Hi semua. Aku Cim, seorang perempuan , berbangsa iban dan berasal dari Sarawak. Kisah yang aku nak kongsikan adalah tentang sepupu aku yang aku panggil Unnie (bukan nama sebenar, semua nama aku sudah tukar). Kisah ini agak panjang, sebab sudah bertahun ‘benda’ itu menghantui mereka sekeluarga. Aku juga pernah sekali terkena gangguan, tapi syukur tiada gangguan yang teruk sangat.
Pertama sekali, aku nak kongsikan mengenai latar belakang keluarga sepupu aku ni. Watak mereka penting dalam cerita ini. Semuanya mainkan peranan. Keluarga sebelah ayah aku keluarga besar. Kami semua memang rapat. Mak cik aku, adik kepada ayah aku, aku panggil dia Indai (ibu) dan pak cik aku , apai (ayah). Sepupu aku paling sulung, Nia. Kedua, Unnie. Ketiga, Josh. Keempat, Mike dan kelima, Keven. Aku bagikan setiap part cerita ini. Harap bersabar baca dan bertenanglah..
1. Ternampak
Sepupu aku, Unnie watak utama dalam cerita ini. Aku nak terangkan sedikit tentang dia. Unnie badannya kecil, berambut panjang dan tebal. Kulitnya hitam manis dan dia selalu cakap dia Beyonce haha. Matanya sepet macam cina dan dia memang pandai cakap cina. Dia cerita kepada aku bagaimana dia ternampak cik pon semasa dia tengah memberus gigi dekat sinki . Ketika itu, dia menyewa dengan kawan baik dia yang sama menuntut pengajian di ipts, Kuching. Ceritanya, malam itu seperti biasa dia mencuci muka dan memberus gigi di sinki. Ada jendela dan dia dapat tengok pemandangan di luar. Tiba-tiba dia ada melihat sesuatu tengah terbang sambil mengilai. Dia memang jenis penakut. Cepat-cepat Unnie berkumur lalu terus berlari ke biliknya. Dia menangis depan Mona, kawannya. Dia cerita apa yang dia nampak dan badannya sudah bergetar. Semalaman lampu tidak ditutup dan Mona tidak tidur temankan Unnie sebab asal saja mata Unnie tutup, terasa badannya kena tindih. Mona akan kejutkan Unnie jika dia nampak Unnie macam pelik. Sejak itu dia kena gangguan sehingga habis belajar.
2. Kemalangan
Unnie ada kereta Viva masa itu. Sejak peristiwa ternampak cik pon dia berpindah dan tinggal menyewa sekali dengan adiknya, Josh yang ketika itu menyambung pengajiannya di Kolej komuniti. Mereka menyewa di Samariang. Ada kereta jadi senang untuk menyewa jauh sikit. Mona pun ikut sekali dengan mereka. Satu hari, Unnie memandu seorang diri ke jalan Demak Laut. Aku lupa kenapa dia pergi sana. Tengah dia memandu, kepala dia tiba-tiba sakit dan dia ada ternampak benda itu lagi tiba-tiba muncul di depan jalan raya. Spontan dia membelok ke kiri. Masa itu, dia di laluan kiri. Apa lagi, keretanya masuk ke parit. Dia tidak sedar lagi masa itu. Nasib dia selamat ketika itu, tiada kecederaan. Kereta pun tidak teruk sangat. Awalnya, dia tidak menceritakan hal tersebut kepada apai dan indai sebab mereka tidak akan percaya apa yang dia ceritakan nanti. Jadi, dia cuma cakap dia selalu pening kepala. Rasa nak pecah kepala. Rujuk kepada doktor tapi doktor cakap dia ada migraine saja. Doktor beri ubat, namun kesakitan itu masih ada. Unnie selalu pengsan. Beratnya 48kg turun sehingga 40kg. Memang nampak kurus dia ketika itu.
3. Balang putih
Selepas tamat pengajian, keluarga Unnie pindah ke Kuching. Mereka membeli rumah di Unigarden, Samarahan yang berhadapan dengan Unimas. Aku pun menyambung pengajian di ipts yang sama dengan Unnie. Jadi aku selalu balik ke rumah mereka jika tiada kelas. Cik pon mengikut ke mana saja Unnie tapi tiada siapa tahu. Sejak diganggu juga, Unnie lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Dia aktif dengan gereja. Gangguan berkurangan tetapi masih tetap ada.
Balang putih ni, aku tak pernah tengok dan aku memang tidak terfikir untuk tengok. Kenapa? Sebab benda itu berhantu. Ceritanya begini, indai bawa balang putih ke rumah mereka di Kuching selepas rumah panjang mereka di Kapit terbakar. Dia jumpa benda itu dekat kebun di rumah panjang mereka. Dia tertarik dengan balang itu, dia cakap cantik. Dia simpan di rumah panjang dan balik ke Kuching semula. Berapa bulan kemudian, mereka dapat berita bahawa rumah panjang terbakar. Jadi, indai aku balik ke Kapit. Rumah panjang memang sudah hancur. Indai cari barang yang dapat diselamatkan, tiada!
Tiba-tiba dia melihat ada cahaya bersinar. Korang tahu tak, benda itu tak pecah dan masih putih bersih sebersihnya walaupun benda lain sudah hangus. Jadi, indai bawa benda itu ke rumah mereka di Kuching. Sebelum itu, dia ada tanya indai aku yang lain yang berada di Kapit. Dia cerita tentang balang putih itu, mereka jumpa bomoh. Bomoh cakap benda itu ada penjaga iaitu nenek tua dan beritahu benda itu baik jika diberi ‘makan’ dan ‘dijaga’. Sampaikan bomoh itu minta dengan indai aku. Mestilah indai aku tidak setuju kalau benda itu bagus sampaikan bomoh pun minta. Tapi kenapa tuan dia buang di sungai sebelum ini?? Jadi, dia bawa dan simpan di biliknya di Kuching. Jadi bermulalah gangguan di rumah mereka. Eh, baru bemula ye… ok, aku cuba ringkaskan.
4. Rumah baru
Indai aku tak ceritakan balang putih itu kepada anak-anak dia. Dia sembunyi beri benda itu ‘makan’. Sebab, sudah tentu Nia dan Unnie halang. Indai aku miring simple jak (kalau korang tak tahu, boleh google adat miring orang iban). Tapi suatu hari, Unnie ternampak. Dia bergaduh dengan indai. Patutlah telur mereka cepat habis. Unnie sebelum ini menyangka Mike yang makan. Sebab mike ni memang kuat makan telur. Nanti aku cerita pasal mike. Dia special sikit.
Unnie laporkan hal itu kepada Nia. Nia menyambung pengajian master sambil bekerja di Pulau Pinang. Jadi, Unnie yang jaga mereka sekeluarga di Kuching. Sejak itu, benda itu makin kerap menganggu. Benda itu tidak muncul depan indai tapi menganggu ahli keluarga lain. Josh, ada anak 2 orang iaitu Adam (2 tahun) dan Niko (1 tahun) yang ketika itu masih kecil. Josh bekerja di Korea jadi memang dia tidak tahu apa yang terjadi mahupun percaya. Dia cakap semuanya mengarut.
Ada suatu hari, aku balik ke rumah mereka. Unnie cerita semua kepada aku. Aku duduk bincang dengan indai di meja makan. Aku pegang tangan indai, aku ceritakan kepada indai ada benda ganggu Adam dan Niko. Setiap petang mereka akan menangis ketakutan. Tiba-tiba wajah indai berubah. Dia tarik tangan dia, cakap “perasaan mereka saja tu. Tiada apa yang berlaku di rumah ini. Kalau benda itu jahat, kenapa dia tak kacau aku? kenapa dia tidak pernah muncul walaupun aku yang beri dia makan?” (bahasa kami orang agak kasar ye hehe.. tapi kali ini cara indai lain.) “Tapi benda itu kacau Mike juga. Setiap petang mesti Mike pelik.” aku taknak mengalah.
Aku cuba sedarkan indai aku. Terus matanya tajam pandang aku. “Mike itu memang bodoh! Setiap hari dia memang pelik. Macamlah kamu tidak kenal Mike tu macam mana.” Lantang sekali suara indai. Sejak indai bawa balang putih itu , memang kerap dia marah Mike. Kadang ada juga aku terdengar, indai nak bunuh Mike. Aku terdiam. Aku bagi indai tenang dulu. Bilik indai kat bawah. pintu memang selalu terbuka dan ada stor kecil dalam bilik tersebut. Keadaan rumah mereka memang gelap , mana tak nya. Matahari terbit dari belakang rumah dan akan terbenam di depan rumah mereka. Faham? cuba imagine lah ye.
