#DANIAL-WAJAH WAJAH TERSAYANG

Hari yang biasa bagiku. Hari khamis, hari bekerja. Esok hari Jumaat, hari terakhir aku bekerja sebelum hari minggu.

Aku pandang ke arah jam di dinding, sudah menunjukkan pukul 5.43 petang. Sudah boleh ‘punch out’. Tanpa berlengah, aku masukkan handphone ke dalam poket, shut-down computer, dan mencapai kunci motorsikal aku. Hairan, yang lain masih leka menaip di papan kekunci masing-masing.

Aku tak endah, dalam fikiranku hanya ada anak dan isteriku yang sedang menunggu di rumah. Sungguh aku rindu riak manis ketawa girang anak lelaki pertama aku yang baru pandai menapak berjalan. Selesai aku punch-out, aku sempat menegur Pak Man, Security yang masih setia menunggu di sisi bagunan pejabat. Kasihan bila lihat mukanya, kulit wajahnya yang sudah tua, seusia dengan ayahku dikampung, masih ligat bekerja bagi menampung keluarga.

Sewaktu sedang menyarungkan topi keledar, entah kenapa hati berasa tidak sedap. Perasaan gusar dan berdebar-debar menguasai diri aku ketika itu. Hujan renyai mulai menitik, sempat aku sarungkan baju hujan sebelum memulakan perjalanan.

Aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah aku yang jaraknya agak jauh dari Shah Alam ke Gombak. Perjalanan biasa mengambil masa kurang lebih 40 minit. Namun akibat hujan, aku biasa membawa motorsikal usangku dengan perlahan kerana tayar sudah semakin haus bunganya dan keadaan jalanraya yang licin mungkin masa yang diambil lebih lama.

Sedang dalam perjalanan, fikiran aku melayang-layang memikirkan hal mistik yang berlaku semalam, hari rabu. Hari itu, ada satu kejadian yang pertama kali buat aku tidak dapat tidur malam. Ketika aku sedang menidurkan anak kecil aku di bilik, isteriku sibuk menyiapkan pakaian ku untuk hari esok.

Ketika itu, sliding door kaca di bilik tidur kami diketuk oleh sesuatu berulang kali dari luar. Awalnya aku hanya terfikir angin yang menyebabkan bunyi ketukan itu terhasil. Aku endahkan bunyi itu, namun sangkaan aku meleset, kali ini pintu hadapan rumah aku pula diketuk.

Isteri aku bergegas lari menuju ke arah aku dan anak aku. Kami hanya perpandangan antara satu sama lain. Selepas hampir dua minit, bunyi ketukan itu hilang. Aku bangun perlahan-lahan menuju ke arah dapur untuk menjenguk ke luar rumah. Aku nak pastikan tiada penjahat yang cuba mengganggu keluargaku. Kayu hoki digenggam. Namun, tiada satu kelibat manusia pun terlihat di luar rumah.

Aku tidak berani untuk membuka pintu mahupun tingkap rumah. Segera aku pastikan segala pintu dan tingkap rumah aku dikunci. Aku kemudiannya menuju ke bilik tidur sambal ditemani kayu hoki dan lampu suluh yang aku sediakan untuk sebarang kemungkinan. Anak aku masih ligat bermain dengan ibunya tanpa sedikitpun wajah mengantuk terlihat di wajahnya. Hilang perasaan takut dan gusar melihat keletah si kecil. Bunyi ketukan tadipun seakan tidak menganggu fikiranku ketika itu.

Namun, ketika sedang bermain, anak kecil ku tidak semena-mena menunjukkan jarinya ke arah tingkap bilik sambal menyebut ‘Dada…’ . Mungkin dia terlihat sesuatu? Aku segera memandang ke arah tingkap tersebut. Tiada apa-apa disitu. Sempat juga aku mengomel kepada isteriku kenapa dia membuka tirai yang menutupi tingkap tersebut. Aku segera menutup tirai itu dan menyendalnya dengan bantal peluk agar tidak terselak.

Setelah isteriku menidurkan anak kami, dia ikut terlelap sekali. Entah kenapa malam itu mataku keras. Susah sungguh aku hendak pejamkan mata walau pelbagai gaya tidur aku dah cuba. Terasa seperti aku diperhatikan seseorang. Aku bingkas bangun dan capai handphone aku untuk aku pasangkan ayat-ayat suci. Sambil aku memasang ayat suci aku scroll juga Fb untuk hilangkan perasaan takut. Tiba-tiba ada satu message masuk ke dalam telefonku.

