin pintu rumah orang lain. Perasaan takut saya pada waktu itu hanya Allah saja yang tahu tapi sekali lagi saya berusaha menepis perasaan takut, berlagak seolah-olah saya tidak mendengar apa-apa dan meneruskan kerja saya. Sekali lagi pintu itu berbunyi seolah-olah ditutup. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari ke bilik membawa baki baju yang belum digantung di ampaian.
Seperti yang saya ceritakan tadi, housemates saya semuanya sudah tidur. Hanya saya seorang yang masih berjaga. Hendak menjerit pun rasanya sia-sia. Housemates pasti tidur mati gara-gara keletihan. Saya menunggu agak lama di dalam bilik, kalau-kalau ada bunyi suara mengilai ataupun bunyi pintu ditutup lagi tapi sudah tiada. Saya kembali ke bilik air untuk mandi. Ikutkan hati kalau boleh memang tak mahu kembali ke bilik air tapi saya sedang ‘kotor’. Kalau tidak mandi, lagilah ‘dia’ suka kacau. Nasib baik tiada lagi suara perempuan mengilai.
Tapi perasaan lega saya ternyata cuma seketika. Suara perempuan mengilai itu muncul semula. Selesai mandi, saya terus berlari masuk semula ke dalam bilik, tapi suara perempuan mengilai itu masih belum hilang dan semakin kuat. Hendak bangunkan Hawa, kesian pula. Tak apalah, saya cuba tidur untuk hilangkan perasaan takut. Agak lama juga suara mengilai itu kedengaran. Hampir 10 minit dan sepanjang tempoh itu saya cuma mampu berbaring dan menekup kepala saya dengan bantal sambil membaca ayat kursi di dalam hati hingga tertidur.
Esoknya baru saya ceritakan pada Hawa. Yang peliknya, suara itu tidak akan muncul apabila saya suruh Hawa berjaga untuk dia dengar sendiri suara itu. Mungkin ‘dia’ takutkan Hawa sebab Hawa alim orangnya. Haha. Suara itu terus mengganggu saya setiap malam dan setelah beberapa malam, suara itu akhirnya hilang begitu sahaja. Tidak berapa lama selepas itu, kejadian lain pula yang mengganggu saya. Saya dan Hawa agak kontra jika dibandingkan dari aspek waktu tidur. Saya jenis tidur lambat, Hawa pula sentiasa tidur awal.
Oleh sebab sentiasa tidur lambat, saya berulang kali terdengar bunyi guli dan kerusi diseret dari tingkat atas. Sejujurnya, saya memang tidak tahu bunyi guli pada waktu malam rupanya tanda-tanda rumah ada ‘sesuatu’ dan saya hanya mengetahuinya selepas saya mengadu pada Hawa saya sukar untuk tidur malam disebabkan penghuni rumah tingkat atas selalu membuat bising, bermain guli, mengheret kerusi, dan sebagainya.
Terus berubah muka Hawa. “Rumah atas kosong lah. Mana ada student duduk”, kata Hawa. Terhenti seketika jantung saya. Malam-malam seterusnya saya masih dengar bunyi yang sama iaitu bunyi guli, bunyi kerusi, dan sebagainya. Bunyi itu berlarutan hampir setiap malam sehingga Hawa juga terdengar sama. Okay, di sini kerisauan saya berkurangan sedikit. Saya kira, kalau cuma saya yang diganggu, mungkin ada yang tidak kena pada diri saya. Tapi ternyata Hawa juga diganggu.
Salah seorang housemate saya; Mawar pula pernah terjaga lewat malam dan terkejut apabila mendapati seorang perempuan berambut panjang dan berpakaian serba hitam sedang tunduk merenung Eva yang sedang tidur dan duduk di hujung kaki Eva. Cerita Eva pula, semasa dia duduk di meja study, dia ternampak cik lang dengan rambut panjang terbang di luar tingkap bilik. Bilik Eva dan Mawar terletak di sebelah bilik saya sahaja. Pernah sekali semasa Mawar tiada di bilik kerana ada study group dengan classmatesnya, Mawar whatsapp saya suruh tengokkan keadaan Eva dalam bilik kerana Eva berseorangan di dalam bilik.
