Karya oleh : Mehmet U’mar AbdulAziz
Disunting Oleh : Defend&Dee Edot @ Arkib Angker Negara
Mata ustaz terus bermaling ke arah jam dinding rumahnya. Tepat menunjukan pukul 2.30 pagi. Serta-merta wajah ustaz Ariff kelihatan serius memandang Azman. “Kamu biar betul nak balik waktu macam ni? Tak apalah malam ni kamu dan anak isteri kamu bermalam sahaja di rumah saya. Jangan pulang dalam keadaan lewat malam macam ni, bahaya kalau jadi apa-apa.”
Azman kelihatan hanya menunduk kan wajahnya sahaja tanpa sepatah kata.
“Kamu janganlah segan Azman, kita kan sahabat, bermalam sahaja di rumah saya malam ni. Lagipun saya nak kena pulihkan sepenuhnya semangat pada anak kamu Niza pagi esok.”
“Ustaz Ariff, anak saya memang kena buatan orang ke? Boleh saya tau sapa sebenarnya yang buat anak saya sampai jadi macam ni?”
Ustaz Ariff kelihatan termenung seketika akibat dari persoalan yang dilontarkan oleh Azman. “Sebenarnya memang anak kamu disihir. Tapi saya tak boleh beritahu kamu siapa melainkan kamu sendiri kena tanya Niza dan kenapa punca terjadinya Niza di sihir.”
Kelihatan ustaz Ariff tidak mahu memberikan jawapan sepenuhnya kepada Azman kerana takut-takut jatuh fitnah terhadap orang yang tidak bersalah. Itu juga salah satu pantang larang buat sesiapa perawat islam yang tidak sewenang-wenang menamakan suspek yang menyebabkan berlakunya perkara syirik kerana jika ianya fitnah, besar dosanya kepada pengamal perubatan islam.
“Tak apalah ustaz, saya faham kalau ustaz tak boleh beritahu saya siapa punya angkara.”
“Tapi…”
Dengan tiba-tiba ustaz Ariff bersuara semula untuk menyambung perbualan mengenai siapakah gerangan yang sebenarnya menjadi punca Niza disihir, kelihatan Azman semakin teruja.
“Jikalau kamu tahu Azman siapa orang yang buat benda tak baik pada anak kamu, kamu mesti berjanji jangan membalas seperti apa yang dia buat pada anak kamu.”
“Saya berjanji ustaz, tapi siapa ustaz?”
Lagi sekali ustaz Ariff termenung seolah teragak-agak untuk beritahu akan siapakah sebenarnya punca Niza disihir.
“Macam yang saya beritahu kamu tadi Azman, hanya Niza sahaja yang dapat beritahu kamu siapa orangnya. Sama-sama kita tunggu esok bila anak kamu sudah dalam keadaan bersedia ya.”
“Baiklah Ustaz.” Kelihatan Azman terpaksa akur dengan kata-kata ustaz Ariff yang tidak mahu memberitahu akan siapakah angkara sebenar perbuatan yang menyebabkan anaknya Niza disihir.
Pada keesokan harinya, Ahad jam 8 pagi.
“Niza bangun sayang, dah pagi ni”
Terkebil-kebil mata Niza dibuka apabila dikejutkan oleh mamanya dari lena yang panjang. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling, tangan kanan Niza memegang kepala di bahagian kiri kerana merasakan pening yang amat sangat serta keliru dengan tempat yang tidak dikenalinya itu.
“Mama, abah, kita kat mana ni?”
“Kita kat rumah ustaz Ariff sayang. Abah dengan mama bawa kamu ke sini semalam, kamu tak ingat apa-apa ke Niza?” Tanya abah terhadap Niza.
Dalam keadaan yang masih keliru itu, Niza termenung seketika memikirkan bila kah kali terakhir dia teringat sebelum segalanya hilang dari pandangan Niza malam semalam.
“Azman, bagilah masa anak kamu tenangkan fikiran dia dulu, jangan paksa dia, nanti tertekan pulak dia kamu jugak yang risau.” Cadang ustaz Ariff kepada Azman yang turut berada di biliknya pada ketika ini. Azman hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat ustaz Ariff.
