Assalammualaikum. Hallo pembaca FS semua. Aku perkenalkan diri sebagai Tiara. Aku menetap di Belanda. Asalnya memang orang Malaysia. Aku menetap bersama suami di Belanda.
Bila ada masa aku selalu jugak baca kisah seram kat FS ni. Aku ada 1 cerita untuk dikongsi dari pengalaman aku di Belanda.
MUSIM SEJUK 2014
Aku menerima mesej masuk daripada suami. Aunty Thea baru meninggal dunia. Aunty Thea adalah nenek saudara sebelah suami. Kakak kepada nenek suami. Ketika itu, Aunty Thea berumur 98 tahun. Aunty Thea seorang yang sangat baik. Menjadi balu ketika berumur 25 tahun setelah suaminya meninggal dunia dalam perang dunia kedua.
Suami balik awal dari tempat kerja ketika itu untuk bersiap-siap ke rumah mother in law (MIL) aku. Semua ahli keluarga berkumpul di situ. Aku memakai dress hitam panjang, shawl dan jaket tebal warna hitam sebagai tanda penghormatan untuk si M**i. Cuaca sangat sejuk. -5 degree. Salji masih turun tapi tidak lebat.
Sampai di rumah mil, kami duduk satu keluarga di meja makan. Meja makan yg sangat panjang dan mempunyai 25 tempat duduk.
Mil aku bertanya kalau2 aku nak tengok Aunty Thea untuk kali terakhir. Mayat Aunty Thea disimpan di dalam keranda di sebuah gereja yg kecil. Gereja kecil itu boleh muat 8 buah kereta myVi dan gereja ini terletak dekat dgn perkuburan orang2 Kristian di kawasan itu. Aku pun menggelengkan kepala tanda tidak mahu mengikut keluarga dan saudara mil aku untuk melihat Aunty Thea buat kali terakhir. Aku beragama Islam dan tidak mahu menimbulkan fitnah walaupun masuk ke gereja hanya untuk melihat mayat Aunty Thea.
Setelah bersiap, kami berjalan kaki ke Gereja. Semua memegang payung berwarna hitam. Baju hitam. Semua serba hitam. Salji masih turun dan hari semakin gelap. Pada waktu musim sejuk, waktu siang sgt pendek. Dari pukul 8am sampai 3pm.
Sampai di luar gereja, aku bersama suami dan ayah mertua berdiri di luar pintu gereja. Menunggu sesi penghormatan untuk Aunty Thea. Ayah mertua aku seorang yg tidak kisah dengan urusan yg berkaitan dgn gereja. Malas katanya.
AUNTY THEA
Semasa aku berdiri di luar pintu gereja, aku nampak susuk tubuh seorang perempuan tua di bawah pokok cherry di dalam kawasan perkuburan. Ye! Jelas itu Aunty Thea! Aku memegang lengan suami aku. Aku cuba bagitau apa yg aku nampak. Dulu suami tidak percaya benda ghaib. Setelah dia mengalaminya sendiri di rumah lama kami, dia percaya yg wujudnya benda yg kita tidak boleh nampak dgn mata kasar. Rumah lama kami di bawah tanah ketika itu. Aku akan cerita di entry yg lain.
Suami aku tidak nampak Aunty Thea. Tapi aku nampak. Suami pun cakap jangan dilayan sangat. Susuk tubuh itu hilang tapi sekali lagi aku nampak Aunty Thea berdiri betul2 di bawah loceng gereja. Loceng gereja terletak di pintu masuk perkuburan. Manakala gereja berhadapan dgn kawasan perkuburan. Aunty Thea menangis. Memakai baju biru lengan panjang. Skirt labuh panjang bercorak bunga dan berwarna coklat gelap. Pakaian yg selalu dipakai oleh Aunty Thea. Rambutnya yang pendek berwarna putih seperti disikat rapi. Aku cuba tidak menghiraukan apa yg aku nampak sampailah habis sesi penghormatan.
Keranda diusung keluar dari gereja. Mil aku bagi setiap saudara perempuan sekuntum bunga ros.
Setelah keranda dimasukkan ke dlm lubang kubur, kami setiap sorang meletakkan kuntum ros di atas keranda. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Mencari susuk tubuh Aunty Thea. Hati lega. Tiada susuk tubuh atau bayang dari Aunty Thea lagi.