Baru saja saya masuk untuk tengokkan Eva, saya lihat Eva sedang bersembunyi di dalam selimut dan menangis ketakutan. Mukanya pucat lesi tapi dia tidak mahu ceritakan apa-apa. Berulang kali saya tanyakan kenapa, dan dia cuma katakan dia tidak apa-apa. Mungkin terlalu takut. Tidak lama selepas itu Mawar pun pulang. Mawar cadangkan supaya kami tidur beramai-ramai malam itu. Memandangkan bilik saya agak luas (banyak ruang kerana katil saya dan Hawa telah digabungkan), jadi kami semua bersetuju untuk tidur dalam bilik saya. Masing-masing membawa tilam dan bantal lalu tidur berjemaah dalam bilik saya.
Hari-hari berikutnya, giliran housemate saya si Aida pula yang diganggu. Ketika kami serumah sedang duduk melepak dalam bilik Mawar dan Eva, tiba-tiba Aida keluar dari bilik tersebut dan masuk ke dalam biliknya sendiri. Dia keluar secara tiba-tiba. Kami sangkakan Aida sakit. Rupa-rupanya, Aida kata dia ternampak perempuan berpakaian serba hitam dan tunduk berdiri di hujung bilik Eva dan Mawar sambil memerhatikan kami semua. Ya Allah. Selepas seorang, seorang lagi penghuni rumah itu diganggu.
Kami mula mencari ikhtiar supaya ‘dia’ tidak mengganggu kami lagi. Setiap malam selepas solat maghrib, kami adakan bacaan yassin di rumah dan cuba ‘memagarkan’ bilik masing-masing dengan air dan garam yang telah dibacakan surah-surah di dalam Al-Quran. Selepas peristiwa itu, rumah kami lebih aman. Kami selidik di internet kalau-kalau ada kisah pelajar bunuh diri di kolej kami; DI RUMAH KAMI. Mana lah tahu kalau ada yang bunuh diri di rumah itu. Mungkin itu yang menyebabkan roh tidak aman dan mengganggu penghuni-penghuni rumah itu.
Tapi kami tak jumpa sebarang cerita mengenai kes bunuh diri di situ. Jadi untuk menyedapkan hati, kami simpulkan ‘dia’ yang selalu datang ke rumah kami cuma datang ‘melawat’. Syukurlah tak pernah ada yang terkena histeria di dalam rumah itu walaupun kerap kali diganggu.
Semuanya kuat semangat, Alhamdulillah. Sekarang kami masing-masing berada di tahun akhir dan sudah pun berpindah ke kolej lain. Tapi kisah-kisah yang kami alami itu akan terus segar dalam ingatan.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Adoiyai…berani jgk awk ni ya dik…Sy pon selalu gak kena ganggu bunyi2 mcm awak tu…Sy buat dunno je.Sbb sy tau dorang pon wujud.As long as dia tak kaco kita,insha Allah kita okay je.Kena selalu mengaji org kata kt dlm umah tu.Umah pon jgn bg gelap and malap sgt.Kalau ada langsir,buka je bg terang2 waktu siang.Benda2 camtu tak suka suasana terang.Sy sendiri pon tido pasang ayat suci Al-Quran.Kot2 la anything happen kan.
Huhu… kalau saya la.. nk g mandi mlm2 lpas da dgr mcm tu… mmg kejut roomate ke housemate… mmg xde la nk g sorg2..
Smala kite CariDeey Hamid.. saya tdo mlm msty berteman ayt quran smpi pagi… apa2 surah.. bile ada mcm bnda2 pelik saya psg ruqyah…
Uitm palam eh? Ahahaha.
Done komen