Setelah selesai mandi dan bersarapan pagi bersama keluarga ustaz Ariff, maka bermula sesi rawatan untuk mengembalikan semangat kepada Niza beserta soal jawab ustaz Ariff terhadap Niza atas apa yang menjadi puncanya sehingga dia disihir oleh seseorang.
Jam tepat menunjukan pukul 10 pagi.
“Niza, ustaz dah periksa seluruh keadaan dalam diri kamu, tiada gangguan atau mahkluk halus yang berada dalam badan kamu sekarang.” Pada keadaan ini kedudukan Niza kini berada di hadapan ustaz Ariff sambil diperhatikan oleh abah dan mamanya serta isteri kepada ustaz Ariff mengenai rawatan susulan yang sedang dijalankan.
“Kamu minum air yassin yang ustaz sudah baca kan ni. Dimulakan dengan niat kepada Allah supaya menguatkan kembali semangat kamu dan selawat ke atas Rasulullah SAW 3 kali ya.”
Gelas di pegang sambil membaca seperti apa yang di ajarkan oleh ustaz Ariff dan serta merta diminum oleh Niza.
“Azman, air ni kamu sekeluarga boleh minum atau pun mandi sebagai pendinding diri kalau di ganggu oleh mahkluk halus. Lebih afdhal Azman kamu dan ahli keluarga kamu boleh membaca yasin di rumah kamu beserta air untuk kegunaan keluarga kamu sendiri ya.”
“Baiklah ustaz,” kata Azman kepada ustaz Ariff menunjukan yang dia faham akan tunjuk ajar yang diberikan oleh ustaz Ariff.
“Niza, boleh kamu ceritakan siapa yang buat kamu sampai kena sihir ni. Beritahu sahaja kepada ustaz apa yang terlintas di fikiran kamu sekarang.” Soal ustaz kepada Niza dengan sepenuh tumpuan yang diberikan.
“Adam.” Hanya sepatah nama yang keluar dari mulut Niza ketika ini.
“Kamu pasti ke yang lelaki tu punca kami disihir ni Niza? Tapi kenapa dia?”
“Ustaz Ariff, memang nama itulah yang anak saya Niza duk sebut-sebut. Seingat saya dia menjerit-jerit nama laki tu semasa di rumah.” Kali ini mama Niza pula bersuara untuk memberitahu kepada ustaz Ariff yang nama Adam itu sering menjadi punca Niza diganggu.
“Memang betul kata mama saya ustaz, Adam jugaklah menjadi punca Hafiz meninggal kemalangan jalan raya pada malam tu,” kata-kata Niza menambahkan lagi kejutan kepada ustaz dan yang lain berada pada ketika itu.
“Betul ke Niza apa yang kamu cakapkan ini?” Soal ustaz Ariff untuk menguatkan lagi kepastian yang Adamlah punca segala-galanya.
“Tapi kita kena ingat, selagi kita tidak ada bukti yang kukuh, kita tidak boleh memberikan 100% keyakinan yang memang Adamlah menjadi punca semua ini ya Niza.”
Kata-kata ustaz Ariff membuatkan Niza terdiam sambil tertunduk seketika kerana bagi Niza apa yang diperkatakan oleh ustaz Ariff seolah-oleh menepis dakwaan atas apa yang diberitahu oleh Niza yang sememangnya Adamlah punca segala-galanya.
“Macam nilah, Azman kalau selepas ni anak kamu diganggu lagi cepat-cepatlah hubungi saya ya. Kita cuma mohon perlindungan daripada Allah dalam apa jua situasi. Yang paling penting kita kena dekatkan diri kepada Allah supaya kita tidak lalai dan syaitan tidak ada peluang untuk merosakan iman kita.”
Niza termasuk mama dan abahnya mengangguk tanda faham akan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan oleh ustaz Ariff.
“Ustaz, terima kasihlah sebab sudi menolong anak saya ni, hanya Allah sahaja yang balas budi baik ustaz.”
Ucapan penghargaan dari Azman terhadap ustaz Ariff sambil diselitkan beberapa wang di dalam tangan ketika mereka bersalaman sebagai tanda untuk meminta diri pulang ke rumah mereka.
