“Kakak” tu Ada kat Tingkap.

Assalamualaikum semua. Aku seorang lelaki  berumur 20an.Kisah aku ni bukan satu perkara biasa bagi siapa yang tinggal di blok kediaman kelamin (kuarters TLDM), Lumut. Aku dapat latihan industri di salah satu syarikat perkapalan di sana, tak silap aku tahun 2010. Aku nya excited tak payah cerita sebab salah satu, student kan kalau dapat tempat yang ada kemudahan rumah abang atau kakak yang dekat untung besar sebab free keduanya abang aku bagi motor dia atau kereta dia untuk aku guna,so tak yah pening-pening fikir transport. Okay pendekkan cerita.

Ini tentang anak buah aku, Zahra. Dia selalu ternampak benda-benda yang menakutkan ni.Walaubagaimana pun mak dia, kak Ezrin penakut juga la, kadang-kadang penakut kalau tiba dia nak bercakap pasal ‘benda-benda’ kat tengah malam.

Ada satu malam tu, kebetulan abang aku ‘duty malam’ tinggal lah aku, kakak aku dengan anak buah aku ni si Zahraa. Macam biasa lah abang aku ni kadang-kadang selalu bercerita pasal cerita-cerita hantu dikawasan blok-blok sekitar sana bila masa aku lepak-lepak dengan dia.

Aku kadang-kadang dengar macam tu saje lah. Malas nk dengar sangat, biasalah blok-blok sana da bertahun-tahun askar keluar masuk ada yang ditinggalkan lama kosong. Even aku sendiri seram kalau lepak malam-malam kat luar balkoni rumah dia ni sbb mengadap bukit sebelah sekolah rendah sana.

Malam tu, Berbekalkan secawan kopi o panas yang kakak aku buatkan untuk aku sebelum dia tidur. Aku lepak luar tu sambil main handphone sorang-sorang. Kakak aku terus masuk tidur so aku memang akan tutup sikit lampu bagi malap sikit yelah malas nak membazir kan. Jam da tunjuk jam 12 lebih macam tu. Tengah sedap-sedap lepak dalam gelap malap sikit sambil main game, tiba-tiba si zahraa ni muncul sebelah aku. “pak ngah, kenapa tak tidur lagi ni?”. Aku pun terkejut lah tiba-tiba dia muncul tak dengar bunyi apa-apa. “ouh, pak ngah tak boleh tidur la zahraa, panas lagipun pak ngah nak habiskan level game ni.tak lepas-lepas” sambil tekan-tekan butang handphone aku.

“pak ngah panas eh?”Tanya zahraa.
“ahha zahraa, panas nak hujan kot, tengok bintang pun tak de. Nak hujan la kot”.
“Zahraa panas juga pak ngah”. Zahraa mencelah.
“Sebab apa panas kan dah kipas kat bilik tu, mama kan da on kan” balas aku.
“Zahraa panas mungkin sebab kakak tu kat bilik zahraa panggil-panggil kat tingkat tapi zahraa tak kawan dengan dia!” zahraa bebel dengan muncung dia.
Aku apa lagi berderau d***h la. Aku bisik dalam hati “ apa benda lah budak ni, aku kat luar ni!!! Tingkap dia kat sebelah pintu bertentang dengan bilik aku. Tentu-tentu aku boleh nampak”. “Alah zahraa cakap la kat kakak tu jangan kacau, zahraa nak tidur”. Dia bangun dari duduk tengan menempek (bersandar) sebelah aku terus ke bilik dia.

Tak sampai 5 minit, dia datang balik kat aku. “Pak ngah dia tak nak balik!, dia ada kat tingkap tu, pak ngah pergi lah cakap dengan dia. Die bisinglah, zahraa tak boleh tidur”. Aku lak tiba-tiba berani bangun pergi jenguk bilik dia dalam gelap tu. Aku lalu lorong dari ruang tamu selang 10 langkah sampai ke bilik zahraa. Pintu terbuka, aku da rasa seram tiba-tiba. Aku hentikan langkah aku kat depan pintu mengadap tingkap bilik dia terus mata aku focus ke tingkap bilik tu, “Ya Allah, ada bayang kat balik langsir, rambut mengerbangg.

Kebetulan kipas bilik dia ni kuat pulak, terselak-selak kain langsir dia. Nampak sikit la dibalik langsir tu. Ya itu perempuan yang zahraa cakap ‘kakak’ tu!. Aku apa lagi, gigil lah kat situ. Cepat-cepat lah aku pusing balik menghala ke ruang tamu dengan langkah besar aku tapi aku rasa perlahan lak. Tengah aku jalan menghala ke sana.

Anak buah aku ni pun satu. Dalam gelap tu, Boleh berdiri pegang bear-bear dia(doll kesayangan dia) berdiri kat tembok bucu lorong tu dengan pijamas dia. Macam nak m**i aku terkejut dalam tengah-tengah takut masa tu.

