Terima kasih FS jika cerita yang saya submit ini diterbitkan di page dan juga wall FB Fiksyen Shasha. Sebelum pergi jauh, saya ingin memberitahu, cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, saya mengisi masa lapang saya dengan menulis dan ini percubaan pertama saya. Harap gembira sambil membaca.
Aku Zuri, 30tahun, mempunyai seorang isteri bernama Hanum dan Mika anak perempuan kecilku. Dan ini catatan kisah hidupku.
Catatan 1 :
5 Aug 2017 @11.34p.m.
Aku baru berkahwin 5 tahun yang lepas. Dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Aku bekerja sebagai seorang technician biasa di sebuah syarikat di Puchong, Selangor. Aku orang Melaka bertemu jodoh di sini. Setelah sekian lama menumpang di rumah mertua, aku nekad menyewa di luar oleh kerana lokasi tempat aku bekerja terlalu jauh. Aku bukan bekerja di satu lokasi sahaja. Aku perlu ke banyak lokasi dimana syarikat lain yang mengambil produk dari syarikat kami yang diguna pakai. Aku lah access card system technician yang tak tahu apa-apa pada masa di awal bekerja. Tapi aku belajar benda baru demi melangsungkan hidup ini. Oleh kerana aku yang tidak ada pengalaman dalam bidang ni dulu, gaji aku cukup rendah sekitar RM1400 sebulan. Tapi apa kan daya zaman ni bukan masa untuk kau memilih kerja lagi-lagi kau sudah pun bekeluarga. Kan ?
Aku perlu cari rumah sewa disekitar Rawang. Dalam pada berkerja aku mencari di internet rumah sewa sambil-sambil tu aku bertanya kawanku Ishaq. Dan akhirnya aku menemui rumah sewa kedai di satu lokasi di Rawang. Itupun atas pertolongan Ishaq yang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Dengan pantas aku mendail nombor tuan rumah bagi urusan syarat kemasukan. Setelah selesai segalanya aku pun berpindah ke rumah sewaku membawa anak dan isteri. Kami membersihkannya bersama-sama bila tiba waktu malam dan hari minggu. Terasa bertuah dapat menyewa di sini. Perabot dalam rumah masih ada kecuali barang-barang electronic seperti TV, radio, peti ais dan juga mesin basuh yang tiada. Lagi bertuah kau sedang menyewa rumah kedai sebab di barisan bawah ada kedai barang basah, kedai runcit, dobi, mamak, bengkel motor dan yang paling utama, 7eleven.
‘’Abang, pandai abang cari rumah ? Senang la macam ni kalau semuanya ada dekat bawah. Nak pulak hari rabu, ada pasar malam depan ni. Wah mcm duduk di syurga pulak hahahahahahahaha “.
Berdekah bini ku ketawa menandakan dia begitu gembira dengan kondisi dan persekitaran rumah ni. Aku juga tumpang gembira pabila dia begitu. Tapi…
‘’Jangan nak seronok sangat yer Yang, kita da duduk sendiri ni semua nya kena buat sendiri. Jangan da terlalu senang dengan kemudahan yang ada di bawah Ayang jadi malas yerrrr. Nampak tak penyapu tu ? sebelum abang menjadi malapetaka tolong sapu sawang kat ceiling dapur tu…”.
Dengan pantas bini aku menyambar penyapu dengan menggelabah dia menyapu sawang di dapur. Aku bukan la garang, tapi bini aku memang tak suka kalau aku bising. Aku membuka pintu depan ingin merokok di luar. Terpana aku melihat rumah yang bertentangan dengan pintu rumah aku ni memasang CCTV di bahagian depan pintu menghala ke tangga naik. Sempat aku toleh kebelakang melihat bini aku yang sedang beria-ria menyapu sawang. Yang anak aku pulak sibuk dengan telefon di tangan. Maklum la tak ada TV di rumah.
“Abang habis je beroksigen dekat luar ni..kerja tu da siap taw!!”. Sengaja aku menerjah.
“Baik lah suamiku, menjunjung penyapu…”. Balas isteriku.
Catatan 2 :
7 Aug 2017 @9.15p.m.
Aku bangun pagi seperti biasa. Bersolat subuh seperti selalu. Aku siap ingin bekerja. Mengeluh aku bila menapak turun dari tangga. Perlahan aku melangkah tapi otak aku geligat mengira jumlah wang di poket. Di bank tak payah dikira memang da tahu bakinya. Da hujung bulan tapi gaji belum kunjung tiba. Sumpah aku rindu pada mu gaji. Sampai di motor aku buka tempat duduk, lalu aku memulas penutup tangki petrol nak menjengah isi minyak. Aku tergaru kepala yang tak gatal. Namun tak terasa sebab kepala sudah pun siap berhelmet. Aku mencongak bijak. “Topap RM3 da cukup da ni pusing town”. Meter minyak aku da rosak, jarum hanya keras menunjukkan di tengah. Aku meluncur laju dengan Honda E.X.Lima sambil tangan kiri memegang rokok yang aku pasang sebelum tadi. Serupa gangster gayanya. Aku lihat jam..
‘’Aduh gawat ni !! jam di dinding terus berdetak ahhhh..kaki ku juga terus berjalan ahhhhhhh. Adus kompem kene carut dengan Ishaq ni !”. Megomel aku sendirian di atas motor. Aku memulas throttle minyak habis. Aku menundukkan badan rapat ke motor. P****g angin kononnya. Aku lihat meter 90kmj. Pencapaian masih cemerlang. Sampai di kedai makan aku berjumpa Ishaq. Caci maki yang aku makan dulu baru aku dapat order makan. Aku terlambat sebab singgah isi miyak sebelum kesini. Kami berbincang hal bekerja mana tempat kami perlu tuju. Kebiasaannya atas laporan kerosakkan. Ishaq memulakan bicaranya.
“Weh Zuri, amacam rumah sewa kau ? ok ke ?”.
“Ok je setakat ni. Bini aku pun suke, senang nk beli barang kedai pun dekat bawah je. Kenape tanye Haq? Nak duduk sekali ? Penumbok aku bagi !”. Aku curiga.
“Tak ade pape…cume kau tak tahu ke kat situ ade 1 kedai judi nombor ?”
“Bukan area block aku kot…pesal ? kau nk kesane nanti kang kau singgah la rumah aku dulu. Kite pergi same-same..buahahahahahahahahahaha”. Aku gelak serupa hilang pedoman dengan hujah sendiri.
“Kewak kau !! kau ingat aku kaki tikam ke ? aku masih ingat kepada tuhan dan juga meninggalkan seluruh larangan Nya.”. Ishak berkata sambil memejamkan mata. Acah suci.
“Datu ? ape kene mengene lak kedai judi tu dengan rumah aku ?”.
“Bukan….saje tanye, takot kau duduk dekat area tu, bahaye tuk anak bini kau. Sebab yang datang da tentu kaki judi kaki tikam. Datang yang bawak saka hantu pun ade pasal nk berjudi ni weh !!”.
“Mane kau taw cerite pasal kedai judi ni Haq ? kau pernah ke masuk ?”.
“Aku tak ade la smpai masuk, tapi ade la denga sikit-sikit cerita dari org lain pasal kedai judi tu. Sebenarnye die bukan kedai, tapi rumah yang da di upgrade jadikan kedai judi. Sebab tak nak modus operandi diorang kantoi. Jadi aku nasihatkan kau, tolong la berhati-hati jage anak bini kau, sebab kau tengok la, kau keluar kerja, anak bini tinggal rumah. Itu lah yang patut kau risaukan Zuri”. Ishaq meneguk teh tarik dia. Aku terdiam seribu bahasa, terus aku teringatkan anak bini dirumah lantas aku menelefone bini aku.
“Ayang !! nanti tengok pintu depan kunci grill sekali. Tadi abang kelua kunci pintu kayu je la”.
“Okeh!! Bang !!”. Bini aku seakan memanggil.
“Ape die nye ??”.
“Da gaji ke ??”.
“BELUM !!”. Aku tamat panggilan sebelum dia menyebut benda yang bukan-bukan. Nak gaji ni memang kaum hawa kuat deria rasa dia. Ajaib…
Selesai bersarapan dengan Ishaq kami mula mengatur langkah merewang bekerja. Aku tertanya-tanya tentang gaji, lantas aku login online dengan telefone bijak pintar ku. Dan Alhamdulillah, rezeki aku pada hari ini. Gaji aku masuk sebelum tamat waktu bekerja. Otak ku berbunga-bunga tak perlu lah aku mencongak baki duit di poket lagi. Aku lihat awan, mendung… Nak hujan barangkali petang ini. Waktu kerja lagi setengah jam habis. Hujan mulai turun perlahan dan disusuli lebat, lebat selebatnya ! Ishaq memandang aku, aku pandang dia. Aku mula bicara.
“Kan elok kalau hujan awal sikit tadi, boleh ler kite balik kerja on time. Ni gaye nye berkampung la dulu dekat sini”.
“Kan…….tak ape la Ri, da bahagian kite harini. Terima je la, kite tunggu sampai hujan berhenti kang kite balik la”. Ishaq menyandar didinding sambil melayan telefone pintar nya. Aku curik lihat, terpandang 1 artikel yg bertajuk SAYA RASA SAYA DA POPULAR DAN BERBAKAT BESAR–AIMAN LINO. Terus muka aku seperti melihat perkara yang menjijik kan. Berkerut seribu. Aku masih berWechat dengan bini aku pasal aku mahu pulang dengan membeli KFC, jadi tak perlu la tapau makan dikedai bawah. Kini hujan hampir reda. Aku bangun sambil menghulurkan tangan kepada Ishaq menolong dia bangun. Tak la lama mana hujan kalau lebat. Kami keluar ke motor di mana tempat motor kami letakkan. Ishaq tetiba bersuara.
