#Zuri : Nasi Lemak Daun Pisang -Full

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali lagi dengan kisah yang baru. Genre santai bersahaja untuk yang berminat membaca cerita dari saya. Terima kasih Fiksyen Shasha jika cerita ini berjaya disiarkan. Seperti biasa cerita ini adalah rekaan semata-mata. Hanya bercerita apa yang terjadi disekeliling kehidupan kita. Jika cerita ini gagal dihati pembaca, saya memohon maaf. Silakan membaca.

Nasi Lemak NekMah.

“Nek ! nasik lemak sambal sotong kacang lebih 4 bungkus. 1 lagi biasa tak nak sambal untuk si budak kecik ni”. Pesan seorang lelaki awal 30an bersama anak perempuannya yang masih duduk diatas motor.

“Kau da dapat kerja ke belum”?. Balas seorang perempuan tua lewat 50an, namun ligat membungkus nasi lemak ditangannya.

“Buat masa ni lepak kampung dulu la Nek. Ambil angin. Boleh gak tolong ayah berkebun..”.

“Elok la macam tu, tengok-tengokkan orang tua kau sekali.. Lame kau tak balik sini kan.. Nah nasik lemak kau”. Si tua menghulurkan bungkusan kepada sipemuda itu yang memakir rapat motornya dengan meja jualan.

Selepas membayar harga nasi lemak terus sipemuda berlalu pergi. Begitu lah rutin harian NekMah setiap pagi menjual nasi lemak yang masih beralaskan daun pisang. Itulah rahsia yang melariskan jualan nasi lemaknya. Orang masa kini masih tercari-cari nasi lemak yang berkonsepkan tradisional yang tidak tenggelam dek arus permodenan. Aroma nasi lemak yang berbungkus dengan daun pisang terasa lain daripada yang biasa menggunakan plastic atau polystyrene sahaja.

Walaupun sudah larut dimamah usia, NekMah terus menerus menjual jualannya demi melangsungkan hidup selepas kematian suaminya. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata yang dua daripadanya sudah pun berkerja. Yang seorang lagi masih bersekolah menengah. Anak-anak sudah menghalang NekMah dari berniaga, namun dibantah keras darinya oleh kerana seronok berniaga dan melayan pelanggan-pelanggannya.

Tempat niaga tidaklah jauh, hanya dibawah perkarangan flatnya sahaja. Ini lagi memudahkan urusan Nekmah tidak perlu memandu jauh ke tempat niaga. Jualannya laris dan terkenal disitu disebabkan beliau seorang sahaja yang menjual nasi lemak dikawasan itu. Tidak kira pangkat dan bangsa yang membeli nasi lemak dari NekMah.

Sudah bertahun beliau berniaga disitu, dan di satu pagi, datang pasangan muda bertanyakan kepada NekMah.

“Assalamualaikum MakCik…”. Sapa si Isteri.

“Waalaikumsalam..nak beli nasi lemak ? Cukup ni untuk 2 bungkus..”. NekMah sudah bersedia dengan senduk nasi ditangan.

“Boleh gak..Biasa 2 bungkus.. Sebenarnya kami baru duduk dekat flat ni,orang kata nasik lemak MakCik sedap…Tu yang kami datang nak cuba..Nama saya Ina, ni suami saya Nordin”. Si suami menghadiahkan senyuman kepada NekMah.

“Owh..sedap sebab MakCik guna daun pisang ni ha buat alas..baru la aroma dia naik.. Orang sini panggil MakCik, NekMah..”. Lincah tangan NekMah membungkus nasi lemak. Seakan berkungfu.

“Patut la sedap sebab guna daun pisang rupanya..Berapa yer 1 bungkus ?”. Si gadis mula menggelabah mencari saku wang didalam beg tangannya.

“RM3.00 je dik..”. NekMah sudah meghulur bungkusan kearah si gadis, namun disambut si suami dan menghulurkan sekeping duit kepada Nekmah.

“Nah MakCik..lebih tu kami sedekahkan kt MakCik…”. Si suami tersenyum kepada NekMah.

“Alhamdulillah…amin..syukur..moga-moga kamu juga dimurahkan rezeki la yer..Amin…Amin..”. NekMah mengucup sekeping not RM10 ditelapak tangannya.

“Murahkan nasik lemak MakCik ni ?”. Suami bertanyakan kepada isterinya.

“Mana ade lagi da kan harge nasik lemak RM1.50 satu bungkus kat area Melaka ni ! Hehe”. Balas si isteri.

Kemudian pasangan muda itu pun berlalu pergi menuju kerumah yang baru mereka pindah. NekMah kalut berkemas kerana jualannya sudah pun habis. Dia harus cepat berkemas kerana tidak mahu orang lain menyinggah kekedainya semasa dia mengemas. Beliau akan rasa sayu apabila orang yang menyinggah akan nampak kehampaan bila mana sudah berhenti dan diberitahu nasi lemak sudah pun habis.

+++++++++++++++++++++

Sementara itu dirumah pasangan muda itu.

“Adumakkkkk…. Padukang rase nasik lemak MakCik ni !!”. Suami menguis-nguis nasi bagi meratakan sambalnya.

“First time dapat rasa nasik lemak dengan daun pisang ni ! Lain macam perginya..memang daebakk ahh..”. Lahap si isteri yang duduk bersila diatas kerusi. Tergeleng-geleng kepalanya tanda menikmati penangan nasi lemak NekMah dibeli sebentar tadi.

“Patut la ramai…memang untung la MakCik tu jual nasik lemak..Niaga pun kejap je..Kalau la kita juuu..”. Si suami terdiam sambil berhenti menguyah dan memegang lengan isterinya. Lalu sama-sama berhenti menguyah dan melopong keduanya. Seakan mengerti tujuan masing-masing.

“Bang ! Ina rase..Ina rase la kan, kite patut niage nasik lemak ni ! Untung ni, bukan susah pun nak niaga nasik lemak, sekarang kita da tahu point dia daun pisang. Da tak susah da kalau nak tarik customer kan ?”.