“Janganlah begitu sahabat, saya ikhlas. Kamu ambillah balik duit ni, sedekahkan kepada masjid atau anak yatim ya”
Ustaz Ariff menolak lembut akan pemberian ikhlas dari Azman disertakan dengan senyuman yang ikhlas.
“Baiklah ustaz, kami minta diri dulu, assalammualaikum”
“Waalaikummusalam sahabat.”
Setelah 2 minggu berlalu…
Kini kehidupan Niza kembali normal seperti biasa tanpa ada gangguan seperti mana yang Niza pernah alami sebelumnya. Niza juga dapat menerima dengan redha atas pemergian kekasih hatinya iaitu Hafiz pada 7 bulan yang lalu. Dia juga beroleh semangat yang baru untuk meneruskan kerja seperti biasa sebagai seorang jururawat di hospital bertempat di Kedah.
Niza bagaikan terlupa akan dendam kesumat Adam yang masih lagi membara terhadap Niza kerana memungkiri janjinya 10 tahun yang lalu. Tanpa disangka-sangka, dendam itu masih lagi memburu Niza.
Hari Sabtu malam Ahad yang dingin, kedengaran hujan masih lagi turun dengan lebatnya di luar rumah sewa Niza.
Niza beserta kawan serumahnya Alisha dan seorang lagi kawan bernama Laila yang baru sahaja seminggu menetap di rumah sewanya pada ketika itu sedang asyik melayan cerita Korea diiringi dengan gelak tawa yang girang.
Jam berdetik tepat pukul 10 malam…
“Weh, hangpa ni tak lapaq ka dari tadi duk layan movie korea ni?” Pertanyaan dari Laila kepada dua rakannya Niza dan juga Alisha membuatkan Niza memberhentikan seketika cerita Korea yang dilayan oleh mereka di laptop.
“Lapar jugak ni.” Sahut Alisha atas pertanyaan Laila sambil memegang perutnya yang kurus itu.
“Hang tak lapaq ka Niza?”
“Saya lapar la jugak tapi tak apa la korang pegi la makan, lagipun saya nak diet.”
“Hang ni badan kurus keding nak diet apa lagi, lain la Alisha tu sado jer.”
Mereka saling gelak ketawa akibat gurauan yang nakal dari Laila terhadap Alisha.
“Tak apalah korang pegi la makan, tapi hati-hati bawak kereta tu, kat luar hujan lagi.” Peringatan daripada Niza kepada dua rakannya sebagai tanda mengambil berat atas keselamatan terhadap mereka.
“Awak tak apa ke duduk sorang kejap ni Niza, betul tak nak ikut sekali?” Pertanyaan Alisha terhadap Niza membuatkan dia teragak-agak untuk memberikan jawapan.
“Em..tak ada apalah awak, saya ok je. Tapi kalau awak nak tolong bungkuskan pasembur untuk saya kat kedai mamak Pelita tu pun ok jugak hehe.”
“Haa..memang kebetulan aku memang nak ajak hangpa makan kat kedai mamak Pelita depan taman kita tu.”
“Tak apa la Laila, awak dengan Alisha je pegi ye. Saya tunggu kat rumah.”
Setelah Alisha dan Laila keluar dari rumah untuk makan malam di kedai, Niza segera mengambil air wudhuk untuk mendirikan solat isyak yang tertangguh sebentar tadi akibat melayan cerita korea bersama rakan-rakanya.
20 minit telah berlalu setelah selesai Niza mendirikan solat isyak. Dengan tidak semena-mena, pintu rumah Niza diketuk bertalu-talu dengan panggilan nama Niza.
Tuk..tuk..tuk..
“Niza bukak pintu ni sat.”
“Suara macam Laila,” getus hati Niza. “Kejap-kejap!”
Pintu dibuka, kelihatan Laila berlumuran d***h di muka, habis basah lencun tubuhnya.
“Ya Allah apa dah jadi ni Laila?”
“Laila kelihatan sedih tak terkata, sambil teresak-esak menangis seperti anak kecil.”
“Dah-dah masuk dulu Laila.”
Niza segera menarik rakanya itu Laila masuk ke dalam rumah kerana ingin tahu akan hal yang sebenarnya yang terjadi kepada Laila dan Alisha.
