Mualaf

#HADIANUZ

MUALAF
Assalamualaikum pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih admin sudi siarkan cite aku tak seram ni. Hihi. Nama aku Jue. Aku berasal dari Sarawak dan sekarang menetap di Jerman. Aku ada beberapa pengalaman seram, misteri, pelik. Boleh dikatakan banyak jugak. Tapi, hari ni aku berminat nak share satu cerita yang tak berapa seram. Sekadar untuk berkongsi. Maaf. Kalau-kalau penyusunan ayat aku ni entah apa2. Hihi..

PENGENALAN… Aku berumur dalam 30an. Berambut ikal, panjang. Ketinggian aku sederhana. Tak terlalu tinggi. Tak terlalu rendah. Kulit sawo matang. Aku menetap di Jerman bersama suami yang berasal dari Jerman. Biarlah aku ceritakan dulu dari awal perkenalan aku dan suami, Jack (nama samaran). Kami bertemu di salah sebuah universiti kerajaan di Malaysia pada tahun 2011. Masa tu aku belajar dalam jurusan Kejuruteraan dan pada masa yang sama aku mengajar beberapa orang pelajar termasuklah Jack dan beberapa pelajar dari Jerman. Selepas 6 bulan di Malaysia, Jack pulang ke tanah airnya di Jerman. Walapun masa tu aku tau dia menaruh cinta pada aku. Tetapi disebabkan agama dan budaya yang berbeza aku lupakan saja. Apatah lagi, bercinta jarak jauh.

TAK DISANGKA… Selepas 2 tahun, tiba2 seorang lelaki menegur aku di Facebook melalui messenger. “Hi.´´ Terkejut jugak masa tu. Tiba-tiba dia masih ingat kat aku. JACK! Aku pun membalas mesejnya. Hampir setiap hari kami berhubung melalui facebook, whatssapp mahpun skype. Selepas setahun, Jack memeluk Islam. Kami bertunang.

MELAMAR… Selepas majlis tunang aku di Miri, husband aku terus melamar aku pada malam tu jugak di depan family aku untuk berkahwin. Masa tu agak terkejut jugak lah. Xde plak plan nak kawen. Mak aku dah pandang muka aku. Mak aku cakap bukan senang ada lelaki datang melamar depan mak si perempuan. Yang kelakar nya, husband aku siap bagi tarikh kawen lagi kat mak aku 14.8.2015 😀 Aku pun decide nak solat istikharah dulu.

MIMPI… Selepas beberapa kali buat solat istikharah, aku bermimpi husband aku datang rumah bagi salam cium tangan mak aku. Esok paginya tu, aku whatsp dgn husband aku nak bgtau pasal mimpi tu. Sebelum sempat aku nak bagitau, husband aku ckp malam tadi dia mimpi. Mimpi jumpa mak aku. Aik! Sama dengan mimpi aku. Lepas beberapa hari, aku pun setuju nak kahwin. Lepas husband aku peluk Islam, bertunang, nikah, semua ok. Husband aku masih dengan life dia yang macam biasa. Lepas kahwin, husband aku balik ke Jerman tapi aku stay kat Miri. Sebab banyak lagi benda yang aku nak setel kan. Lepas beberapa hari kahwin, husband aku mesej. Dia selalu mimpi yang bukan2. Sakit kepala. Sakit dada. Lepas seminggu, husband aku mesej dia masuk hospital. Satu badan menggeletar. Sampai ayah mertua aku bawak husband aku ke hospital. Aku pun terus terbang ke Jerman.

DI JERMAN… Malam tu, aku tanya kat husband aku. Sakit ke. Stress dengan kerja ke. Husband aku cakap, dia mimpi. Banyak kali mimpi yang sama. Husband aku pun cerita.

Cerita dari husband aku.

>>Ada satu malam tu, aku tido macam biasa. Tiba-tiba, aku berada di suatu tempat yang gelap. Sangat gelap. Aku pun jerit. “Hallo. Hallo´´. Ada suatu suara entah datang dari mana. `Àssalammualaikum´´. Aku terkejut terus berjalan. Tiba-tiba aku jatuh. Macam dalam sebuah lubang. Entah dari mana, aku dalam api. Api yang sangat marak. Disebelah kanan aku pulak ada lubang. Tapi indah. Yang peliknya, dorang tak nak tolong pun. Cuma tengok dengan muka yang sedih. Aku terus mintak tolong. Tapi…`Àssalammuaikum.´´Sekali lagi aku dengar satu suara. Aku pun jawab. “Hallo. Tolong aku´´ Aku x faham apa yang tangan tu bercakap. Tiba-tiba aku nampak ada satu tangan yang sangat besar. Tangan yang besar tu sambar aku dan letakkan aku di satu lubang yang lain. Indah. Sejuk. Cantik. Aku dengar tangan tu bercakap. “Nak tinggal sini atau nak bangun dari tidur?´´Aku pun cakap aku nak bangun. Masa tu aku terus bangun. Badan menggeletar. Tiba2 bangun dah kat hospital.

SYUKUR…
Aku pun explain kat husband aku. Bagi salam tu macam mana. Nak jawab salam tu macam mana. Banyak jgk benda aku explain. Aku ajar. Masa 2 minggu tu, sebelum tidur, aku duduk sebelah husband aku bacakan ayat2 al-Quran. Pagi2 aku bagi minum susu dengan kurma dan buah delima. Blend sekali. Alhamdulillah dah semakin ok. Walaupun macam2 jugak benda pelik yg jadi. Nak cerita panjang sangat. Ni pun dah sekian panjang. Mcm novel lah pulak. Haha..

Bulan 1 yang lepas husband aku datang Miri. Sampai kat rumah, buat pertama kalinya `Àssalammualaikum, Mak´´ Husband aku cium tangan mak aku. Ya Allah, sama macam mimpi aku sebelum kahwin dulu<3

#salamRamadhanalMubarak
#sekadarberkongsi

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Jue

11 thoughts on “Mualaf”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.