“Weh Ri, kang kau terus balik ke ? boleh la sejalan ke rumah !”. Ishaq bercakap sambil menggayakan helmet di kepala.
“Aku ingat nk singgah ATM lepastu KFC la tapau kan untuk anak bini aku, da lame diorg tak dapat KFC tu”. Aku menyapu air hujan di atas seat motorku. Sambil itu mencucuh rokok yang siapku kemamkan dihujungnya.
“Kalau macam tu aku gerak dulu la Ri, kang esok pagi cam biase jumpe kt kedai makan dulu.”
“Ok On !! Lelok bawak motor tu Haq, Jalan licin ni, jangan langgo lopak ! kau pakai tayar sotong tu !!”.
“Okehhhhh…..pape rogerrrrrr”. Si Haq sudah pun memulakan perjalanannya pulag ke rumah.
Aku masih di atas motor memanaskan enjin. Bak org kata motor Honda E.X.Lima ni lagi panas lagi sedap ! Katanya la.. Sebenarnya aku menghabiskan rokok yang aku pasang tadi, rugi hisap sambil berjalan atas motor, rokok jadi cepat habis sebab kena tiupan angin. Sesudah selesai aku berjalan menuju pulang. Aku perlu singgah ke KFC membeli set bucket 9 ketul ayam cicah cheese untuk santapan kami sekeluarga. Sorang 3 ketul, ok ngam ! Selesai urusan membeli aku menerusan perjalanan pulang ke rumah. Di atas motor pula aku teringat kembali apa yang Ishaq cerita pasal kedai judi di area rumah sewa aku. Teringin benar aku nak tahu lokasi tempat tu. Sedikit sebanyak dapat la menyedapkan hati kalau tempat tu jauh dari kediaman aku. Aku focus dijalanan, tetiba-tiba muncul satu kereta hitam memintas aku dengan laju, kebetulan lopak air dihadapan, akibat aku tak dapat penglihatan yang jelas disebabkan percikan air terkena pada visor helmet, aku terpaksa meredah lopak tu sambil mengangkat kaki supaya kasut tidak basah. Malang nasib aku, aku gagal mengawal motor lalu tergelincir tersembam jatuh terseret kehadapan. Jatuh semua barang yang aku bawa dalam raga motor aku. Habis bersepah 9 ketul ayam dan barang yang lain. Kereta hitam tu berlalu pergi macam tu sahaja. Seolah tak terperasan aku jatuh di sebelah dia.
“S*al la !! Lahanat !! besau punye hawau !!”. Terpancul di mulut aku perkataan yang aku rasakan sesuai untuk pemandu kereta hitam tu. Sudah la laju, tak boleh ke beri aku ruang untuk aku mengelak lopak depan aku ?? Sudah tu berlalu begitu sahaja. “
Aduh, pedih lutut kanan aku. Seluar jeans aku terkoyak menampakkan lutut aku luka melecet. Aku pandang kearah motor aku. Lagi pedih aku rasakan, 9 ketul ayam KFC semuanya bersepah, aku capai seketul, dengan harapan ianya boleh di makan lagi. Hampa…. Kesemua nya sudah terkena air hujan yang kotor di jalanan. Ya ALLAH Ya tuhan… Berbisik aku di dalam hati. Aku betul-betul kecewa sebab aku beli makanan ini untuk menggembirakan anak bini aku. Tapi kesemuanya rosak. Aku mengangkat motorku semula. Aku cuba hidupkan motorku berulang-ulang sebab aku da tak mampu nak tendang kuat. Lutut kanan aku sakit. Jalan terakhir, aku menolak motor ku sampai la di satu bus stop di depan sekolah. Pedih kian ku rasakan. Aku terduduk, sakit, letih, basah, hampa kecewa. Aku dail nombor isteriku.
“Ayang, abang balik lambat sikit yer”.
“Kenapa lak bang ? tadi kate bukan nk balik da ke ?”.
“Memang da balik tapi ade hal la pulak. Kang balik abang cerita”. Aku bersuara lemah, aku tak bagitahu dia keadaan aku. Aku tak nak dia risau.
“Abang ok tak tak tu ? bunyik macam moody aje ?”.
“Abang ok steady no hal la ! Penat je..okbye !”. Aku menamatkan panggilan.
Jauh lagi aku perlu menolak motor ni. Aku paksakan jugak. Dalam menolak motor, aku kenangkan nasib aku yang serba kekurangan ini. Sesudah malam aku sampai di bawah rumah. Aku letakkan motor di tempat motor. Aku menaiki tangga perlahan, nasib la duduk di tingkat 1. Rumah kedai ni ade 3 tingkat. Aku buka pintu, anak kecil aku berteriak memanggil ayah !
“Ayah nak KFC !! Mane KFC ??”. Aku pandang muka bersih dia, bibir aku menggeletar ya allah kuatkan la perasaan hamba mu ini !! aku kalah bila melihat anak aku sendiri, aku nk berteriak menangis semahu nya dan menjerit “MAAFKAN AYAH MIKA !! MAAFKAN AYAH !! Lutut aku lemah mata aku berkaca, aku tahan.
“Ya Allah Bang !!!!!! Ape da jadi Bang ?? Abang jatuh kt mane ni !!’. Macam peluru bertubi-tubi isteri aku bertanya.
“……………………………………………………………………………………”. Aku diam sejuta bahasa, sebab aku da tak kuat, ni kalau aku bukak mulut memang jadi budak kecil la aku menangis mengadu domba !. Anak kecil aku masih merengek mencari kotak KFC, masih terjengah-jengah dia melihat di belakang aku. Aku berlalu pergi ke bilik, Ibunya mententeramkan anak nya.
“Mika..Ayah tak beli KFC, sebab da habis, nanti esok Ayah Mika cari lagi, jap lagi kita turun beli nasik lemak kt bawah yer?.” Hebat sungguh mu wahai isteri, kau mengerti segala yang terjadi.
Aku segera ke bilik air mencuci luka dan badan, didalam pancuran air di kepala, aku berfikir, apalah nasib aku, kerja susah,hidup tak mewah, kereta tak ada, semua nya serba kekurangan. Aku pasrah…….. dalam pada tu suatu suara datang di telinga. “Kau nak senang tak??”. Aku terkejut bukan kepalang sebab itu suara perempuan !! Tapi bukan isteri aku !! Suara nya garau basah seperti berkahak !! Aku tutup paip air, senyap ! Aku masih menanti suara tu. Aku pasti ada yang menegur aku. Tiada. Aku mempercepatkan segala urusan di bilik air dan terus membuka pintu. Isteri aku tiada, turun membeli nasi lemak mungkin. Aku perhati seluruh rumah. Sunyi !. Dalam keadaan yang tempang aku berjalan seluruh ruang rumah. Aku masih tak puas hati !. Seketika kemudian pintu grill kedengaran. Bini aku pulang bersama anak aku dengan nasik lemak di tangan.
“Abang ni dah kenapa dengan bertuala je ni ?? Da tak ade baju da nak pakai ?? Cepat pakai baju jap lagi kite makan, lepas tu Nurse nk cuci luke kt lutut tu”.
“Awak ke nak jadi nurse tu ?? tak mau la ! sakit ! Abang boleh buat sendiri la !.
“Sudah la sakit, berlagak pula, pelempang nak tak bang ? jangan degil sangat boleh tak !”. Marah isteriku.
“Yela-yelaaaaaa….pergi la ke dapur dulu kang abang datang pakai baju raya”. Sengaja aku berseloroh.
“Ha-ah !! try la bang……ade yang mendapat ni kang !!”.
Selesai makan, isteri aku mencuci luka aku, sambil tu aku berborak pasal nasib aku jatuh motor dan kedai judi yang disebut Ishaq siang tadi. Isteri aku pelik, setahu dia la, memang tak ada kedai judi sekitar rumah kami duduk ni. Aku berpendapat mungkin kedai judi tu berlainan block dari block kami. Tapi aku tetap berpesan dengan isteriku supaya lebih berhati-hati semasa di rumah dan di luar rumah. Sebelum tidur, isteriku mula kan bicara nya.
“Bang….Abang perasan tak jiran depan rumah kita ni ade pasang CCTV ?? Sini banyak kes samun ke ?? pecah rumah ?? Ayang risau la bang”.
“Ntah la Yang, sebab kita pun baru lagi duduk sini, tak tahu lg cerite kawasan ni. Mungkin bersebab tu die pasang CCTV. Ayang pena nampak tuan rumah tak ?”.
“Tak pernah pulak, tapi kadang-kadang tu dengar ade je org keluar masuk rumah tu, tak ade la Ayang nk tengok. Kang menjengah kate busy body lak”.
“Kalau macam tu elok la, Ayang jage hal sendiri je, kite pun orang luar. Sudah la tu Yang, tak payah pikirkan sangat..tidur la”.
“Abang……..”. Manja.
“Sory ye dekkkk….malam ni abang cuti, condition tak mengizinkan !”.
“Amende abang ni ?? orang nak mintak duit belanje laaaa..hak alaaa orang tua ni..menggelabah !!”.
Aku ketawa berdekah-dekah !!.
Catatan 3 :
9 Aug 2017 @10.15p.m.
Esok nya aku keluar kerja seperti biasa. Luka di kaki tak ku endahkan langsung walau jalan menyenget. Motor ku tolak ke bengkel. Tak jauh, selang beberapa kedai je. Untung bukan duduk di rumah kedai ni ?. Pomen cuma longgarkan skru di kaburetor mengeluarkan air di dalam nya. Kemudian motorku hidup seperti sediakala. Aku lihat mudguard aku tergores sedikit. Tak ada kerosakkan lain. Aku terus berlalu ke kedai seperti yang dijanjikan semalam dengan Ishaq. Tak sabar pula nak menceritakan kemalangan aku semalam. Seperti biasa Ishaq awal berada di kedai itu. Kami berborak panjang seperti hari itu hari cuti padahal ada kerja perlu kami langsungkan. Sebelum berangkat ke lokasi tempat kerja, Ishak sempat perli aku.