“Kejap Laila, saya ambil tuala dulu untuk lap muka kamu dulu ya.”
Laila hanya diam mengangguk sambil tersedu-sedu menunjuk kan kesedihannya. Tuala telah diberikan kepada Laila untuk membersihkan muka daripada luka-luka yang masih berdarah serta kebasahan dari hujan yang lebat dari luar rumah Niza.
“Laila mana Alisha? Apa dah jadi sebenarnya ni?” Niza masih lagi dalam keadaan cemas apabila melihat rakanya dalam keadaan pucat lesi yang teramat sangat.
“Saya dahaga, saya nak minum air dulu awak.”
“Baik-baik, kejap saya ambilkan.”
Terus terburu-buru Niza menuju ke dapur rumahnya memberikan Laila air untuk diminum. Sambil handfone masih di dalam genggaman Niza. Tiba-tiba ada seseorang membuat panggilan pada handfone Niza.
“Hello.” Niza menekan punat mengangkat panggilan tanpa menyedari nama dari panggilan terhadapnya.
“Niza, hang nak bungkuih ayaq apa? Tadi hang kata nak pasembuq gak kan?”
Terus Niza kaget. Senyap. Segala bulu roma terpacak dengan sendirinya. Tahulah Niza yang pemanggil itu adalah rakanya Laila. Dilihat ke arah skrin handfone miliknya, memang sah tertera nama rakan serumahnya iaitu Laila.
“Niza..hello? Weh awat hang senyap ni?”
Suara Laila masih lagi di dalam talian dan Niza menggerakkan kaki selangkah demi selangkah untuk melihat ke arah ruang tamu. Baru sebentar tadi kawannya Laila balik dengan berlumuran d***h seperti kemalangan.
Lagi sekali Niza terkejut. Kali ini benar-benar membuatkan Niza kembali seram dan sama perasaan takutnya yang pernah Niza alami sebelum ini. Kelihatan tiada siapa di ruang tamu, hanya sehelai tuala biru milik Niza beserta cecair yang hitam pekat berbau hanyir yang berada di atas sofa. Seluruh tubuh Niza menggeletar.
“Laaaillla..balik laa cepaattt!”
Laila kehairanan mendengar suara rakannya Niza itu seperti terketar-ketar seolah dalam keadaan ketakutan.
Tiba-tiba muncul satu makhluk berambut panjang, lidah bercabang dua terjelir hingga ke paras dada. Matanya merah menyala. Dan tidak semena-mena lampu rumah berkelip-kelip. Niza terjatuh melutut secara tiba-tiba sehingga handphone terlepas dari genggaman. Tahulah Niza bahawa dia kembali diganggu. Cuma kali ini lebih dasyat.
“Niza..Niza..wei bunyi apa tu? Awat hang senyap ja ni Niza?”
Dunia Niza kembali gelap-gelita seperti sebelum ini yang pernah dia alami.
“Niza….Nizaa…bangun sayangku Niza. Sampai bila awak nak tidur ni?”
Rambut Niza dibelai oleh seseorang, mata Niza terkebil-kebil bangun untuk mengenal pasti siapakah yang mengejutkannya daripada lena.
“Niza ku sayang, awak masih hidup..belum m**i lagi sayang hihi.”
Terbeliak mata Niza akibat terkejut kerana dia kenal sangat akan suara yang menjengah di telinganya itu.
“Adam!”
“Ya saya ni Adam kekasih hati awak sayang hihi.”
“Cilaka kau Adam! Aku kat mana ni hah?!”
Niza memerhati keadaan sekeliling yang tidak dimengerti olehnya.
“Awak tak kan la tak tahu tempat ni kat mana sayang?”
Dengan tidak semena-mena keadaaan sekeliling Niza berubah sama sekali menjadi kawasan di hadapan sebuah sekolah menengah.
“Inilah tempat yang awak berjanji pada saya. Dan sekarang awak telah memungkiri janji!!!”
Kelihatan wajah Adam merah padam dan merah matanya sehingga ternampak urat-urat yang menjalar dari dalam matanya.
