———Pengenalan———–
Ini adalah pengalaman penulis sendiri sewaktu kecil zaman 90an (diceritakan kembali oleh ibu dan ayah penulis)
HIDUP sebagai anak bomba atau anak anggota beruniform tak lari dari terpaksa tinggal di kuarters. Aku mula merasai tinggal di kuarters bomba (melaka) sejak aku mula lahir lagi. Mama abah juga selalu manjakan aku (kerana aku anak sulung mereka) dan mereka tak pernah berhenti membelikan aku barang2 mainan kesukaan aku. Waktu aku umur 3tahun, mama belikan aku basikal beroda 3. Memang tak lekang lah aku dengan basikal tu, sebab zaman tu memang ‘trending’ kalau dapat basikal 3 roda. Aku masih ingat lagi keadaan dalam rumah kuaters tu. Aku pulak tinggal di tingkat 2. Nak turun main kat bawah, memang kena tunggu abah balik kerja dulu. Jadi aku pun banyak habiskan masa di rumah dengan basikal kesayangan tu. Dalam aku main-main tu, aku selalu pandang jam dinding antik yang mak aku letak di penjuru rumah.
Tik tok tik tok
Bunyi yang sangat kuat dan aku jadi ketagih untuk dengar bunyi tu
Jam tu sangat besar, dan paling penting, setiap jam 12, jam tu akan berbunyi kuat. Pada satu hari, aku demam. Mama aku cakap, perangai aku semakin pelik sejak demam tu. Aku selalu bercakap sorang-sorang, bermain sorang-sorang. Mama abah aku makin risau dengan perubahan aku. Seminggu, 2 minggu, 3 minggu, demam aku masih belum kebah. Bermacam ubat aku makan, bermacam klinik aku dibawa, masih juga sakit-sakit dan demam belum kebah. Dan bila abah mendukung aku dekat dengan jam antik tu, aku menangis kuat. Aku seperti ketakutan dengan jam antik tu sedangkan dulu aku sangat ‘rapat’ dengan jam tu. Abah mama semakin cemas dan risau. Disebabkan itu, mama abah buat keputusan untuk bawak aku berjumpa bomoh (bomoh ni dicadangkan oleh paklong aku)
Sewaktu aku dibawa berjumpa bomoh, mama aku cerita dia nampak kain kuning dalam satu bilik bomoh ni. Memang seram sejuk meremang bila lalu bilik tu. Tapi mak aku tak fikir apa dah. Tujuan dia datang ke situ hanya untuk sembuhkan aku dan ‘bersihkan’ aku. Sewaktu proses penyembuhan aku, bomoh tu memberitahu mama abah aku, aku terkena badi. Bomoh tu tanya mama abah aku, ada tak perasan apa-apa sebelum aku demam. Mama cakap, aku selalu main basikal aku depan jam dinding antik kat rumah tu. Selalu tenung, pandang lama2. Selalu cakap-cakap dengan ‘SESUATU’ di jam tu. Kemudian, bomoh tu buka cerita..
Sebenarnya, ada roh wanita yang tinggal di jam dinding tu.. seperti ada roh yg terperangkap. Dan dia perlukan jasad yg baru utk hidup semula.. mula-mula, ‘benda’ tu main je dengan aku..tapi lama kelamaan dia mula cuba masuk ke tubuh aku dan nak cuba parasit dalam tubuh aku. Sebab tu aku sakit demam2. Bomoh tu bagitahu jugak, kalau mama aku lambat, mesti aku dah takde :'(
Nasib mama aku cepat bertindak. Dan aku demam pun sebab ‘benda’ tu dah melekat dengan aku. Sesi ‘pembersihan’ pun dijalankan.. dan lepas je bomoh buang benda tu dari aku, terus aku sembuh dr demam. Esoknya jugak mama aku ajak abah pindah dari kuaters bomba melaka tu terus ke penang. Sebelum kami gerak pulang, abah cerita hal ni pada sorang kawan dia (anggota bomba juga). Kira pakcik tu dah senior la kat bomba tu. Pakcik tu pun bukak cerita.
Dulunya kawasan tu merupakan kawasan hutan. Dan didiami oleh orang2 dulu2. Nak dijadikan cerita, jam dinding antik tu dijumpai oleh orang2 yang ditugaskan membersihkan hutan tu untuk tujuan pembangunan. Kira mereka jumpa banyak barang lama, rangka2 manusia dari zaman kekejaman jepun pun masih ada.. Barang2 antik dan lama yang masih cantik telah dihadiahkan kepada pakcik2 bomba ni. Waktu kuaters bomba sudah dibina, mereka letak salah satu barang antik tu dalam setiap rumah kuaters bomba kat situ. Kira konon cantik la. Tapi semua barang rosak dan m**i tak sampai seminggu. Hanya jam antik rumah aku je yg masih berfungsi dengan baik hgga skrg. Abah memang dah seram sejuk, terus abah salam2 pakcik tu, masuk kereta pecut laju ke perak dengan 140km/j. Haha
Jadi, cuba check rumah korang, manatahu ada jumpa barang antik yang dah lama ‘tinggal sebumbung’ dengan korang. At least korang boleh ready. Hehehe
P/S : zaman itu “famous” dengan bomoh, pawang berbanding ustaz2.
Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit