Assalammualaikum..nama aku Kin. Banyak pula aku tengok post tentang UUM dekat FS ni. Aku pun ada la cerita. Pengalaman aku dan kawan-kawan. UUM ni memang la legend, dulu bekas tempat komunis. Aku batch 2008-2012. Aku first daftar masa Jun 2008. Masa first masuk UUM ni aku dah rasa macam seram sebab banyak hutan. Walaupun aku memang suka suasan macam tu sebab macam kampung aku tapi lain perasaannya. Seram kot. Aku cerita pengalaman aku dan kawan-kawan aku di bawah. Aku bahasakan kawan-kawan dengan gelaran aku dalam setiap cerita sebab aku cerita balik apa yang diorang cerita dekat aku. Harap korang faham.
KISAH AKU
Ada satu malam tu aku da kawan -kawan sebilikku dah tidur. Roomate aku 3 aku. Bilik ni ada 2 katil bertingkat. Aku tidur katil atas belah kanan.Masa ni aku tidur hadap dinding belah kiri. Patut nak tidur kena mengiring belah kanan. Tapi memandangkan aku ni jenis memang suka hadap dinding so aku hadap la belah kiri.Pap!” Terasa satu tepukan di bahu aku. Tak kuat sangat tak lembut sangat. Macam kita tampar nyamuk tu. Aku ni dah la cepat terjaga kalau ada bunyi apa-apa. Aku pula dengan berani pusing mengiring ke belah kanan. “Pap!” kena lagi tepukan. Dalam hati apa benda la yang mengacau aku ni. Nak kata langisr bertiup sampai kena aku tak logik sebab langsir tu kalau angin kuat tak sampai ke katil aku pun. Aku pun dengan berani lagi sekali pusing ke belah kanan balik. “Pap!” kena lagi.
Taak boleh jadi ni. Entah mana datangnya keberanian aku jadi aku pun bangun duduk bersila dan tengok kawan-kawan aku, mana la tahu ada yang saja kacau aku. Tapi semua tidur lena dibuai mimpi. Aku dah geram aku cakap “Ish, aku nak tidur la. Jangan kacau!” Lepas tu tak ada dah gangguan. Aku sempat lagi tengok jam pukul 3 pagi. Sejak tu aku selalu akan terjaga masa tu dan nasib la tak pernah la kena ganggu lagi dalam bilik tu.
KISAH NANA
Minggu ni minggu exam. Aku jenis suka jaga malam untuk ulangkaji. Aku tengok kau dengan yang lain dah tidur. Aku buka lampu meja aku. Masa tu pukul 1. Entah kenapa malam tu rasa seram sejuk. Tapi aku abaikan je dan terus fokus ulangkaji. Sepanjang dari pukul 12 sampai sekarang tak ada appun berlaku. Sesekali angin bertiup. Langsir aku dah sendal jadi aku tak nampak la dekat luar.
“Arggghhhhhhhhhhhhh” terdengar suara orang menjerit. Aku diam. Aku amati suara itu. Akal logik aku berfikir siapa nak menjerit malam-malam. “Arggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” suara tu berbunyi lagi kali ni lagi panjang dan tak berhenti. Aku menoleh ke arah kawan-kawan sebilik. Semua lena tidur. Tak kan seorang pun tak dengar suara tu. Bunyu suara tu masih kedengaran. Aku amati lagi suara itu menyerupai suara orang tua. Suara lelaki. Asrama aku semuanya perempuan mana datangnya suara itu. Aku biarkan lampu meja dan terus naik ke katil aku. Aku amati lagi suara itu datang dari hutan tak jauh dari tingkap bilik. Aku baca apa yang patut sambil berkelubung, dan entah bila aku terlena aku tak tahu. Sedar je hari dah pagi.
KISAH SARA
Masa ni bilik cuma tinggal bertiga. Aku tak duduk bilik ni dah atas arahan pengetua sebab aku ada jawatan jadi aku dudk bilik berdua.
Aku masa ni seorang je. Kin dah bilik lain. Nana dan Erin balik kampung minggu study week. Aku ni ada sixth sense jadi boleh nampak apa yaang orang lain tak nampak. Sebelum ni ada juga aku diganggu tapi hanya Kin yang tahu. Malam tu aku seorang je. Aku dah biasa tidur seorang. Tapi entah kenapa malam ni aku rasa lain macam. Habis solat isyak aku pun duduk la kat katil aku nak study. Aku terasa macam ada benda yang jenguk aku dari katil Kin. Terkejut aku bila ada 1 ekor makhluk ALLAH ni tengah menyeringai pandang aku sambil bergayut dekat katil Kin.
