Usikan Manja Lebuhraya

Hi rakan pembaca, aku nak share satu pengalaman confusing yang berlaku pada aku dan ibuku, malam tadi. Sebelum itu, aku adalah seorang insan yang tidak percaya 100% kepada alam paranormal. Aku tak nafikan kewujudan alam ghaib, cuma aku ada sedikit rasa skeptikal yang aku tak canang. Jadi aku mohon rakan pembaca cuba rungkai kejadian yang aku alami malam tadi kerana ada antara apa yang berlaku malam itu seperti tiada penjelasan logical buat diri aku. Enjoy, guys.

Cerita dimulakan dengan sedikit pengenalan, kejadian berlaku ketika aku sedang memandu dari arah KL nak pulang ke Kuantan. Aku bermula dari Tol Gombak jam 10 malam setelah meredah traffic jam di kawasan Cheras yang teramat lama bagi ukur aras orang Kuantan, lol. Ini bukan pertama kali aku memandu long distance pada waktu malam, malah pernah juga memandu seorang di waktu yang lebih lewat tapi tak pernah mengalami pengalaman seumpama ini.

Aku sebenarnya memang tak berhenti memandu dari pagi, drivekan mak aku dari Kuantan ke Melaka, kemudian ke Cheras dan terus pulang ke Kuantan pada hari yang sama. Jadi anda patut faham keadaan badanku yang letih, tak mandi dari pagi dan kedua-dua kami berada dalam keadaan uzur — bonus situation.

Okay, berbalik kepada cerita tadi. Perjalanan smooth, tak ada sebarang gangguan ghaib mahupun tidak pada awalnya. Smooth sailing kiranya, sehinggalah mak aku mula rasa mengantuk yang pada hematku amat pelik kerana dia ada sikit trust issue dan memang suka berjaga sebagai co-pilot, kalau mengantuk pun cuma tersengguk-sengguk je terlelap walaupun diminta untuk berehat. So it was really weird, mak aku recline kerusi dan mula tertidur. Takpelah, dia letih dan keadaan malam tadi amat sejuk. Difahamkan kawasan Kuantan sedang mengalami hujan lebat. Tinggallah aku seorang menyanyi-nyanyi sambil streaming lagu offline yg berulang di spotify.

Jadi, perjalanan masih smooth. Mak dah tertidur, aku menyanyi kecil sehinggalah kami melepasi Petronas Bentong, aku teringat cerita seorang rakan yang ternampak makhluk hitam sehitam arang berkepak berwarna hitam gelap, berlari turun dari bukit di sebelah kiri pemandu dan merentasi jalan ke arah bertentangan. Serentak itu bola romaku naik, tapi masih cool dan cerita itu hilang dari benak fikiran.

Perjalanan diteruskan, melepasi RNR Temerloh, Gambang dan diteruskan lagi hingga ke exit Kuantan. Aku ingin beritahu disini, aku memang tak tengok jam, aku sangat fokus memandu dan taknak rasa rush bila aku tengok waktu. Aku cuma boleh agak keadaan jam ketika itu adalah sekitar 11 pm lebih, hampir jam 12 am. Ketika ini perjalanan mula ‘meriah’. It was the most intense and confusing half an hour of my life.

Perjalanan menuju ke exit Kuantan suram dan kelam dengan lampu jalan yang aku boleh kata tak perasan ada berapa batang sebab sangat sikit, cuma kereta aku berada di lane kiri (lane slow and steady), beberapa kereta memotong dan ada sebuah motor nun jauh di hadapan tapi masih dalam pandangan.