“Tak gune der pakai tayar TT 80/90 langgo lopak bersepah jatuhhhh.. ahahahaha… semalam kau nasihatkan aku, tapi kau pulak yang menyembah jalan. Hahahahahahahaha”.
“Kepala bana kauuuu…pakai tayar Battlax pun klau da lopak air slip jugak la gileeee”.
Hari bekerja aku seperti biase. Pulang nya aku bekerja aku menyinggah ke KFC lagi membeli ayam goreng untuk anak bini kesanyangan ku. Semalam sudah tertulis bukan rezeki aku. Aku berjanji dalam diri sendiri. Sampai nya ke rumah aku disambut gembira anak dan bini. Aku happy, tapi masih ade lagi sekelumit perassan hiba bila melihat keadaan dalam rumah. Tak ada TV, radio, mesin basuh dan juga peti sejuk. Aku mengeluh dalam hati. Tapi muka aku berseri bagi menutup perasaan resah di hati. Aku pandang dua wajah insan yang aku cintai, sesunngguhkan nya maafkan lah diri ini yang belum mampu buatkan kamu bahagia dan hidup senang seperti orang yang lain. “MAAFKANLAH ABANG AYANG, MAAFKANLAH AYAH MIKA…..
Sesudah semuanya makan aku berlalu ke bilik air mahu bersihkan diri, sekali lagi aku meluahkan resah. Tiap kali mandi la banyak fikiran yang menerjah semasa kau menutup mata dan membiarkan air menimpa membasahi badan. Aku mengeluh sendirian dengan nasib aku. Sekali lagi 1 suara datang di telinga. “Kau nak senang tak ??”. Yer..jelas..memang jelas suara tu. Dia datang lagi. Aku mendiamkan diri, aku tahu ini permainan setan. Aku cube berbicara menggunakan hati sambil memejamkan mata. Telepati.
“Wahai syaitan yang dilaknat Allah, ape yang kau mahu ??”.
“Aku cume nak menolong kau wahai manusia, tak nak kah kau hidup bersenang lenang dan kaya dengan harta benda ?”.
“Ape ke maksud kau dengan menolong aku ? aku tak mahu, aku tak pernah berurusan dengan jin dan syaitan, itu ibarat nya aku da mnyekutukan Allah !! Dan aku tahu akibat jike berurusan dengan jin dan syaitan !! Pergi kau !!”.
“hemhemehemhemehem”. Ketawa nya hanya di tekak tidak keluar.
Aku mempercepatkan mandi dan solat. Terus aku ke katil baring merehatkan badan. Isteri dan anak aku masih diruang tamu. Ibunya mengajar anak nya mengeja dan mengira. Penat aku tak mampu untuk aku bersama mereka. Lantas aku pun tertidur. Dan aku bermimpi, kali ini setan ni menonjolkan diri. Seorang perempuan berjubah labuh putih bersih, tidak ada koyak rabak seperti setan-setan yang aku terbiasa dengar gambarannya. Muka nya cantik licin mata nya bulat anak mata yang besar serta bibir nya yang kemerahan asli bukan bergincu. Rambutnya yang hitam lurus sampai ke pinggang. Terkesima aku, fizikal dia ibarat artis Indonesia yang cantik. Dia menyapa aku.
“Hai saudara, akulah yang menegur kau tadi”.
“Bila kau menegur aku ? Dan kau siapa ?”.
“Aku menegur kamu semasa kamu sedang mandi tadi. Aku cuma mahu menolong kamu yang dalam kesusahan. Tidakkah kau mahu kesenangan di dunia ??”.
“Kesenangan di dunia ? akhirat aku macam mane ? aku tak panggil kau kemari, pulang la kau ke tempat asal kau. Aku tak goyah dengan penampilan cantik kau. Tidak ! Ini smue kerja syaitan bagi menyesatkan anak-anak adam di muka bumi”.
“Pendirian kamu teguh wahai manusia, aku suka kamu, bolehkah kita berkawan ?”.
“Aku ni di kalangan manusia, dan kau di kalangan jin, kite tak boleh berkawan, malah ade ape-ape hubungan sekalipun. Sudah la, pulang la ke tempat asal kau, jangan ganggu aku dan keluarga aku. Aku dengan pendirian aku”.
“Jika kau perlukan aku untuk menolong kau, panggil lah aku, seru lah aku semasa mandi mu atau tidur mu, qiyamkan tangan mu dan niatkan di dalam hati, bayangkan lah wajah ku dan serulah nama ku….MAYANGGG~~~~”.
Aku terjaga lalu terduduk, dalam kesuraman gelap malam masih aku dapat lihat satu susuk putih berdiri kaku di kaki aku. Aku mendongak, yerr…dia berdiri di depan aku sambil tersenyum, tak menyeramkan sebab penampilannya yang seperti tadi. Lalu dia menghilang secara mengundur kebelakang dan aku dengar suara halus dari dia. “MAYANGGG~~~~~~~~~”.
“MAYANG ??”,
Catatan 4 :
15 Aug 2017 @8.45p.m
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kunjungan dari Mayang tidak lagi aku rasakan, aku berasa lega Mayang tidak muncul lagi. Aku harap malam tu adalah kali yang terakhir. Aku tak mahu berkait dengan setan, kelak akan merosakkan diri. Hidup ku semakin sempit, duit sentiasa tak cukup sehingga ke hujung bulan, aku buntu lagi dengan pendapatan yang tak seberapa ini. Isteri ku mula meminta TV, aku diamkan sebab belum mampu. Aku kesiankan dia seharian duduk dirumah tiada apa barang yang boleh dibuat sebagai hiburan. Tapi bagi aku ada baiknya, tidak lah dia duduk didepan TV tiap petang menghadap cerita drama melayu yang tiada nilai ibarat sampah langsung tak ada pembaharuan jalan cerita.
“Bang…bile la kite nak berTV ni bang ? Ayang da rase boring la rumah ni, sunyi je. Kalau ade TV boleh la jugak benda nak tengok. Ni mereput je dalam bilik goyang kaki. Kadang sampai Ayang bawak Mika turun tengok TV kt kedai mamak bawah ni, tapi asyik la bola dengan cerite binatang amazon”. Isteriku meluahkan isi hatinya.
“Sabar la Yang, duit Abang bukannya banyak nak beli TV, kalau ade memang Abang beli, tiap malam mereput macam ni Abang pun boring, tak tahu langsung pasal berita luar. Da lame gak Abang tak tengok cerite P.Ramlee”.
“Abang usaha la ye Bang, cari TV kecik pun xpa..asal TV, takde la rumah ni sunyi”.
“Ok la Yang..Abang cube carikan Ayang TV”. Aku terus mengiringkan badan mengeluh resah.
Kehidupan aku semakin rumit, bila perlukan duit ada saja benda yang perlu didahulukan, motor rosak la, tayar botak la, roadtax m**i la. Arghhhh separuh menjerit aku dibuatnya ! Asal la malang sangat dapat bos kedekut tak nak langsung dia naikkan gaji aku. Nak tukar kerja apa je aku boleh buat ? Berat sungguh ujian mu Ya Allah, hidup selepas berkahwin ni bukannya mudah. Aku buntu. Tiba-tiba aku teringatkan Mayang. Kenapa pula Mayang aku nak fikirkan ? Dia syaitan, tapi kalau dia bunian ? Arghhh otak aku cuba menolak segala kemungkinan. Apa nak jadi, jadi lah !! Aku geram !! Aku perlu bertanya dengan Mayang, tapi sebelum tu aku persiapkan segala isi mahu berjumpa dengan Mayang. Malam ini aku harus bertemu dengan dia. Aku mahu tahu siapa dia sebenarnya. Selepas pulang berkerja aku membersihkan diri. Haruskah aku memanggil dia sekarang atau sebelum tidur nanti ? Sekarang !! bisik hatiku, takut sebelum tidur nanti takut isteriku tahu. Lalu aku pejamkan mata. Eh !! nanti dulu, aku perlu pakai tuala. Aku malu. Aku membiarkan air pancuran terbuka. Aku pejam kan mata, aku cuba membayangkan wajahnya dan aku menyebutnya di dalam hati.
“MAYANGGGG~~~~”. 2 kali. Sepi. Kali ke 3 Mayang mula berbisik. Garau.
“Kan sudah aku bilang. Satu hari nanti kau pasti menyeru aku. Usah la kau takut, aku takkan menyakiti kau wahai manusia. Kau punya masalah kan ? sebut la aku akan menolong mu”.
“Tapi sebelum itu, aku mahukan kepastian dari kau, kau jin ke bunian?”.
“Apa beza jin dan bunian ? kami sama wahai manusia, yang membezakan jahat dan baik”.
“Jahat dan baik ? Engkau dari yang mana ?”.
“Aku hanya baik jika kau baik, aku akan menjadi jahat jika kau ingkar segala suruhan aku”.
“Suruhan ? apa ?
“Setiap perbuatan mesti ada balasnya, setiap perjanjian ada syaratnya wahai manusia”.
“Aku tak mahu perjanjian berdarah atau ape-ape pun dari kau, aku rase aku silap menyeru kau, aku hanye mahu bertanya sahaje. Pergi lah kau !”.
“Aku tahu, kau menyeru aku bukan mahu bertanya, tapi kau mahu senang bukan dalam hidup kau ? Syarat aku mudah, Jangan kau sesekali tinggalkan rumah ini bila saat kau senang nanti. Dan kita terus berkawan”.
“Itu je syarat kau ? berasap makan d***h tu ape pula ?”.
“Tidak, aku tak perlukan semua tu”.
