Salam semua pembaca FS and admin FS yang sentiasa baik hati & tabah melayan cerita-cerita yang dikongsi termasuklah cerita aku. Haritu aku lupa nak share pasal contact details Ustaz Hafiz. Minta maaf semua, bukan niat nak buat korang terseksa. Tapi sebenarnya aku lupa nak selit details tu kat bawah. Bagi yang memerlukan bantuan, korang boleh contact beliau di talian 018-3654136. Dulu dia tinggal di area Selayang tapi sekarang latest info aku dapat dia kat Dar Al- Asnaf Al-Fateh, Batang Kali. Jadi kena usaha lebih nak dapatkan khidmat Ustaz Hafiz ni sebab dia amatlah busy and ikut rezeki.
Berbalik pada cerita aku yang lepas, sepatutnya curse yang Sara letak kat aku akan hilang dengan sendirinya selepas aku berkahwin kata Ustaz. Tapi idok ler dia hilang serta-merta macam magic 12 tengah malam cam citer Cinderella tu. Kata Ustaz dia akan ambil masa untuk aku dan keadaan jadi normal kembali. Alkisahnya lepas jer majlis sanding belah aku settle, aku dah tarik nafas lega walaupun sebenarnya majlis bertandang minggu kemudiannya tak settle lagi. Disebabkan gangguan dah macam reda, makanya disebabkan aku ni manusia yang mudah lupa, so aku macam dah tak terfikir langsung pasal hal mistik ditambah dengan sibuk nak uruskan 1 lagi majlis kan.
Nak dijadikan cerita, 2 hari sebelum majlis belah husband aku berlangsung, aku ni singgahlah rumah mertua di Bangi. Kami sampai ngam-ngam lepas azan Maghrib. Baru jer pijak tanah, kaki aku lembik tak boleh melangkah. Then aku dah start meracau taknak masuk sebab aku nampak ada benda muka buruk dengan lidah panjang duk acah-acah nak terkam aku. Terjerit-jerit aku sambil menangis sampai aku kerasukan. Cuba korang bayangkan dengan suasana rewang berapa ramai manusia ada kat rumah tu. Ya Allah..apa lagi dugaan. Malunya aku oiii! Tapi nasib baiklah waktu hari majlis bertandang tu semua berjalan lancar.
Lepas kahwin ni,aku tinggal di sebuah kondo kat “heart of KL” bernombor D13A. Nombor rumah rahsia..eehem. Rumah ni kat tingkat 14 tapi maybe sebab ikut fengshui cina, Tingkat 14 dah ditukar ke Tingkat 13A. Rumah kami duk kat bahagian private wings (bahagian ni ada 4 buah rumah jer) and kiri aku ada sorang akak tinggal dengan suami dan anak perempuan umur 3 tahun. Depan aku and sebelah dia still kosong. Blok ni blok baru so memang banyak unit yang still takde penghuni. And lepas kahwin, aku dah berhenti kerja sebab husband aku yang request gitu.
Makanya aku pun duduk jer la rumah mengasah skill suri rumah. Sebab takde kerja sangat kat rumah maklumlah kami berdua jer, aku kat rumah hari-hari baca buku, makan, tengok TV, tidur. Nak keluar rumah aku malas. Maybe kesan gangguan sebelum ni. Honestly, selepas terkena gangguan aku dah macam quite rigid untuk bersosial. Aku jadi insecure dengan new people and mungkin sebab tu much better aku tak bekerja. Satu hari tu, aku tertidur time tengok TV kat ruang tamu. Waktu tu maybe dalam pukul 3. Tengah nyenyak tidur, tiba-tiba aku ditampar dengan kuat sampai aku terbangun dari tidur. Bila aku pandang sekeliling takde orang, dalam mamai aku bangun dari sofa then aku continue tidur kat bilik. Rasanya aku tidur dah sangat lama sampailah aku rasa tilam aku dipijak kat bahagian kaki.
Bila aku buka mata, aku nampak husband aku sedang perhatikan aku tidur sambil tersenyum. Aku tanyalah “Eh, dah balik. Pukul berapa sekarang?”. Kalau tengok dari tingkap, macam langit cerah lagi. Dia tak kata apa-apa then dia terus keluar dari bilik. Aku macam nak sambung tidur tapi husband aku intai aku kat pintu pastu lambai suruh aku ikut dia. Aku pun dengan kemalasan bangun dan terus duduk bersila kat atas katil. Aku perhati jer pintu bilik yang dah tertutup. Memang confirm tadi aku nampak husband aku. Waktu aku nak buka pintu bilik, entah kenapa aku rapatkan telinga pada pintu bilik dan aku dengar dengan jelas kot bunyi mundar-mandir kat ruang tamu lagak macam orang hentakkan kaki tengah berkawad. Suara orang bercakap pun ada. Aku terus toleh ke tombol..ohmaii! Tombol berkunci kottt. Tiba-tiba aku teringat yang kalau bukan aku yang bukakan pintu, macam mana husband aku boleh masuk ke rumah sebab dia takde kunci rumah?!