Sesekali aku menjeling rear mirror, dan aku terlihat ada lampu motor kelihatan di belakang dalam jarak lebih kurang 100 meter. Di rear mirror kelihatan kecil sedikit dari size syiling 10 sen. Aku menjeling sekali lagi, ‘lampu motor’ itu tadi mencerlung ke kiri kemudian ke kanan dengan begitu laju, seolah-olah rider mengemudi motor dalam pergerakan zig-zag ke kiri dan kanan jalan highway 2 lane! Aku pandang ke hadapan dan menjeling sekali lagi. ‘Lampu’ itu hilang. Siapakah yang ride motor dan nak zig-zag motor di tengah highway? Jadi itulah salam perkenalan dari alam ghaib, wah halus sekali. Apa yang aku lihat tu mungkin boleh kita classify sebagai ‘orb’.

Tak lama kemudian, kelihatan dua kepul asap dilanggar bumbung kereta, sempat aku kerling. Asap yang berkepul, solid tapi masih see through, terawang begitu rendah sekali. Mungkin kabus, mungkin tidak. Serta-merta bulu romaku tegak berdiri. Ketika ini juga aku merasakan berat dan meremang-remang kuat di tengkuk dan bahagian kiri badan, aku jeling rear mirror, nampak seperti bentuk kepala di belakang penyandar kepalaku kerana ada bentuk berbonggol di tepi penyandar itu. Mungkin aku dalam ‘denial’ atau langsung malas fikir, aku tak rasa terbawa-bawa dengan imej bonggol seperti kepala tu. Aku anggap itu ilusi dan aku jarang mengerling rear mirror lagi.

Beberapa minit kemudian, aku masih cool, mak masih tidur dan terdengar dengkuran kecil. Ala, comelnya mak. Aku teruskan pemanduan, semakin mendekati sebuah motor di hadapan, melalui sebuah jambatan konkrit. Dalam jarak lebih kurang 10 meter mendekati abang motor, lampunya menyuluh seorang orang tua botak berpakaian seperti tshirt dan seluar pendek berwarna coklat keruh, warna pakaiannya hampir sama dengan warna kulitnya dan dia berjalan seorang diri. Orang kurang siumankah? Penduduk di perkampungan orang aslikah? Jika manusia, aku kasihankan dia. Seharusnya dia baru lepas ditimpa hujan lebat di kawasan tu kerana jalan di situ basah dan teramat sejuk tanpa ada jalan keluar dan masuk sejauh hampir 80 km. Jika bukan manusia, aku kasihankan diriku. Dan kenapa abang motor langsung tak terjejas pemanduannya setelah sudah semestinya tersuluh pakcik di tepi jalan yang hanya berjalan di kiri abang motor. Sedangkan aku pun tersentak melihat susuk tubuh sebegitu berjalan di tempat sebegitu — ataukah hanya di pandanganku? Wallahualam.

Abang motor dan aku meneruskan perjalanan dan aku meninggalkan abang motor di belakang. Tak lama kemudian aku terbau sesuatu yang amat wangi, bau ini pernah aku bau. Kau orang pun mesti pernah bau. Macam bau ayam goreng KFC! Amat tak logik permainan dia. Mana datang bau ayam KFC di tengah-tengah lebuhraya yang cuma ada aku sebagai pengguna jalan, tanpa restoran berdekatan. Aku pula dalam keadaan kenyang, tak ada terfikir tentang ayam KFC langsung. Mungkin rakan-rakan pembaca boleh sama-sama figure out apa yang aku alami ni setelah gelak puas-puas atas ketidak-logikan peristiwa ini. Lebih kurang seminit bau ini melekat dalam kereta aku, aku mula membaca ayat mana yang aku ingat. Ketika ini, aku tidak rasa takut tapi entah apa sebab aku mula meremang, seram sejuk dan mula terlupa bacaan ayat Kursi. Yang aku ingat, kalimah Allahuakbar dan lagu 25 Rasul nyanyian Raihan.

Kenapa aku tak kejut mak? Aku tak sampai hati, letih betul mak aku malam tadi, biasanya dia kuat betul, macam-macam benda nak diborakkan. Tapi seolah-olah dia flat out. Terbaring dan berdengkur, aku pun melayan perasaan berdebar seorang diri. Tiba-tiba, mak terjaga dan memegang lenganku, “‘Jane Doe!” Jerit mak dan sambung tidur (?!). Geram je aku rasa, kita tengah takut mak boleh drama queen pulak, Puan Gagah mengigau rupanya.