Aneh, sebab nombor pengirim message itu adalah nombor aku sendiri. Namun mesejnya kosong sahaja. Tiada sebarang tulisan. Aku terus memadam mesej pelik itu dan berkata sendiri mungkin handphone aku sudah meminta untuk di cari pengganti. Getus hatiku sendirian. Entah jam berapa aku tertidur, aku tersedar dek azan subuh. Aku cepat-cepat bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja, seperti biasa. Sedang aku ingin menghidupkan enjin motosikal aku, aku ternampak satu kertas putih didalam raga motosikalku yang bertulis ‘hati-hati’. Tulisan merah seperti darah seakan-akan ingin mengancam aku dan keluargaku. Sebelum aku bertolak ke tempat kerja, sempat aku cium anak isteriku dan aku berpesan isteriku untuk pergi ke rumah mak sedaraku yang tinggal tidak berjauhan dan tunggu disana hingga aku pulang dari tempat kerja. Risau dengan kejadian-kejadian aneh yang menimpa aku malam tadi.

Hal itulah yang membuatkan fikiranku tidak tenteram pada hari ini. Sepanjang masa aku di pejabat memikirkan kejadian-kejadian aneh malam itu. Bermacam-macam teori aku fikirkan. Aku tiada musuh, jauh lagi berhutang dengan ceti haram. Namun aku tetap bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku padaku dan keluargaku.

Hujan semakin lebat, aku terpaksa menghentikan motosikal yang aku tunggangi di bawah sebuah jejantas, bersama-sama dengan beberapa motosikal yang lain. Sedang membelek-belek telefon bimbitku, aku menghantar mesej bertanyakan khabar isteri dan anakku di rumah mak sedaraku. Mereka masih disana, syukur sedikit lega aku. Dan aku berniat untuk membawa mereka makan malam diluar sesampainya aku di rumah memandangkan gaji baharu saja di masukkan ke akaun.

Melihat keadaan hujan yang semakin baik, aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 6.10 petang. Aku memecutkan sedikit motorsikal aku kerana aku tidak mahu terlalu lewat sampai ke rumah. Namun, nasib aku malang pada hari itu, sebuah kereta terbabas di lorong paling kanan jalan, merempuh penghadang jalan dan akhirnya melanggar motorsikal aku. Aku blank, hitam. Aku tidak sedarkan diri.

Setelah beberapa ketika, aku tersedar, aku lihat orang ramai menggerumuni kereta yang terbabas itu. Leganya fikiranku bila aku tahu yang aku masih hidup. Hanya luka-luka sedikit di mulut dan tangan yang calar-balar. Motorsikal aku pun masih elok. Tidak teruk rosaknya. Hanya calar dan patah dibahagian cermin sisi kiri. Yang peliknya tiada seorang pun peduli akan aku. Semua sibuk dengan pemandu kereta yang terbabas itu. Aku jadi bingung. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalananku menuju ke rumah. Tidak sabar aku nak ceritakan pengalaman aneh ini kepada isteriku.

Jam sudah menunjukkan waktu maghrib sudah tiba. Lama jugak aku pengsan tadi tak sedar handphoneku didalam poket sudah bunyi azan. Aku berhenti untuk solat sebentar di stesen minyak berdekatan. Sempat aku menghantar pesanan kepada isteriku yang aku pulang agak lewat hari ini. Tak berani aku nak ceritakan kepadanya yang aku dilanggar tadi. Risau pula isteriku akan cemas dan panic. Usai solat, aku berehat didalam surau. Menunggu hujan kembali reda. Tanpa aku sedar aku tertidur disitu.

Tidurku tak lama, aku dikejutkan oleh seorang lelaki tua yang berjubah dan berserban putih, dengan senyuman lembut mengejutku dari tidur.

Lelaki Tua: Nak, kenapa tidur disini, baliklah nak.
Aku: Astaghfirullah, saya tertidur pakcik. Pukul berapa sekarang ni ye?
Lelaki Tua: Dah hampir pukul 10 malam. Pulanglah nak. Anak isterimu menantimu.
Aku: Errrr, baiklah cik…

Pelik benar ungkapan pakcik tadi. Menambah satu lagi keanehan yang berlaku pada diriku hari ini. Aku bergegas menghidupkan engine motorsikal. Alhamdulillah sudah tidak hujan lagi waktu itu. Tuhan sahaja yang tahu perasaan hati aku ketika itu yang rindukan anak isteriku.