Aku undur slow-slow and rapat ke kepala katil. Aku capai phone and call husband aku. Waktu aku bercakap dengan husband aku (separuh berbisik) tombol pintu aku bagai dipulas-pulas dari luar. Aku separuh menangis minta dia pulang awal. Mujurlah husband aku faham keadaan aku. Selama menunggu husband aku balik, aku pasangkan surah Al-Jin kat handphone (korang boleh try. Lebih mustajab kalau korang baca). Then barulah bunyi-bunyi tadi hilang. Waktu husband aku dah sampai, dia call aku suruh buka pintu. Haa! Ni baru betul husband sebab dia takde kunci rumah. Kat bilik aku dah standby dengan wallet. By the time aku buka pintu, terus aku pecut ke pintu utama. Buka jer gril terus aku tarik lengan husband aku ajak keluar gi minum. Banyak ni nak cerita kat husband aku nih oiii. Rupanya baru pukul 5.30 petang time tu.
Kami gi minum kat kedai dalam neighbourhood ni jer dalam sejam. Waktu aku balik rumah, barulah aku perasan yang handphone aku tertinggal kat bilik and still mainkan bacaan surah Al-Jin. And untuk pengetahuan korang, sejak kejadian tu aku tak pernah lagi tidur siang melainkan husband aku ada kat rumah. Tapi makhluk ni lain macam dia punya daring. Pernah sekali even husband aku ada kat rumah, aku tidur kat bilik manakala dia duk main game kat ruang tamu. Tiba-tiba husband aku dengar suara aku menjerit and panggil dia. Cepat-cepatlah dia berlari ke bilik. Tapi aku pulak sebenarnya tengah tidur.
Satu hari tu, balik dari kerja husband aku mengadu leher dia sakit and bahu dia pun sakit. Dia minta aku urut lepas dinner and aku plak ok kan jer. Sudahnya tak sempat dinner dia dah berdengkur kat bilik. Aku sebab takleh tidur, aku layan TV sambil main game. Cuma aku perasan husband aku berdengkur malam tu kuat giler dah macam lembu kena sembelih. Padahal dia bukan jenis tidur berdengkur! Aku pun bangun la gi jenguk kenapalah dengan husband aku. Makkkaaihhh. Cantiiik punya landing lagi sekor makhluk betina kat sebelah husband aku sambil tangan duk belai-belai rambut husband aku. Maybe dia perasan aku nampak dia kott, then dia jeling aku sambil senyum sinis. Aku apa lagi…sebab dah marah campur takut, aku jerit kuat-kuat panggil nama husband aku. Nah!
Husband aku terpinga-pinga bangun terus terkam peluk bahu aku. Dia terkejut sebenarnya bila aku kejutkan dengan cara gitu. Malaun tu pulak dah ghaib. Terus aku tutup pintu and pasang surah Yasin ulang-ulang sampai pagi sebelum aku tidur. Puas hati aku! Pernah sekali, lepas kejadian malam tu, aku dengan husband baru pulang dari dinner. Rasanya waktu kami sampai kat rumah, jam baru pukul 9 malam. Untuk pengetahuan korang, lif kat kondo kami ni menghadap tingkap-tingkap yang sentiasa terbuka. So bila lif dah sampai ke floor kami, aku pun bagilah husband aku keluar dulu dari perut lif dan ini menjadikan dia berjalan kat depan aku. Manakala aku kat belakang. Aku ada habit sejak aku sakit. Aku suka tengok cermin dan suka berjalan di belakang.
Dalam duk menapak nak ke rumah, alih-alih aku terpandang ada mahkhluk betina tu selamba jer duk bertenggek kat bahu husband aku. Iddookk la gaya macam hantu dalam citer Siam ‘Shutter’ tu tapi ada gaya la. Nampak tak nampak sangat sebab dia lebih macam suatu bayang yang berwarna putih dan berupa serta ada bentuk. Aku tadah tangan sambil baca ayat Bismillah 5, Ayat Qursi dan Al Fatihah terus aku tampar leher husband aku sekuat hati. Perghhh. Husband aku dah pandang aku macam nak hayun pelempang. Then aku cakap sabar. Jap lagi cerita (muka dia bengang tapi buat-buat cool). Ajaibnya, husband aku mengadu yang leher dia yang dah berminggu sakit tu dah hilang. Hurm, setan betina tu dah blah la kott tadi.
Bulan ke-4 berkahwin, aku pregnant.Time ni we decided to keep it as our top secret sampai perut dah boyot kononnya. Entahlah, rasa macam tak nak bercerita. Kalau kami share pun dengan kawan rapat and parents jer. Masuk bulan kedua pregnant aku ada masalah baru, aku langsung takleh stay kat rumah. Macam-macam bau yang aku hidu and paling aku allergic bau bawang dari Singh rumah atas. Sebenarnya kalau tak pregnant takde masalah pun bau tu semua. Tapi tu cuma masalah kecil. Masalah besarnya bila every night aku mimpi yang kaki aku meleleh d***h macam miscarriage tu. Kadang-kadang aku mimpi aku dah beranak, perut jadi kempis dan macam-macam lagi. Aku anggap tu sebagai gangguan hormon. Hubungan aku dengan husband kadang ok kadang asyik gaduh jer. Tapi time ni aku dan husband masih bertahan. Kami cuma praktikkan ajaran dan bacaan yang diajar Ustaz Hafiz sehinggalah usia kandungan aku dah masuk bulan ketiga.
Aku ingat lagi, waktu tu aku di dapur dan husband aku kat bilik. Tengah aku basuh pinggan, aku dengar bunyi guli yang melantun-lantun. Aku dah dapat agak dah akan ada gangguan. Aku biarkan jer sampailah aku perasan ada sesuatu yang amat besar dan gelap sedang berdiri kat belakang aku. Bila aku toleh, dengan tak semena-mena aku rasa badan ni panas dan rasa nak marah. Aku macam sengaja cari pasal dengan husband aku. Cerita suami aku, end up aku buka gril tingkap dan buat cubaan nak terjun ke bawah. Masa tu aku cakap aku nak buang anak ni. Aku taknak anak ni. Aku cakap ni bukan anak husband aku. Macam-macamlah setan tu merapu nak buat husband aku bencikan aku. Bila benci, suami aku ceraikan aku. Talak kan kat tangan suami.
Bila aku dah sedar, husband aku bagi aku minum air yang dibaca oleh Ustaz Hafiz. Waktu ni lah Allah swt menjawab doa aku agar ditunjukkan kebenaran. Masa aku nak teguk air tu selepas berselawat, muka orang yang buat jahat kat aku dan husband aku ni muncul kat dalam air tu. Aku terus tersedak and actually hampir terlucut gelas dari tangan ni. Menggigil aku time ni. Aku menangis sebab takut. Takut sebab rupa yang datang adalah rupa someone yang cukup aku kenal dan sangat rapat. Aku call Ustaz Hafiz minta nak jumpa. Malangnya time ni dia kat Sabah. Paling cepat aku dapat jumpa pun dalam 3 hari lagi. Maka terpaksalah kami bertahan.
Lebih tragis bila aku dah start tak boleh makan. Asal makan jer aku akan muntah. Kalau takat muntah biasa takpe, ni muntah d***h. Bayangkan kau tengah pregnant, tak boleh makan, pastu kau muntah d***h pulak…lembik! Bila hari Ustaz Hafiz datang ke rumah malam tu, tak semena-mena rumah jadi terlampau panas macam langsung takde angin padahal kat Tingkat 14. Air dari aircond kat ruang tamu dah menitik-nitik. Bila Ustaz Hafiz mulakan bacaan, tiba-tiba angin menderu dengan kuat dari luar and melanggar sliding door sampai bergoyang sliding door tu. Ada masa sliding door tu bagai dirempuh. Takutnya keadaaan tu. Dekat 30minit juga Ustaz Hafiz berperang dan akhirnya bunyi angin tu hilang macam tu jer.
Malam tu Ustaz Hafiz ajarkan dan ijazahkan aku khasiat Bismillah 5. Selain itu, dia ijazahkan juga pada aku surah Yusuf ayat 4. Aku diminta untuk jadikan ayat itu sebagai zikir setiap kali lepas solat sebanyak 100x dan puasa dengan niat untuk Surah Yusuf ayat 4 ini. Sebenarnya ayat ni berguna untuk lembutkan hati orang yang ingin berbuat jahat pada kita. Bila aku tanyakan pasal aku nampak someone dalam air minuman tu, Ustaz Hafiz cuma senyum.
Ustaz minta aku berwudhuk dan ambil sebuah Quran yang ada tafsir. Lepas baca AlFatihah dan 3 Qul, aku kena niat apa pun doubt dalam kepala aku. Pastu, jawapannya ada pada muka surat yang korang buka tu pada ayat yang pertama dilihat. Cubalah, ini membantu. Rupanya aku disantau melalui angin sampai aku muntah d***h. Dia juga yang create macam-macam jelmaan untuk buat aku bergaduh dan cerai dengan husband. Motif dia cuma satu, kalau aku tak m**i dia nak aku jadi gila.
Pastu, barulah Ustaz Hafiz buka cerita pasal jin yang bersarang dalam badan aku. The only remedy untuk masalah aku bilamana orang yang buat aku ni m**i. Maka habislah perjanjian dia dengan setan tu untuk ganggu aku. Untuk taknak korang sakit kepala berfikir, sebenarnya orang yang aku nampak dalam air tu adalah makcik aku sendiri yang aku panggil Mak Ngah(bukan makcik yang dalam Rumah No.9). Kami sangat rapat and aku dah anggap macam mak aku sendiri. Pangkat dia kakak kepada mama aku. Tapi tu lah, time ni lah baru aku teringat yang waktu hari aku tunang dan nikah, dia takde kat majlis. Kata anak bongsu dia, Mak, dia kat Golok. Buat apa, wallahualam. Apa yang aku tahu kejadian yang baru aku alami tu, aku rahsiakan dari mama aku. Kalau bagitahu mama aku pun belum tentu dia nak percaya, kakak dia kott!
Cuma pesan Ustaz Hafiz, aku tak boleh dibiarkan bersendirian. Mesti ada teman. Aku tahu husband aku lah paling stress waktu ni sebab time ni dia baru dapat promotion kat company dia. And dia ada banyak event dan meeting untuk attend tetapi dia dah macam terkejar nak uruskan aku dan profesion dia. Untuk mudahkan semua pihak, aku pilih untuk stay kat National Library kat Jalan Tun Razak setiap hari, without failed! Melainkan hari Isnin, library tutup. Dengan cara ni, at least dapat kurangkan gangguan. Bila aku penat, aku tidur kat surau library. Sedihkan? Aku bukan penakut tapi bila pregnant ni, feeling dia jadi lain. Tak tahu kenapa. Hehe.
