As salam dan selamat petang. Mata mengantuk ke? Makcik Gemok (MG) pun. Biasa la kan time2 cenggini memang kelat biji mata. Kali ini, MG pulak nak berkongsi cerita atas cerita satu kisah yang benar2 berlaku di sebuah universiti di selatan tanah air mungkin sekitar lewat 80an atau awal 90an. Jika tersiar, tq admin! 😉
Fakta kisah ini – sorang staff lelaki yang telah berkeluarga jatuh cinta kat sorang staff perempuan yg masih single. Cinta tu tak berbalas sebab staff perempuan tu tak mahu kacau rumahtangga orang. Dek kecewa, staff lelaki ni cuba bunuh staff perempuan tu tapi gagal. Dia ditahan polis utk bantu siasatan tapi dijumpai mati di dalam lokap pada keesokan paginya. Lain2 daripada fakta ni hanyalah auta utk menambah kelancaran cerita ni. Kepada yg dah tau kesah ni dan boleh teka kat mana tempat kejadian ni, diharap senyap2 aje la ye. Biar kasi thrill kat pembaca2 yg tak tau.
Dan kisah ini pun bermula. Jamil (staff lelaki) dah mula pun packing barang2 keperluan nak pergi Family Day kat utara tanah air. Seronok sungguh dia sebab plan nak bawak isterinya, Peah shopping sakan kat Padang Besar. Almaklumlah, keje Jamil sebagai pegawai keselamatan membataskan masa senggangnya utk bersantai bersama keluarga. Tup, tup isterinya si Peah bagitau dengan muka sebik anak dia org Kiah nak demam. Kesian sungguh Jamil kat Peah. Dia tau kalau anak demam, Peah sanggup tak ikut dia ke Padang Besar. Walau Peah ni sederhana saja rupa parasnya, banyak ciri2 isteri mithali kat Peah ni. Itu yg Jamil jadi sayang sgt2 kat Peah.
Hari yg ditunggu2 pun tiba. Jamil pun pergilah ke utara dgn rakan2 yg lain. Ramai staff yg pergi tak kira apa pun jawatan dia orang kat universiti tu. Tujuannya pun nak rapatkan silatur rahim antara staff tanpa mengira gred dan pangkat. Dan dah nama pun Family Day, ramai yg bwk anak bini. Yg pegi solo mcm Jamil tak ramai. Ada la dua tiga kerat je.
Dah habis acara Family Day, dia org pun sakan bershopping kat Padang Besar. Apa lagi, syok le dia org. Time tu, brg2 imported dari Thailand masih dikira murah. Elok je sampai kat sana, Abg Mat kawan Jamil ni suruh Jamil temankan sorang pensyarah perempuan yg datang solo lagi- Cik Azyanti (Yanti) namanya. Alasan Abg Mat, dia org bawak famili. Maka Jamil ni pun berdua la dengan Yanti berjalan2 dan bershopping sakan. Yanti ni pulak walau pun dia group pegawai kelas A, orgnya humble so masa dia org berjalan berdua tu, masing2 rasa selesa berkawan. Nak dijadikan cerita, rupa paras Yanti ni memang taste Jamil. Putih kulitnya, slim dan tinggi lampai. Ah, sudah! Balik dari Padang Besar, Jamil dah tak boleh lupa kat Yanti.
Dia cari latar belakang Yanti – ajar fakulti mana, bilik kat blok mana. Eleh, senang je nak dpt info macam tu sbb keje kat tempat yg sama kan? Jamil buat2 terserempak dgn Yanti kat cafe dan blok akademik. Tiap kali musim buah, Jamil beri buah2 tu kat Yanti. Siap hantar kat pejabat Yanti lagi. Masa tu pejabat pensyarah tu bilik sorang satu kat blok pensyarah. Jadi senang la Jamil mengayat2 Yanti lepas hantar buah tangan serba sedikit.
Lama2 Yanti faham kehendak Jamil ni. Dengan sopan, Yanti menolak sebab Jamil dah berkeluarga. Tapi dek kerana hati dah terpaut, Jamil tetap berusaha memujuk Yanti. Sampailah Yanti terpaksa berkeras menolak. Jamil naik geram, “kalau aku tak dapat kau, tak ada org lain boleh dpt kau”. Itulah yg terlintas di hati Jamil. Selaras senapang gajah diambilnya dari almari berserta peluru. Dalam seminggu dua, Jamil menjauhi Yanti. Tapi diam2 ubi berisi, dia mengintip gerak geri Yanti- balik pukul berapa, simpang mana dia ikut, dengan siapa dia berjalan. Akhirnya, masa yg dinanti2kan utk bertindak telah tiba.
Hari itu, jam menginjak 6 ptg Yanti dan sorang lagi kawannya bergegas mahu pulang ke rumah. Jalan keluar dari universiti tu ada dua aje dan kebanyakan staff lalu simpang menghala ke satu jirat cina yg besar. Kat situ ada satu selekoh mati. Jamil dah tunggu kat selekoh tajam tu di celah2 jirat cina dgn senapang gajah. Siap dah bidik lagi ke kereta Yanti. Bila lalu je kereta Yanti, dia pun melepaskan tembakan. Dummmm!!!! Pecah berderai cermin depan kereta. Yanti menekan brek keretanya. Tanpa memikirkan apa2 bahaya, Yanti turun dari kereta nak cari punca kenapa cermin keretanya pecah. Masa tu, Jamil dah tak tunggu. Dia lari tinggalkan tempat kejadian. Dan dia tidak bernasib baik – ada satu lagi staff kt belakang kereta Yanti nampak Jamil berlari. End up jadi lah kes polis. Maka Jamil pun ditahan utk bantu siasatan tapi dia dijumpai mati dalam lokap dengan sejadah terjerut di leher. Mati bunuh diri? Wallahu alam.
Akibat dari kes tu, Yanti dipindahkan ke cawangan lain dalam tempoh 24 jam. Yalah, cubaan membunuh kot. Siapa tak takut? Jasad Jamil pulak dikebumikan di kg halamannya- kat area tu jugak. Tinggallah Peah menjanda membesarkan anaknya si Kiah dengan bantuan keluarga. Tapi cerita belum habis lagi…. ada di antara pelajar2 terutamanya pelajar baru terserempak dgn jelmaan Jamil ni lengkap dgn uniform dia di waktu malam. Jelmaan ni masih dalam bentuk manusia yg sempurna so pelajar2 baru ni tak sangka la yg dia org jumpa tu bukan staff sejati. Dia org discover bila bercerita kat senior. Kebiasaannya jelmaan Jamil ni akan ajak pelajar2 baru ni bersembang . Dan FAQ dia kat pelajar2 baru tu – “Kenal tak pensyarah Fakulti xxxxx nama Azyanti. Kat mana dia sekarang?”
- hantar kisah anda:Â fiksyenshasha.com/submit
U mana ni, kat johor ke, seram jgak
Lokasi dah betul tu tapi dah lama jgk “si Jamil” ni tak menjelma kt ipt tu. Semenjak guard tukar kaler uniform, dia dh x menjelma lagi.