Lepas aku bercakap dengan indai dan tengok rupa indai dah lain, aku nak pergi naik atas jumpa Unnie. Tapi masa aku lalu bilik indai aku tengok Mike tengah main bola sambil ketawa . Dia baling bola ke arah stor. Aku terpaku sekejap. Aku ingat semula cerita Unnie tentang Mike. “Oi Mike, kenapa kau main kat sana?” Aku terus tekan suis lampu. Dia pandang aku sambil tersenyum. “Dah, keluar. jangan main sorang-sorang.” Dia ikut juga apa aku cakap. Sempat aku jeling stor. Seram sejuk lah! tapi hati aku sakit tengok mereka sekeluarga macam ni. Rumah baru mereka memang nampak seram. Kalau dah pukul 6 memang dah nampak gelap. Mereka memang selalu buka lampu awal.
5. Mike
Mike seorang yang istimewa. Sindrome. Pemikirannya seperti kanak-kanak tapi umurnya dah 17 tahun kot masa itu. Pertuturannya tak jelas dan susah untuk difahami. Dia pandai masak nasi goreng dan sup terjun sebab dia memang suka makan. Berbadan besar, tinggi dalam 160 cm dan berat 90 kg lebih kot. Memang dia overweight. Disebabkan fikizal dan mental Mike begitu, benda itu ambik kesempatan. Mike mudah dirasuk. Setiap petang, kira pukul 6 petang memang dia akan berubah. Dia bukan Mike lagi tu. Kemungkinan benda dari balang putih itu menganggu Mike.
Ada satu hari ini, Mike tiba-tiba datang dekat Adam. Niko pula berada di pangkuan mummynya, Tracy. Unnie dan Keven berada di dapur. Mike tiba-tiba pukul Adam kuat. Tracy terus menjerit. Niko menangis. Unnie terus berlari ke ruang tamu apabila dia mendengar bunyi bising. “Mike, kau ni kenapa?” Herdik Unnie sambil menolak kasar badan Mike. Mata Mike sudah merah , tanpa bersuara dia pergi ke dapur dan mengangkat kerusi dapur yang agak berat tu. Dia cuba untuk membaling kerusi kepada Unnie . Tracy terus berlari membawa kedua-dua anaknya berdekatan dengan pintu utama.
“Mike, jangan baling kerusi tu.” Unnie cuba pujuk dia. Tapi Mike tetap membaling kerusi tersebut. Nasib Unnie baik sebab dia cepat mengelak. Tapi Mike masih tidak puas hati lagi tu. “Keven, datang sini cepat!” Jerit Unnie memanggil adiknya di dapur tadi. Mike ambil semula kerusi utk cubaan kedua, namun dia tidak sempat membaling kerana Keven terus menghalangnya. Keven terus menumbuk bahagian perut dan dada si Mike. Mike terus terduduk dan menangis. “Lawan aku! Jangan kau cuba naik tangan atas mereka! Aku lawan kau!” herdik Keven. Dia tak melawan. Mike memang takut dengan Keven walaupun Keven adik dia dan badan Keven lebih kecil.
Malam itu, Unnie memanggil Mike masuk ke biliknya. Unnie dan Keven cuba untuk memujuk Mike menceritakan siapa ‘kawan’ yang dia selalu sebut. Awalnya, Mike enggan beritahu. Dia cakap nanti ‘kawan’ dia marah. Unnie cuba memujuk. Akhirnya, Mike beritahu ‘kawan’ dia benci dengan Unnie sebab Unnie selalu buka lagu rohani dan sembahyang. “Kawan cakap nak bunuh kamu.” Itu ayat Mike sambil sambil pandang ke arah lain. Keven dah seram sejuk. “Benda itu bukan kawan ! Dia syaitan cuba untuk menyesatkan kita. Aku tak takut dengan dia. Kita ada Tuhan untuk melindungi kita.” kata Unnie. Kemudian, Unnie ajak kedua-dua adiknya berdoa sebelum tidur .