“ABANG !! CEPAT LA SIKIT MANDI TUUU..AYANG NAK GUNE TANDAS…”. Tiba-tiba isteriku bersuara menghentikan telepati aku bersama Mayang, mata aku terbuka, aku melihat mayang dihadapan pintu. Kali ini berlainan pakaian dia. Terbeliak mata aku. Syaitan ni mula bermain nafsu lelakiku.
“Eyerrrr…..kejap laaaaaa..esok pagi pun boleh berak apeeee…”.
Sebelum aku membuka pintu aku minta Mayang pergi dan berjanji akan berjumpa sekejap lagi untuk meneruskan perbualan tadi. Aku akan menyeru dia kembali sebelum tidurku. Mayang menghilang, lantas aku membuka pintu memberi laluan kepada isteriku dengan halnya. Aku berfikir sejenak, betul ke apa yang aku buat ni ? kalau betul dia hantu kenapa tadi dia……Ahhhhh ni semua mainan jin bagi mengaburi mata akal ku. Aku celaru, serabut aku memikirkan hal Mayang ni. Sesi kedua nanti harap dia menjelma lagi, aku mahu melihat dia. Segera aku mengenakan pakaian dan bersolat. Solatku tak khusyuk, jiwa aku bergelora, fikiran ku merewang. Hati aku berdebar. Emosi aku dipermainkan. Apa alamat ni semua ? Ahh..aku habiskan solatku tanpa doa. Waktu tidur yang ditunggu-tunggu, isteriku sibuk dengan telefonenya, anak kecilku sudah tidur di tengah antara kami.
“Ayang, kenape tak tidur lagi ni ?”.
“Tengah bace cerita hantu kat Fiksyen Shasha ni !”. Bersungguh.
“Tidurlah…esok kan nak bangun pagi..”.
“Abang tidurlah dulu Bang..Habis ni Ayang tidur la yer..”.
“Yelaaaaaa…”. Trick aku tak menjadi. Aku buat-buat tidur je. Aku mengiring ke dinding sambil memejam mata. Terbayang aku akan si Mayang di dalam bilik air tadi. Dia mula mengenakan pakaian yang ketat, ibarat kain putih nipis melekat di tubuh. Rambut panjang dia berikat satu kebelakang. Setan jenis apa yang aku jumpa ni ? aku bertanya-tanya sendiri dalam hati. Nafsu aku mula memainkan peranannya. Aku mula tak sabar berjumpa dia. Harap dia berpakaian seperti itu lagi. Aku mengubah posisi aku mengiring melihat isteriku. Dia sudah pun tidur. Aku lihat wajahnya bercahaya terang, luas mata aku memandang. Begitu bercahaya wajah isteriku. Adakah ini cahaya Nur ?. Rupanya sinaran lampu dari telefone terkena wajahnya, dia tertidur sambil telefone masih di tangan. Peragai….Hurmmm.. Dan inilah masanya. Aku qiyamkan tangan, pejamkan mata dan aku seru namanya. MAYANGGG~~~~.
“Jadi bagaimanakah sahabatku ?”. Mayang kembali berbisik ditelingaku.
“Jika itu syaratnya, aku bersetuju, aku tidak akan meninggalkan rumah ini dan kau aku jadikan sahabatku. Tapi, kau mestilah menjadi bentuk seperti tadi, aku tak mahu kau berubah”.
“Kau tak boleh mengarah aku wahai manusia, aku punyai pelbagai rupa, dan aku akan menjelma dalam pelbagai cara,tapi usah kau risau jika kau menurut arahanku, aku kekal begini. Jika kau melanggar arahanku, bersedialah kau akan akibatnya. Semua yang kau takuti, pasti akan menjelma !”. Tegas Mayang berkata kali ini.
“Baiklah, aku turuti arahan mu tidak meninggalkan rumah ini. Jadi, sekarang aku kesempitan wang untuk berbelanja isi rumah. Aku tak nak kaya, hanya sekadar mampu”.
“Baiklah sahabat, esok nasib mu akan berubah, tunggu dan sabar”.
“Pergilah kau Mayang, jika aku perlukan kau, aku seru”.
“Usah lah kau seru aku lagi, aku sudah berdamping dengan kau, perjanjian sudah terikat, aku sentiasa ada bersama kau. Bukalah mata, aku didepan kau”.
Aku membuka mata, dapat aku melihat susuk tubuh ramping bersimpuh di kaki katil ku, berbaju kebaya merah berkain songket, pakaian tradisi lama melayu, rambutnya disanggulkan. Cantik wajahnya, terpana aku melihatnya tidak berkelip. Satu senyuman manis diberikan padaku. Kemudian dia bangun, dapatlah aku melihat seluruh tubuhnya. Menggoda. Idaman setiap lelaki. Jatuh berterabur imanku. Kemudian dia menghilang, hilang dalam gelap malam. Aku memejamkan mata semula mahu tidur, tak sabar menunggu esok.
“Apesal la kau tak dress up cam dalam bilik air tadi weyyyy…”. Aku mengharap lagi. Sungguh dia mainkan nafsu lelakiku sebenarnya untuk aku kerap kali teringat akan dia. Licik mainan setan ni sebenarnya. Satu bisikan muncul di telingaku.
“Aku boleh menjelma lagi seperti itu jika kau mahu…”. Mayang mencelah. Terus aku menekup muka aku kebantal malu. Bangsat kantoi.
Catatan 5 :
19 Aug 2017 @11:15p.m.
Esok aku bangun pagi seperti kebiasaan. Benda pertama aku capai wallet di meja, aku buka perlahan ingin melihat isi didalamnya. Mengeluh aku, janji malam tadi nak bagi aku senang, ni masih kekal. Tidak bertambah. Aku menerima panggilan dari office, Bos menyuruh aku ke office pagi ini. Ada hal yang nak dibincangkan. Pelik sekejap, jarang bos call pagi-pagi ni. Aku perlu segera ke office tapi sempat aku menghantar WhatsApp ke Ishaq akan perkara ini. Jadi aku tidak ke kedai makan berjumpa dengannya. Laju aku turun anak tangga menuju ke motor usangku. Ah sudah motorku hilang !! Menyumpah aku pagi tu. “Si*l punya setan ! kau mainkan aku yer ! jahanam anak haram ! Mayang !!!!”. Bentak ku. Satu suara berbisik di telinga.
“Motor kau dihadapan kau sekarang ni, lihat lah ia”.
Aku melihat sebuah motor sama jenis dengan motorku, tapi itu bukan milikku, berkilat seperti baru, seat tegang tidak koyak, rim berkilat tidak berkarat, mudguard sempurna, yer aku yakin ini bukan motorku, tapi 1 perkara aku terlepas pandang. Nombor pendaftaran !! Terus aku melihat, SAMA !!!! BEY 6**5 !! Weh biar betul ni motor aku ?? Aku tersenyum sampai terasa terharu mahu menangis. Belum pernah aku merasa motor baru seperti ini. Terus aku naik sebagai tanda bangga dan berkata “Maafkan aku Mayang, lain kali tulis name aku kt motor ni”.
“Aku sudah memberitahu mu, sabar dan tunggu. Lekas pergi ke tempat kerja. Ada sesuatu menanti mu”.
Aku menendang kick starter motor ku sekali, terus mengaum bunyinya. Aku tersenyum lagi. Halus bunyinya, lembut tidak kasar. Lalu aku menyalakan rokok sebelum memulakan perjalananku. Mayang berbisik lagi.
“Usah lah kau menggunakan kaki untuk menghidupkan enjin motormu wahai sahabat, sudah ku sediakan kesenangan, asal kau tidak menggunakannya ?”.
“Apa dia ?”.
“Push button starter !!”.
Memang dasar setan, bagitahula awal. Aku ketawa seorang diri. Bebal, bebal macam orang bawa kereta perlahan di lorong kanan. Aku berlalu pergi dengan gembira, mood aku baik pagi ini, ibarat menemui satu kehidupan yang baru. Meter minyak berfungsi jarum menandakan minyak penuh di tangki. Ini masa nya………….Aku pulas throttle habis, menguji kepantasan enjin baru, yerr…out meter ! aku puas !. Sampai nya aku di office, kerani sudah menyambutku dan menyuruh aku lantas berjumpa bos aku. Bos kedekutku sebetulnya. Kini aku didalam biliknya. Aku senyum tanda hormat. Aku salam bosku dan mulakan bicara.
“Selamat pagi bos ! Ada apa panggil I kemari ??”.
“Selamat pagi, macam ni Ri, I tengok u punye kerja bagus, belum ade complain dari mane-mane syarikat, jadi I mau kasi naik gaji u dari RM1400 I tambah RM1000 jadi RM2400. Ok ka ?”.
“………………………………………………………” aku terdiam terkejut.
“What ?, ape pasal ? tacukup ka ?? nah I ade bagi extra lagi elaun transport RM300, elaun site RM300 jadi RM600, tambah basic u RM2400 jadi RM3000. Boleh ? Kalau tabole u bole brenti kerja !”. Tajam mata bosku melihat aku yang sedang tercengang !
“Boleh bos !! tengkiu bos !! ur the best bos in da world !!!”. Aku gembira tak terkata. Apa semua ni ? Prank ke ???
“Kalau ok ape u duduk sini lagi ? pergi kerja sane ! ular ka ??”. Bos aku tersenyum melihat telatah aku seperti menang loteri. Yer…menang first prize tikam besar !
Aku keluar dari office dengan hati yang berbunga-bunga. Weh biar betul setan bernama MAYANG ni. Betul-betul dia menolong aku ?. Aku duduk termenung di atas motor, aku menghantar whatsApp ke Ishaq berjumpa dimana lokasi dia berada. Sementara itu aku mngucap syukur kepada tuhan atas kurniaan rezeki berlipat kali ganda ! Amin Ya Allah Amin… ZUP !! satu cahaya seperti camera di mata aku. Mayang muncul dengan muka yang bengis, hilang cantiknya ! Mata nya merah, mulutnya mengetap bibir hitam nya ! Dengan kuat suaranya berkata.
“BUKAN TUHAN MU YANG MEMBERI SEMUA INI SAHABAT !! AKU YANG MEMBERI !! AKU YANG MEMBERI !!!”. Satu cahaya datang lagi, Mayang hilang dari mata aku. Aku seolah mengigil dengan kejadian tadi. Sungguh menakutkan wajah Mayang begitu muncul betul-betul didepan muka. Aku takut, aku pasti setan ni marah bilamana aku dahulukan tuhanku. Ini da sesat da ni ! DA SESAT !! Terus aku menuju ke lokasi tempat kerja dimana Ishaq berada. Di atas motor aku seperti menyesal dengan perbuatan aku yang da menduakan Allah. Allahu Akbar maafkan aku Ya Allah !! Maafkan aku. Setelah aku berjumpa Ishaq dilokasi, perlu ke aku menceritakan hal ni ? Aku rasa belum masanya lagi. Aku bekerja seperti biasa dengan Ishaq sampailah habis waktu bekerja. Sampainya di parking motor Ishaq terperanjat melihat motor baruku lalu berkata.
“Weh agak-agak la kau nak roket motor……motor baru plate lame…kantoi masak kau Ri !!”.
“Ape bedebahnye kau ni Haq, motor aku la ni, aku da touch up balik. Kau tengok la muke aku ni ? ade rupe muke piang motor ke ?”.
“Tak ade la, tak kan la cepat sgt siap motor ni, semalam aku tgk buruk bangkai lagi, hari ni kelua berkilat. Kalau kau tuka part motor aku boleh la percaya siap dalam sehari, ni siap color baru, Agak la Ri !!’. Ishaq da mula tak percaya kata-kata ku lagi. Aku pun da tak tahu nk kona ikut mana da.
“Macam ni la Haq, nanti aku ceritakan yer. Tapi bukan la sekarang. Nak balik da ni”.
“Esok pagi port biase, kalau aku tahu kau curi motor ni kau taw la azab kau Ri”.
“Nanti esok aku cerita la…..yang penting ni bukan motor curi yer”. Aku matikan ayat.
Selepas berborak pendek, kami pun pulang bersama sehala. Ishaq dihadapan. Aku di belakangnya. Tapi ada satu tujuan lagi perlu aku laksanakan ! Aku kona lipat ke simpang jalan lain menuju ke kedai electronic. Aku mahu melihat harga TV. Senang nanti da gaji aku sediakan duit secukupnya. Sampai di kedai aku melilau mencari TV yang mana aku mampu. Terpandang la aku TV plasma 42inchi jenama PHILOPS. Wah, brand ni bagus. Harge pun okeh RM1499. Aku tersenyum sebab aku mampu membelinya dengan tunai tanpa ansuran bulanan. Maka dengan hati yang gembira berlalu la aku pulang ke rumah. Sampai dirumah aku perlu rahsiakan hal TV, aku nak buat kejutan dekat isteriku dan juga perihal kenaikan gaji bulanan ku. Itu semua tunggu gaji hujung bulan masuk nanti. Aku terus bersiap untuk mandi. Bila aku bukak pintu bilik air, Mayang di hadapan ku, kali ini seperti semalam, berkain nipis dibadan, ketat. Cuma rambut dilepaskan. Terus aku menoleh kearah isteriku. Dia sedang melayan Mika. Mayang bersuara.
“Masuk la, ape yang kau tunggu ? Jangan kau risau, isteri dan anak mu tak nampak aku sekalipun mendengar. Hanya kau sahaje sahabatku, marilah”. Berkata manja. Aku masuk dan menutup pintu dan membuka pancuran air.
“Pergilah Mayang, aku mahu mandi, jika kau disini malulah aku”. Aku berbisik.
“Bukan semalam kau mahu lihat aku begini ?”. Mayang senyum mengigit bibir merah nya.
“Betol, tapi tolong la pergi sebelum aku hilang kawalan diri”. Nafsu aku pula memainkan peranannya.
“Jadi apa salah nya, sentuh la aku sahabatku, aku milik mu”.
“Aku kate pergi !! Pergi la setan !!”. Aku membeliakkan mataku tanda marah.
“Baiklah, sungguh keras hatimu, tapi tidak akal mu. Kau cuba menipu”. Mayang menghilang.
Aku mengeluh pendek. Jika ikutkan nafsu, sudah lah berdosa, tambah lagi berlaku curang dengan kalangan jin ! Hilang akal agaknya kalau ada orang yang sanggup lakukan. Ni semua permainan dari mereka. Mengaburi mata manusia demi kepuasan mereka yakni menyesatkan anak-anak adam. Sesudah mandi aku membuka pintu, aku nampak Mayang berada dekat dengan anak biniku. Terus aku menjerit dengan tidak sengaja.
“KAU JANGAN CUBA DEKAT DENGAN ANAK BINI AKU SETAN !!!”. Aku nampak Mayang tersenyum.
“Abang !! ape ni bang ! setan ? Abang jangan main-main,takut Ayang !!”. Isteriku gagap. Anak aku menangis terkejut dengan jeritan aku tadi.
“Tak ade pape Yang, abang tersilap tengok tadi, ingatkan setan nirrojim, rupe nye langsir. Sory Yang !”.
“Abang ni pun beragak la Bang terus nak menjerit, terperanjat taw tak ! Sudah Mika, tak ade pape, ayah Mika tersilap tengok tadi, daaaa…berhenti menagis yer..”. Pujuk isteriku kepada anakku Mika.
“Maafkan ayah Mika, ayah tersilap tengok, Ayah tak marah, meh dapat kat ayah meh !”. pujuk aku pula. Mayang masih berdiri kaku disitu dan tersenyum sebelum menghilang.
Sebelum tidur, aku ligat memikirkan Mayang, kenapa sekarang dia berani berlegar dalam rumah aku. Da berani dekat anak dan bini aku. Aku perlu buat perhitungan dengan dia. Isteriku memanggil aku.
“Bang !!, Abang nak tahu tak pasal rumah yang pasang CCTV depan rumah kite ni ?”.
“Ape die Yang ? cercerita, cercerita !!”. Aku mengiring tanda minat nak tahu.
“Tadi tengah hari, Ayang nak turun dengan Mika nak ke kedai bawah, mase bukak pintu grill, kebetulan orang dari rumah tu keluar, Ayang ternampak la dalam rumah mase die buka pintu tu, Bang…..”. Wajah isteriku resah. Dia meneruskan ayatnya.
“Sebenarnya tu bukan rumah bang….tu la kedai judi yang kawan abang cakap tu. Macam mane ni Bang ? Ayang takut…”. Mata isteriku mula berkaca.
“HAAA ????!!!!!”. Tersentak aku bangun ! Terkejut aku bukan kepalang. Si*l ! aku berjiran dengan kedai judi ! Kenapa aku boleh tak sedar sebelum ni ?. Patut la ada CCTV… Tapi sebelum tu..
“Betol ke Yang yang Ayang tengok tu kedai Judi ? Ayang tersilap kot”. Aku cuba bertenang.
“Betol Bang..Ayang sendiri tengok dalam tu kedai judi, tak kan la Ayang tak reti nk bezakan kedai judi dengan rumah..Dalam tu penuh dengan mesin dengan computer, dalam tu pun tak terang lampu nya sebab mugkin langsir da tutup semua tingkap, memang macam kedai judi”.
Aku celaru.. Apa da jadi ni ? Serabut aku memikirkannya. Aku terdiam cuba menghadam masalah baru yang aku hadapi ni. Senang belum lagi, bala pulak yang mendatang. Mayang ? Kedai Judi ?? Arghhhhhhh.
Catatan 6 :
24 Aug 2017 @6:00p.m.
Aku lesu pagi ini. Mood aku berubah. Masalah baru pula sekarang ni. Bahagia ku tunggu, malapetaka pula yang datang. Aku harus berjumpa Mayang, aku mahu memberi dia amaran jangan dia cuba dekat dengan keluarga kecilku. Pasal kedai judi ni pula ? Aku perlu berjumpa dengan Ishaq untuk langkah aku seterusnya. Hampir hujung bulan ni. Aku belum lagi merasa gaji baruku. Pagi ni memang aku akan berjumpa dengan Ishaq pasal berkenaan motor baru aku. Aku tak mahu bercerita bagaimana wujudnya motor baru aku ni. Belum masanya aku membuka cerita Mayang kepadanya. Sebelum aku keluar, aku berpesan pada bini aku, jangan keluar rumah selagi aku belum pulang, dan sentiasa kunci pintu semasa aku tiada. Di depan pintu aku melihat rumah yang ada didepan aku. Sungguh tak sangka, dalam pada mencari rupanya ada didepan mata.
“Patut lah kau pasang CCTV, rupe nya kau cube berhati-hati dengan pihak berkuasa”. Aku pun menuruni anak tangga, sampai di motor, sekali lagi kejutan yang datang, aku pasti, aku tinggalkan motor ni semalam jarum minyak menunjukkan E. Hampir habis. Tapi pagi ni jarum kembali pada F. Penuh maksudnya. Aku tak puas hati, rosak lagi meter minyak ni. Aku buka seat dan aku pulas penutup petrol, sah ! Penuh !! Bisikan Mayang datang.
“Nak pergi kerja ye bang ?”.
“Ape kau sibuk ? Aku nak pergi kerja ke, pergi meninggal ke, kau ape taw aku punyer susah ?”.
“Jangan lah marah sahabatku Zuri..Harini aku belanja kau minyak, kau tak perlu lagi fikir pasal minyak, aku mampu berikan kau segalanya, asalkan kite terus berkawan. Tapi kalau kau mahu lebih dari ape yang kau mahu dari ini, kite perlu buat syarat yang baru”.
“Amboi kau setan, sudah berani kau panggil name aku yer ? Aku tak nak semua tu. Cukup apa yang ada sekarang ni. Aku tak mahu lagi tambah bala yang ada. Sudah !!”.