Niza terus menutupkan matanya sambil membaca sesuatu kerana dia yakin yang kini dirinya kembali diganggu oleh sihir dari Adam.
“Hahahahahah. Apa kau baca tu Niza? Hahahaha. Dasar manusia penipu! Kau ingat aku takut? Padahal dalam hati kau penuh dengan keraguan..hahahahah.”
“Aku mintak maaf Adam, tolong jangan buat aku macam ni.”
Merayu Niza dalam tangisan yang teresak-esak. Tetapi tidak diendahkan oleh Adam yang sedang berdiri di depanya ketika ini.
“Hahahaha, kau fikir selepas kau berubat hari tu aku dah kalah? Kau silap Niza, kau silap! Inilah balasan kau yang memungkiri janji dan cuba melawan aku! Hahaha.”
Secara tiba-tiba tangan kiri Niza muncul satu gunting yang tajam dan secara sendirinya tangan Niza menghala ke mulutnya sendiri seolah ada satu kuasa lain yang menggantikan kudratnya.
“Tolong aku Adam, jangan buat aku macam ni, tolong aku Adam, aku mintak maaf!”
Rayuan Niza tidak diendahkan oleh makhluk yang berada di depanya ketika ini yang sedang dalam ketawa keseronokan.
“Hahahahahah!”
Dengan tidak semena-mena, ada satu suara yang halus memasuki ke telinga Niza ketika dia dalam situasi bahaya.
“Niza, mintalah pertolongan pada Allah. Dia yang Maha mendengar akan rayuan hambanya.”
Tiba-tiba Niza teringat akan ayat yang diajar oleh Ustaz Ariff semasa dia dirawat sebelum ini. Tetapi belum sempat Niza hendak membaca sebarang kalimah Allah, dalam masa yang sama Adam menuturkan bacaan sesuatu yang Niza tidak fahami. Serta merta membuatkan mulut Niza memuntahkan d***h yang pekat dan teramat busuk.
“AJAL MU AJAL, TENTERA KU DATANG SAKTI KU UNDANG, UNDANG AWAN-AWAN KU UNDANG!”
Semakin kerap Adam mengulangi ayat itu semakin banyak muntah yang Niza keluarkan dari mulutnya sehinggakan Niza kembali tidak sedarkan diri.
“Azman, anak kamu ni dah semakin teruk kena sihir dengan orang yang sama. Dan memang betul pemuda itu puncanya, izinkan saya untuk hapuskan sihir ni sepenuhnya.”
“Itulah yang sebaiknya ustaz, tolonglah anak saya.”
Kedengaran di telinga Niza pada ketika ini suara orang berzikir dan suara yang Niza kenali iaitu abahnya sendiri. Niza masih lagi tidak dapat berbuat apa-apa, matanya tidak dapat dibuka, kudratnya hilang entah ke mana. Hanya bertawakal sahaja berserah segalanya pada yang Esa.
Ustaz Ariff bersama rakanya bernama ustaz Rahman berhempas pulas merawat Niza dengan bacaan ayat suci Al Quran bagi mematahkan gangguan sihir yang dilakukan oleh seseorang.
“Azman tolong angkat badan anak kamu dalam keadaan duduk menghala ke arah kiblat.”
Ustaz Ariff mengarahkan Azman untuk mengubah posisi badan Niza dari keadaan terbujur kaku berbaring kepada keadaan duduk. Tujuan Ustaz Ariff mengarahkan sedemikian adalah untuk mengeluarkan bisa-bisa sihir yang telah beraja dari dalam badan Niza ketika ini.
Kedudukan Ustaz Ariff di belakang badan Niza, manakala ustaz Rahman diarahkan untuk memegang kaki bersama Azman bagi mengelakkan seberang kejadian yang tidak di ingini. Tangan kanan ustaz Ariff diangkat paras tidak lebih dari bahu belakang Niza. Serta merta jari telunjuk diisyaratkan sebagai mengucap dua kalimah Syahadah ketika di dalam solat. Bacaan dari bibir Ustaz Ariff kembali bergema…
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.”
Al-Fatihah dibaca beserta dengan ayat Al-Baqarah dari ayat 1 hingga 5. Belum sempat pun ustaz Ariff nak menghabiskan bacaannya sehingga ayat terakhir, bacaan tiba-tiba terhenti. Suasana sunyi seketika.