“Bijakkk…. Ina memang bijakk…tu la yang Abang nak sebut tadi…tapi tak apa ke kita niaga kat sini ? Kang marah pulak MakCik tu kita cuba sailang bisnes dia”.

“Ina rase tak apa kot sebab dia sorang je niaga kat sini, lagipun kan boleh tambah pendapatan sikit niaga ni..nak harap bisnes Abang jual barang dari China tu pun sekarang da slow.. Saving kita pun da tak banyak dari duduk Condo sampai pindah ke flat ni haaa..halahhhh”. Isteri melepaskan sudu dijari keatas meja.

“Betul gak tu, dia sorang je niaga kat sini, kalau kite pacak 1 payung pun bukan kacau dia pun kan ? Tapak pun bukan tapak untuk meniaga, jadi dia pun niaga tak ada kelulusan la kan ?”.

“Haaaa..kan senang kalau dari awal ikut cakap Ina ni..Pagi kite niaga nasik lemak, malam kang kite niaga kasut dari China tu.. Haduii.. Slow tu cube simpan sikit..”. Bentak isteri kepada suaminya.

Maka perancangan disusun rapi. Hari berikut tiap pagi Ina akan pergi kekedai NekMah, mengcungkil segala rahsia dan juga sumber-sumber nasi lemaknya. NekMah tidak mengesyaki apa-apa dari Ina. Yang dia hanya tahu Ina cuba rapat dengannya sekadar ikatan hubungan Ibu dan anak. Resepinya juga diberi kepada Ina. Ina hanya memberi alasan mahu belajar cara memasak untuk suaminya dirumah. Namun ada muslihat yang cuba disembunyikan oleh Ina dari NekMah. Segala sumber informasi dan juga resepi Ina perolehi, kini tinggal hanya dipraktikan sahaja dirumahnya. Selepas mencuba resepi dari NekMah ternyata masih terkurang sesuatu dari rasanya. Seakan sama. Tapi lain dari rasa sebenar asal nasi lemak NekMah.

“Kira boleh la ni…asal ade rasa cukup lahh…”. Ina sambil merasa sambal ditelapak tangannya.

“Jauh ke bezanya ?”. Si suami mencelah dari belakang.

“Tak ada lah jauh mane bezanye..lebih kurang sama je ni..”.

“Ok la tu…yang penting kite buat same macam NekMah buat..kita pakai daun pisang !!”.

“Abang minum air ape pagi ni sampai jadi bijak macam ni ?”. Ina menjeling tanda perli.

“Air wuduk !! Huahuahuahuahua..”. Si suami berlari anak ke ruang tamu semula. Berasa puas dia mengusik Ina isterinya.

“Sukaaaaaa…Sukaaaaaaaaaaa….”. Ina menggenggam erat sudip ditangan. Niat dihati mahu disepak muka suaminya dengan sudip itu. Biar menggelupur pijau.

Maka apabila sudah berpuas hati dengan hasil sambal nasi lemaknya. Mereka berdua keluar membeli perkakas yang lain untuk berniaga keesokkan harinya. Walaupun mereka berasa yakin dengan hasil dari rahsia NekMah, namun mereka terlupa akan sesuatu. Keikhlasan semasa memasak tidak diambil peduli. Hanya keuntungan semata-mata diambil kira. Disebabkan itulah rasa nasi lemak mereka masih berbeza dengan NekMah.

Pagi ini NekMah seperti biasa keluar berniaga. Terasa janggal dengan kehadiran perniaga baru yang tidak jauh dari tempat dia. Puas dia terbongkok-bongkok melihat siapakah gerangannya.

“Eh ? Ina….da mula berniaga nasik lemak jugak ke ? Alhamdulillah….”. NekMah merapati meja plastic kepunyaan Ina.

“Iya la NekMah..Nak tambah sumber pendapatan suami sikit..dari tak ada buat apa kat rumah tu kan ada lagi baik Ina turun berniaga..”. Ina bangun dari kerusi dan bersalam dengan NekMah.

“Bagusla macam tu Ina, ada gak kawan NekMah awal pagi macam ni..Elok-elok meniaga ni..NekMah ke kedai balik yer..nak susun barang dulu..”.

“Ok NekMah kang datang la sini rasa nasik lemak Ina ni..Hehe”.

“Insyaallah…”. NekMah berlalu ke warungnya semula.

Seperti kebiasaan setiap pagi warung NekMah dihurungi oleh masyarakat setempat. Jualannya laris seperti selalu dengan rata-rata pelanggan tetapnya. Lain pula yang berlaku dengan warung Ina. Sunyi sepi tiada pengunjung. Kelihatan Ina mengeluh panjang sambil bermain dengan telefonenya. Apabila jualan NekMah sudah pun habis, barulah warung Ina mempunyai pelanggan.

Warung NekMah sudah pun siap berkemas tanda selesainya perniagaan pada hari itu. Namun tidak pada Ina. Masih setia menanti di warungnya melariskan jualan pada hari pertamanya. Sampai ketengah hari baru la dia mengemaskan menutup warungnya. Kemudian suamiya datang kebawah menolong mengangkat barang.

“Jadi macam mana harini ? ada hasil tak ?”.

“Kurang la Bang, hari pertama kot.. orang tak kenal lagi..”. Ina mengeluh seperti putus asa.

“Tak apa laa…kang esok ada la tu..”.

Dan pada hari seterusnya, warung NekMah tetap menjadi buruan. Walau pun NekMah sudah kehabisan jualan dan meminta pelanggannya kesebelah namun ada yang enggan dan sanggup ke tempat lain. Jualan Ina memang tidak memberangsangkan. Nasi lemaknya hanya terjual jika warung NekMah sudah berhenti beroperasi. Masih mendapat keuntungan walaupun pada jumlah yang kecil.

Dan pada suatu malam selepas Nordin pulang berniaga kasut ditapak pasar…

“Bang, ada lah jugak untung niaga nasi lemak ni..hehe”. Pantas jari jemari Ina mengira helaian kertas ringgit ditangan.

“Kann…tu kalau NekMah tak ada kat situ memang untung lagi banyak laaaa..Hahahahaha”.