Disebabkan benda itu tahu Mike beritahu tentang ‘dia’ kepada Unnie. Makin dashyat dia kerjakan Keven dan Unnie malam tu. Cerita Keven. Malam itu, dia terbangun waktu pagi. tak pasti pukul berapa sebab ketika dia nak ambil handphone, dia terlihat sesuatu melekat di dinding yang berdepan dengannya. Lembaga hitam dan kelihatan seperti lelabah besar sedang merangkak di dinding. Keven terus membungkus seluruh badannya dengan selimut . Dia sebelum ini jarang berdoa pun cuba untuk berdoa. Haaa masa takut tau cari Tuhan, kan… Dia berdoa sambil tertidur. Cerita Unnie pula, dia yang sedang tidur tiba-tiba terasa ada hembusan ke mukanya. Matanya terus terbuka tapi badannya terkunci. Dia tidur seorang masa itu. Dia terus berdoa. Agak lama dia melawan benda itu. Cerita cik pon tak stop begitu saja. Jadi korang tau kan di rumah mereka sekarang ada cik pon dan si nenek tua. cerita ni belum habis lagi…..
6. Jiran
Disebabkan makin banyak gangguan, indai ingin buang balang itu tetapi dia takut nenek tua itu marah. Unnie menghubungi Revelen Chen. Minta datang ke rumah dan sembahyang rumah mereka. Revelen Chen berjumpa dengan indai. “Adakah kamu betul-betul ingin buang benda ini?” Tanya Revelen Chen. Indai mengangguk tapi wajahnya nampak ragu-ragu. “Bila kita ada Tuhan dalam hati kita, kita tidak perlu takut dengan apa-apa pun. Benda ini memang dapat dibuang tapi itu bergantung dengan kamu. Jika hati kamu masih ragu-ragu memang benda itu tetap ada disini sampai bila-bila. Biarpun kamu sudah buang jauh, memang akan datang lagi. Kamu sudah bersedia?” Jadi, dipendekkan cerita.. Revelen Chen meminta indai mengembalikan semula balang itu ke tempat asalnya. Yes! Berjaya! Indai balik ke Kapit dan uruskan apa yang patut.
Suatu hari, jiran belakang rumah mereka menegur Unnie. Dia cakap lama tak tengok nenek tua yang selalu berada di belakang rumah sambil menyanyi setiap petang. Unnie awalnya menyangka nenek sebelah ayahnya yang dimaksudkan oleh jirannya itu. Tapi nenek Unnie memang jarang datang ke rumah mereka walaupun rumah mereka berdekatan. “Ala, nenek kamu yang bongkok selalu pakai tongkat tu.” kata jirannya. Mula dah Unnie tak sedap hati. Dia faham sudah siapa ‘nenek tua’ itu sebab nenek dia yang real tu mana ada pakai tongkat walaupun bongkok. Tapi Unnie pandai cover, dia cakap sudah balik kampung, tidak suka tinggal di bandar. hahah. Habis dah kisah nenek tua tu. tapi cerita ni tak habis di sini tau…
7. cik pon datang lagi…
Gangguan tiada lagi semenjak si nenek tua dihantar balik ke tempat asalnya. Jadi keluarga mereka kembali bahagia. Tapi itu sementara sahaja. Cik pon mula muncul kembali. Unnie mula berubah. Dia mudah panas baran. Dia tak nak potong rambutnya yang panjang sampai punggungnya. Walaupun dia berada di salon pun dia boleh berubah hati. Dia menangis, cakap taknak potong walaupun sebelum itu dia ada niat nak kasi pendek rambutnya sampai bahu. Cik pon tak suka kalau Unnie nak bercinta tau..
Unnie ni tak pernah bercinta walaupun umur dia 29 tahun (tahun lepas). Dia ada berkenalan dengan seseorang lelaki. Hensem, macho, sado dan mix Chinese lagi tu. haha memang perfect orangnya, siapa berani nak tolak? First date diorang, Unnie bersiap pakai dress lawa dan bermekap. Dia tunggu lelaki itu jemput dia. Bila lelaki itu sampai dan tunggu di luar rumah. Secara tiba-tiba Unnie berubah. Dia kunci pintu dan dia tenung cermin meja mekapnya. Adik iparnya ketuk pintu pun dia tak buka. Lelaki itu cuba call pun dia tak jawab. Dia jadi benci dengan lelaki itu. Dashyat permainan cik pon. Lepas ni baru korang tau kenapa cik pon begitu.
Semakin lama, unnie boleh rasa jika cik pon muncul. Satu keluarga mereka diganggu oleh cik pon. Dia akan menyamar seperti Unnie. Unnie tahu cik pon marah jika Unnie melawannya dengan doa. Ada satu pagi itu, kira pukul 6 pagi. Unnie terbangun dan mengambil handphonenya. Adam selalu tidur bersama dengan Unnie. Unnie ingin menangkap gambar Adam yang masih tidur nyenyak di sebelah kanannya. Jadi dia buka flashlight sebab keadaan bilik yang gelap. Selepas Unnie mengangkap gambar Adam,dia memusing badannya ke hadapan dan handphonenya masih terbuka. Memang dia dapat melihat ke atas siling sebab flashlight belum ditutup lagi. Tiba-tiba dia melihat rambut seperti cik pon berada berhadapan dengannya. Dengan pantas Unnie menurunkan handphonenya. Beberapa minit kemudian, Unnie cuba memberanikan diri untuk mencari cik pon menggunakan handphonenya. Ke hadapan, tiada. Ke kanan bahagian Adam, tiada. Kemudian, dia ingin pusing ke belakang. Namun tiba-tiba dia merasa ada kuku tajam mencengkam bahunya. Berdebar jantung Unnie. Dia matikan niatnya. Cik pon tak suka Unnie tengok rupa dia. Memang selama dia ikut Unnie, Unnie tidak pernah langsung tengok rupa cik pon.
Unnie tak tahan dengan gangguan cik pon lalu dia ceritakan kepada indai. Walaupun sudah disembahyangkan oleh Revelen Chen, cik pon masih ada. Jadi, indai mengambil alternatif lain. Bomoh. Mulanya, Unnie menolak. Dia ada Tuhan, dia percaya Tuhan dapat melindunginya tapi indai cuba memujuknya. Akhirnya dia bersetuju. Unnie cakap bomoh itu perempuan, dia terkenal dan tahu menghalau macam-macam hantu. Semua family sepupu aku ada masa itu. Josh yang dulunya tidak percaya menjadi percaya rumah mereka berhantu. Dia sendiri menjadi saksi. Bomoh itu naik ke atas pergi ke bilik Unnie. Bila dia buka pintu, dia geleng kepala. Dia minta unnie dan indai tunggu diluar bilik. Mereka hanya mendengar dari luar sahaja. Bomoh itu speaking dengan cik pon! Ha.. hebat tak? Tiba-tiba kedengaran bunyi bertaburan dan berdentum kuat. ‘Berperang’ kali dengan cik pon. Agak lama juga bomoh itu dalam bilik Unnie. Kemudian, semua orang termasuk bomoh tersebut berkumpul di ruang tamu.
8. Kisah sebenar…
Cik pon ni masa dia masih hidup dulu, dia teraniaya oleh teman lelakinya. Lelaki itu tidak bertanggungjawab setelah terlanjur bersama dengannya. Dia mengandung namun lelaki itu melarikan diri. Dia tidak percaya mana-mana lelaki lagi. Saat melahirkan bayinya, cik pon meninggal dunia. Dia termasuk bayinya gagal diselamatkan. Jadi, bila dia melihat Unnie, dia jatuh sayang dengan Unnie. Kenapa? Ketika bomoh masuk ke bilik Unnie. Dia nampak Cik pon duduk di atas katil Unnie. Wajahnya cantik. Dia tunjukkan rupa sebenarnya kepada bomoh itu. Bomoh terkejut sebab rupanya sama seperti Unnie cuma dia versi berkulit putih. Rambutnya panjang dan matanya sepet. Mungkin sebab itu dia nekad untuk bersama Unnie bertahun lamanya.
Cik pon beritahu dia nampak Unnie baik dengan orang walaupun dia tak suka Unnie selalu pergi ke gereja dan selalu jemput Revelen Chen datang ke sini. Awalnya , dia ingin bunuh Unnie. Ingat tak awal cerita Unnie kemalangan? Haaa itulah, tapi Unnie terselamat. Ada juga Unnie hampir kemalangan selepas balik dari gereja. Dia, Keven dan Mike dalam kereta. Tiba-tiba kereta berpusing beberapa kali sehingga sebelah kanan kereta melanggar tiang lampu. Nasib mereka selamat dan tiada juga kenderaan lain terkena.
