Waktu Ni Bukan Waktu Main

Nama saya N. Malas nak mukadimah panjang-panjang saya sharekan terus pengalaman seram kami sekeluarga kat salah satu pantai kat Langkawi.

Ok, start bermula second day aku kat langkawi. Family along and angah aku datang second day itu pun dah pukul 4 lebih camtu diorang sampai. Diorang sampai-sampai je, terus excited nak mandi pantai sebab anak2 diorang dah merengek dah main pantai. Ayah aku pun teringat, yg kawan kakcik aku ad cita pantai pasir *te tu best, pasir putih, air laut pun jernih. Jadi kami decide nak pergi situ lepas diorang check-in semua. Nak dipendekkan cita kami btolak dari Kuah ke tempat tu dalam pkul 6 lebih.

Ok, memang dah tak sedap hati dah pun sebab nak pegi pantai waktu senja tapi terpaksa sebab budak2 dah merengek sangat. Waktu senja jin banyak bertandang kot.

Dalam perjalan ke situ, abang ngah and abg cik aku singgah satu kedai kononnya nak beli barang buat bbq. Bajet nak beli ayam, seafood apa semua tapi hotdog je yg ada. Orang kedai tu pun ada tanya, “mana mau pergi?” “Nak pegi pantai pasir *teng” orang kedai tu buat muka pelik+terkejut. “Mau mandi ka? Kalau ad orang mandi la, kalau takdak jangan” Bila dia pesan macam tu, lagi la kami tak sedap hati tapi terpaksa pergi jugak kesian punya pasal kat budak-budak ni. Nanti diorang mengamuk, lagi malas melayan.

Ok sampai sana dlm pkul 7, kami masuk kawasan parking, keadaan tempat dia pon macam dah seram sikit. Masa parking, belakang urvan yg kami sewa tu, ada macam gerai2 ala2 goreng pisang yg dh lama dtinggalkan. Tengok kawasan pantai, alhamdulillah nampak ada dua tiga kelompok kt pantai. Kami pun turun ke kwasan pantai.

Semasa nak turun ke pantai, ternampak ada dua beradik baru lepas naik mandi ditemani ibu menuju ke pondok. Yang peliknya, riak wajah diorang macam kelihatan lesu,muram, tiada langsung warna ceria kat muka diorang mcm orang tiada apa2 perasaan. Keadan diorang pun masih basah even dah naik dari pantai. Kami buat donno je, nak tegur pun tak terasa nak buat.

Di pantai, ada dua tiga pakcik yg baru lepas pukal ikan agaknya kat situ. Untuk menyedapkan hati sikit, Kakcik aku pun tnya kat pakcik tu, “boleh mandi ke kat sini?” Pakcik tu cuma angguk kata boleh. Anak-anak sedara aku pun kemain seronok main simbah2 air pantai. Tapi tiba-tiba pakcik tadi datang kat arah aku bagi amaran

“balik balik, waktu sekarang bukan waktu main. Pergi naik!” Aku terkedu.

Aku report kat semua family aku. Nasib baik la anak-anak sedara dengar cakap. Mungkin depa dah dapat main sekejap. Then kami decide untuk buat bbq je. Kebetulan, ada tempat panggang yang macam baru ditinggalkan. Api pun masih hidup. Hari pun makin gelap. Masa tu, hanya tinggal 3 kelompok termasuk kami sekeluarga.

Tengah kami sibuk nak buat bbq, aku terperasan ada sebuah family sebelah kami memang mencurigakan. Bayangkan, sejak kami sampai sehingga sekarang, diorang just duduk senyap menghadap laut. Tak bergerak langsung even hari makin gelap, diorang still statik kat situ takde pasang lampu apa-apa pon.

Seingat aku, ada dua makcik tua duduk di atas kerusi sambil melihat laut, dan ada beberapa lagi makcik dengan kanak2 duduk bersila atas tikar dan bersebelahan kotak putih. Masa kami berbbq, kadang-kadang tersuluh jugak la kat sebelah, yes!! Still statik dan duduk diam menghadap laut. Posisi diorang betul2 tengah laut. Aku anggap mungkin ada pantang larang atau adat diorang kot. Wallahualam.

Selesai kami berbbq, kami terus decide kemas cepat-cepat dan pulang. Rupanya satu family aku tak sedap hati sepanjang kami berada di situ. Sebaik tiba kat tempat parking, bunyi anjing menyalak seakan mau menangis. Serious kuat dan panjang!