“Yelaaaa…kalau NekMah tak niaga kat situ memang lagi untung Ina kan ? Hurm…”. Senyap !

Kedua-dua mereka senyap tanpa bicara. Hanya deruan kipas angin diatas kepala. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Si suami mengukir senyuman. Dan isteri terus membaringkan tubuhnya dengan rela disebelah suaminya. Kemudian si isteri mengiring. Lengan diletakkan diatas dada si suami dan Ina berbisik.

“Abang… I LOVE U”.

“I LOVE U ABAH KAUU…”.

“Hahahaha…Bang Ina ade idea ni. Apa kata kita halang NekMah dari meniaga kat situ ?”.

“Macam mana pulak tu ?”. Suami keraguan.

“Kita buat dia sakit sampai dia berhenti berniaga. Pasal mandrem-mandrem ni serah pada Ina. Ina tahu la macam mana nak buat”.

“Ina kene ingat yer….jangan sampai mati lak orang tua tu Ina kerjakan..Sikit-sikit sudah..”.

“Ina tahu la..esok Ina tak niaga, Ina nak balik rumah mak. Nak ambik barang”.

“Okeh..esok kita balik rumah mak Ina”.

Mereka terus berbual merancang kegiatan jahat yang akan dijatuhkan kepada pihak lawan mereka iaitu NekMah. Asal sebenar mereka pulang kerumah ibu Ina kerana mahu kerumah makcik Ina yang merupakan seorang penggiat ilmu hitam bagi melunaskan niat mereka. Segala pantang larang dan cara sudah pun diketahui dan lalu mereka pulang kerumah semula dengan melangsungkan operasi hitam mereka.

Di satu pagi yang dingin…

NekMah turun demi mencari rezeki halalnya. Selepas susunan jualan sudah pun teratur NekMah duduk dikerusinya semula sementara menunggu dengan setia pelanggan tetapnya. Tapi sebelum itu masih sempat menegur Ina yang tidak jauh dari tempat dia berniaga. Mata NekMah tertancap kearah tanah yang seperti dikambus dibawah meja. Lalu dikuis dengan hujung kaki kanannya. Maka terlihat lah seperti kain putih yang beruncang dan terikat kemas. NekMah berasa pelik. Namun tidak menghiraukan. Dia berkelakuan seperti biasa. Mata Ina ligat memerhati gelagat orang tua itu.

Selepas urusan perniagaan sudah pun selesai, NekMah seperti biasa mengemas barang-barang dan baru sahaja melangkah mahu pulang NekMah jatuh tersadung batu lalu tersungkur mukanya ketanah. Ina bingkas bangun dari tempatnya melihat NekMah yang terduduk sambil membersihkan mukanya. Ina tersenyum puas, tapi menyembunyikannya lalu berlari anak kearah NekMah.

“Allahu NekMah…macam mana boleh jatuh ni…meh Ina tolong bangunkan..”.

“Allah….sakit Na…..Ya Allah…..kaki MakCik pedih…Aduihh..”. Terkeluar air mata kesakitan diatas pipi NekMah. Kesakitan dibuku lalinya tidak terperi. Buku lali kanan NekMah terseliuh.

“Kejap NekMah, Ina call Abang Nordin turun, ni kene cepat kehospital ni !”. Penuh syahdu Ina cuba menjiwai watak kepura-puraannya dihadapan NekMah.

Bingkas Nordin bangun dari tidurnya dan terus turun membawa NekMah ke hospital. Setelah di x-ray buku lali NekMah, tiada kecederaan yang serius, hanyalah terseliuh. Kaki NekMah dibalut kemas dan dberi ubat tahan sakit. Sepulangnya mereka kerumah, Nordin membawa NekMah terus kerumahnya. Dibaringkan dikatil.

“MakCik….MakCik rehat lah, tunggu da baik nanti baru MakCik bangun yer. Nasib baik la terseliuh aje ni.. Jangan lupa makan ubat, kang ada apa-apa MakCik Call Ina ni”. Kata si Nordin.

“Betul tu NekMah, rehat la dulu, kang banyak bergerak nanti bengkak pulak kaki tu, lambat kang baiknya..”. Bicara Ina pula.

Setelah semuanya selesai dan kepulangan anak NekMah dari sekolah, mereka pun berlalu pergi pulang semula ke warung dengan mengemas semua barang jualan.

“Rugi teruk hari ni kita Bang, tolong si tua tu habis kita tinggal kan semua”. Ina mengomel.

“Nak marah apanye Cik Ina oii…barang semua ni kan bukannya rosak..kan boleh panaskan balik untuk niaga esok..lagi satu, esok awak sorang je yang berniaga..mesti untung besar nanti..hahahaha”.

“Iye tak yer la Bang….terkadang bijak gak eh Abang ni ! Hahahahahaha”.

Dan mereka pun berlalu pulang dengan barang niaga sambil berhaha sampai kesudah.

Rancangan mereka berjaya membuatkan pihak lawan tumbang. Hari-hari berikut hanya Ina sahaja yang berniaga. Rata-rata yang sudah biasa dengan nasi lemak NekMah akan membeli dengan Ina. Oleh kerana Ina telah mengambil tempat NekMah berniaga, keuntungan berlipat kali ganda. Perasaan tamak mula menguasai mereka berdua. Mata mula kabur dengan pendapatan dari hasil menjual nasi lemak. Untung bukanlah sampai beribu, tapi sudah cukup untuk membayar sewa rumah dan keperluan dapur harian.

Dan disatu pagi pula, seorang pemuda yang sudah terbiasa dengan membeli dengan NekMah datang kewarung Ina…

“Mana NekMah ? Dia da tak berniaga lagi ?”.

“Tak tahu la saye…sebab last aritu NekMah jatuh kaki dia terseliuh.. Sementara dia tak berniaga saya yang jaga tempat dia..”. Terang Ina kepada pemuda bersama anak perempuannya.

“Awak ni siapa ? Anak buah NekMah ke ?”.

“Bukan”.

“Teruk tak kaki NekMah ?”.

