Terima kasih kepada admin fiksyen shasha, kerna menyiarkan kisah dan pengalaman aku buat kesekian kalinya. Cerita ini aku olah dan perbaiki bahasanya agar senang dibaca dan difahami oleh kalian.
Minggu tu adalah minggu terakhir di mana aku akan duduk di rumah dan bilik yang mula-mula aku sewa di Kota Raya ni. Minggu tu juga aku sibuk mencari bilik baru di Mudah.my dan Ibilik. Haaaiih, malas pun ada. Mana taknya, aku dah biasa kat rumah dan bilik ni. Susah senang juga disini. Apa boleh aku buat. Tuan rumah kata, rumah ni dah ada pembeli. Terpaksalah juga aku melangkah pergi. Cewah.
Bermulalah kesibukan aku minggu terakhir tu. Tapi bila difikirkan, inilah masanya aku mulakan sesuatu yang baru, pemandangan, jalan dan laluan ke tempat kerja yang baru. Walaupun kerjanya masih di tempat yang lama. Kahkahkah. Be Positive.
“Dah ada orang”, “dah ada orang”, “dah ada budak masuk la dik”. Jawapan yang aku terima sepanjang hari aku whatsapp dan call nombor yang diiklankan. Last sekali, aku call satu nombor tu dan jawapanya “ya masih ata” pelat Cinanya berbahasa Melayu. Aku terus kata, “esok saya datang tengok bilik tu ya Encik?”. Apek tu jawab ringkas “Poleh”. Terus aku letakkan panggilan. Dalam hati punyalah syok.
Besoknya lepas balik kerja aku terus tengok rumah dan bilik tu. Rumah ok,bilik pun ok. Aku terus bayar deposit dan sign Agreement Letter. Tak fikir panjang. Kunci dah terima, apek tu kata dah boleh masuk. Cantik. Aku ni kawan-kawan, jenis cepat Excited. Malam tu juga aku serahkan kunci rumah dan bilik lama ke owner rumah lama. Terus saja aku angkat semua barang. Barang aku tak banyak pun 1 medium luggage bag dan 1 lap top bag. Cukup-cukup masuk ke dalam kereta kompak aku tu. Senang.
Tiba saja di depan perkarangan rumah sewa baru aku, di BU11 Bandar Utama. aku nampak dari luar lampu ruang tamu menyala. Kalau menyala mestilah ada orang kan? Aku mengetuk pintu sambil memberi salam. Tiga kali bagi salam. Tak bersahut. Aku pun menyeluk kunci di dalam poket dan membuka mangga serta pintu. Baru saja, sebelah kaki aku melangkah masuk. Tiba-tiba, seorang lelaki berdiri di depanku menjawab. Walaikumsalam. Sambil melontarkan senyuman dan menghulurkan tangan kat aku. “Aku Wan” dia memperkenalkan diri. Aku yang terpinga-pinga sebab terkejut spontan menghulurkan tangan bersalaman “Aku Lan”. “Maaf tak dengar tadi, ada kat atas”. Tambah Wan lagi.
Malam tu lepas aku mengemas sedikit kat dalam bilik, aku keluar sekejap. Nak tapau teh ais kat mamak. Dahaga betul. Masa aku turun menyusuri anak tangga, aku nampak Wan duduk kat sofa bawah sambil tengok TV. Bila aku dah dekat, Wan yang tadi duduk aku lihat dah tak ada, TV pun tutup. Haipp. Mainan mata agaknya. Menyedapkan hatiku. Aku pun masa kat tangga sibuk scroll-scroll handpohne. Tak fokus sangat. So,aku mengambil keputusan untuk abaikan.
Hari ni hari ke-3 aku di rumah baru, rumah ni agak besar ada 4 bilik dan yang bestnya penyewa cuma berdua aku dan Wan, budak bilik sebelah. Selesa sungguh.
Lepas balik kerja petang tu, aku terlelap kat atas katil. Penat sangat. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Mesej masuk. Aku lihat pada skrin dah pukul 7.00 PM. Alamak! Aku Asar tak lagi ni. Aku bergegas bangun terus ke bilik mandi yang terletak diluar bilik aku. Ada orang la pula. Aku biarkan pintu bilik terbuka dan aku duduk diatas katil sambil menunggu Wan keluar. Seperti biasa aku scroll-scroll la fon. Pintu terbuka aku terus pandang ke arah pintu bilik mandi. Tak ada orang yang keluar tapi pintu terbuka. Sekali lagi aku abaikan. Sebab dah nak Maghrib.
Minggu berikutnya. Masa aku balik dari tapau makanan. Aku nampak Wan duduk kat bahagian meja makan dengan seorang makcik. Aku menyapa dengan salam. Terus menghampiri mereka. Wan memperkenalkan makcik tu adalah maknya. Lepastu aku meminta diri untuk naik ke atas. Masa aku naik tangga aku terdengar perbualan mereka. Bahasa yang mereka tuturkan sangat pelik. Tak pernah aku dengar dimana-mana. Tadipun aku tengok muka mak Wan nampak sangat tua, aku boleh anggarkan supaya kawan-kawan dapat bayangkan macam 100 tahun ke atas gitu.
