Hai. Ingat aku lagi? Aku yang cerita pasal telekung tergantung tu. Sebab sekarang ni aku tak boleh tidur so aku nak sambung cerita benar yang terjadi masa aku tingkatan 4 pulak. Tapi kalini, aku dah tak nampak seketul macam aku kena time form 1 tu. Kalini just aku diberitahu mengenai kehadiran dia tapi melalui orang lain. Huhu. Aku ni jarang dikacau tapi kalau sekali kena, kaw2 dia usik aku haha k lap peluh jap
Tingkatan 4, aku ditempatkan di aras 3, Blok Z. Blok ni merupakan blok paling belakang dan belakang blok tu takde rumah mahupun sebarang binaan melainkan hutan semata-mata. Adeh, saat ni pun aku rasa dah berdiri bulu roma aku. Baru aku bagi gambaran tempat kat korang tu. Hmm lap peluh lagi haha
Seterusnya, aku nak bagi gambaran bilik aku pulak. Bilik aku bilik paling hujung. Berdekatan tandas. Dalam bilik aku ni ada stor. Bila sebut stor, of course tak kemas, barang takdelah bersepah teruk just tak tersusun cantik la kan. K, dulu, penah dengar dari senior-senior sebelum ni diorang cakap ada sorang akak ni curi-curi solat dalam dorm, lagi details dia solat dalam stor tu sebab malas nak pegi surau. Buat pengetahuan korang, kebanyakan asrama tak membenarkan pelajarnya solat dalam dorm. Kena solat di surau bagi menjamin keunggulan dan kesatuan ummah. Yela, solat berjemaah kan lagi dituntut. Pahala banyak, erat silaturrahim. Ha gitteww.
Ok back kepada akak yang curi-curi solat tu, dia solat sorang-sorang waktu isyak. Masa dia tengah solat, dia cakap ada lembaga hitam besar melintas. Bayangkan dia punya besar tu sampai bilik stor yang kecik tapi ada lampu tu jadi gelap gelita. Batal terus solat akak tu sebab dia terkejut dan lari keluar dari bilik. Ok setakat tu je sejarah pasal bilik stor. So bilik stor ni memang kitorang tutup rapat pintu dia sebab katil aku di bahagian stor ni ( dorm aku ada 2 bahagian, satu side A satu side B. pembahagian dia adalah locker. Tapi kau still boleh bersiar-siar ke side sebelah sebab locker yang jadi divider tu separuh je.)
Yang nak dijadikan ceritanya, aku dikacau pada suatu malam tatkala aku sedang menelaah buku teks sejarah seorang diri. Kalau tak silap aku, time tu dah pukul 2.30pagi. katil aku terletak betul-betul tepi pintu. So aku study atas katil aku je memandangkan cahaya dari lampu koridor luar mampu menerangi sebahagian katil aku. Jiran sebelah katil aku ni nama dia Cah (aku taruk nama betul, so Cah in case kau terbaca ni, mesti kau tahu kan sape yg menulis ni hahah). Cah ni dah lama tidur since lepas habis al mulk terus dia tidur. Sama jugak dengan ahli dorm aku yang lain, semua tidur lena diulit mimpi kecuali aku sorang yang sedang gigih study sejarah.
Waktu aku tengah gigih menghafal tu, tiba-tiba adik bilik aku form 1 (dia ni ada sixth sense) dari side sebelah dtg tido atas lantai kat tengah2 dorm. I mean depan divider. Tapi sebelum tido tu dia mintak izin dulu kat aku nak tido situ. Yela kang kena marah plak ngan senior macam aku ni. Haha. Aku cakap “Tidur lah. Tapi nape tak tido kat katil awak je?” aku tak syak pape lagi time tu. Tambahan pulak jawapan junior tu “saje kak. Takleh tido kat katil. Sini cerah sikit” so aku pun meneruskan study tanpa mempedulikan adik bilik aku tu. Tapi aku perasan, dia macam tak lena tau tidurnya. Jap2 pusing kanan, jap2 pusing kiri. Adalah dalam 15 minit gitu, tiba2 dia bangun datang kat aku.
“akak, saya nak g blok Y. nak g jumpa kak S. boleh tak?” (kak S ni senior tingkatan 5. Dia macam alim2 sikit la). Bila budak ni cakap nak g jumpa akak tu pada waktu sekarang, aku dah tak sedap hati. “ehhh.. dah lewat ni. Jumpa esok pagi je” jawab aku. “please akak. Saya tak boleh dah ni…..” katanya. Aku tgk muka dia gelisah sangat. Aku kesian. So aku benarkan dia pergi tapi dengan syarat jangan lama. Terus dia keluar dan pegi dorm akak tu. Jantung aku dah start nak berdegup kencang. Ikutkan hati aku nak paksa diri aku tidur, tapi study aku tak habis lagi. aku kena jugak habiskan study sebab nak exam dah.