“Tak teruk mana, kitorang sendiri yang hantar NekMah kehospital. Ni awak datang nak tanya NekMah ke nak beli nasi lemak ?”. Angkuh Ina bertanya kepada pemuda itu.

“Eh tak apela, perut saya ni boleh hadam nasi lemak NekMah aje..ok bai…”. Pemuda itu berlalu meninggalkan Ina diwarungnya.

“Tak guna punya jantan ! mai sini sebok tanya tu ini, apa dia ingat aku bukak kaunter polis ke apa..”. Ina mengomel sendirian.

Selepas ketiadaan NekMah berniaga disitu, Ina semakin tamak, nasi lemak dinaikkan harga dari RM1.50 ke RM2.00 untuk nasi lemak biasa. Begitu juga yang berlauk. Semua dinaikkan harga dengan membabi buta. Ina semakin rakus menjual, tidak lagi dihiraukan komplen dari pelanggannya. Daun pisang sudah hilang entah kemana. Hanya menggunakan polystyrene. Rata-rata yang malas kekedai lain akan membeli sahaja disitu. Dengan harga dinaikkan jumlah pendapatan semakin banyak. Bila ada yang bising Ina akan memberi alasan disebabkan minyak petrol semakin mahal dan GST. Fuhhhh satu kenyataan yang berani. Harga barang naik kerana GST !.

Di kemudian hari diwaktu pagi…

“Bak mai bungkus nasi lemak biasa 4, 1 tak nak sambal”. Pemuda hari itu datang kembali dengan niat tersembunyi.

“Kejap !”. Ringkas Ina menjawab sambil menjeling pemuda dihadapannya.

“Nah RM10 !!”. Ina menghulurkan bungkusan kepada pemuda itu.

“Amboi mahalnya ! kau ni nak untung pergi haji lepas tu balik singgah krabi ke ape ?”.

“Minyak da mahal……”. Ina menjawab bersahaja.

“Ni pertama kali dan terakhir aje la aku beli kat sini.. tapi aku syak something kat sini. Ada benda tak kena !”.

“Eh apa kau sebok hah hal orang ? da belikan ? blah laaa…tak hadap la kau sorang. Aku ada ramai lagi la customer.. tak rugi pun kau tak ada..”. Ina melepaskan pandangan ke tempat lain.

Pemuda yang marah itu terus menuju pulang kerumah. Tapi diatas moto dia memasang niat dia sendiri. Dia mahu melihat sendiri keadaan NekMah. Dia perlu tahu apa yang terjadi. Dan kenapa pula perempuan itu yang mengambil alih tempat niaga NekMah.

Dan pada petang hari itu jugak pemuda itu kembali semula ke flat dimana NekMah tinggal. Dia melihat sendiri tempat niaga NekMah yang sudah diambil alih. Dia memerhati dengan tekun. Lalu dia terjumpa tanah yang terkambus. Lalu dia mengoreknya semula. Terjumpa lah dia kain putih yang berbungkus dan tangkal yang disyaki sebagai pelaris.

“Owh….ini mainan kau yerr….aku da agak da ! mesti ada something !”.

Tidak semena-mena ada angin berputar disekeliling pemuda itu. Lalu dia membaca ayatul Qursi sebagai pendinding diri. Tanpa berlengah pemuda itu meletakkan bungkusan itu didalam raga motornya lalu menuju ke sungai yang berhampiran. Dia membaca ayat-ayat Al-Quran lalu dicampaknya kedalam sungai.

“Mari kita tengok hasilnya esok…kau main-main dengan aku yer !”.

Sejurus dia selesai menyudahkan urusan itu, lantas pemuda itu berlalu semula ke flat tadi. Dia mahu melihat sendiri keadaan NekMah. Sesudahnya beliau sampai kerumah NekMah lalu dia mengetuk pintu dan memberi salam.

“Assalamualaikum….NekMahhhh….owh NekMahhhh……”.

“Waalaikumsalam……Nak cari NekMah eh ? Masuk lah..”. Ayu anak bongsu NekMah membuka pintu dan mempelawa pemuda itu masuk.

“Ha ah…mana NekMah ? Lama daaa tak nampak…”. Pemuda itu melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Ada….Mak kat dalam bilik, da nak kat sebulan Mak sakit kaki tak boleh jalan…Nak tengok Mak ke ?”.

“Yerrr…please”. Pemuda itu bangun semula dan menuju kebilik NekMah bersama Ayu.

“Makkkkk……….ada orang datang ni nak tengok Mak…”. Pintu dikuak. Pemuda itu berdiri dimuka pintu.

“Assalamualaikum NekMah……”. Pemuda itu memberi salam sambil tersenyum.

“Waalaikumsalam……Ya Allah Zuri…. Sampai kerumah kau cari aku”. NekMah membetulkan duduknya dari perbaringan.

“Saya datang ni nak tengok NekMah..Lama tak nampak..tu yang tercari-cari..”.

“Biasalah orang tua macam aku ni ha, memanjang la sakit..aku terjatuh haritu..terseliuh, bengkak kaki aku ni haa..”. NekMah menarik sedikit kain batiknya memperlihat kaki yang berbungkus itu.

“Besar da bengkak ni NekMah..Tak pergi hospital check ke ?”.

“Puas da berulang alik ni..tapi macam tu jugak..ubat tahan sakit yang dia bagi..”.

“Ni bukan sakit biasa ni NekMah, ada benda yang tak kena. Tak apalah, saya tolong mana yang boleh”.

Lalu pemuda itu memapah NekMah keluar dari bilik kemudian didudukkan di sofa. Ayu diperintahkan membawa sebaldai air dan diperahkan limau nipis kedalamnya. Pemuda itu duduk bersila sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas selesai membaca, lalu bandage dikaki NekMah dibuka perlahan. Besar bengkaknya umpama kaki gajah. Sudah mula mahu berkudis akibat luka digaru. Dengan perlahan kaki NekMah direndamkan didalam baldi. NekMah mengadu sakit dan pedih tapi dilarang mengeluarkan kakinya semula.

“Tahan NekMah..kejap je ni, saya nak bersihkan bisa dekat kaki NekMah ni..”.