Malam tu, kami tidur di rumah mil. Bilik di atas loteng. Keadaan bilik gelap dan sangat sejuk. Aku cuba memujuk suami untuk balik ke rumah kami pada malam itu. Tapi, suami cuba memujuk aku untuk bersama keluarga untuk beberapa hari.
Seperti biasa, suami akan meletakkan botol mineral disisi katil sebelum tidur. Senang, tak perlu ke dapur katanya. Pada jam 1am, aku terdengar bunyi botol mineral plastik yg dikeronyok. Aku tersentak. Suami aku tersedar dari tidur. Suami aku tanya, bunyi apa tu? Aku memeluk suami dan memberi isyarat diam sahaja. Suami aku terlelap semula. Aku cuba rapatkan badan dekat dgn suami. Aku rasakn ada sesuatu di hujung kaki suami. 2 susuk tubuh. Satu susuk tubuh yg sangat tinggi sampai mencecah atap dan satu lagi rendah. Mata sepet. Tiada hidung dan mulut. Sangat putih. Matanya tepat memandang ke arah suami.
Aku pejam mata rapat-rapat. Sambil membaca ayat Kursi. Sekali lagi bunyi botol mineral yg dikeronyok. Suami aku tersedar lagi. Bunyi apa tu? Masih dalam keadaan mamai. Aku ckp tidur je la. 2 susuk tubuh itu hilang. Tapi, lain pulak yg datang.
‘Tiara!!’ Mil aku memanggil dari tingkat bawah. Terkejut. Pukul 1am dah ni. Dah la menjerit-jerit panggil nama aku. Aku pun turun ke bawah. Tangga ke bilik loteng betul-betul di sebelah pintu bilik mil. Tutup rapat. Sampai di hujung tangga, aku terdengar suara seseorang perempuan menangis. Merintih sedih. Ya Allah. Sekali lagi aku nampak susuk tubuh yang aku sangat kenal. Aunty Thea.
Dia merintih.’ Tiara, tolong gosokkan baju. Aunty Thea nak pakai pagi nanti’
Ayat yang biasa diajukan pada aku setiap kali aku pulang ke rumah mil. Aku selalu tolong Aunty Thea seterika baju dan membeli barang keperluan di rumahnya. Rumah Aunty Thea terletak di sebelah kawasan rumah mil. Pangsapuri. Itu rumah kebajikan yang diberi oleh pihak gereja untuk org2 tua di Belanda. Setiap seorang duduk satu rumah. Mewah bukan rumah org2 tua di Belanda. Mereka tidak diletakkan di dalam satu bangunan yg besar(Rumah Orang Tua) seperti di Malaysia.
Untuk pengetahuan pembaca FS, aku selalu diganggu bila org yg dekat dgn aku atau org yg aku kenal meninggal dunia.
Aku berdiri tegak. Seram. Rasa takut. Hanya ada cahaya dari lilin. Kelihatan samar2. Aku senyap. Aku tidak membalas sepatah pun kata2 Aunty Thea. Dia masih duduk bawah tangga dan merintih. Aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan. Tiba2 betul2 di hadapan aku.
”Boleh tak tolong Aunty Thea gosok baju ni untuk pakai pagi esok?’
Aku terpaku lagi. Wajahnya berhias. Memakai lipstik merah yang sangat terang. Aku pejamkan mata. Membaca ayat Kursi berulang kali. Sebaik je aku bukakan mata, kosong. Tiada sesiapa di situ. Aku terus masuk ke tandas berdepan dengan tangga ke loteng. Aku ambil wuduk. Aku naik semula ke loteng.
Terkejut! Suami aku tengah duduk di tepi katil. Aku tanya kenapa bangun? Tak boleh tidur ke? Suami aku cakap, sejuk. Aku memujuk suami untuk tidur semula. Aku ambil telekung dan sehelai kain sebagai alas sejadah. Seusai solat sunat dan doa, ade suara merintih betul2 di dalam bilik loteng tempat kami tidur. Sekali lagi aku nampak satu susuk tubuh yg bermata sepet, tiada hidung dan mulut. Duduk di tepi katil sambil memeluk lutut. Merintih sedih. Aku terpaku. Tak mampu begerak. Sejujurnya takut tapi ini bukan kali pertama aku mengalami situasi mcm ni. Aku pernah mengalami situasi yg lebih menakutkan ketika ada seorang janda meninggal di kawasan kampung aku di Malaysia 15 tahun yg lepas.