Tapi, bila kat library ni, aku ada peminat dalam toilet. Dia suka betul intai aku and borak dengan aku. Mula-mula aku tak perasan sangat sebab dia tak pernah tegur aku. Bila one day aku masuk ke tandas, aku suka guna tandas yang paling hujung sebab lapang (Tandas OKU). Tiba-tiba ada suara menegur aku tanya ada tisu tak kat belah aku. Aku jawab ada and dia minta aku hulurkan sikit dari bawah. Aku ambil beberapa helai then aku hulur dari bawah. Memang nampaklah tangan dia ambik. Aku pun tak syak ape-ape. Hari yang lain pula, dia jugak. Still dengan modus operandi yang sama, minta tisu. Pastu dia bagitahu yang hari-hari nampak aku kat sini. Then dia tanya aku sorang-sorang ke datang, bla, bla, bla. Aku dah start annoying bila kat dalam tandas orang ajak borak. Sumpah tak best. Aku takleh fokus kott.
So one day tu lepas dia minta tisu, aku terus cepat-cepat flush toilet dan keluar dari partition aku tu. Bila jenguk sebelah, eh kosonglah. Dalam hati aku terdetik cepat jugak akak ni keluar harini. Aku buat tak tahu and cuci tangan kat sinki. Tiba-tiba aku nampak macam ada sepasang mata intai aku kat tandas yang aku masuk tadi. Bila aku toleh, dia hempaskan pintu. Takkan aku nak tunggu, berlari sambil pegang perut la citernya. Lepastu aku nak buang air ke ape, aku gi toilet yg sama level dengan surau. Takpun yang sebelah café..seram weh!
Masuk usia kandungan aku 6 bulan, perut aku dah makin besar. Jalan pun dah macam penguin. Haritu aku rasa penat sangat sebab malam sebelumnya tu aku langsung tak boleh tidur sebab kaki cramp. And mungkin juga pasal malam sebelumnya tu aku gi rumah paksu aku kat Damansara Damai. Rumah paksu pula kat tingkat 4, takde lif. Mak buyung pun apa lagi, dah macam singa laut lah termengah-mengah panjat tangga. Then aku ponteng ke library untuk haritu. Duduk rumah jer dengan pintu tingkap semua tutup sebab kononnya nak avoid bau jiran memasak. Pukul 3 petang, tiba-tiba sliding door kat balkoni ni bergegar dirempuh angin. Aku nampak langit dah gelap, aku pun apa lagi, angkat jemuran. Kuat gila bunyi angin sampaikan macam terdengar bunyi suara orang menjerit nyaring. Yer lah..rumah tingkat 14 kott. Depan rumah plak highway. Takde pokok or bangunan nak sekat-sekat rempuhan angin tu.
’PRAAAANNGGG’ kilat dan petir dah bersilih ganti kat luar. Takut la pulak. Aku ada habit yang bila aku takut, aku lari masuk bilik. Tak tahu kenapa aku rasa selamat kat situ. Rupanya lain yang jadi petang tu bila kiri kanan tingkap kat bilik macam bergilir-gilir terkena pancaran kilat. Guruh pulak macam bersambung-sambung. Time ni pintu bilik air aku terhempas dengan kuat and pintu bilik aku ditendang. Aku menangis sebab takut, takut apa-apa benda tu buat kat anak aku. Aku rasa macam hilang arah. Aku ambil phone untuk message husband aku tapi malangnya handphone aku takde line. Aku sandar pada kepala katil, pegang Yaasin sambil mulut terkumat kamit baca Yaasin. Sebelah tangan lagi aku usap anak aku dalam perut yang tengah menendang dengan hebat. Macam dia tahu yang aku sedang takut and dia pun agaknya sangat takut. Hujan turun dengan sangat lebat and aku cuma fokus pada bacaan aku. Sebab Tuhan Maha Penyanyang, rupanya Dia dah gerakkan hati husband aku untuk balik awal. Tak lama lepas tu husband aku sampai. Fuuuh!Lega.
27 jam selepas kejadian, baru aku sedar yang baby dalam perut aku ni langsung tak bergerak sejak kejadian hujan lebat semalam. Puas aku ajak borak pun dia still tak gerak. Husband aku dah gelabah ajak ke hospital malam tu juga. Aku suruh tunggu sampai pagi sebab kalau pergi malam tu, bukan ada doctor pun. Tak pasal-pasal bermalam kat hospital jawabnya. Bila pagi, aku dah terpacak kat depan klinik Dr. Siti (KPJ Tawakal). Bila doctor buat CTG, baby aku dah takde heartbeat! Bila scan baby still ada but with no any movement. Aku dah cuak dah sebab untuk pengetahuan korang, malam sebelum kejadian, aku terjumpa Mak Ngah aku time visit Paksu aku tu. Dia siap gosok-gosok perut aku and offer nak datang rumah aku lusanya tapi aku cakap aku takde kat rumah.
