salam perkenalan kepada semua,
aku berusia 27 tahun. dari kecil hingga kini aku sering didatangi dengan bermacam – macam gangguan. kadang aku keliru dengan kehidupan ku yang sering diganggu. dimana – mana aku pergi di situ ada gangguan. kadang – kadang aku nampak dan dengar sendiri keberadaan makhluk itu .
di sini aku ingin menceritakan salah satu pengalaman ku yang kadang membuat aku sendiri keliru dengan kehidupan ku. pada hari itu aku balik ke rumah ibu bapa ku , maklumlah aku tinggal berasingan dengan orang tua ku. tergerak hati ku untuk balik ke rumah ibu bapaku. setibanya aku di perkarangan rumah ibu bapa ku, aku terasa sesuatu. aku terus melangkah masuk ke rumah. ternyata ibu bapa ku keluar dan tidak berada dirumah pada masa itu. aku mengambil keputusan untuk masuk dan menunggu mereka balik di rumah.
aku terus melangkah ke dapur untuk minum segelas air kosong, di situ timbul kerajinan ku untuk membantu ibuku mencuci pakaian yang kotor.aku terus saja melangkah ke bahagian belakang rumah di mana tempat ibu ku meletakkan mesin cuci baju. keadaan tempat itu sungguh gelap kerana tiada lampu. tengah asyik mengisi baju kotor ke dalam mesin basuh tersebut, hati ku terdetik untuk menoleh ke sebelah kiri. mata ku tidak terkebil, mulut ku hanya mampu berdiam diri manakala jantung berdegup laju. kaki ku seolah – olah disuntik ubat pemenat. lembaga hitam yang bertubuh besar dengan rambut yang menggerbang panjang sedang memerhatikan ku. cahaya bulan pada malam itu membuatkan keadaan itu semakin menyeramkan.
raut wajahnya seolah- olah wanita tua yang berbadan besar. dia hanya berdiri memerhatikan ku. aku terus memberanikan diri dan memujuk hatiku bahawa itu hanya hayalan ku sahaja. dengan pantas aku terus mencapai kunci kereta ku dan mngunci pintu rumah dan pergi dari situ.
sehingga kini aku masih lagi keliru dengan kehidupan ku. dan aku berharap untuk menjadi seperti orang lain yang melalui hidup yang normal. sekian terima kasih.
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
amende sial cerita tak berkualiti langsung
klau yer pon jngn menccarut
Ini karangan SPM ek..?
hahaha..ini win
mak dia pergi mana… hadoii penat je baca
Apeni?
Hahahahaaha xD
Pergilah berubat ke mana2 perubatan islam. Chances are bila orang yang mengaku boleh nampak atau hijab terbuka ni sebab mata2 mereka boleh diaccess oleh makhluk jin ni. Tutuplah lubang2 access ni.
?
aduh..cam x sampai je
XfhmðŸ˜