“Ustaz Ariff, kenapa diam ni?” Ustaz Rahman menegur ustaz Ariff yang kelihatan secara tiba-tiba senyap tidak meneruskan pembacaannya.
“Abang Azman, pegang kuat-kuat kedua kaki anak abang ni ya.” Tangan Ustaz Rahman dilepaskan dari kaki Niza serta menuju ke arah ustaz Ariff yang tiba-tiba kaku sambil memejamkan mata.
“Ustaz..ustaz..ok tak ni?”
Ustaz Rahman mengejutkan ustaz Ariff dengan membisikan di telinga kanannya. Ustaz Rahman memegang bahu Ustaz Ariff tetapi terus melepaskan tangannya.
“Ustaz Rahman, kenapa dengan Ustaz Ariff?” Soal Azman kepada ustaz Rahman.
“Saya tak pasti abang man, bila saya sentuh bahu ustaz Ariff, tangan saya tiba-tiba jadi panas macam tersentuh api.” Ustaz Rahman menerangkan kepada Azman atas apa yang terjadi bila ustaz Rahman menyentuh bahu ustaz Ariff.
“Sekarang ni, apa yang perlu kita buat ustaz?”
Soalan itu ditanya pula oleh murid ustaz Rahman iaitu Akmal yang sememangnya mengikuti perjalanan rawatan yang sedang berlangsung sejak dari tadi.
“Akmal, kamu tolong baca Ayat Qursi beserta Al-Baqarah Ayat 1-5 sampai habis, ustaz akan cuba ikthiarkan apa yang patut. Ingat walau apa pun terjadi teruskan membaca tau Akmal.”
“Baiklah ustaz Rahman.”
Akmal merupakan salah seorang murid kepada ustaz Rahman dari pondok kepunyaan ustaz Ariff. Dia terus membaca ayat seperti yang disuruh oleh ustaz Rahman. Dalam masa yang sama ustaz Rahman menyentuh bahu ustaz Ariff dengan cara yang sama seperti ustaz Ariff lakukan terhadap Niza.
Kali ini giliran ustaz Rahman pula dalam keadaan kaku seperti ustaz Ariff. Bacaan dari mulutnya juga sudah tidak kedengaran oleh Akmal serta yang lain turut berada di rumah ustaz Ariff seperti isterinya, mama dan abah Niza serta dua lagi rakannya Alisha dan Laila.
Akmal menyedari situasi tersebut lalu meneruskan bacaan ayat yang disarankan oleh ustaz Rahman berulang-ulang kali.
Di suatu dimensi lain…
Ustaz Rahman terus membuka matanya setelah merasakan yang dirinya kini seolah tidak lagi berada di dalam rumah ustaz Ariff tetapi di dalam rumah seperti rumah kampung milik seseorang yang kelihatan seperti seorang bomoh
Di depan ustaz Rahman terdapat barang-barang untuk memuja yang berunsurkan khurafat serta syirik terhadap Allah.
“Astaghfirullahhalazim!”
Istighfar banyak kali ustaz Rahman apabila terpandang dua keping gambar seorang pemuda lelaki dan seorang perempuan yang sudah semestinya wajah Niza anak kepada Azman. Gambar pemuda itu telah hancur beserta d***h yang pekat manakala gambar Niza hampir-hampir musnah dijilat oleh api yang dibakar bersama jarum yang telah dicucuk ke gambar Niza di wajahnya.
“Khurafat!”
Marah ustaz sendirian apabila matanya melihat sendiri akan barang-barang yang mensyirikkan Allah SWT. Lalu tanpa membuang masa ustaz Rahman mahu membakar tempat tersebut. Tiba-tiba niatnya terhenti setelah mendengar seseorang membaca ayat suci Al-Quran disertakan dengan suara yang garau membaca sesuatu yang sukar difahami oleh ustaz Rahman luar rumah tersebut.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ade lg si adam tu…ape2 pon best
wow
#cumel
wow
#cumel..
jahat betul adam… bila nk insaf haa?
…..3/5….
hidup lagi si adam ni