Yang seekor depan pintu bilik. Seekor lagi dekat katil Nana. Aku pejam mata dan baca apa yang patut. Tak lama beenda tu hilang. Aku bertenang dan malam tu aku pergi tidur di bilik Kin yang baru.
KISAH DIRA(bilik lain)
Aku selalu datang bilik Dira ni. Apa aku dapat rasa bilik ni suram je walaupun ada 3 penghuni bilik ni. Seolah-olah bilik tu gelap. Macam ada yang tak kena. Ternyata apa yang aku fikir betul. Ni kisah dira.
Aku dira. Aku duduk bilik ni bersama 2 orang lagi rakan. Mula-mula tak ada apa berlaku. Kin dan kawan sebiliknya Sara ada datang bilik ni lepak-lepak dan diorang pernab cakap bilik ni nampak suram je. Aku tak ambil peduli sampai la 2 bulan kemudian setelah menghuni bilik ni. Masa tu aku seorang je. Kawan sebilik aku Lili dan Yaya keluar ke bilik kawan-kawan diorang ada tugasan kumpulan. Aku tengah hadap cerita dekat laptop. Katil bilik ni 2 tingkat tapi katil belah kanan lili uduk. Tapi dia duduk atas. Bawah tak ada penghuni. Katil lagi satu belah kiri yaya duduk atas aku duduk bawah. Aku duduk atas.
Tengah syok tengok cerita entah kenapa mata aku tertancap pada katil sebelah yang kosong tu. Aku terpandang bantal di situ. Bantal tu elok terletak di hujung kepala katil. Aku kembali hadap laptop dan entah kenapa mata aku seperti digerakkan untuk tengok ke arah bantal itu. “Eh!” aku menggosok-menggosok mata. Biar betul apa aku tengok ni. Kedudukan bantal tu dah senget sikit seolah ada yang mengerakkan. Aku baca ayat kursi berulang kali dan lepastu dah tak ada apa yang berlaku. Satu malam aku,lili dan yaya berborak dalam bilik. Lili duduk bawah manakala yaya dan aku duduk atas katil aku.
Tiba- tiba kami perasan bantal di katil yang kosong itu bergerak sendiri jatuh ke bawah. Tak logik kalau angin sebab tak ada angin pun. Berderau darah rasanya. Lepas itu selimut Lili di katil atas bergerak sendiri seperti ada yang sedang pegang selimut tu. Kami terdiam. Selimut itu tiba-tiba dijatuhkan ke bawah tanpa ada yang pegang. Aku cepat- cepat pasang surah yasin.Malam tu aku bermimpi katil yang kosong itu ada penghuninya. Seorang perempuan cantik berambut panjang. Dia cakap dia dah lama duduk di situ.
Esok paginya aku ceritakan mimpi tu pada yaya dan lili. Rupanya mereka pun mimpi benda yang sama. Lepas itu banyak juga kejadian seperti kerisi ditarik dan laci ditarik. Tapi si dia tak pernah mengganggu selain kami. Hanya bermain seperti itu. Nasib kami hanya duduk di bilik tu 3 sem sahaja dan kemudian ditukarkan ke bilik lain.
Ini je kisah kami. Banyak lagi tapi dah lupa. Yang mana nak cari bilik kawan aku Dira tu bilik dia tingkat 4 portion c. Hati-hati ye
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dalam FS ni banyak gak cite seram dari UUm. Sy batch 2009-2013. Hai kakak senior.. mesti akak duk Kolej M.. zaman study dlu banyak juga dengar cite hantu kat laluan c. Tapi siyes Uum byak hantu. Cuma kami xde kna usik sepanjang stdy 4taun.
Muamalat kan? Pas dia mention hostel perempuan.. huhu sy batch 2007-2010. Duk muamalat… bilik betul2 tepi hutan. Penah kena jugak. Tp kt bilik lain… tgh2 mlm taktahan nk g buang air, lepas jam 12 dh masa tu. Pegi jugak la tandas sensoragn. Dengar bunyi pancuran air, ada org tgh mandi. Peliknya mandi tgh2 mlm. Sy masuk toilet berhadapan dgn bilik air yg ada org mandi tu. Masa nk keluar bilik air, nampak tgn org yg mandi tu duk amik towel yg sangkut kt pintu. Yg pelik, tangan yg gapai tu tinggi dan panjang sgt. Pucat lesi, kuku warna hitam. Tgn dia boleh melepasi pintu bilik air hingga paras siku. Kalau lagik, perempuan tak tinggi mcm tu kot. Hurrmmm smpai skrg menjadi tanda tanya. Hehe…
Hai kakak2 senoir..saya batch 2010-2014.dpp misc .alhamdulillah spnjg dduk sana takda gangguan..