“Pedih Ri…Allah…..”. NekMah terus menyandar kesofa. Menangis semahunya.

“Kejap….saya nak bersihkan lagi ni”. Pemuda itu menyental segala luka yang ada dengan span. Membersihkan luka-luka kecil bagi membuang segala bisa.

“Mana kau tahu cara berubat ni ha Zuri ? Aduhhh….”. NekMah memegang lutunya menahan pedih.

“Belajar dulu Nek…tahu la sikit… Ni nak tanya, sebelum ni masa niaga ada tak benda yang NekMah perasan atau jumpa ?”. Pemuda itu asyik menyental luka sehingga la ke tapak kaki.

“Masa sebelum jatuh tu, aku ada jumpa kain putih berbungkus bawah meja..aku kais la guna hujung kaki aku ni haa..kenapa..?”.

“Barang yang NekMah kuis tu bukan lah barang yang baik..ada orang yang dengki dengan Nekmah yang letak barang tu kat situ, nak NekMah sakit dan berhenti dari berniaga”.

“Allahu Akbhar……Ya Allah…..siapalah tergamak buat aku macam tu..Aku tak pernah sakitkan hati orang lain..”.

Selepas melakukan pembersihan itu. NekMah dapat merasakan kakinya semula, bengkak masih ada. Tapi NekMah dapat merasakan perbezaannya. Kemudian pemuda itu menceritakan semula apa yang dia jumpa sebentar tadi di warung NekMah. NekMah menyandar menyesal. Ina yang selama ini dilayan umpama anak sendiri sanggup berbuat demikian keatas dirinya.

“Sekarang NekMah rehat, ni Ayu..Abang nak cakap sikit. Setiap petang selepas waktu Asar buat benda yang sama macam Abang buat tadi..basuh kaki Mak dan ingat..mesti selesai sebelum waktu Magrib. Insyaallah jika diperkenankan Allah boleh sembuh sakit Mak kamu ni. Ayu baca je Al-Fatihah dengan Ayatul Qursi, masa bersihkan tu selawat sampai habis mencuci. Tak perlu lama. Sekadar membersihkan je.. Ok ?”.

“Baik Bang..”. Ayu dengar dengan tekun.

“Baiklah, hari da nak magrib ni, saya pulang dulu la yer NekMah..Benda ni akan dihantar berterusan, dia akan perasan yang benda ni da tak ada. Buat masa ni saya harap NekMah berhenti dulu berniaga. Pasal dia tu biar saya bahasakan”. Pemuda itu sudah pun berdiri dan menuju ke muka pintu mahu beredar pulang.

“Ye la Zuri, aku memang nak berehat dulu buat masa ni. Kau lelok bawak motor tu yer, kirimkan salam dekat ayah dengan mak kau”.

“Insyaallah NekMah…Permisi dulu..”.

Sementara itu dirumah pasangan muda…

“Hello…hello Inaaaa….”. Suara perempuan ditalian.

“Yer MakNgah…kenapa call time magrib ni MakNgah ?”. Ina menjawab.

“Barang yang kau tanam tu orang da buang. Da ada orang perati kau da sekarang ni”.

“Alamak !! da kantoi ke MakNgah ? Habis la macam ni…Aduiiiii….”. Ina menggelabah.

“Buat masa ni kau berniaga je macam biasa dulu. Aku nak tengok siapa punya kerja”.

“Baiklah MaKNgah..Tapi barang da tak ada boleh lagi ke niaga ?”.

“Apalak tak bolehnya.. Boleh je..orang da kenal warung kau kan..Tak pa..kang senang datang sini ambik barang lain. Orang tua yang kau sebut tu pun da berubat dengan orang tu. Sikit lagi memang berniaga balik la dia”.

“MakNgah…MakNgah kena tolong gak Ina…sebab tapak niaga dia Ina da ambik..Kalau dia da start balik niaga..bungkus Ina MakNgah…Bungkussssss……..”.

“Tak payah kau risau. Kau balik sini, aku bagi barang. Is barang boekkk punya..”.

“Nanti senang Ina kesana dengan Nordin”. Talian diputuskan.

Niat jahat mereka sudah dihidu seseorang. Mereka perlu membuat semula kegiatan terkutuk mereka kembali untuk sentiasa kekal diatas. Ina memberitahu kepada suaminya. Suaminya yang bebal lagi kayu itu menurut sahaja perintahnya. Mungkin sudah terkena sebelum ini ? Hanya MakNgah dan Ina yang tahu.

Pagi seperti selalu…

Ina membuka warungnya. Sedikit kurang hasil dia hari ini. Sedang Ina leka membelek telefone kedengaran bunyi motorsikal 2 lejang dari kejauhan. Dia memerhati sebuah motorsikal usang berwarna biru semakin menghampiri. Penuh asap putih dibelakang. Namun semakin dekat, semakin nampak siapa gerangan penunggangnya ! Yer…Si pemuda dan anak perempuannya. Ina tidak mengalihkan pandangannya walau seinchi. Dia terus menatap tajam wajah pemuda itu. Sebaik sahaja motorsikal itu lalu dihadapan warungnya.

“Aiiiiiiiiii………..tak laku ke niaga hari niii……….hahahahahaha”. Pemuda itu bersuara tanpa menoleh kearah Ina.

“Kau diam la !! Apa kau sebok ha ! Blah !! Blah !!”. Ina berdiri sambil meronyok polystyrene diatas meja.

Kemudian pemuda itu berpatah balik semula. Sekali lagi.

“Itu lahhh……..orang main kotor ni takkan senang…….hahahahahahaha”.

Ina terus meluru kearah pemuda itu lalu dibalingnya senduk nasi kearah Zuri yang masih diatas motorsikal. Pemuda itu mengelak.

“Tak kenaaaaa………….hahahahahahaha…….”. Terus pemuda itu memecut laju meninggalkan asap putih kepada Ina. Sempat lagi anak perempuan Zuri menunjukkan ibu jari kearah Ina sebagai tanda ‘PADAN’.