Doctor terus admit kat ward and kena buat CTG every 1 hour. 3rd trial barulah dapat kesan heartbeat baby aku walaupun sangat slow. Hilanglah cuak aku sebab aku percaya anak aku still hidup! Untuk procedure CTG lepas maghrib (masa ni procedure dah dijarakkan untuk setiap 3jam), sekali lagi heartbeat anak aku takde bacaan. Movement pun takde. Kecut perut sekali lagi lah aku ceritanya. So,ada nurse ni advise suruh aku makan apa favourite food baby dalam perut. Hurm, WOMB SERVICE! Aku minta husband aku belikan McD and hasilnya untuk CTG pukul 12 malam, cantik bacaannya kata nurse. Hahaha. Esok dah boleh balik.
Selang 2 minggu dari tarikh kejadian, suatu pagi waktu aku sedang solat subuh, tiba-tiba aku perasaan ada air hangat dan likat meleleh dari peha. Aku kejutkan husband and sekali lagi kami berkejar ke hospital. Bila scan,doctor bagitahu yang ketuban aku leaking (bocor) tapi air ketuban aku still banyak. Bukaan pula dah 3cm, maknanya aku ada potensi terberanak awal! Oh No! Untuk keselamatan baby, doctor berikan aku suntikan ATT & DEXA. Masa ni berat baby pulak baru 2.8kg walaupun doctor cakap selamat untuk beranak pada usia kandungan 7 bulan. Aku bermalam di ward untuk malam tu sebab doctor takut ‘jalan terbuka’. Petang tu aku minum 2 biji air kelapa kononnya ikut petua orang tua. Kata doctor, kalau air ketuban makin kurang, the only options that we left adalah czer. Aku kecut perut dengar czer nakk oiii. Sebab hajat hati nak beranak normal.
Malam tu kami lepak di bilik and around pukul 10 malam, Alex, bestfriend husband aku datang visit sambil teman husband aku borak kat bilik. Masa dorang duk berborak, aku bangun ke toilet and kat tepi dinding tepi toilet tu ada 1 tingkap kecil. Aku perati jer sape pompuan kat tingkap tu. Pantulan imej aku seendiri ke? Bila aku rapat, eh! Benda tu keluarkan cahaya biru dan terus terbang. Haa..aku meremang sampai tak sengaja tergosok lengan yang kena cucuk jarum. Punyalah sakit. Sekarang dah tak jadi ke toilet. Aku naik ke katil balik. Oh, lupa nak bagitahu, since petang tadi aku dah start bleeding. Actually malam tu aku agak serabut. Macam-macam aku pikir. Bila dah ternampak benda tu tadi, makin aku serabut. Serabut punya serabut, akhirnya aku tertido.Hehe.
Pukul 930 pagi doctor datang buat check up. Kali ni doctor pulak yang terperanjat sebab ketuban yang bocor semalam dah bercantum balik. And paras air ketuban langsung takde pengurangan. Baby pun sihat. And jalan aku yang dah terbuka 3cm semalam, pagi ni langsung takde bukaan bila doctor seluk. Doctor kemudian recommend kan aku untuk baca buku Indahnya Hidup Bersyariat. Dalam tu ada banyak bacaan dan surah untuk amalan untuk ibu mengandung. Dan doctor suruh aku banyak-banyak berehat dan jangan buat apa-apa kerja berat. Dengan description doctor tu, mama aku pun sampailah dari kampung untuk jaga aku. Dia tinggalkan abah sorang-sorang kat kampung sebab abah bekerja.
Dengan adanya mama di rumah, aku dah takdelah nak ke library lagi. Macam berani sikit bila mama ada di rumah. Waktu ni, mama dah agak renggang dengan Mak Ngah lepas 1 peristiwa terjadi kat abah. Peristiwa tu berlaku time aku pregnant around 5 bulan. Satu hari mama call dan bagitahu yang abah aku dah 3 hari demam and tak makan beserta cirit-birit. Hatta minum air Nescafe pun dia akan muntah. Masuk hari ke-7, aku minta mama bawa abah ke KL untuk berjumpa dengan Ustaz Hafiz sebab keadaan abah dah makin teruk. Masa abah sampai, badan abah kurus cengkung and nak berjalan pun dia kena papah sebab tak larat. Bila sampai rumah aku, abah cakap lega sebab boleh habiskan 1 gelas nescafe. Sebelum ni nak minum seteguk pun tak mampu sebab dia akan muntah-muntah. Malam tu Ustaz Hafiz datang ke rumah kami and ubatkan abah.
Time ustaz ubatkan abah, sliding door kat rumah kami dah macam kena rempuh dek putting beliung. Padahal mama aku relax jer duk memasak kat dapur dengan pintu dapur duk ternganga, langsung takde angin. Bila Ustaz dah kibas-kain kain selempang yang tersangkut ke bahu abah, abah dah muntah-muntah keluar buih macam telur katak tu .Lepas tu, angin tu terus stop. And abah lepas tu dapat makan 2 pinggan bihun bersama Ustaz Hafiz. Hehe. Alhamdulillah. Rupanya abah terkena santau angin. Kalau lambat berubat, aku dah takde abah la jawabnya. Tapi Ustaz tak bagitahu kat mama walaupun puas mama desak. Tapi korang mesti pelik macam mana mama tahu kan?