Jap… selain cik pon, bomoh ada cakap dalam rumah mereka pernah didiami nenek tua dan ada lagi roh lelaki mati di rumah mereka. Lelaki itu tukang buat rumah. Dia meninggal di kawasan rumah Unnie aku. Aku lupa sebab apa dia meninggal. Rohnya masih di sana. Banyak sangat kan hantu. Percaya tak? Terpulang. Nenek tua memang dah lama balik kampung. Cuma yang tinggal cik pon dan roh lelaki mati tu. Bomoh beritahu , dia beri pilihan dengan kepada mereka berdua untuk tinggalkan rumah dan keluarga Unnie dengan baik atau dia akan bunuh mereka terus. Lelaki itu pilih untuk pergi tapi cik pon tak nak. Sebab itu bilik berdentum saja sebab bomoh ‘berlawan’ dengan cik pon. Cik pon kalah dan terus hilang. Jadi, ini kira penamat? Tak.
9. Aku pun kena gak….
Masa ini, family aku datang ke Kuching. Mereka tinggal kat rumah pak cik aku yang lain. Dekat Unigarden juga tapi lorong lain. Apai aku tak nak stay rumah indai aku sebab dia tahu rumah indai berhantu dan sepupu aku pun banyak sana kan. Jadi dia pilih rumah adik dia yang lelaki. Tapi kami orang ni plan nak tidur rumah unnie. Nia ada masa tu. Aku ajaklah Mia tidur dengan kami orang. Semua sepakat nak tidur akhir sambil borak-borak. Mia minta izin dengan apainya dan apa lagi semua happy dapat tidur sama. Jadi dalam bilik malam itu, Unnie, Nia, Adam, aku, Lisa(kakak aku),Mia dan Tani , sepupu aku juga. Jadi ada 7 orang. Cara kami tidur pula… Nia , Unnie dan Adam tidur atas katil. Aku dan Lisa menghadap pintu bilik air, manakala Mia dan Tani menghadap almari. Kepala kami orang bertemulah. ahaha susah eh nak terang.
Aku tidur awal sebab flu. Aku sempat tengok Adam, anak buah aku selimutkan aku. “Mama sakit. Tidur mama.” Dia cakap satu-satu. Dia memang panggil kita orang ‘mama’. Aku dah tak tau apa lagi. Tidur nyenyak. Tiba-tiba Adam menangis sambil sebut ‘ nenek tua’ . Ini cerita semasa nenek tua tu ada dulu. Kami semua terbangun. Nia turun ke bawah buat susu. Aku tengok Adam nangis sambil tutup mata. Dia asyik sebut ‘nenek tua’ . “ Unnie dia cari nenek dia kat bawah tu. Hantar lah dia kat bawah.” Kataku. Aku cuma fikir indai saja masa tu. “Ish, mana ada dia cari indai.” Balas Unnie perlahan tapi Unnie tetap turun bawah juga. Aku dengar dia cakap macam tu, terus aku ambil handphone. Pukul 2 lebih. Aku jeling kakak aku. Aku masih lagi fikir positif. Tak fikir tu hantu. hahah.
Kemudian, semua orang tidur semula. Tapi dalam 10 minit kemudian, aku terdengar suara seakan bunyi anjing. Aku buka mata, aku ambik handphone aku tengok jam nak pukul 3 pagi. Aku buka fb. Dalam masa yang sama aku terfikir, Unnie cakap dulu sini tiada anjing mahupun kucing. Aku diam jak. Aku amati bunyi itu, lama kelamaan seakan bunyi orang menangis. Ok aku dah cuak. Kalau Unnie tu penakut aku lagi lah penakut tau. Ini pertama kali pengalaman aku. Aku berdoa, macam-macam aku doa sampai aku terlelap. Kemudian, aku terbangun semula. Aku check jam semula pukul 3! Yahhh rasa lama dah tidur. Tapi perasaan takut tiada. Aku main fb jak. Tiba-tiba Lisa kat belakang aku bersuara “ Kenapa tak tidur? Berani kau main handphone sekarang. Kau ada dengar tak bunyi orang nangis tadi? Tidur.” Arahnya. Aku tersentap dengan kecuparan kakak aku. Aku tutup handphone dan tidur dengan lenanya.
Lepastu, aku memang jarang dah pergi rumah Unnie. Tahun lepas, kereta aku kemalangan dan cermin kereta aku retak masa dalam bengkel. Tapi Perodua tak nak bertanggungjawab (jahat kan). Jadi, aku ajak Unnie teman aku cari bengkel atur cermin. Dia setuju saja. Aku dan Loli, kawanku pergi rumah Unnie. Aku tengok muka dia berseri saja. Aku lama dah tak tahu pasal cik pon lagi masa tu. Aku sengaja bawa Unnie cari kedai cermin sebab dia kan pandai cakap cina, bolehlah deal dengan tauke cina nanti kan. Aku ni rupa jak macam cina tapi aku tak tau cakap cina. Lagipun, aku nak juga tau pasal cik pon. Masih ada ke tak kan… aku ajak mereka dua makan dulu sebelum cari kedai cermin kereta.