Malam ni je 3 makhluk yg menganggu aku. Aunty Thea dan?? Siapakah 2 makhluk yg susuk tubuh nya tinggi mencapai siling dan satu lagi bermata sepet dan tiada mulut dan hidung.
Aku tiada jawapan untuk itu. Mungkin ada yang menumpang di bilik loteng atas tu. Lagipun lama xberpenghuni.
Keesokkan paginya, selepas sarapan, mil aku mengajak aku dan suami ke rumah Aunty Thea. Mil aku cakap, ‘Ambillah barang kepunyaan Aunty Thea. Kalau2 ada yg korang minat, boleh bawa balik’
Kami ke rumah Aunty Thea selepas sarapan pagi. Sampai di sana, nenek kepada suami aku duduk di ruang tamu bersama dengan makcik aku yg lain. Diikutkan kami sepatutnya memanggil Aunty Thea dengan gelaran Nenek Thea(Kakak kepada nenek suami aku). Tapi entahla. Semua yang saudara mara di sini memanggilnya Aunty Thea. Sampai di ruang tamu, aku memeluk Nenek Marianne(nenek kepada suami). Kami meninjau di ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Di bahagian dapur, aku melihat banyak pinggan mangkuk yang sangat cantik dan unik. Pendek kata VINTAGE. Di setiap bawah pinggan mangkuk dan cawan tertulis tarikh bila dikeluarkan. Tahun 1800. Kebanyakkannya, barang2 di dalam rumah Aunty Thea adalah barang2 lama seperti sofa, floor lamp, barang perhiasan.
Yang ingin aku nak cite kan kat sini, Nenek Marianne ajak aku dan suami masuk ke bilik bacaan. Mmhhh.. sebaik aku melangkah masuk, bilik bacaan ni sangat menyeramkan. Terdapat banyak gambar seorang lelaki yang digantung di dinding. Itu adalah suami Aunty Thea. Ada 2 rak bacaan. Satu sofa kecik. Permaidani berwarna merah yang agak besar hampir melitupi lantai di dalam bilik tersebut. Hanya sedikit biasan cahaya yang masuk di ruang bilik bacaan. Nenek Marianne kata ini bilik khas untuk memperingati suami kepada Aunty Thea. Dan….. mataku terpaku dengan satu lampu lantai yang lebih kurang tinggi aku. Aku agak dalam 155cm. Ukiran lampu sangat cantik. Warna hijau dengan bunga2 kecil. Nenek Marianne suruh kami ambil lampu lantai ni. Berusia 145-148 tahun. Kami pun ambil lampu lantai ni dan jugak beberapa sofa kecil, pinggan mangkuk. Aku masih simpan 3 piring cawan yang disaluti emas. Ada kisahnya setiap barang yang kami bawa balik ke rumah kami. Tambahan pula aku yang mudah nampak dan dengar benda2 mistik. Aku tiada kelebihan tetapi aku, kakak dan abang aku mempunyai pengalaman yg sama bila ada org yg terdekat meninggal dunia. Tetapi, aku lebih kerap mengalaminya.
Insha Allah.. aku akan cerita lagi.
***Teringat…setiap kali bila jumpa Aunty Thea pada hujung minggu, dia selalu tanya aku ‘Dah mengandung ke belum’❤
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
8/10
aku baca komen dulu tgk rate kau. atas 5 markah baru aku baca. hahahahaha
sambung cpt2 ye…
Teruskan menulis…nice story..nk jugak tau hantu oversea camner..dah boring ngan citer..pocong..pontianak..hantu raya..saka..sihir..
Tolong sambung lagi
Bes laa…
Apa yg tjadik slepas mngambil barang2 dri umah Aunty Thea(Granny)&barang2 tu?
Jangan tinggal solat dik. Syukur adik masih kuat pegangan agama. Alhamdulillah.