Haa..lepas kejadian malam tu, esoknya mama aku dapat call dari Mak Ngah. Dia tanyakan khabar abah aku. 3x dia tanya sepanjang panggilan tu macam tak percaya pulak abah aku sihat. Hehe .Lepas letak phone, baru mama perasan yang betapa weird perangai kakak dia. Selang few days ,masa tu mama dan abah dah balik ke kampung. Satu malam mama bermimpi tentang kakak dia and how she’d confess about every single details yang dia buat kat mama dan abah aku. Tapi mama still 50-50 lah nak percaya. Cuma dia macam jarakkan relation ditambah pula lepas mimpi yang mama aku alami tu, mama dengan abah selalu kena tindih time tidur tak kira siang atau malam. More scary, mama nampak ada hantu betina peluk abah pada satu malam..sama macam yang terjadi kat aku!
Macam tu lah alkisah peristiwa yang terjadi kat mama dan abah aku. Tu yang bila mama dengar kisah misteri aku kat hospital, dia terus datang. Cucu sulung dari anak sulung kott, gila kau nak kasi biar camtu jer kan? Bila mama jaga aku, mama pun kena tempias. Mama selalu diganggu dengan bunyi orang alih perabot dari tingkat atas. Lagi, mama selalu kena tindih bila tidur sendirian kat bilik. Siap benda tu selamba jer pijak dada mama sambil lompat-lompat sampai mama sukar bernafas. And benda tu menjelma dengan rupa makcik aku. Tapi, 3 hari sebelum aku bersalin ada satu gangguan yang cukup seram berlaku kat kami.
Aku ingat lagi, malam tu aku tertidur di ruang tamu waktu temankan husband aku tengok TV. Mama dah lama lena kat bilik. Husband aku pulak sebab dia nampak aku dah nyenyak tidur, dia join sekali tidur kat ruang tamu. Kami cuma pasang lampu balcony je dengan lampu di lorong ke bilik. Aku terjaga pukul 130 pagi angkara ketukan yang sangat kuat kat pintu depan. Aku bangun tercongok sambil perati jer kalau-kalau ada bayang kaki kat bawah pintu .Ketukan tu tiba-tiba stop. Aku pun sambung baring. Baru jer terlelap ,sekali lagi pintu tu diketuk macam nak roboh pintu tu! Macam orang nak terkencing dah kat hujung-hujung pun ada. Pastu aku dengar suara adik aku suruh bukakan pintu. Masa tu aku tenung jer pintu sambil fikir apahal pulak suruh aku buka pintu sedangkan dia ada kunci.
Sebab bunyi ketukan tu kuat sangat, husband aku terbangun. Dia ni kalau bangun tak pandai nak PAUSE. Terus bangkit and menonong nak buka pintu. Nasib la aku sempat tahan and dalam duk mamai dia tanya sape yang ketuk pintu kuat-kuat tu. Aku just geleng tapi ..cuba korang fikir jap. Jarak antara pintu depan dengan gril depan tu lebih kurang sedepa. Panjang mana tangan orang yang ketuk pintu rumah aku tu dan kalau gril pun berkunci macam mana tangan tu sampai nak ketuk pintu rumah tu?
Bila aku tanya soalan tu pada husband aku pasal kepanjangan tangan yang mengetuk pintu tu, husband aku terus tarik selimut tak jadi nak buka pintu. Mama pulak dah terkocoh-kocoh nak buka pintu nasib baik kami sempat tahan. Mama pun dengar suara adik aku suruh buka pintu mulanya. Aku bangun dan pasang cd ruqyah. Serta merta bunyi ketukan tu hilang. Kami pun sambung tidur. Tak sampai 2 jam tidur, aku alami contraction yang amat dahsyat. Berkejar kami pukul 430 ke hospital pulak. Kat sana bacaan dah tinggi tapi jalan langsung tak terbuka. Nak dekat subuh aku balik semula ke rumah sebab taknak kena admit di ward. Lagipun rumah aku dengan hospital tak sampai 10minit pun.
Gangguan terakhir aku alami sebelum bersalin, waktu tu zuhur. Aku dah siap-siap dengan telekung untuk solat. Mama pula solat kat bilik sebelah. Baru aku angkat takbir, tu dia..makcik aku duk sandar tepi pintu sambil gelak terkekek-kekek sebelum hilang. Warghhhhh….aku jerit sekuat hati sambil nangis meluru ke bilik mama. Masa ni aku carut makcik aku sepenuh hati sampai agaknya batal dah wudhu aku yang tadi tu.
Time next appointment dengan doctor, usia kandungan aku 40 weeks. Doctor detect air ketuban aku dah tinggal 8ml. Baby aku dah hampir lemas. So emergency czer terus buat pukul 3 petang tu jugak. Tapi masa ni, nak cucuk jarum tak jumpa nadi la pulak .Bila dah jumpa, d***h pulak keluar memancut-mancut. Nurse suruh aku keep calm & relax, padahal aku dah lebih dari relax sampai dah hilang pun rasa nervous nak beranak. Aku tahu time ni nak cepat-cepat keluarkan baby jer sebab dah tak sanggup baby ni menderita kena buli dengan ilmu ghaib makcik aku sendiri.
Akhirnya anak aku lahir dengan selamat jugak in less than 30 minutes dalam OT. Mama pula sebab excited sampai terlupa yang dia gi call makcik aku tu. Rupanya tu mengundang agenda lain makcik aku untuk kenakan aku time dalam pantang. Tu aku cerita nanti. Cuma pesan aku, beringatlah. Orang yang selalu sihirkan kita sebenarnya bukan orang jauh, tapi selalunya orang dekat. Sebab orang dekat jer yang ada access dalam kehidupan seharian kita.