Ina mengamuk seorang diri diatas jalan. Habis angin disepaknya. Menghempas-hempas tangan dipinggangnya. Geram bukan kepalang dipermainkan permuda itu. Terus dia mengemas meja niaganya. Terus pulang kerumah. Dicampaknya semua peralatan dilantai. Habis jatuh berselerak. Terperanjat suaminya yang didalam ketiduran.

“Oii oiiiii…..awal habis arini ? laku keras ke ?”. Si suami hanya bersuara didalam bilik.

“Diamlah Bang ! orang tengah marah ni..Jangan nak menambahkan serabut lagi eh !!”. Ina duduk dimeja makan. Terbayang ibu jari anak pemuda itu tadi. Lagi amarah dia naik bila di ‘PADAN’kan oleh seorang budak kecil.

“Apa yang awak marahkan sangat ni ha ?”. Muncul Nordin dimuka pintu bilik.

“Tadi ada mamat tu, dia usik Ina, dia kacau Ina..Ina rasa dia yang buang barang kat tempat kita”.

“Mana Ina tahu dia yang buang ?”.

“Tadi dia perli-perli Ina pasal niaga hari ini. Memang Ina syak dia yang buang barang tu. Tak boleh jadi ni. Sekarang jugak kita kena balik rumah Mak ! Ina nak jumpa MakNgah !”.

“Yelaaa….yelaaaa….da barang yang bersepah ni kemas la dulu..bersepah-sepah ape ni…”. Nordin merungut.

“Abang la yang kemas ! Ina tak ada mood da !!”. Ina meluru memasuki bilik sambil melanggar bahu suaminya tanda protest.

“Hurmmm…Aku lagi….kenangkan bini aje lerr…kalau idakkk…da lame aku cekik-cekik kau…..!!”. Bisik hati Nordin sambil tangannya sudah tergaya aksi mengcekik.

Di rumah MakNgah…

“MakNgah ! Ina tahu da siapa punya angkara ! Ada sorang laki yang buang barang tu. Tapi Ina tengok bukan la Ustaz ke apa, macam lelaki biasa, peragai terkejal lak tu ! Tapi memang confirm dia punya kerja”.

“Kau da tahu da ? bagus..bak sini tangan kau..”. MakNgah membuka cincin dari jarinya dan menyarung semula ke jari Ina.

“Cincin apa ni MakNgah ?”.

“Haaaaa….inilah barang baik yang aku cakap tu, cincin ni bukan kosong, ada isi dalam batu ni, sekarang kau pakai..jangan sekalipun kau bukak..”. MakNgah menulis sesuatu ditelefonenya dan dihantar melalui WhatsApp.

“Kau dapat tak WhatsApp aku tu ? Tu mantera yang kau kena baca bila kau berdepan dengan si malaun tu. Sambil baca kau gosok batu cincin ni, lepastu kau hembus dekat dia..Tapi ingat pesan aku ni sekali lagi, jangan cuba kau bukak cincin tu dari jari kau. Aku sahaja yang boleh tanggalkan cincin tu..”.

“Baik MakNgah.. Lagi satu, nak lagi MakNgah pelaris, tu pun dia buang sekali”.

“Kejap aku ambik..”. Lalu MakNgah bangun dan mengambil sesuatu didalam almari pakaiannya.

Selepas bertemu dengan MakNgah mereka pun pulang kerumah. Dendam kesumat perlu dibalas. Kini tujuan Ina beralih arah. Sekarang Zuri pula menjadi sasarannya. Dia tersenyum puas. Belum berperang sudah yakin menang. Dia mengenggam penumbuknya.

Dirumah pemuda itu..

“Aku belum mandiii….Tak TunTuangggg….Tak TunTuanggg……”. Deringan telefonennya berbunyi.

“Assalamualaikum Tok….Da lama tak call, hari ni baru call, rindu ke Tok…”.

“Waalaikumsalam, Tak kuasa Tok nak rindu kamu.. Ni, kamu ada sakitkan hati orang ke Ri ? Hati Tok ni tak sedap la. Ada benda tak kena tuju ke kamu ni”. Tok Guru Zuri diTerengganu.

“Setahu saya tak ada Tok, tapi kalau saya patahkan niat jahat orang tu adela”.

“Patut la, sekarang dia nak balas ke kamu balik, Tok harap apa yang kau belajar dulu jadikan pendinding diri. Kalau kau tengah susah, telefone Tok balik, Tok bantu kamu. Tapi kalau nak susah tu jangan la susah time malam, Tok nak tido..nak susah time siang aje yer ? Assalamualaikum…”.

“Yela Tok….Terima kasih bagitahu..Waalaikumsalam..”. Talian ditamatkan.

“Okeh…..sekarang kau tuju kat aku pulak yer…”. Zuri terus kebilik air, mengambil wuduk dan bersolat hajat meminta perlindungan dari yang maha Esa.

Dijadikan cerita.. disatu pagi…

Pemuda itu tidak sedap hati. Dia ingin tahu sendiri apekah akan berlaku sekiranya mereka bertentang mata. Segera pemuda itu mencapai motorsikal kebun ayahnya dan pergi semula ke warung Ina. Didalam perjalan pemuda itu tidak berhenti berdoa dan berzikir. Semakin dekat dengan warung perempuan itu hatinya berdegup kencang. Dia memperlahankan motornya sambil melintas dihadapan warung wanita itu yang sibuk melayan pelanggan. Dia memberhentikan motornya dibawah sepohon kayu daunnya rimbun. Lebat bunganya serta buahnya. Dia menunggu saat bila warung itu tiada lagi orang disitu.

Saat yang ditunggu telah pun tiba, dengan cepat pemuda itu berpatah semula ke warung itu dan ternampak Ina yang duduk sambil terkumat kamit membaca sesuatu. Malang tidak berbau, motorsikalnya seakan dikunci ditayar hadapan, tersentak itu pemuda itu terus menjunam kehadapan jatuh terlentang. Sempat pemuda itu berguling mengelak kereta yang datang dari arah belakang. Dia bangun terhincut-hincut mengalihkan motornya. Siku dan lututnya melecet putih dan berdarah.