Wow..best
Btw,org islam yg masuk gereja xkan menimbulkan fitnah pun..ada cter ni..my grandma lah punya cter..sorang wanita islam ni dia sakit misteri…berubat pergi ustaz x dpt,pergi berubat cara cina x dapat..pendek kata berubat kat semua tempat mmg x sembuh..then,dia terfikir nak pi berubat gereja..mnta father untuk blessing..anak2 mcm x stuju but then pompuan tu brubat jugak gi gereja..pergi hosanna chapel kalau x silap saya..dngn izin tuhan,pompuan islam tu tdi sembuh..so tak kira apa agama kmuorg,kamu dialu alukan untuk masuk gi gereja..sy bukan nak kritik ke apa..sy nak just gitau
Minta father/paderi blessing pun dah jatuh hukum syirik dik, apa lg kalau ko minta paderi ubat kan guna ke perasaan nya.. Syirik tu dik.. Syirik.. Kalau x baper tau bab Islam better gi blajar dulu ye dik
*paderi ubat kan dgn kepercayaan nya
konfem sabahan ni kak anje..orang sana mmg main taram je..islam sana caca marba
Bab tu betul.
Saya study kat UMS dulu, waktu nak balik ke Semenanjung, turun jap kat bus stop ni. Area Kota Kinabalu (lupa da nama), ada beberapa lelaki minum arak macam minum teh je. Rilek je takda rasa bersalah ke apa, lepas tu bagi salam bagai.
Culture shocked jap waktu 1st semester.
Bila tanya pensyarah kat uni, dia cakap tu benda biasa je~
Nope,I’m sarawakian..mmg pengetahuan sy psl islam mmg low jugak lahh
Wow! Malaysian being Malaysian! Ignorance detected. Meh la dtg Sabah, berdakwah.dah tau caca Marba.
Owhh..mmg x boleh ke walaupun tujuan perubatan ehh?now I know…ahhhahaa..sorrylah sy mmg x blajar psl islam ni..but,for kristian kmi xda msalah berubat cara islam..pernah skali lah..my brother,dia kenak kacau…org islam ubatkan
kalau orang agama lain nak berubat dengan orang agama Islam tak apa . sbb mmg agama Islam agama yg membantu jugak sama macam agama lain . tapi yang beragama Islam tak boleh cuba2 mintak pertolongan dr org agama lain yang sampai ke Paderi and masuk gereja . kena hormat agama Islam yg bepegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah . mungkin lambat baiknya dr perubatan Islam untuk uji beliau agar terus berusaha . tp bukan ke jalan yang mensyirikkan . apapun tak boleh hukum orang suka hati kan . nak cakap lebih2 pun tak boleh . jadinya pandai2 lah fikir sendiri . jangan sampai timbul fitnah sbb pegi berubat dengan paderi tu pun dah menimbulkan fitnah jugak . wallahuallam .
nana, saya paham situasi cik sbb famili mertua saya pon kristian…kdg2 diorg berubat cara islam dengan jmpa ustaz di kampung melayu terdekat…kakak ipar saya sndiri pun buat benda yang sama bila tak tahan diganggu…
n seperti yang El cakap, ye kami tidak boleh meminta pertolongan dari orang lain selain dari Allah sebab Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat dan Maha Menyembuhkan. dan rawatan haruslah berpandukan al-qur’an dan sunnah sahaja…tiada yang melibatkan syirik mcm guna bomoh…guna jin, khadam dan lain-lain.
p/s : kamek pon orang sawak juak..tp lamak diam di malaya
Lain kli p hspital cri dktor yg muslim..bkn muslim jgn cari..lg 1 jgn kaitkan negeri dgn agama..yes mostly sabah sarawak majoriti non muslim..tp mereka bertolak ansur..church dgn msjid bersebelahan..hari jumaat church akan buka pagar untuk kereta muslim park..hri ahad msjid akan buka parking dlm kawasan msjid untuk org kristian..kita pergi berubat bkn pergi ntk tukar agama..mngkin mksd saudari td blessing 2 slh..cara pengubatan..why not kita try kaedah lain biarpun org 2 bkn muslim..yg penting jgn buruk sngka..mcm sllu org ckp..melayu ni klau suruh mkn b**i dia ckp haram..tp bab minum arak no 1..zina no 1..n zina bkn mksud bersetubuh je ye..zina ni byk mksud..
best la cerita ni xbosan.aku hntr cerita 100000000000000000000000kali pon xboleh lawan
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
best! nt cter lg.