Aku macam nak bersilat da masa tu dengan gelap malap lampu yang berbaki sikit dari dapur yang aku on tu, aku nampak zahraa dengan rambut kembang sebelah dia, da macam hantu aku tengok sambil tanyakan “Pak ngah, ada kan kakak tu kat sana” dengan nada budak yang moody dan suara slow. Weh aku nak sepak je sebab ingatkan hantu!. Aku capai anak buah aku, terus aku bukak semua lampu dalam rumah tu. Apa lagi, macam ada kenduri kahwin aku kerjakan rumah abang aku sebab da takut. Aku panggil kakak aku dalam bilik dia.

Main jerit je weh aku masa tu sebab kalau nak ke bilik kakak aku kene lalu bilik zahraa ni. Rupa-rupanya kakak aku da macam nak m**i ketakutkan dalam bilik tu. Sebab dia pun dengar die bercakap ke apa tah. Hahah part ni lawak sebab dia lari ke ruang tamu dengan muka takut dia. Aku ingat dia tidur m**i! Hahaha.. muka pucat lesi.

Aku terus capai phone aku yang kat luar, terus call abang aku suruh balik. Ada hal urgent aku kata. Selang setengah jam, tiba-tiba pintu rumah kene bukak..aku ingat hantu main tombol pintu! Rupa-rupanya abang aku. Fuh! Lega. Abang aku masuk ruang tamu lepas dia tutup pintu. Lepak kejap sambil dia Tanya “apa hal?”. Anak buah terus cerita “ zahraa kena kacau dengan ‘kakak’ tu.

Mula-mula zahraa ajak main-main sebelum tidur, sampai da ngantuk, zahraa suruh dia balik tapi dia tak nak, dia marah zahraa sampai mata dia jadi merah, muka pun berubah.” Sambil dia mengendeng (berpangku) dengan ayah dia. “ kau balik tadi lalu depan bilik zahraa, tak nampak pape ke long?”. Abang aku jawab “ tak de”. “kakak tu takut dengan ayah sebab selalu kalau ayah ada kat rumah, dia datang tapi suruh balik, dia balik” celah zahraa. Dalam hati aku, “weh aku ada lagi 3 bulan lagi weh. Bertuah punya budak!”.

Abang aku terus tak jadi pergi ‘duty’ dia. Last-last aku lepak dengan abang aku sampai pagi. Esok tu aku cuti lah apa lagi, mengantuk gila. Abang aku pesan dengan anak buah aku, lain kali kalau nak berborak, pergi masuk bilik pak ngah.pergi berbual dengan dia. Jangan dengan kawan-kawan luar rumah bila malam. Aku pun berhuhu sebagai abang aku cool je dia maybe da biasa kot kerenah anak dia.“kau tu dah panggil bukan reti nak suruh balik ‘kawan-kawan kau tu’. Selalu macam ni”. Zahraa mengangguk paham. Hah pasal kakak aku pulak, dia kaku diam seribu bahasa malam tu tak cakap apa-apa. Rupa-rupanya dia lah dengar macam-macam kat luar rumah masa kejadian tu berlaku.macam-macam orang cakar dinding, orang ketuk dinding, orang bercakap, tergelak mengilai. Patutlah dia diam seribu bahasa. Hahaha masa tu lah aku tengok muka kakak aku putih pucat lesi…

Sebenarnya banyak cerita seram sepanjang aku dengan zahraa ni. Anak buah aku yang paling banyak mulut. Kalau lepak dengan aku, macam-macam cerita seram dia share. Aku suka layan mana part yang tak seram lah. Yang seram, aku tukar topic cerita kartun. Hahah pak ngah dia memang penakut hahahaha. Keistemewaan zahraa bagi aku anugerah juga lah tapi kadang-kadang boleh buat aku nak pergi toilet kencing pun takut kalau tiba malam teringat cerita dia.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Zamiy Razali

13 thoughts on ““Kakak” tu Ada kat Tingkap.”

  1. Fuhhh semangat…cuak beb…masa aku stay kuarters RAMD…anak buah tuan rumah malam2 melalak…kitaorg sebilik…

    Dia selalu tunjuk area tengah antara katil…tuuu tuuu tuuu…rupanya benda tu stay situ main dgn bdk ni..jadah..dh la aku selalu duduk tengah2 tu

    Reply
  2. Anak buah teman pon mcm tu gak…selamba jer ckp kt situ ada hantu takut…mn tak naik bulu roma…mmg budak2 dibukakan pintu hijabnya…diorang nampak…kita jer tak nampak…kalo teman jd miker pon teman seriau…

    Reply
  3. mcm anak buah saya nama Zaara, dia sllu main ckp satu org bila d tanya main dgn sapa dia kata kwn kwn mna tu kwn tu dia. tunjuk luar rumah bila tnya muka mcmna dia buat muka yg seram mcm lidah terkeluar dan mata terbeliak. bila pggil ustaz suruh ubat ustaz kata tu jin baik cuma nak berkawan tp jgn d biar takut lama2 dia suka dia nak anak buah aku. so abg aku decide bg x nmpk je terus alhamdulillah sebulan dua ni dah xda dia ckp ada kwn lg da. better bawa berubat bro dah teruk benar tu takut makhluk tu suka anak buah kau. naya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.