“Yamaha 125ZR baru edisi terhad dengan nombor siri 00046 ?? Kau tak mahu ?”. Mayang menawarkan kan lagi.
“AKU KATE CUKUP !! AKU TAK MAHU !!! PERGI !! Petang ni aku balik kerja aku nak bercakap dengan kau. Kau tunggu aku !!”. Bentak aku.
“Baiklah sahabatku, aku tahu niatmu..Kita jumpe di bilik air seperti selalu”. Bisikan Mayang menghilang.
Berang aku pagi ni dibuatnya. Setan ni sungguh licik, dia tahu keinginan aku memiliki sebuah motor 125ZR. Sungguh dia cuba menyesatkan aku lebih jauh lagi. Supaya aku turuti semua kehendaknya, aku tahu, setiap perbuatan ada balasannya. Apa yang Mayang mahu dari aku yang aku sendiri tak tahu. Segera aku menunggang ke kedai dimana Ishaq menunggu aku. Sampai kedai Ishaq da senyum meleret kepada aku. Aku membalas menyampah. Pasal kau punya info aku berjiran degan kedai judi.
“So Ri, ceriteknla pasal motor baru kau tu,teringin nak tahu”.
“Salam tidak ape tidak terus tanya pasal motor amende kau ni ? Sekearang ni ade hal lagi mustahak aku kene cakap dengan kau, hal motor abaikan dulu !”. Aku cube kona hasrat Ishaq dari jalan cerita asal.
“Wah marah nampakkk…malam tadi tak dapat ke ?”. Ishaq ketawa. Aku terus ketuk kepala dia.
“HAAAA…..ni makan dieeeee……aku serious ni hawau ! Kau ingat malam tadi malam jumaat ke ? lain kali cakap berlandaskan fakta !!”.
“Kalau yer pun tak payah la main kepala sia…sakit bodoo..Sory la aku ingat kau tiap malam, malam jumaat ! hahahaha..”. Ishaq buat hal lagi.
“Kau ni kang aku libas dengan sejadah kat muka tu baru nak reti sopan ke ? Sudah ! Aku ade bende nak cerita dengan kau ni. Aku nak mintak pendapat kau ni Haq, aku serabut ni weh. Haq, kedai judi yang kau cerita tu depan rumah aku la siakkkkkk….”. Terkeluar isi roti canai dari hidung Ishaq akibat tersedak dengan keluhan aku tadi.
“Allah………Ri pedih hidung aku Ri !! aduhhhh… Kau biar betul Ri ?? Sory Ri aku sumpah tak tahu.” Ishaq membersihkan sisa roti di hidungnya.
“Betol la Haq.. Bini aku sendiri nampak dalam rumah tu, memang kedai judi Haq, ni yang menambahkan risau aku ni. Jadi macam mane aku nak buat ni Haq ? serabut aku weh”.
“Kau pindah rumah la Ri, kau memang da tak boleh duduk situ..Bahaya anak bini kau nanti !”.
“PINDAH ?? Noooo Nooooo…aku tak boleh pindah !”. Aku tak boleh pindah sebab aku da janji dengan Mayang yang aku tak boleh tinggalkan rumah tu dan Ishaq belum tahu cerita ni.
“Ri… Rumah boleh cari, anak bini kau nak cari mane ? 7E ??. Sudah Ri, kau kene cepat pindah, sebelum apa-apa jadi dengan anak bini kau. Tolong Ri pikir anak bini kau. Sekarang orang da tak takut hantu, orang sekerang da takut orang ! orang boleh m******h Ri !!”.
“Kau ade pilihan lain tak Haq selain berpindah ? Ke kite kene report situ ade kedai judi haram ?”. Aku cuba hasilkan idea baru.
“Kau jangan cari pasal Ri, kite tak tahu siape taukey die, kalau die dapat tahu kite yang report kedai die, m**i taw m**i ? memang taukey kedalam lokap, tapi anak buah die akan cari, kalau yer pun die tak ade buah, berapa lame die leh duduk dalam lokap tu ? keluar jugak nanti.”.
Aku terdiam, memikirkan ade betul nya cakap si Ishaq ni. Idea aku langsung tak boleh pakai. Kemudian datang pekerja kedai mahu mengambil order.
“Ney, minom ?”.
“Teh tarik ais gelas besau satu !”.
“Makan ?”.
“Makan..tak de, minom je”. Aku da tak lalu nak makan sebab ternampak isi roti canai yang keluar dari hidung Ishaq parking ditepi pinggannya.
Sesudah itu kami merewang macam biasa menuju ke tempat yang memerlukan perkhidmatan kami. Hari ini aku tak banyak bercakap dengan Ishaq. Aku mahu menceritakan hal Mayang kepadanya, tapi mulut aku berat ingin berbicara. Entah kenapa. Selesai urusan bekerja, aku pulang kerumah. Sebelum naik, baru aku terasa berat nak melangkah. Mood aku terus jatuh bila dapat tahu aku berjiran dengan kedai judi. Apa nak buat, nasib badan, aku kena hadap semua ni jugak. Aku membuka pintu tanpa menoleh lagi ke rumah sebelah. Jijik aku rasakan. Anak dan isteriku datang menyambutku pulang. Aku tak terdaya lagi melayan.
“Abang, kenape ni moody ? penat ke ?”.
“Yer Yang, penat sangat keje hari ni, Abang masuk mandi dulu yer ?”. Lemah.
Terus aku bersiap ingin mandi. Yer, aku perlu berjumpa Mayang ! Aku ingin mintak keizinan dia untuk berpindah dari sini sekalipun dia mahu mengikut aku kemana sahaja. Dengan membuka baju dan mengambil tuala aku menuju ke bilik air. Tak perlu ku seru lagi namanya, dia sudah pun berada di sebalik pintu mengintai aku.
“Marilah Zuri kesini, lama aku menunggu kau pulang”. Aku menutup pintu lalu membuka air pancuran, supaya tidak kedengaran ketika aku berbisik bersama Mayang, tiada lagi telepati antara kami. Kali ini setan ni betul-betul menguji keimananku, pakaian putih ketat tiada lagi,kini dia tampil berani. Berkemban batik.
“Mayang, aku nk bicara dengan kau 2 perkara hari ini”. Aku membelakangkan Mayang.
“Tak perlu kau sebut sahabatku, aku tahu semua hasrat mu”.
“Tak !! Aku nak bercakap sendiri. Yang pertama, aku nak kau jangan dekat lagi dengan anak isteriku, dan yang kedua, aku nak pindah dari sini sama ada kau mahu ikut ataupun tidak”.
Mayang merapatkan tubuhnya dibelakang ku.
“Kan sudah aku cakap padamu Zuri, aku tidak menerima arahan dari mu. Jika kau baik aku baik, jika kau langgar arahan ku, kau sudah bersedia kah dengan batin mu ape yang kau takuti selama ini ?”. Mayang bersuara manja walau serak berkahak. Aku memikirkan kembali nasib anak dan isteri aku.
“Baiklah Mayang, tapi aku mintak tolong jangan apa-apa kan anak dan isteriku, aku merayu”.
“Kau sendiri menyeru aku, mintak tolong dengan aku, dan sekarang kita sudah ada perjanjian, aku tidak akan mengganggu anak isterimu melainkan kau lari padaku”.
“Okeh…okeh…aku tidak larik darimu, aku tidak akan berpindah dari sini janji tetap janji. Tapi aku mintak kau tolong aku sesuatu Mayang, kau buatkan lah diorang yang duduk didepan rumah ini berpindah, keluarkan mereka dari rumah yang dijadikan rumah judi tu “. Aku berharap Mayang akan bersetuju. Tapi….
“Kau tidak tahu kah Zuri yang rumah yang dijadikan kedai judi tu rumah aku ?? Maafkan aku Zuri kerana tidak memberitahu mu sebelum ini. Hahahahahahah. Mayang mengilai kuat ! meremang segala bulu roma aku. Terus aku pusing kebelakang !
“Pu**mak nye setan !! kenape kau tak bagitahu dari awal lagi ha ??”. Aku berang !! Aku tidak berbisik lagi, suara aku lantang. Aku cekik Mayang, ibarat kau memegang asap, tak dapat.
“Disitulah tempat tinggal ku Zuri, tuanku memuja aku, memberi aku makan dan segala nya. Cuma hanya satu sahaja yang aku rasa kurang, aku perlukan kawan, aku juga mahu berkasih Zuri”.
Tak terkawal amarah aku lagi, aku menyepak Mayang, tapi seperti aku kata tadi, seperti asap kaki aku menembusi lalu terkena pintu. GEDEGANGGGGG !! Kuat !
“Oiii…bang…..nak mandi ke nak bergusti dalam tu ? pecah pintu sape nak ganti ?? Banyak da ke duit nye tuuu..!!”. Isteriku menjerit di ruang tamu.
“Tak ada apelah Ayang, Abang tergelincir tersiku pintu ni haa !!”. Aku berbohong. Mayang masih ada bersamaku.
“Kau tak mampu lari dariku Zuri, aku sentiasa ada dengan mu selagi janji kita belum terlerai. Hemhemehemehemehemehe”. Ketawa yang tak lepas dari tekak.
“Baiklah, aku mengalah, aku ikut perjanjian kita, asal kau tak ganggu anak dan isteriku, sudah lah pergilah kau, aku tak mahu kau menjelma sebegini lagi. Aku harap kau faham ayat aku Mayang !”.
“Tidak kah kau mahu berkasih dengan ku Zuri ? isteri kau tidak kan tahu. Sentuh la aku Zuri..”.
“Tidak !! Sesekali Tidak !! Itu bukan dalam syarat perjanjian. Pergi aku kata PERGI !!’.
“Hehehe, lelaki. Semua nya sama…aku kan kembali…”. Mayang menghilang.
