Gangguan Makhluk Di Apartment

Hi kepada pembaca-pembaca sekalian. Terima kasih andai cerita ini di publishkan oleh pihak Fiksyen Shasha.

Ini adalah cerita sebenar yang mana wataknya telah diolah bagi menjaga sensiviti masyarakat yang terlibat dalam pebabitan pengalaman mistik mereka dikehidupan nyata.

Tidaklah terlalu seram cerita ini, tetapi kewujudan makhluk lain itu adalah benar.

Tidak membuang masa, aku nak cerita pengalaman sepanjangan aku intern dan habis intern. Ku perbahasakan diriku sebagai Aku. Aku mempunyai 4 kawan intern yang lain. Dimana kami ditempatkan di satu company yang sama. Ku perbahasakan diri mereka sebagai Ali, Abu, Aminah dan Fatimah. Aku dan Ali merupakan kawan baik manakala Abu merupakan kawan tetapi hubungan ku dengan Abu tidaklah serapat dengan Ali.

Perjalanan kami untuk sampai ke destinasi intern mengambil 580km untuk sampai ditempat itu untuk kami menimbah ilmu yang masih mentah. 10 jam perjalanan cukup menjadikan kami penat dan lapar (Aku teruskan dipart sampai hostel jelah. Sebab boring kot dengar perjalanan kami).

Sesampai kami dihostel, kami disambut dengan seorang lelaki yang tidak berapa tinggi, putih, dan muka common sahaja (HAHAHAHAHAH jahat aku ni bab kutuk orang).
HR menyuruhnya untuk mengambil kami lalu menempatkan kami dihostel tersebut. Ku perbahasakan lelaki itu sebagai Ajib. Ajib mengangkat begku yang mana memiliki saiz lebih besar daripada rakan ku yang lain.

Situasi apartment yang bakal aku duduki selama 5 bulan itu amatlah sederhana yang mana mempunyai satu sofa buruk dan ia menarik perhatian ku kerana aku merasakan sesuatu yang ganjil dirumah itu.

Beberapa kemudian itu, bermulalah kisah seram yang hanya aku sebagai penduduk tetap rumah itu alami. Jenis aku, seseorang yang memakai jam ketika tidur supaya senang sikit untuk ku melihat waktu agar tidak terlewat untuk bangun bagi meneruskan sisa hidup. Tetapi pada suatu hari dan ianya berulangkali berlaku selepas hari itu, ketika aku bangun, aku mendapati jam yang aku pakai itu terbuka dan terletak elok diatas sofa (aku tidur disofa selama 5 bulan). Aku berasa pelik. Andai kata kawan-kawan ku yang lain membukanya, sudah tentu tidak kerana aku jenis yang mudah terbangun apabila disentuh atau dikejutkan.

Hari demi hari berlalu dan aku endahkan hal itu. Tapi kali ni, dia mencabar iman dan kejantanan ku sebagai lelaki. Hari tu aku bekerja office hour, dan aku balik pukul 5. Sesampai di hostel, aku mendapati pintu grill hostel terkunci dan kunci itu hanya atas grill lalu aku membukanya dan aku masuk seperti biasa tanpa ragu. Sedang aku membuka kasut, aku terdengar perbualan staff tetap yang berada dibilik utama. Mereka berketawa riang. Dan aku berpikiran positif yang mereka balik awal dan mempunyai kunci tersendiri.

Sedang aku menyalin pakaian, pintu hostel ku diketuk halus menandakan orang ingin masuk. Bertapa terkejutnya aku apabila mendapati orang yang berada dipintu itu adalah penghuni bilik utama. Aku terkesima. Aku kaku seketika. Lalu aku mengkhabari mereka hal tersebut. Salah satu daripada mereka ketakutan dan ingin tidur diruang tamu menyertai kami yang lain.

Hari berlalu dengan tenang tetapi tidak bagiku, disuatu senja yang indah dan hanya aku penghuni yang berada dihostel aku kini dicabar lagi dengan perangai saitan jin itu. Aku terdengar bunyi barang atau lebih tepat lagi baldi yang dileparkan daripada bilik utama. Aku terkaku seketika. Aku berbicara ” jangan kau ganggu aku”. Selepas aku berbicara sedemikian rupa, “penghuni” itu semakin ganas dan aku dengan daya seorang manusia yang lalai berlalu keluar bagi mengelakkan perkara yang tak diingin berlaku. Aku diberanda hostel menunggu kepulangan penghuni yang lain. Aku bediam. Menyimpanya sebagai rahsia terbesar ku.

Masih kalian mengingati Aminah? Yang juga merupakan kawan intern aku? Dia merupakan insan terpilih yang mempunyai deria istimewa. Dia khabari kami yang blok tersebut mempunyai “penjaga”. Dia menyatakan yang “pejaga” tersebut berwarna hitam, tinggi setinggi apartment 4 tingkat yang kami duduki. Dia tidak menganggu sebaliknya menjaga. Allahualam. Aku apabila terdengar cerita itu, kini lebih berhati-hati dengan setiap tuturkata ku.

Sementara hari berganti minggu, minggu bertukar bulan. Kini masuklah tepat 2 bulan intern aku. Hari bertukar ke bulan, gangguan juga bertukar lebih ekstrim. Disuatu malam yang hening, perkhabaran angin menyatakan langit cerah tetapi tidak bagi diriku. Aku terjaga waktu subuh. Aku jenis haus walaupun tidur. Aku bangun bagi mendapatkan seteguk air dari botol ku yang berada tepat atas kepala ku tetapi dilantai. Aku ternampak satu lembaga tanpa badan mengelilingi rumah. (Yang paham, pahamla). Aku mempercepatkan hajat ku. Apa yang aku perasan, lembaga itu berenti tepat dengan tingkap dimana ditepi tingkap itu merupakan tempat tidur Ajib. Aku memerhatikan dalam samar. Ia berlalu dan keesokan harinya, aku mengambil tangkai daun limau purut dan limau purut bagi memagari rumah. ( kedengaran agak syirik tetapi setahu ku tangkai limau purut berkesan untuk menghalau lembaga tersebut. Maafkan saya jika salah. Saya jahil dengan semua ini)

Ajib bertanya “ini untuk apa? ” btw Ajib ni dia keras kepala tapi aku sayang dia sebab dia aku nampak lemah semangat. Aku berkata ” letakkan saja untuk keselamatan mu”. Dia berkeras untuk mengetahui. Segalanya aku ceritakan. Tetapi riak wajahnya memberitahu ku dia was-was dengan apa yang aku khabari. Aku tersenyum. “Terpulangla” kata ku lembut.

Ajib diserang demam dan dia tidak dapat turun kerja. Tetapi aku tetap kerja dan aku kebetulan office hour, so tiada masalah buat ku untuk merawat Ajib. Tiba malam menjelma. Sedang lena penghuni lain tidur, aku dikejutkan dengan satu perasaan gusar dan perasaan itu terhadap Ajib yang lemah terkulai dek demam. Aku merapatinya, dengan tak semena-menanya aku berkata ” JANGAN KAU GANGGU DIA” dengan mukaku mengadap bilik utama. Aku tahu yang ada lembaga telah memasuki rumah dan cuba membuat onar. Aku sedar tetapi aku dalam samar. Aku kembali tidur sedia kala. Aku mendiamkan cerita ini.

Sampai di penghujung bulan, hostel kami didatangi rakan-rakan daripada daerah lain untuk dijadikan “backup” sementara senior kami “outstation” atas urusan kerja. Jika menempatkan 3 orang rakan baru di ruang tamu, alamat sardin campur mayonisla jawabnya. Seorang daripada tetamu baru itu berhajat tidur di bilik utama yang mana bilik itu hanya didiami oleh 2 orang penghuni saja. Keesokan paginya, kecoh hostel dengan berita si tetamu baru ini ditarik kakinya ketika ia sedang tidur. Aku tersenyum, dalam hati ku “dia kembali lagi”.

Berhenti gangguan ghaib, gangguan mental juga aku ğalami. Tak perlu aku ceritakkan disini (kalau ada page yang sesuai sudalah aku luahkan). Kini adalah bulan terakhir aku sebagai intern student disyarikat itu. Aku dikejutkan dengan tangan kanan ku yang tiba-tiba sakit. Sebenarnya sudah lama tetapi aku terperasan pada akhir bulan intern ini. Aku cuba merawat diri ku sendiri dengan ayat suci Al-Quran. Elok tetapi balik lagi. Aku bukanlah tidak percaya dengan pengamal perubatan Islam tetapi sebagai seseorang yang berbangsa Dusun dan hidup dalam keadaan Dusun, macik ku bercadang untuk berjumpa “Bobohizan” yang mana merupakan bomoh kampung bagi kaum Dusun di Sabah. Aku meminta untuk nenek itu bagi melihat pergelangan tangan ku yang sakit sekian lama. Tetapi aku merahsiakan kejadian2 mistik tersebut.

Setelah dia selesai, nenek itu mengkhabariku yang ini adalah perbuatan manusia. Nenek itu kata “orang dengki”. ALLAHU, mengucap panjang aku dalam hati. Tetapi aku senyum. Lalu macik ku mencelah “siapa yang lalukannya?” Nenek itu berkata “kawan- kawan juga” semakin panjang aku mengucap. Tetapi dengan senyuman aku berkata “saya tidak mahu tahu sama ada dia lelaki atau perempuan. Cukup Allah itu ada”. Bukan ingin menunjuk tetapi inilah yang nyata. Diberikan aku sebotol air untuk dihabiskan sebagai penawar. Alhamdulillah sembuh. Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.

Macik ku memanggil pengamal perubatan Islam ke rumah untuk iktihar buat kesekian kalinya. Aku diruqyah, tetapi tiada kesan. Teakhir, pengamal itu berkata, aku hanyalah terkena keteguran. Tetapi pada waktu tangan aku sakit, aku medapati yang sebenarnya aku dalam gangguan sihir. Tetapi aku diamkan. Aku buntu samada ingin percaya salah satu daripada mereka.

Apa yang tersisa untuk ku adalah, aku dapat merasa jika ada kehadiran mereka. Sehingga sekarang, pergelangan tanganku masih sakit secara misteri. Insya-Allah dalam bulan ini aku akan berjumpa seorang ustaz bagi mendapatkan penjelasan ini.

Semoga apa yang saya khabarkan menjadi tauladan hendaknya hikmah disebalik semua ini. Allah besama orang-orang yang sabar. Amin..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Ashraf

6 thoughts on “Gangguan Makhluk Di Apartment”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.