Usik-Usik Manja

Salam semua. Thanks admin kalau sudi publish cerita aku ni. Aku cuma nak cerita beberapa pengalaman seram yang pernah aku lalui sepanjang hidup ni. Banyak cerita yang aku baca kat FS ni, pasal bunyi guli kat tingkat atas. Aku pun pernah alaminya. Sedikit background, sebelum ni, aku tinggal di sebuah flat di kawasan Bangsar South, KL selama lebih kurang 7 tahun dari zaman belajar sampai la kerja. Aku jenis suka study malam sorang2 kat ruang tamu, dalam pukul 2 pagi ke atas.

Selalunya masa aku study tu, tepat pukul 3.00 pagi, aku mesti dengar bunyi anjing atau bunyi burung gagak. Memang xkan missed la senang kata. Tapi aku jenis kurang perasaan sikit rasenye, so aku ignore je. Kalau bunyi guli pulak, aku selalu dengar dalam bilik masa dok sorang2. Die x kire siang ke malam, tetap bunyi jugak. Kadang-kadang, aku tengah tido pun boleh terkejut dengar bunyi guli sebelah telinga hahahhaa. Kadang-kadang aku tersumpah gak dalam hati sebab bunyi guli tu kuat sangat.

Lepastu selalu bunyi orang ketuk paku kat tepi dinding bilik aku. Aku cuma sedapkan hati, ala.. tu bunyi org rumah sebelah ketuk paku kat dinding la tu. Kalau bunyi guli lak, aku memang tau tu mesti ada something, tapi lantak ko la nak bunyi asalkan jangan kacau aku. Huhu. Dalam bilik aku pun seram gak atau mungkin perasaan aku je. Aku selalu rasa ade something tengah tengok aku tido LOL. Tapi yang penting, aku tak pernah check rumah tingkat atas ada orang ke tak. Biarlah aku berteka-teki sampai bebila hahahha. Ko nak tau tak FS, sekarang pun aku dengar bunyi guli and alih-alih perabot kat rumah baru aku. Malam tadi bukan main busy. Aku harap tu cuma perasaan aku je and memang betul-betul ada orang kat tingkat atas.

Satu lagi kejadian, masa aku ada kelas malam kat kampus. Setahu aku, kelas sepatutnya start pukul 8.30 malam kat bilik tutorial. Disebabkan aku ada kelas petang, aku dan kawan-kawan aku tak balik and tunggu kelas malam terus. So, kami solat maghrib kat surau di bangunan bilik tutorial. Lepas tu lepak-lepak kat café, tapi café tutup dah sebab dah malam. Dalam pukul 8.15 malam, aku pergi tandas yang berdepan dengan bilik-bilik tutorial. Keluar tandas, aku terpandang tingkat 2. Biasanya tingkat 2 tu digunakan oleh student dari Fakulti Bisnes.

Aku nampak lecturer aku, Encik A tengah bukak pintu grill bilik tutorial 1, then beliau masuk. Aku pun terus pergi kat kawan-kawan aku, bagitau Encik A dah sampai. Diorang pandang aku pelik sambil bagitau, lecture bukan kat bilik tutorial tapi kat dewan kuliah. Pastu kitorang dari bawah tengok ke tingkat 2 tu, grill masih berkunci dan bilik tu gelap! Mase tu jugak, lift kat belakang kitorang main bukak-tutup. Aku sempat rekod video lagi, ada dalam fb aku. Kawan aku nak sedapkan hati cakap lift rosak la tu hahahahha. Tapi kitorg cepat-cepat cabut pergi dewan kuliah. Mase tengah dengar lecture, aku dok tenung je muka Encik A sambil fikir, betul ke dia ni Encik A.

Eh ada lagi satu cerita masa aku kecik dalam umur 6 tahun rasanya. Weekend tu, kazen aku buat kenduri kawen. Rumah dia sebelah rumah aku je. Zaman tu orang masih gunakan buluh dan kayu untuk buat balai tempat masak kenduri. Nak dijadikan cerita, orang kampung aku pergi ambil buluh di kawasan berbukit sikit dekat dengan area rumah aku untuk dijadikan tiang balai masak. Lepas habis majlis, diorang letak buluh tu sebelah rumah aku sebab tu kawasan semak. Dan waktu maghrib tu, bermulalah kisah seram.

Tengah duduk2 tengok kartun, tetiba kami sekeluarga (aku, mak, abah, kakak aku) dengar suara perempuan menangis. Mendayu-dayu! Mula-mula biarkan, tapi lama pulak dia nangis dan memang seram! Abah bukak pintu dan tanya pakcik aku sebelah rumah, dia satu family pun dengar gak. Aku dengan kakak aku dah terketar-ketar takut dan dok dalam bilik peluk mak aku. Tapi x lama pastu bila azan, suara tu pun hilang. Tak habis kat situ, beberapa hari gak kitorang dengar suara nangis tu. Memang meremang bulu roma weh sambil nangis gak sebab takut. Ade sekali tu, abah aku dah bengang sebab cikpon tu nangis x henti2 dan kitorang pun nangis skali. Abah bukak tingkap (tingkap kayu sebab rumah atas) dan bakar surat khabar yang dah digulung-gulung.

Niatnya nak halau cikpon tu la, tetiba suara tu makin jauh. Orang kata, makin jauh suara maknanya dia makin dekat kan. Kelam kabut gak abah tutup tingkap semula hahahha. Ade gak seminggu rasanya kitorang kena kacau. Rupanya bukan setakat kami je, org kampung pun kena kacau. Ada yang kerja balik tengah malam, nampak perempuan rambut panjang duduk kat buaian depan rumah aku. Dia ingatkan tu kakak aku atau kazen aku, sebab diorang rambut panjang. Dia tegur gak cikpon tu kenapa duduk kat buaian dalam gelap sorang2, tapi cikpon x jawab.

Terus pakcik tu cabut sebab rasa lain macam. Sambungan cerita cikpon nangis tu, abah aku dan pakcik2 aku pun fikir kenapa dia kacau. Last2, baru perasan pasal buluh kat tepi rumah aku tu. Diorang syak cikpon tu nangis pasal buluh tu sebab rupa-rupanya tu buluh betung, ala..yang warna kuning tu. So, diorang pun angkat buluh tu dan pulangkan balik kat tempat buluh tu ditebang. Alhamdulillah, lepas tu terus kami dah tak dengar cikpon nangis. Katanya sebab buluh tu tempat dia tinggal & buaian anak dia. Wallahualam.

Penat jugak menaip ni. Ok la, itu je aku nak cerita. Lama-lama baca cerita kt FS ni pun naik seram. Psyco betul. hahahha. Kbai.

6 thoughts on “Usik-Usik Manja”

Leave a Comment