sy batch 2006-2010.kolej muamalat byk bilik duduk spnjg 4 thun tu tp plg byk tgl kenangan bilik ngadap bus stop.tido klu x letak quran kat tepi kepala mesti kene tindih.satu hari masa tido petang,terjaga sbb kakak bilik baru smpai dari perak.cuti sabtu ahad dia balik.tgk dia sampai sambung tido blk.tp mlm tu lagi skali nampak dia usung beg,mcm baru sampai jgk.tnya dia bukan sampai siang tadi ke.dia ckp sy gila ke apa,dia baru je sampai.sampai skrg tertanya,habis tu yg petang tu sapa…????
Saya pun xuum-batch 1999-2003 – mmg byk kisah seram yg sering diceritakan… cuma masa batch saya.. laluan A.. kecoh ttg ada bas buruk lalu tgh mlm tnpa driver n penumpang.. pengalaman seram tu x de la sgt.. tp kisah rakan bilik sebelah kena kacau dgn ‘budak kecik’ dan x mau keluar dr badan kawan tu… mmg satu block berjaga baca yassin mlm tu… tinggal 5 org yg budget berani ja dok dlm bilik tu… smpai terpaksa panggil fellow utk settlekan… dr kul 12 tgh mlm smpai kul 4 pg kot baru dia diam…
Wah laluan A.
Saya 2003-2006
Pasal bus di tengah malam tu, perkara biasa kan. Sebab bilik saya mmg nampak jer bus stop tu. Bunyi bus kemaen kuat, berhenti siap hon. Bila jenguk, tak ada bus pun…
Kadang nampak la bas. Mcm bas lama… tak berlampu. logiknya, bas jelita jer yang masuk uum selepas tengah malam.
Wallahualam.
Saya pun tk pasti dengan apa yg saya nampak
saya pn uum..batch 2010-2014…haha reunion ka ni? seram2 tu dh biasa.. penah dulu masa sy sem 1 kecoh pasal org minyak..fuhh seram..ada dengar tak?
Sy xuum jugak batch 2010-2014, takda sangat pendalaman seram di uum, pernah sekali je dengar suara mengilai, time tu nak dekat subuh dah. Yab portion a level 3 dalam kenangan
Saya pun uum dulu. Tapi masa plkn la. Tahun 2002. 2 bln jer kat uum. Masa tu most of student cuti sem yg ada pun student intersesi kot. Saya duduk kolej YAB tepi tu hutan. Kolej depan tepi jalan tu muamalat kot. Masa tu budak2 plkn ni duduk ground level ngan, 1st n 2nd floor kot. 3rd n 4th floor kosong. I tak suka mandi ramai2 ngan bdk laki. I selalu mandi kat toilet tingkat 4 sorang2. Mmg terasa meremang bulu roma seram. Nasib tak der apa yg berlaku. Tapi kan dulu mmg dah kecoh pemandu tanpa kepala bas HBR pusing2 kot uum. Mmg kecoh. Kalau tak salah dulu ada bas masuk gaung kot. Helipkopter tu byk terhempas kat situ
Ok best!!!
Che Mie ex Dpp YAB pe khabaq noh
Hai sy ex student batch 2007-2010 tp duduk kolej yab… byk jgk dgr cite pasal kisah seram kt uum… tp alhamdulillah xpenah kena kacau.. wlupun selalu jgk tinggal sorg2 dlm bilik.. sbb roomate selalu balik awal cuti sem
byk btol cite pasal uum
Ha ah…
Banyak kisahnya.
Yang pasti, kita tk kacau dia, dia tk kacau kita…
Bila kita tahu dia nak guna tempat tu waktu tu, bagi jer dia guna…
Yap… Saya ex-uniutama: bacth 2007-2011
Pernah dengar cerita kat kolej (DPP) Telekom dan guthrie
current student uum batch 2014-2018
ddk dpp sme bank since sem 1 – sem 7 bilik same x pernah tukar, Alhamdulillah xpernah nmpk lg bnde2 tu…walaupon tiap2 mlm ko2-3 tido balik training bas paling last pon, cuma kena kacau dgr bnde2 jatoh tu biase laaa wt lek je kite x kacau dye dye x de laa kacau kite…
waa laluan a? inasis mana tu?
Sama batch dengan saya..Jun 2008 daftar.Hostel lelaki lah.dpp yab.