Cerita Unnie, lepas bomoh halau cik pon. Lama juga dia tak tengok mahupun merasakan cik pon ada. Tapi suatu hari gangguan tiba-tiba ada. Pintu bilik Unnie cuba dibuka dari luar padahal dia saja dirumah ketika itu. Adik beradiknya gi mall. Dia chat Keven, tanya diorang dah balik atau tidak tapi Keven cakap diaorang masih di mall. Ok, dia cuak. Dia fikir perompak masa tu. Dia call Mia, suruh datang bawa sekali sepupu lelaki yang lain. Bila dilihat memang tiada tanda orang masuk ke rumah mereka. Dia call indai. Indai di Kapit masa itu. Bila Unnie laporkan kepada indai, indai rasa tak sedap hati. Dia cari bomoh dulu. Dia nak minta bomoh datang lagi ke rumah mereka. Kali ini bomoh plan nak beri pendinding kepada Unnie sebab cik pon taknak lepaskan Unnie. So, indai akan datang ke Kuching dalam waktu terdekat .
Aku dan Loli dengar saja cerita dari Unnie. “Unnie, kau cakap dapat rasa dia ada kan . Sekarang ada apa-apa tak?” Bodoh aku punya soalan. Unnie cakap tiada. Lepastu, kami orang nak pergi ke area pasar. Aku memandu, Loli duduk disebelahku dan Unnie dibelakang. Kami stop di jalan bukit hantu sebab di depan ada traffic light. Tempat tu, siaran radio pun boleh bertukar tau. Jalan jammed masa tu, aku masih lagi buka topik pasal cik pon. Aku lupa aku kat kawasan mana. Tiba-tiba kereta aku berbunyi. Bermaksud ada sesuatu yang dekat dengan kereta aku. Spontan aku pandang kiri dan kanan. Aku di line kiri. Kereta sebelah jaraknya jauh. Moto pula tiada yang lalu. Aku terus pandang Loli.
Loli pandang aku balik. Aku dan dia menjerit. Dia faham kenapa aku menjerit. “Unnie, kau ada rasa something tak?” Aku terus melihat cermin belakang. Aku terkejut tengok muka Unnie serius. Dia cuma jawab ‘”hmm”. Aku jeling Loli. Kereta dihadapan mula bergerak. Kami diam dan beberapa minit, “ Cim, buka lagu rohani.” Kata Unnie. Aku terus tukar siaran radio, ambik pendrive dan aku pasang kuat. Nampak tak penakutnya disitu. Aku tak cakap lagi pasal cik pon sehingga aku hantar Unnie balik. Sampai dipintu pagar rumah mereka, Unnie keluar dan aku bercakap macam ni .” Maaf kalau aku cakap tentang kau seharian ni. Aku minta kau jangan ganggu kami lagi.” Lepastu, aku pecut laju . hahaha tau takut…
Beberapa bulan kemudian, aku pergi rumah Mia. Mia cerita kat aku, Unnie dah sihat. Cik pon tak kacau Unnie lagi lepas bomoh beri pendinding dengan Unnie. Tapi semua kami percaya Tuhan yang lebih membantu Unnie, ketika Unnie kemalangan teruk dan banyak lagi. Semuanya berjalan dengan lancar. Unnie dah bercinta dengan mamat sado tu. heheh. Tahun depan dah nak kahwin. Family dia pun semua baik-baik saja. Dulu mereka hampir nak jual rumah tu selepas tau ada 3 hantu kat sana, tapi berkat doa dan usaha semua orang mereka batalkan hasrat. Maaf jika cerita ini terlalu panjang. Sebenarnya ada juga part yang aku skip sebab korang takkan larat baca. (part lelaki mati tu, mestilah dia ada kacau) .
Serahkan segalanya kepada Tuhan, Dia pasti membantumu.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yeah First comment..terima kasih Kerala kongsikan cerita ini..Hadiah hari jadi from fiksyen shasha..My birthday today??
Best gilo
best wlaupn cerita panjang…
4/5
Pengalaman lain. Good stories walaupun agak longar plotnya.