“Haiii Bang………nak tunjuk skill wekang tak jadi keee…”. Ina yang bangun melihat kejadian itu mengekek ketawa apabila terlihat pemuda itu yang duduk didevider membersihkan seluarnya.

“Kau gelak kan aku yerr…kau tunggu kejap yer…”. Dengan gigih pemuda itu bangun jalan terjengket-jengket ke warung wanita itu. Dia berdiri dihadapan Ina.

“Tu laaa…orang tak kacau kita…kita tak kacau orang…”. Ina bernada perli.

“Kau dengar sini yer, segala pekung kau aku tahu, NekMah sakit sebab kau, aku jatuh ni pun sebab kau !”. Pemuda itu melihat Ina yang sedang asyik menggosok batu cincin dijari.

“Itu laaa…sebelum nak tunjuk pandai, tengok la orang dulu.. silap kau laa…hahahahaha”. Tangan Ina menutup mulutnya menahan geli hati. Terlihat sebentuk cincin di jari telunjuk Ina berbatu bulat hijau kehitaman dimata Zuri.

“Kau suka yer….sebelum kau nak tunjuk kau punya hebat, tapi kau lupa yang atas tu lagi hebat. Cuma dia belum turun bala je atas kau”.

“Sudah lahhh…berambus la kau dari warung aku ! Semak la aku tengok ! kang sakit dapat malu pun dapat ni kang ! “. Ina mengjengkil kan matanya melihat Zuri sambil tangannya mengibas angin tanda menghalau.

“Ohoooo….kau halau aku yerr…kau kata aku silap, tapi sebenarnya kau yang silap orang sekarang !”. Zuri memejamkan matanya. Dia membaca sesuatu yang dipelajarinya dulu bersama Tok Gurunya. Dengan susunan ayat suci Al Quran menjadi pegangan. Dengan gigih dia membaca didalam hati walau dalam kesakitan. Dia terus menerus membacanya. Terdengar rintihan Ina dihadapannya lalu dia membuka mata.

“Arghh aduii aduii..panassss….arghhh panassssss”. Ina menggelupur cuba menanggalkan cincin dijari telunjuknya. Selepas berjaya cincin itu jatuh ketanah. Dia cuba mengutip kembali namun gagal.

“Kau ni siapa sebenarnya hah ??”. Ina mengusap jarinya yang melecur itu.

“Siapa aku ? kau tak perlu tahu. Aku cuma perantara sahaja. Selebihnya hanya Allah yang tentukan.  Sini aku nak bagitahu. Bahagian NekMah dia makan, Bahagian kau, kau pula yang makan. Rezeki seseorang Allah da tetapkan. Usah lah kau tamak berebut rezeki. Bertaubat la. Balik kejalan asal. Kita pendosa. Hanya dengan Allah sahaja kita meminta keampunan.

Ina berlari meninggalkan warungnya pulang kerumah. Pemuda itu terus mengambil cincin ditanah. Sekali lagi dia menggali tempat yang sama dimana dulu dia menjumpai bungkusan kain putih sebelum ini. Firasat dia benar. Dia menjumpai tangkal pelaris lagi disitu.

“Abanggg…….nasi lemak ada lagi ?”. Seorang remaja berada dihadapan warung membuatkan pemuda itu terkejut.

“Eh saya bukan taukey….Taukey balik rumah berak !”.

“Owh….ok…”. Remaja itu berlalu mengayuh basikalnya.

Pemuda kembali ke motornya semula. Dia meletakkan barang itu didalam raga motor. Seperti biasa dia menuju kesungai membuang barang-barang itu tadi.

Dirumah Ina..

“Bang sekarang jugak kita kena balik rumah Mak !”. Ina mengejutkan suaminya.

“Laaaaa….kan baru balik haritu..ape lagi Ina…cukup laaaa”. Nordin menggeliat memeluk semula bantal didada.

“Bang !!! Ina kata bangun.. BANGUN !!!! SEKARANG !!! Bangun la bodooo…”. Ina mengherdik suaminya. Akibat tidur siangnya terganggu dan punca keletihan malam tadi menjual kasut Nordin terasa tercabar.

“PANGGGGGGGGGGGGG”. Pelepap sebuah lempangan jurus naga sakti berantai hinggap ke muka Ina.

“Ina jangan nak kurang ajar sangat yer !! Da lama Abang sabar dengan Ina ni ! Siapa ketua dalam rumah ni ha ? Mana hormat Ina dekat Abang ?? Ntah-ntah Abang da kene guna-guna dengan Ina ni !!”. Nordin berdiri dihadapan Ina yang jatuh bersimpuh memegang pipi.

“Inaaaa….Inaaaaaa…..Bang….”. Ina menangis memegang kaki suaminya.

“Dahhhhhh…. Kau balik sendiri !! Kau sendiri yang cari sakit !! Pepandai kau la !!”. Nordin terus mencapai kunci keretanya lalu keluar entah kemana hala tujunya.

Ina menangis dibucu katil. Deringan telefone kedengaran. Ina menekan butang hijau.

“ Hello !! Ina !! Ina !! Kau bukak cincin yang aku bagi tuu yer !! Bedebahnye budak ! Kan aku cakap jangan bukak cincin tu ! degil kau yer !!”. Suara MakNgah kuat bernada marah ditalian.

“Ina tak sengaja MakNgah….Budak laki tu datang tadi. Lepas tu dia baca-baca cincin tu jadi panas.. Ina bukak la..huffss huffs..”. Ina menangis.

“Yang kau menangis kenapa hah ??”.

“Bang Nordin…..Bang Nordin lempang Ina MakNgah….huffss huffs”.

“Sampai laki kau pun da lawan kau balik ?? Padan la muka ! Da sekarang kau balik sini bawak cincin tu sebelum malapetaka kita dapat !!”. Talian terus ditamatkan.

Ina bangun dan terus menuju ke warungnya semula bagi mencari cincinnya. Puas Ina terbongkok-bongkok mencari namun gagal. Dia duduk melutut disitu dan menangis semahunya. Tidak mempedulikkan orang yang lalu lalang disitu. Ina mengemas ala kadar warungnya dan pulang semula kerumah. Dia bersiap mahu pulang dan berjumpa dengan MakNgah.