Selang beberapa minit aku terdengar mak seperti berborak denganku tapi suaranya bergema, aku tak dapat tafsir percakapannya. Aku pandang tepi dan bertanya “apa maaak?” Eh mak dah tidur semula, tak ada tanda yang dia berbual denganku. Definitely dia tidak bermimpi. Sebab apa aku yakin? Sebab setelah dicerita semula, mak telah memberitahu yang dia memang terjaga sebab dia terkejut melihat aku memandu dalam keadaan tertunduk dan tersengguk-sengguk macam terlelap dan kereta teroleng-oleng sedangkan aku langsung takde pose begitu ketika memandu! Pemanduan pun okay je tak ada apa-apa stunt. Mak terkejut dan memegang lengan aku, dan sedar yang aku okay. Tapi kenapa ada suara mak berbual denganku tak lama selepas itu?

Setelah tiba di Kuantan, aku berhentikan kereta di 24 hours supermarket, kononnya nak beli ubat gigi. Aku tinggalkan mak dalam kereta di tempat cerah dan ramai orang, selfish kan hehe. Niatku untuk menghilangkan remangan bulu roma dan pulihkan semangat, aku lihat jam sudah pukul 1 pagi, jadi peristiwa yang berlaku tadi adalah sekitar 12.30 hingga 1 pagi. Jam yang taboo.

Aku masuk ke kereta, sempat aku jeling seat belakang, takut-takut ada penumpang. Clean and clear, kami terus pulang ke rumah. Pagi tadi aku buka cerita, dan minta pendapat mak tentang apa yang berlaku.

Cerita mak, dia rasa amat seriau dan panas di bahagian kanan badannya, which is di bahagian belakang driver seat. Seolah-olah ada satu energy di situ yang dia sedari hampir dekat ke exit Kuantan. Dan ketika aku singgah di supermarket, mak sangat seram dan terkumat-kamit membaca apa yang patut dan alhamdulillah dia memperoleh ketenangan. Mak juga akui, amat pelik apabila dia rasa TERAMAT mengantuk seperti tak boleh ditahan-tahan dan keletihan dia tu dan ada terfikir yang perasaan mengantuk ni petanda gangguan juga, samada atas diri sendiri ataupun orang lain — dalam konteks ini, aku lah, pemandu wanita berhemah yang sentiasa menggunakan lampu signal di jalan raya.

Jadi mak membuat kesimpulan bahawa; SAH, kami diganggu manja di lebuhraya.

5 thoughts on “Usikan Manja Lebuhraya”

  1. Too much words and sentences that u should not include in ur story to make people like me feel bored. Just straight to the point of what u want to wrote

    Reply
  2. Aku pnh lalu situ mse tu nk pg KT..dan org2 ckp area laluan kearah sana keras.so enth mcm mne ktorg bole lepak dr pkl 1pg smpai 3pg dkt petronas bentong tu.nsb bila smpai dkt.main point tmpt2 keras waktu dh nk.subuh kalau idakk nahas

    Reply
  3. Aku bermula dari Tol Gombak jam 10 malam setelah meredah traffic jam di kawasan Cheras
    Perjalanan diteruskan, melepasi RNR Temerloh, Gambang dan diteruskan lagi hingga ke exit Kuantan. Aku ingin beritahu disini, aku memang tak tengok jam, aku sangat fokus memandu dan taknak rasa rush bila aku tengok waktu. Aku cuma boleh agak keadaan jam ketika itu adalah sekitar 11 pm lebih, hampir jam 12 am.
    Errrrr ko drive keta apa wei? Lamborghini pun pun kalah wooo

    Reply

Leave a Comment