Aku sampai rumah aku tepat jam 11.30 malam. Rumah aku dah terang benderang diterangi cahaya lampu. Pelik aku, isteri aku dah pulang ke dari rumah mak saudara aku? Soal aku dalam hati. Aku meraba-raba poket mencari kunci rumah, namun tidak jumpa. Aku cuba melefon isteriku namun tidak diangkatnya.

Aku berjalan ke arah bilik tidur dari luar. Kerana waktu ini mesti isteri aku sedang tidurkan anak aku didalam bilik. Namun alangkah terkejutnya aku! Aku melihat dari celahan sliding door bilikku, satu sosok yang aku sangat kenal, sedang menepuk-nepuk anak aku. Aku tergamam. Ya itu aku! Itu adalah diriku sendiri! Apakah yang sedang terjadi sekarang ini?

Aku mengetuk-ngetuk kaca sliding door bilik itu. Namun tidak diendahkan penghuni rumah tersebut. Aku berlegar-legar sekeliling rumah untuk mencari isteri aku. Aku lihat dia sedang menggosok baju di dalam bilik pakaian. Aku menjerit dan mengetuk tingkap bilik pakaian untuk memberitahunya yang anak kami didalam bahaya! Namun tak juga diendahkan isteriku.

Aku kemudian mengetuk pintu utama dan menggongcang-goncang Pintu itu dengan harapan dapat aku pecahkan pintu itu. Aku terlihat isteri aku lari menuju ke bilik tidur. Aku berasa sedikit lega kerana isteri aku akan lihat kejadian aneh di mana anak aku di ulit oleh sesuatu yang berupa seperti aku dan akan menyelamatkan anak kami.

Setelah beberapa ketika aku terlihat sosok yang berwajah seperti aku menuju ke dapur sambil membawa sebatang kayu hoki. Kali ini aku tersentak. Aku tersedar. Yang ini semua pernah berlaku. Ini semua deja-voo. Aku tersedar yang itu memang aku. Dan aku tersedar yang aku sebenarnya sudah menjadi mangsa kemalangan yang aku alami tadi. Air mata jatuh membasahi pipiku. Terasa pedih akibat luka kemalangan tadi.Jelas terasa sakit, pedih satu badan.

Saat itu, aku sedar. Aku sudah tiada di alam ini. Aku sudah tiada.. Mungkin ini kesempatan terakhir buatku untuk melihat wajah-wajah kesayangan aku. Aku hanya mampu melihat aku yang semalam melakukan apa yang aku sudah lakukan hari ini.

Untuk kali terakhirnya aku ingin menatap wajah anak dan isteriku… Aku melangkah longlai ke arah bilik tidur. Aku lihat tirainya terselak sesikit. Jelas ternampak girang anak aku bermain dengan ibunya. Hanya air mata mampu menghiasi pipiku. Anak aku nampak aku. Aku ukirkan senyuman terakhir aku buatnya. Sempat dia balas dengan ‘Dadaa..’ Ya, itu perkataan pertamanya dan terakhirnya buatku, daddy-mu. Akhirnya tirai ditutup kemas.

Sebelum aku meninggalkan dunia ini, sempat aku berpesan kepada aku yang semalam. ‘Hati-hati’ disehelai kertas yang aku titipkan di motorsikalku.

Selamat tinggal sayang, selamat tinggal anakku…

#SafeRideSafeLives #PanduPerlahanJiwaSelamat #IngatlahOrangYangTersayang
#DanialFiksyenShaSha

25 thoughts on “#DANIAL-WAJAH WAJAH TERSAYANG”

  1. Salam. Kali ni memang kau buat gila Danial…Bapak segala gila…dah macam movie 6th Sense….Teruskan berkarya bro. Eiii
    tak boleh imagine aku…

    Reply
  2. Terbaik 10/10 kau bagi tok putar otak ni 360 drjh utk masuk dalam cerita kau dan rasa apa yg watak dalam cerita kau ni tgh hadap..

    Reply

Leave a Comment