Satu malam dalam minggu yang sama tu, aku terjaga sebab terdengar ada suara perempuan tua menangis. Makin lama makin kuat kedengaran. Ah sudah. Bisik hatiku. Aku memberanikan diri, membuka pintu bilik. Kat luar gelap, yang ada hanyalah sedikit cahaya dari lampu bilik mandi. Aku amati bunyi tu, memang jelas datangnya dari bilik mandi. Belum sempat aku menolak pintu tiba-tiba pintu di tolak kuat dari dalam. Suara tangisan pun berhenti. Ya tuhan, punyalah terkejut aku. Aku membuka dan menolak pintu perlahan. Tak ada siapa pun kat dalam bilik mandi tu. Seramnya, tuhan saja yang tahu kawan-kawan.
Besoknya awal pagi, Apek (Owner rumah) call aku. Dia kata dia ada kat depan rumah. Nak hantar barang. Aku pun turun ke bawah dan membuka pintu. Aku tengok apek membawa gas bersama sekali dapur. Aku terus jadi blur sekejap. Aku bukan blur pasal 2 barang tu kawan-kawan. Aku blur sebabnya selama ni Wan masak kat dapur pakai apa?
Aku tanya apek, “ni nak buat apa?”. Dia jawab “u masak la”. Aku cakap kat Apek, “kan dah ada”. Wan selalu guna untuk masak. Tambahku lagi. Kini turn Apek buat muka blur sambil kerutkan dahi. Dia tanya aku “Wan sapa”. Aku pun jawab sebelah bilik saya la pek. Dia balas semula. “Dalam ini rumah, baru u saja tinggal taw”. Bulu roma aku mula naik perlahan-lahan.
Usai saja aku tolong masukkan dapur dan gas tadi. Aku terus naik ke atas, tengok bilik Wan dan lagi sebuah bilik lain. Keduanya kosong. Aku turun ke bilik bawah. Pun kosong. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan.
Sebenarnya kawan-kawan, selama 3 minggu aku kat rumah baru ni. Aku pelik beberapa perkara. Yang pertama, aku hanya akan jumpa Wan pada waktu malam sahaja. Kedua, Wan akan hanya mengenakan jubah hitam begitu juga dengan Maknya masa aku jumpa malam tu. Ketiga, aku nampak Wan memasak tapi, tak ada bau masakan pun yang aku hidu. Semua tu aku abaikan sebelum ni. Rupanya, Wan tak pernah wujud pun kat dalam rumah ni.
Sejak itu kawan-kawan, aku tak pernah lagi lihat kelibat Wan dan maknya sampai kehari ini. Tapi ada satu tengah malam tu. Pintu bilik aku diketuk kuat berkali-kali. Aku terjaga dan spontan kata “Wan ke tu?”. Tiba-tiba pintu berhenti diketuk. TAMAT
Terima Kasih admin dan pembaca sekalian.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Gile la berani ko ni..
Npk sgt kau terdesak nk ada umh sewa smpi kau x pikir umh tu berhantu ke tak.. Haha.. X pa.. Kalau diaorg x kacau kau terok2, Abaikan la..
berani betul…tp diaorg x kacau..
part kau cakap wan ke tu. rasa jantung aku berhenti sekejap. haha. seram
masa kau tanya wan ke tu??
tetiba aku pula rasa nak jawab! hahaha
bertabahlah kawan!
nanti update lah lagi ye..
ke wan dengan makcik tu bunian?? erk huhuhu…
Meremang siot…. huhuhu ” pelik wan hanya pakai jubah hitam dgn mak die”. Dan tanye.. wan ke tu??? Hohoho… serammmm…..
“Wan ke tu?”
Aku pun membalas.. “Tak.. Ni Izzlyana.. Wan tu ex sy.. erkk..” Haha..
#SisGurau#JanganKecamSis
Waaa..beraninyer…cuba masa tanya ” wan ke tu” …tetiba dia jwb “ya, wan ni ” ….hehehe….
Kalau awk ketuk pintu bilik sy,akan sy tarik awk masuk bilik dan mulakan aksi dayung mendayung pelbagai posisi. Nak tak?
Beraninyeee. Seram even baca siang2. Tak takut ke duk rumah sewa besar gtu sorang
Nty smbung la lagi….sape wan2…..rse seram x hilang lagi….adoiiii!!!
masa kot tanya wan ke tu sib baik dia tak jawap yerr saya wan peah haha
Bunian kottt….jin….sebab ade yg prnh beritahu jin biasa pakai baju putih, hitam, atau hijau…kalau die muncul n kita nmpk..mksud hijab kita terbuke ke…..Wallaualam…adoi…die x kacau tu…jin islam kot? Huhuhu..best best….mmg wan dah x muncul ke pastu? Klu ade, sambung lah crite eh
Pelik la mung nih…xkan xtanyo sapo duk nyewo skali????
Pelik la mung nih…xkan xtanyo sapo duk nyewo skali sebelum masuk????
ye aku.hahahhaa
wan peah kot tu..ha3..seram dik seram jangan diseru nanti hidup tak senang
Berani betul ko nie
Kalau aku, silap2 dah menumpang umah orang lain
Hahahahaha….
Best2
Teruskan apa2 citer yg ko ada eh
ko dah tau tapi still duduk situ lagi…memang ko kental…roy…roy…hati kau keras
boleh pulak dia stay lagi situ ! gile ah !