Nanti ada rezeki kita bersiaran kembali. Muuah!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ada sambungan tak ke cerita sebelum ni??
Tu mtk tlg BondaAiman link kan…
Die ghajen sket…
Hehehehe…
Kohkohkoh…seperti terngiang namaku diseru2 ketika sedang smule. Ghupenye kak yulie memanggilnyeeee??
Cerita ni, adalah kaitan dengan cerita cerita sebelum ni gak Mia. Awak carik nanti ya.
http://fiksyenshasha.com/rumah-ss14-pj/
http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-3/
http://fiksyenshasha.com/rumah-no-23/
http://fiksyenshasha.com/rumah-no-9/
Haaa..yg rumah2 ada nombor2 tu dia punya ceritalah tu..kecuali rumah no.86 jalan sekolah.yg tu lain penulisnya
Terima kasih BondaAiman. i love u lahh. heheh . jom kita mmbaca !
Muahehehehe??
Ni saya susun semula mengikut urutan posting beliau. Terima kasih BondaAiman :-
1. http://fiksyenshasha.com/rumah-no-23/
2. http://fiksyenshasha.com/rumah-no-9/#comment-3218
3. http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-3/
4. http://fiksyenshasha.com/rumah-ss14-pj/
5. http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-d13a/
Hahh kena baca daripada mula, sampai page ni. Memang terbaik semua cerita dia.
Ya Allah ya tuhanku. Engkau kurniakanlah keselamatan, kekuatan dan ketabahan kepada hamba yang bercerita. Pada setiap hamba yang sedih, kau ceriakanlah, pada setiap hambaMu yang berduka, kau kurniakanlah hari nya dengan perkara2 yang menggembirakan nya. Pada hati yang susah, kau lapangkanlah.
Semoga Allah melindungi awak dan keluarga. Saya mampu berdoa dari jauh semoga dikurniakan keselamatan dan dalam lindungan Allah yang Maha Esa. Amin
Aamiin ya rabbal ‘alamiin.
Aminnnnnnnnnn…!!!!
Amin Ya Allah…
makbulkan la doa ini Ya Allah…
آمـــين اللهم امين
seksanya hidup penulis ni…kesian sungguh…harap tabah mengahrungi ujian2 ini
My father pernah pesan..kalau kita pernah kena benda2 mcam ni,jangan kita ceritakan kat org luar selain keluarga (means mak ayah ngan adik bradik je)..mungkin yang buat kita org tdekat..wallahualam..
memang susah nk caya bila org yg rapat dgn kita yg hantar sihir semua tu. tapi apapun yg tjadi mintalah perlindungan dari Allah swt. boleh minta link utk prev post? look like sebelum ni ada cerita gak kan.
Umak aaiiii…
Besornye dugaan penulis sekeluarga…
Ape hey makngah tu dengki bebenor??
Dengki tgk org bahagia ke???
Saket jiwa org cmni kan…
Kesian…
Orang mcm tu, seeloknya amik dia, diikat pastu rendamkan dalam sungai deras, macam sungai yang kat Kamunting tu, tapi belah yang tak kena bayor tu Kak Yulie, belah tu mmg dereh bebeno ayornya. Tapi kakinya ikatkan dengan pemberat. Bior dia statik tak kena hanyut dek ayor. Lepas tu, selang 15 minit, semborkan kat muka dia dengan ayor cabey. Lepas tu, elok 3 hari 3 malam berendam dalam sungai tu, hangkat dia naik ateh. Ikat pulok kat pokok yg banyak kerengge. Hah bior dia tumpo kat situ sorang. Lepas cukup 3 hari, semborkan lagi dengan ayor cabey pehtu kapankan dia, ikat kekemas, barenkan dalam liang lahad. Biorkan lagi sensorg. Hah time tu tengok dia punya meraung cemana. Sekian terima kasih.
Mak aihhhh…….ganaznya ……kikikikiki
Ada yang lagi ganeh, tapi maleh ler. Mandangkan Mak Ngahnya pompuan. Kalo jantan tadi, up sket le kekdah torture. Baru setimpal sikitlah dengan apa benda vangang yang dia buatkan. Hahahahaha gila psiko aku nih!!!
Hahahahahah…
Banyak pulak kojenye…
X pepasei teman plak yg ngikot berendam mandi sungei…
Kena ayor psg besor sesame hanyut m**i lemas…
Hahahahahah…!!!
Muahahahaha..seronok beronok ronok baca komen bahasa perak ni
salam…
sis, kalau ada sambungan..please guna tajuk yg sama..dalam (part 2)..hehe..
nnti xjumpa nak baca…
tggu sambungan dr sis..
anyway, moga ALLAH sentiasa lindungi sis sekeluarga dr gangguan syaitan..
ni koleksi cerita dari pencerita ini….kalo ade yg x lengkap, boleh tolong lengkapkan….tksh
http://fiksyenshasha.com/rumah-no-23/
http://fiksyenshasha.com/rumah-no-9/
http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-3/
http://fiksyenshasha.com/rumah-ss14-pj/
http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-d13a/
sian awak..tabah lah hadapi..pasti ade hikmah yg tersembunyi kn..hanya Allah je mampu membalasnya..btw npe awk g rumah mak ngah awk lg ye sedangkn awk dah tau die yg buat awk?