Dengan menggunakan khidmat Uber, Ina sampai dirumah MakCik kesayangannya. Dia memasuki rumah MakNgah. Lalu terus kebilik dimana bilik itu menjadi bilik pemujaan MakCiknya.

“MakNgahhh……..Tolong Ina MakNgah……”. Ina terus duduk bersimpuh didepan MakNgah.

“Sebelum aku nak tolong kau, mana cincin tu ?”. Tangan sudah disua ke Ina tanda meminta.

“Cincin tu da hilanggg…..puas Ina cari tak jumpaaaaaaa……”. Ina menangis didepan MakNgah.

“Bodohhhhhhhhhhh !!! Mampos !! Memang mampos !!!! Kau pandang belakang sekarang !!”. Mata MakNgah terus dihala kebelakang Ina. Tanpa menyoal Ina terus menoleh kebalakang.

“Makkkkkkkkkkkkkkkk Allah………..Allahu Akbar……..MakNgah…MakNgah……..”. Ina melihat satu susuk kehitaman bertubuh sasa. Bertanduk kerbau dan bermata merah menyala delima. Mulut berbuih berdengus dada berombak kencang. Berbulu coklat keperangan menghadap mereka dengan marah.

“Tuuu…kalau kau nak tahu barang yang ada dalam cincin yang aku bagi tu. Sekarang tempat dia da tak ada. Cincin yang aku suruh kau bawak tu aku nak kunci dia balik dari keluar merewang mengacau orang. Sekarang maafkan MakNgah”.

Ina terkebelakang dan menongkat siku dari terus terbaring akibat terperanjat melihat makhluk besar yang hampir mencecah ceiling rumah.

“Apa maksud MakNgah ??”. Ina menoleh kearah MakCiknya.

“Dia sekarang milik kau !”.

“PAP !!”. Ina pitam ! Gelap pandangannya secara tiba-tiba.

Apabila Ina tersedar, dia memanggil MakCiknya. Namun senyap sunyi. Dia terbangun lemah. Kepala dia seakan berpusing. Dia mencari MakNgah namun tidak ketemui. MakNgah hilang begitu sahaja. Kemudian Ina keluar dari rumah MakNgah dan pulang kerumah ibunya hanya berjalan kaki. Sepanjang dalam perjalanan kelibat makhluk tadi ada dimana-mana mengekori beliau. Ini membuatkan Ina takut. Dia berlari anak menuju pulang dengan segera. Sampai sahaja dirumah ibunya, Ina terlihat Nordin disitu duduk bersama ibu dan ayahnya.

“Abanggg………maafkan Ina Bang…..maafkan Ina…..Ina da tak nak buat lagi……”. Ina terus jatuh melutut dihadapan mereka semua.

“Cukup Ina ! Abang datang sini nak jatuh talak !! Abang da dengar sendiri pengakuan Mak tadi ! Sanggup Ina yer guna minyak calit dekat Abang !!!”.

“Maafkan Ina Bang…….maafkan Inaaaaa…….Sumpah Bang ! Sumpah Ina tak buat lagiiiii….”.

“Sudah lah Ina…kan Mak da cakap…jangan lagi berjumpa dengan MakNgah…Kau degil…kau da tahu cara tu salah..yang kau pergi buat kenapa Ina…..”. Ibu Ina bersuara.

“Pepandai la korang anak beranak !! Aku da malas nak masuk campor !!”. Ayah Ina terus memakai semula cermin mata yang terletak diatas meja dan keluar dari rumah pergi meninggalkan mereka bertiga.

“AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK SATU !!”. Nordin terus bangun dan mengikuti langkah bapa mertuanya itu tadi.

“Abang ?? ABANGGGGG…..INA MENYESAL BANGGG….JANGAN TINGGALKAN INAA….JANGAN TINGGALKAN INAAAA………ABANGGGGGGGGGGGG !!!!!”. Ina terpekik terlolong dimuka pintu sambil ditenangkan ibunya.

“Maafkan mak Ina, mak terpaksa bagitahu cerita sebenar dekat Nordin. Dan dia perlu tahu semua ni. Mak da tak sanggup nak simpan rahsia ni. Maafkan Mak Ina..Maafkan Mak”.

Drama petang itu sungguh menyayat hati pada siapa yang melihatnya. Dikhabarkan Ina hampir menjadi gila. Ina dihantar ke pusat rawatan islam bagi memulihkan semangatnya semula. Perdampingnya juga turut dibuang. Ina kini hanya menetap dirumah orang tuanya. Dia selalu duduk bersila dimuka pintu menunggu Nordin suaminya pulang. Akibat dari sikapnya sendiri yang memakan diri. Ina menjadi pendiam dan tidak terurus lagi.

Ina bertanyakan kepada ibunya…

“Mak…………Mana MakNgah ??”.

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

48 thoughts on “#Zuri : Nasi Lemak Daun Pisang -Full”

    • TO:ZURI
      Cerita yang menarik!Unsur lawak juga ada diselitkan di dalam cerita.Tidak lupa juga dengan pengakhiran cerita yang menyayat hati.Selain itu,pengajaran dan nasihat juga ada diselitkan!Semoga setiap pembaca dapat mengambil iktibar melalui cerita ini.Ketahuilah,Kepada-Nya saja tempat meminta pertolongan.Tahniah Zuri!Cerita anda tidak pernah mengecewakan para pembaca!Kalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi ya?

      Waalaikumussalam

      Reply
  1. Mak ngah takde.. dia pi ikut Miss Malaysia pakai baju design nasi lemak pi pertandingan Miss Universe kat America nunnn..

    Diva bagi 5 bintanggg!!! muahhhh…

    Reply
  2. nasi lemak daun pisang. sedapnye. tambah sambal paru. ikan bilis lebih. lagi sedap. eh. hahha~~ good stori zuri. realiti sekarang. tak boleh tengok orang lebih, mesti ade yang dengki.

    Reply

Leave a Comment