Maka tinggallah aku berseorangan. Sunyi. Lagi sikit je lagi chapter aku nak cover so, aku teruskan pembacaan. Klimaks nya masa ni lah. Cah yang dah lama tidur di katil sebelah tiba-tiba bersuara “Weh, tak gelap ke study situ? Pegilah sana sikit kan cerah” . Erkkk..aku pandang cah, mata dia pejam! Tapi tadi memang dia tegur aku. Aku dah cuak, so aku goyang-goyangkan badan cah. “Cah! Cah! Kau cakap apa tu?” nasib aku baik sebab Cah tersedar. Tapi dia mamai-mamai dan dia Cuma jawab “manade cakap pape”.
Aku tak puas hati. Aku cakap lagi “ye cahh. Kau ngigau ni” tapi cah dah tak respon kat aku. Selang beberapa minit, tetiba cah gelak. Tapi bukan gelak mengilai. Dia gelak yang bunyi memerli. Ya allah!! Aku beranikan diri lagi pandang cah. Sama. Mata dia pejam! Aku pandang sekeliling bilik, aku seram sejuk. Dan time tu jugaklah tiba-tiba angin macam kuat pulak masuk dari luar. Pintu bilik stor, sumpah aku tak berani pandang.
Jantung aku takyah citer la. Nak tercabut dah. Aku tekup muka aku dengan buku teks sejarah tu sambil aku ulang ayat Kursi. Berkali-kali aku ulang dengan kuat. Kali ketiga aku ulang, bacaan ayat Kursi aku jadi tersekat. Aku tiba-tiba jadi lupa ayat akhir. Dalam keadaan badan menggigil, mata pejam rapat, aku istighfar, aku mohon ampun dan minta dilindungi dari gangguan. Memang menitik-nitik air mata aku ketakutan. Time tu aku Cuma ada tuhan untuk tolong aku. Berkali-kali aku istighfar, aku ulang semula ayat Kursi dan Alhamdulillah, aku mampu habiskan. Aku ulang, ulang dan ulang sampai aku tertidur. Aku tak tahu adik bilik aku balik semula ke bilik atau tidak.
Esok pagi, waktu tengah bersiap2 nak ke sekolah, sempat aku bisik kepada cah kejadian malam tadi. Bersungguh cah menafikan dia mengigau kerana sepanjang aku sebiik dengan dia, cah memang tak pernah mengigau dan cah juga bukan jenis bercakap dalam tidur. Korang bayangkan, pucat lesi muka cah waktu aku ceritakan. Yang paling best, korang perasan tak, apa yang cah cakap malam tadi memang tuju kat aku. Aku tahu la pencahayaan tak cukup study atas katil, tapi takyah la takutkan aku. Huhu.
Dan waktu tu jugak, adik bilik aku yang pegi bilik kak S tu datang kat locker aku dan Cah. Dia bisik “akak, malam tadi saya takleh tidur sebab dia kacau”. Aku membalas, “sape kacau?” dan jawab adik bilik aku ”benda tu lah…dia try nak masuk ikut jaring2 tingkap tapi tak boleh”. Aku dah seram dah. Aku Tanya lagi, “muka dia macam mana? Awak Nampak muka dia tak?. Lalu dia balas, “Nampak kak. Muka dia berkedut.
Pastu ada tanah-tanah sikit. Baju dia putih tapi kotor berselut. Sebabtu saya mintak nak tidur dkt side akak. Dia kacau side saya je. Dah tidur side akak pun saya tak tahan. Dengar dia cakar-cakar jarring sebabtu saya nak g jumpa kak S” aku terdiam. Adik bilik aku menyambung lagi, “akak kena kacau tak lepas saya pergi?” korang tau kan apa aku jawab? Sah-sahla apa yang jadi semalam angkara benda tu. Dia usik aku sebab adik bilik aku dah lari. Hmmm tak baik tau….
Peristiwa tu berakhir di situ. Adik biliik aku pun dah ditutup hijab dia. Tapi aku masih terngiang-ngiang ayat Cah pada malam tu. Even sekarang dah bertahun lamanya, dialog tu tak boleh aku lupa… Aku tak lagi stay-up sorang-sorang di dorm aku. Kalau nak stay up jugak di dorm, aku pastikan aku ada geng. Kalau takde geng, aku pegi bilk study kat aras bawah sebab kat situ ramai yang stay-up. So pengajaran dia and buat junior-junior sekarang yang di sekolah aku tu, aku nak pesan kita hidup kat dunia ni bukan kita sahaja. Ada makhluk lain. So korang takyah takut sangat. Insan terpilih macam akak je kena. Tu pun, dalam 5 tahun, 2 kali je. Ok la tu kan. Haha . Kalau kena usik gurau-gurau tu, redha lah. Kalau nak stay up, make sure ada kawan. tapi inshaallah, sekarang danh tak macam dulu seram dia.. chill. Ottoke?
“Weh, tak gelap ke study situ? Pegilah sana sikit kan cerah” Aduhai kenangan..
Sekian coretan kisah pengalaman aku hidup di asrama.
-Cik Bulan.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
okay
hurmm..best la jugak