Yg last die TERjumpe makngah tu mse melawat umah paksu yg dok tingkat4 tu…
Makngah tu pon ade menziarah sekali…
nah ni semua links untuk cerita ni dari awal…akak ni boleh buat novel.cerita ni seram n jalan cerita akak ni pun ok..x berbelit2
1) http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-3/
2) http://fiksyenshasha.com/rumah-ss14-pj/
3) http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-d13a/
Ksiannya baby.. Sis smbung lagi please.. Huhu tak sabar
BEST BETUL.. CEPATLAH SAMBUNG.. MEMANTI SAMBUNGANNYA NI…
best citer ni, cuma nasihat saya walau awk nmpk muka mak ngah awak tu masa berubat sepatut nya diam saja, bukan apa, syaitan dan iblis suka melaga laga kan sesama manusia. belum tentu lg dia yg buat kat awk. Sbb tu mana mana ustad takkan beritahu siapa yg buat jahat pd pesakit.
Sabar dan teruskan berubat jika sakit, kadang2 dlm kita menuduh org lain yg menghantar sihir kpd kita, kita lupa pulak utk siasat jika keluarga kita ada saka samada diambil secara sedar atau tidak kerana saka akan mengikut anak cucu tuan nya yg asal melalui pertalian d***h. kadangkala saka ini lah yg menggangu kita dan menjadikan hidup kita kucar kacir dan saling menuduh sesama sendiri sebelum ia mencucuk jarum supaya kita mengambil dan menerimanya. Keluarga saya pernah mengalami masalah sprti anda dan kami menuduh saudara kami sendiri yg melakukannya bila ternampak wajahnya ketika berubat, setelah 12 tahun menanggung sakit dan bermasam muka dgn si tertuduh akhirnya ALLAH tunjukkan kpd kami yg permasalahan ini rupanya berpunca dari saka dan bukanlah dari saudara kami sendiri. Bayangkanlah selama 12 tahun kami bermasam muka dan tak bertegur sapa pada saudara kami yg tak bersalah itu.
Ingatlah, syaitan dan iblis suka melaga laga kan sesama manusia agar mereka tidak kesorangan di akhirat kelak.
kesianya hidup awk sekeluarga. Tersiksa dibuatnya.
Kesiannya akakk..tak dpt byg mcm mana akk tanggung derita masa pregnant nk lawan benda2 tu semua.
Semoga urusan akk sekeluarga dipermudahkan & selamat. Saya faham situasi akk, sbb dlm keluarga saya pun ade kena. & dikatakan saudara dekat jgk yg hantar. Wallahu’alam.
kenapa mak angah tu dengki bebenoe dgn awak sekeluarga…jgn lupa sambung ya..cepat sikit nnt dh lupa n kena bc balik cerita sebelum..hehehehe..
take a good care my dear..Allah always with u
Aku follow dari cerita memula lagi. Dia punya meremang, mak aihhh
Semoga Allah SWT lindungi keluarga si penulis ni.Aamin
Pehal dgn mak ngah tu? Ishkz
Giler kaper.. sanggup buat anak buah sendiri..
Semoga dia cepat2 dapat jalan keluar untuk berubah kejalan yg benar..
Awak tu.. memang seorang yg cukup tabah.. semoga cepat2 lah sembuh dan jauhkan dari org org seperti mak ngah tu..
jahat betul makcik macam tu . keluarga sendiri pun nak santau . manusia lagi setan dari setan . hahahahah ??
benda yang jin selalu main kat rumah kita gulikan
pls laa guna tajuk yg sama. penat cari lain2 tajuk ni. nasib baik ade yg rajin tlg cari previous stories
WTA
OT tu Old Traffor ke Over Time? hehehe, and btw. kenapa semua cerita hakak ni tajuk dia rumah bernombor? bnyk kali pindah rumah ke apa? hehehe
operation theater – OT
nak tanya juga OT tu ape..thanks for info
semoga penulis cerita ni sentiasa dalam perlindungan Allah SWT…
Org dekat yg x disangka kan, d***h daging sendiri.. dah penah rasa org xdisangka buat kita.. hancur rasa hati, kenapala ikutkan bisikan syaitan.. htr kat kita supaya kita merana.. sungguh jahat, sungguh kejam
Apsal makngah tu jht sgt erk? Tp tu la kan…slalunyet org yg kita x sangka tu yg buat…smoga tabah yer…
jahatnye mak ngah nye..org rapat kot..adeh..skang nie xleyh percaya org even org yg terdekat
Full Story Akak Rumah D13A
1. http://fiksyenshasha.com/rumah-no-23/
2. http://fiksyenshasha.com/rumah-no-9/
3. http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-3/
4. http://fiksyenshasha.com/rumah-ss14-pj/
5. http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-d13a/
6. https://fiksyenshasha.com/pantang-rumah-tingkat-d13a-2/
7. https://fiksyenshasha.com/rasuk-rumah-tingkat-d13a-1/
8. http://fiksyenshasha.com/kifarah-rumah-d13a/
9. https://fiksyenshasha.com/rumah-d13a-memori/
Assalam nk tnye kisah nk ada sambungan tak?
i love all your stories!! mmg terbaek & puas hati baca. thanks for sharing! dan semoga d permudahkan urusan awak sekeluarga serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah. aamiin