Tiba-tiba kak ngah aku suruh kami masuk urvan cepat-cepat. Gesa kami mcm nak marah, tak nak lengah-lengaj. Aku fikir mungkin pasal anjing menyalak la kot. Sebaik bertolak dari tempat tu, semua senyap tak cakap apa-apa. Tiba2 anak sedara aku sorang menyaut “aunti! Mama tu aunti” sambil tunjuk kat luar tingkap. Kak long aku pon terkejut tapi taknak layan kn sangat dan anak sedara aku tu kembali main phone. Kami semua terdiam sejuta bahasa.

Sebaik sampai hotel, kecoh kami satu bilik, rupa-rupanya kak ngah aku suruh cepat masuk urvan sebab dia nampak satu lembaga kat gerai usang tu. Kakak aku terlihat ke arah gerai tu dan tiba-tiba lembaga bergoyang pusing ke arah dia sambil tunjuk batu nisan. Hanya kelihatan seolah bayang hitam walaupun di suluh, masih kelihatan bayang-bayang.Dan rupa-rupanya satu family aku perasan dari awal kami sampai pantai, diorang ternampak ad perempuan kat situ.

Tapi along aku cakap, perempuan yang awal nampak tu dah balik dengan laki dia yg pakcik bagi warning kat aku tu. Dan masa kami nak masuk van, baru aku tau semua pernah perasan lembaga kat gerai usang tu. Tapi cuma bayangan hitam.

Kakcik aku pun terlepas cakap “tu orang ke apa?” Dan abg cik aku pun suluh tapi cuma nampak bayangan hitam.

Kak ngah aku cakap, selepas kakcik aku terlepas cakap tu la yang lembaga tu tunjuk batu nisan kat dia. Meremang bulu roma kami semua malam tu. Cuma aku je yg tak pernah terpikir nak pandang gerai lama tu dari awal smpai hingga waktu balik. Memang ni first time kejadian macam ni terjadi pada kami sekeluarga. Memang salah kami keluar masa senja tambah-tambah kawasan pantai pulak tu.

Tapi, point aku kat sini, aku betul-betul musykil dengan “kelompok2” yg kami nampak di pntai tu. Betul ke orang?? Sesiapa yang pernah tau apa yang pernah terjadi mungkin apa-apa tragedi kat Pantai Pasir *Teng tu tolong komen di bawah. Sebab aku sekeluarga pasti yg bersama kami dari awal sampai sehingga pulang sepanjang berada di pantai, bukan manusia. Wallahualam.

17 thoughts on “Waktu Ni Bukan Waktu Main”

  1. Pkul 7 tu org gerak balik dh nak solat maghrib apa semua. Korang plak baru nak hadap main pntai. Kalo area pantai cenang tu okay la sebab meriah n ramai org. Nak main pantai sampai tengah mlm pun berkerumun lagi org kat pantai tu.

    Reply
  2. mak budak pon takyahlah nak layan sangat budak tuh . tuh nasib baik kena kacau sikit kalau sampai meracau padanlah senja2 main lagi kat situ .. nakpi pantai pasir tengkorak pon hutan saja .. lainkali pi sebelom senja lah lahai .. naklagi elok pi tengahari walaupun panas terik try ambik gambar bapak punya cantik ..

    Reply
  3. biar budak menangis jangan kita yg menangis…
    kalau pantai tu takde puaka pon, senja2 bukan masa untuk main2 tepi laut.
    esok pon masih kat langkawi… dah pagi nanti, puas2 lah nak berendam.

    Reply
  4. Beria bebenor nk tulis pantai pasir *teng3 tu dh kenapa…tulis ajer la nama penuh. Hadoiiii mcm2 sikap org la ni. Xder nyer leh tutup periuk nasi org nyer klu bg tau cik lipah oiiii…perkara yg benor bg tau kn ajer. Lain kali klu nk lepak2 sampai ke pagi tu haa pantai cenang tempat nyer ?

    Reply
  5. Pengajarannya jgn ikut sgt kehendak budak2..senja patutnya duk umah atau hotel..masa tu jin setan berkeliaran dan aktif..mmg mendapat la..nasib korang sekeluarga tak hilang di pantai tu..ni siap berseronok bbq time senja..mcm x kisah je solat magrib walau tau leh solat jamak..

    Reply
  6. aku pernah ada pengalaman mandi d pantai time maghrib..siap beach soccer lgi..elok jea..pantai pon dh kosong tggl aku n the geng je..jahat sgt ke kami sampai setan pon x brani kaco..hahaha

    Reply
  7. Pasir tengkorak la tu kan.. tengkorak kau time senja baru nk menapak ke pantai.mendapat la….. org lgkawi pun senja2 balik umh xmerayau ke pantai…

    Reply

Leave a Comment