Sesudah mandi aku berbaring di katil, aku mengiring ke dinding, aku memejam kan mata, menyesal dengan apa dah jadi dengan nasib aku. Kalau aku tahu semua ni akan terjadi, tidak akan sekali aku menyeru Mayang dan membuat perjanjian. Nasi da jadi bubur, aku harus laluinya. Dengan harapan tidak seteruk apa yang aku selalu bayangkan. Aku mendengar bunyi seperti geseran dibawah katil. Aku buka mata, terlihat la aku kepala Mayang menjulur keluar dari bawah katil dan tersenyum. Terperanjat aku dibuatnya !. Hanya carutan ku hadiahkan kepada Mayang melalui telepati..
“B*bi betol la kau ni, terperanjat aku s*al !! Kau ingat lawak ke ??”.
Catatan 7 :
26 Aug 2017 @10:20p.m.
Hari yang dinanti seluruh rakyat marhaen, hari gaji ! Gembira bukan kepalang lagi aku dengan amount yang masuk ke dalam account bank ku. Bukan sikit ni ! Boleh la aku beli TV harini ! Bahagianya rasa. Aku rasa bertenaga kembali. Mood yang resah menyesal pasal kehadiran setan bernama Mayang terus aku lupakan pabila melihat 4 angka yang tertera dalam telefone aku. Aku mula lupa diri. Mayang yang aku agungkan, bukanlah lagi tuhan yang satu perlu diutamakan. Inilah sikap manusia.
“Weh Haq, gaji da masuk ni weh ! aku kerja half day yer harini ?”.
“Wah-wah….dapat gaji terus sekerat hari ? Kau nak pegi mana ? melancong ke Maldive balik hari ?”.
Bukan laaa…aku nak pegi beli TV plasma 42”dengan penjimatan electric 5%”.
“Beriya lagi kau, da ! pape kau call dulu si botak bos yang kau puja tu, jangan buat senyap, aku malas nk cover”.
“Beres bossss”. Lantas aku persiapkan diri untuk pulang. Ishaq adalah engineer aku sebenarnya. Kami rapat sebab sebaya. Dia hensem sikit dari aku,tapi aku hensem banyak.
Aku pulang dengan gembira, lalu aku menyinggah kekedai menjual TV terus aku membeli dengan membayar kos penghantaran sekali, sesudah itu aku mencari agen ASTEROK, aku sekalikan terus. Senang satu kerja. Aku harap anak dan isteriku terperanjat bila melihat TV pulang ke rumah dengan saluran berbayar. Sampai dirumah, segera aku berjumpa isteriku, aku memberitahu hal TV yang aku beli.
“Banyak duit Abang bulan ni ? nak kate mengumpul tidak ! Abang tikam nombor kat sebelah ea ?”.
“Mulutttt….takkan la Abang sanggup nak berjudi..Abang da naik gaji la ! hehe”.
“Berapa Bang ?”.
“3 !”.
“3 ribu ?? Ya Allah syukur Ya tuhan…..amin…..”. Isteriku mengaminkan sambil telapak tangannya ke muka. Lalu dia bangun dan menari keriangan.
Hampir menitik airmataku melihat mereka bahagia, sungguh terharu. Sebakku rasakan, umpama aku sudah berjaya membuatkan mereka hidup senang kelak. Tapi disebalik itu hati aku resah kembali. Hasil ini bukanlah dari hasil yang halal. Aku tertunduk bersila mngenangkan perbuatan sendiri. Yang salah dari sisi agama. Sungguh tak ku sangka aku sanggup berbuat begini. Demi kesenangan diatas dunia sementara. Dengusan yang aku dengar ditelinga, lantas aku mendongakkan muka, Mayang ! Mayang berdiri dibahagian dapur berbaju putih labuh merenung aku tajam. Seolah cemburu aku dan isteriku sedang berbahagia. Bengis sungguh muka dia. Hilang semua seri, mengetap bibir hitamnya,matanya merah marah, mukanya berubah putih pucat seperti mayat dan sedikit cengkung dipipi. Rambut dia mengerbang kembang serabai. Dia berdiri kaku, lansung aku biarkan. Aku tahu dia akan berjumpa aku nanti. Aku pasti !.
“Ayang…kang petang nanti orang TV hantar barang sekali dengan orang ASTEROK, diorang sampai kejutkan Abang yer. Abang nak tido jap ! penat…”.
“Okeh Bang, kang nanti Ayang kejutkan, Abang pegi la tido dulu”.
“Jangan kacau Abang tido yer, jangan buat bising, jangan masuk bilik”.
“Ape pelik lak nyer Abang nak tido sambil tak bagi Ayang masuk bilik ?”.
“Alaaa….bagilaa can Abang tido dengan aman dan damai waktu siang ni..”. Aku mereka ayat.
“Yelaaaa..enset tu bak sini, bukan betol dia ni ! ntah-ntah membuat onar !”.
“La ? tak percaya Abang eh ? Nah Yang…ambikk… kang ade orang call angkat”. Aku memberi, asalkan bini aku tak syak apa-apa.
“Pegi la tido dulu, kang Ayang kejutkan diorang sampai”.
Aku terus menuju kebilik, sudah ku agak, Mayang sudah pun berada ditepi katil memandang aku tajam, terasa takut pula nak masuk bila melihat dia begitu, tak cantik seperti selalu. Terus aku menutup pintu dan menguncinya dari dalam, terus aku berjalan menuju ke bilik air ingin membasuh muka dan tangan, setiap pergerakkan aku diperhatikan dengan tepat oleh Mayang, matanya mengekori setiap gerakku. Semasa aku didalam bilik, aku membasuh tangan dahulu, kemudian aku menunduk membasuh muka, sebaik aku kembali berdiri, Mayang sudah dibelakang ku merenung tajam ! Matanya terbeliak luas tanda marah ! Terperanjat aku bukan kepalang lalu aku tersiku mukanya. Kabus ! Tiada apa-apa yang terkena. Aku kembali keluar dari bilik air lalu duduk di katil, Mayang mengekoriku dibelakang, dan berdiri tepat didepanku.
“Siang-siang pun kau boleh menjelma macam ni ? Kuat ilmu kau Mayang ? Dan, kenape kau begini ? ape yang membuat kau marah ?”.
“Zuri…..aku tahu ape ape yang kau fikirkan di hatimu, kau menyesal ? Kau menyesal bukan dengan perbuatan mu ? sekarang kau menyesal, esok lusa kau mahu meninggalkan aku kan ??”.
“Tidak Mayang, aku tidak akan meninggalkan mu, sudah aku berjanji padamu. Ape lagi yang nak aku tunjukkan ? Aku tahu akibat meninggalkan mu”.
“Bagus….itu yang aku mahu dengarkan dari mu wahai sahabatku..tapi, aku tak suka melihat kau menggembirakan orang lain dari pemberianku..”.
“Mayang, kau harus tahu niat asal aku menyeru kamu dahulu, aku mahu membahagiakan mereka, aku mahu lihat mereka gembira, jadi tolong, tolong jangan ganggu mereka. Mereka tidak termaktub dalam perjanjian. Hanya kau dan aku.”.
“Baiklah, aku juga turuti perjanjian ini. Tapi kau harus ingat lagi sekali Zuri, sekali kau langgar arahanku, bukan setakat ini yang kau akan lihat, malah lagi menakutkan yang kau akan dapat !!”. Mayang berkata tegas lalu terapung ke ceiling dan menghilang.
Aku mengeluh panjang, lalu aku berbaring di katil…lenganku letak di dahi, ku pejamkan mata. Semakin mengada-ngada setan ni. Langsung xsadar diri !. Jangan kau usik keluarga ku ! Penampilan kali ini sedikit sebanyak membuat aku berasa takut dengan Mayang. Bagaimanalah rupa sebenar dia ?. Aku kegelian sendiri.
BUMP !! BUMP !! BUMP !!. Bunyi pintu bilik diketuk kuat !.
“Abang……………..Abang……………..”. Isteriku separa menjerit !. Dengan pantas aku bangun berlari menuju ke pintu ! “Apelagi si setan ni kacau bini aku…”. Bisik hatiku dengan marah !. Sekali aku buka pintu terpancul bini aku didepan pintu !!
“Abang !! Orang TV da sampai ni, ade kt bawah ! panggillah die naik ! hewhew”. Menggeletis.
“Dah yang Ayang ketuk pintu macam nak roboh da kenape ha ??”. Herdik aku.
“Abang kunci pintu sape suruh ? Ape yang Abang dalam tu ha sampi kunci pintu ??”.
“Owh !! Abang terkunci”. Terus aku kebawah menyambut naik orang TV. Taktik nak lari dari terus menerus ditanya oleh isteriku. Isteriku…….Malayan Tiger !.
Bersambung catatan di entry yang lain.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best
Mayang..mayang..satlg dia mai plak..hihi
Jalan cerita dah okay… Cuma x banyak part seram.. Syer bg 5/10..
**Kalau la Zuri da tau awal2 pasal rumah judi tu, mesti dia x jadi nak berjanji ngan mayang…
Mayang pun bole pulak ko nak goda suami org..
Ish ish..!! X baik tau~ ☝
Walaupun xbyk part seram (sebenarnye xde pun), satu Jalan cerita yg menarik. Xde perasaan nk skip2 masa baca even panjang.
Sy bg 9/10
4/10
Pasai pa korang bagi markah rendah2 ni.. bagi aku jalan citer dia best.. tersusun. Dialog perbualan pun teratur. Step by step. Tak gopoh gapah. Tak sabar nak baca sambungannye.
Note: I wish penulis tak bgtau citer ni adelah fiksyen semata2. Feelingnya lari sket..
Agreed. Hahahah
Agaknye yg bagi rendah2 suka seram2 ganas. Cite nie seram2 sejuk je
Just x ckup kot..
kan memang dia dah gtau? rekaan semata-mata?
maksud si mel tu dia harap penulis tak bagitahu ni fiksyen.. sebab feel tu lari bila tahu ni fiksyen..
Wowowooooo…
Apehal sambung plak ni di saat akk sedang menuju puncak, gemilang cahaya…Akademi Fantasiaaaa…
Hehehehehhe…
Sape kate citer nI x seram…???
Gilor ko x serem…???
Akk cukup cuak ble Mayang tu sikit demi sikit bertukar dr Mayang dan MIANG…
Memule berjubah…
Pastu berkebaya…
Pastu berbaju nipiiissss…
Pastu berkembaannn…
Akk dh ghisoooo sesgt kot lepas tu ade sesi menanggalkan baju lagi…
Mau sensored bace ttp mata sebelah wooo…
Huhuhuhuuuu…
Papepon, cepat sambung kaayyy…
Klu x nnt akk bukak kedai lumba kuda depan umh ko plaakkk…
Mau???
kan akak.. aku bace pon gelisah je kak.. mcm aku pulak yg melalui nye.. dalam ati geram bila lah ko nak bukak baju mayang ooi.. asik menggoda je.. miahahaha.. yg aku tak tahan setan bleh pling bagi moto dia cantik.. mayang tolong aku kasi elok bumper kete aku.. pagi tadi hantu mana tah langgar pastu lari cenggitu je.. sian tai baby mami tu da rebeh.. nnt asben mami balik keje mesti dia potpet mcm zuri..
Akk dh standby ttp mata sebelah smbl memalu kot2 kain kemban terlucut…
Fuuhhhh…sereemmmm woooo…
Sori yer mami…
Taste Mayang da Miang pd lelaki, die bkn LGBT taauuu…
Sooo silalah Mami g kodai soh penunggu bengkel a.k.a pomen betolkan yer…
Jgn lupe bwk pengerasnye…
Klu xde cash, debit card pon boleehhh…
Hahhahahhaa…
adehhh.. aku ingat mayang boleh lah dibawak masuk alam lgbt.. tak boleh ye kak yulie.. tapi kan kak yulie mmg betul bedebor aku baca tang baju tu dup dap dup dap.. gatal betul antu pon nak beromen..
Xleehhh…
Unless klu pompuan tu akk sbb akk kan henseeemmm…
Hahahahahah…
Akk bkn seram sbb ape…
Dlm ni kan ramai jejaka teruna…
Kesian klu minda diorg dicemari scene2 porno dr Mayang tu…
No no noo…
akak hensem?? memang tak lah.. muka tu telebih ayu dan keibuan gitu.. tak lalu mayang nak lesbiankan kak yulie.. takut dia mintak jadi ‘adik’ kak yulie je nnt.. mihmihmih
Akk camouflage jer ni…
Di sebalik muke acah2 keibuan tu ade kebrutalan kemerengan yg tersembunyi…
Hahahahahah…
itu dah pasti la kak.. org kalau tengok aku pon mcm skema.. sbb aku pon berspek mate cam yulie.. sekali aku bukak mulut tak sesuai gn muka.. family aku panggey aku mak teh berik.. sbb mulut pot pet pot pet.. setiap ibu yang mithali mcm kita ni kak yulie ada sisi gelap nya.. aicehhh.. hahaha
Dwn jiwa rapuh kak.. Den kocik ati bila dia ckp lelaki semua sama..pdhl den is diferen.. Hahaha tu pasal den rate rndh2..
Banyak hati terguris bace cerita ni rupenye yer…
Memule mami, sbbnye somi berlagak mcm Maharaja Lawak perlakukan isteri mcm hamba abdi…
Beria bg arahan soh bini ngemas rumah, die dok lepak perasap setan…sbb tu Miang suke kat die…
Ni Singkong plak kecik ati…
Sbb penulis pukul rata semua lelaki sama…
Betol betol betoolll…
X semua lelaki sama…
Ade persamaan dan perbezaannye…
Lengkali ckplah KEBIASAANNYA LELAKI MMG BERPERANGAI SEKIAN SEKIAN SEKIAN…
Haa…
Barulah x semua lelaki tu dianggap sama kaann…
kan kak yulie aku sakit hati kalau cite2 mengarah bini mcm org gaji.. tu bini tau bukan bibik.. reti ke beza bini gn bibik.. singkong nnt dah kawen puhlisshh layan bini mcm bini.. jangan jadi zuri buat jd org gaji.. men arah mcm big boss.. dia dok isap rokok.. padahal dr dia isap rokok baik dia p buang sawang tu.. hantu betul.. patut si miang suka kat dia.. emosi tau walaupon fiksyen sbb mmg wujud suami2 begini.. bini ni takyah suruh itu ini.. laki layan baik2 takyah suruh bedesup dia masak kemas uma semua settle kan kak yulie.. isteri happy suami ceria.. hahah
Lg akk hangen jenis suami berlagak ala macho bangga cerita kat org die sharp shooter baru kawen bini teros pregnant…
Tapi time anak melalak nk susu, nak basuh berak ko buat bodoooo dh mcm pekak badak plak kan…
Pastu ngamokkan bini sbb bingit anak nangis x benti…
Ni kisah benar depan mata+telinga akk sdri…
Rasa nk hempuk ngan tong gas yg isi penuh baru beli…
yaaa ni aku sokong..! mostly org lelaki mcm ni lah.. bukan semua ya.. aku sendiri kena gn laki aku kak yulie.. tiap2 tahun order anak tapi anak nangis tak nak pujuk.. alasan dia anak taknak kat dia.. budak tu tak cakap apeeenponnn.. aku takdengor budak tu kata taknak daddy.. aku penah mogok.. aku taknak susukan anak.. kehulu kehilir dia bawak budak tu nak pujuk.. haaa.. tak keruan.. rasainnn.. aku kekadang pandai gak berdrama buat2 kemas kain baju bila topik anak ni.. takut laki aku.. tapi tu jelah kelemahan dia.. tak reti jaga baby.. anak yg da atas setahun dia handle cenggini ?? kakk.. siap mandi makan seme kalau dia balik awal..
Ahhh ni betul.. Tu pasal den tabik kat kak long kawasan.. Hahaha
Jooomm akk belanja roti canai…
Mengubat hati yg terhiris…
Hahahahaha…
den demand sikit.. kita g mekdi bole x.. roti canai kensel..hahhaa
Ok gak Singkong lepak Mekdi…
Spaisi ciken mekdilaks kaannn…
Mekdi cr yg ade playground, sng akk letak ko dlm tu klu nakal x terkawal nnt…
Cerita tak best dapat 9-10 markah..cite best camni 5 markah pun xsampai..dari segi permakahan yg kau selalu kasi tu..aku nampak kau ni ada stail kroni2 ni..yg xkroni tapi kau bg markah tinggi sbb taste kau jenis jln cerita cliche2 je..haha..tapi xpe..aku terima sbg pendapat individu~ chill~
Hahaha..x payah la bagi rate2 tu..fiksyen shasha tpt org brkongsi cerita.kalau rasa nak baca..go on.kalau tidak,skip baca crita lain..lain org,lain pendapat.btw,crita ni best.mohon sambung secepat yg boleh ye.:-)
yang aku geram part mula2 tu.. tipikal sangat laki buat bini mcm hamba.. poyo je arah2 mcm bini tu org gaji.. cite da best tapi tolong jgn guris hati kaum isteri dgn watak2 suami raja mcm tu.. serious shit..
penulis kemain membayangkan mayang seksi time menaep . gataiii noh
Best…
Kesusahan menyebabkan org menyekutukanTuhan..kesenangan buat lagi jauh dari Tuhan..bila cinta duniawi melebihi cinta akhirat .akhirnya jika tak taubat m**i dlm suhul khotimah..cita ni mmg pengajaran..
Saya setuju,saya suka dengan ayat akak.?
Cerita ni memang banyak pengajarannya bagi mereka yang masih lalai dan leka terhadap kemewahan dunia.Percayalah, kemewahan yang dunia miliki tidak setanding dengan keindahan akkhirat ?
kepada kaum hawa ! pasal lelaki menghambakan perempuan yang korg usulkan. Tp korg xnampak pengorbanan suami disitu. walau die susah die masih lagi teruskan hidup membahagiakan anak bini walau jalan yang salah ! ini la perempuan. ade laki tu suro bini die kelua bkerja ke ? tak !!! die xnk bini die ssh ! biar ddk drumah jage ank bini ! suro agkat penyapu sapu sawang je tu da kate mghambakan ! hek eleeh !! lemah !!
Cara penyampaian writer yg buat pembaca pikir cmtu…
Suruh isteri dgn gaya yg mengugut, pastu die plak lepak kat balkoni isap rokok…
Patotnye tulislah bersama2 membersihkan umh ke, sapu sawang ke, isteri sapu sawang suami nyapu balkoni ke…
Sbb tugas menyediakan tempat tinggal yg selamat dan selesa tu kan tggjwb suami…
Kami membersihkannya bersama-sama bila tiba waktu malam dan hari minggu. Terasa bertuah dapat menyewa di sini. -Ramai xnmpk kot ayat ni.
Errmmmm…
Kami makcik bawang putih ni komen utk part yg ade sapu sawang tu jer…
Situ jer yg buat panas hati sekejap…
Bukan panas hati utk keseluruhan cerita…
Heehehehehe…
Nak kena bg rate ke… 8/10………..lmbt lg ke sambungan cte ni…… 🙁
8/10. best. heheeh..tapi cam lambat je sambungannya
terbaik
menarik ~
kelaka gak ko ni zuri..aku harap cite tu mmg betul rekaan lah..kalau betul aku nak hempuk je ko..
cter ni best. sy bc yg part 1 baru baca part 1.
mmg terbaik!
Best.. Okay, nak baca part 2 pulak 🙂
Best
apakah ini pengalaman sendiri?