Ronda-ronda Highland Tower

Assalamualaikum & Salam Sejahtera FS Fans!

Ini nukilan pertama ku, itu pun kalau Admin luluskan. Thanks, Admin kalau lulus kan, in shaa Allah kalau rajin, ada lagi menyusul.

Kisah ini pendek sahaja dan mungkin tidak seram, tapi berdasarkan pengalaman kami berlima geng gegirls waktu tu.

Seperti biasa, zaman lewat 90an dahulu smartphone tak wujud lagi, internet yang ada pun yang dial up putus-putus tu dan MiRC 😅. Jadi, untuk hilangkan kebosanan kami pada malam minggu, selain melepak kerjanya ronda-ronda dengan kereta Kancil ku satu KL (time ni Kancil la yang boleh mengusung kami yang seramai 5 orang, kadang-kadang 6 orang tu).

Nak dijadikan cerita, ada satu malam minggu kami pakat-pakat ronda KL selepas lepak di mamak. Aku, sebagai pemandu memulakan perjalanan dari Cheras ke Bangsar dan akhir sekali ku cadangkan ke Ampang, paling tepat Highland Tower!

Apa lagi, memang kami berlima ni kaki horror movies@stories semua sebulat suara setuju (yeay!). Pemanduanku pada malam itu berjalan lancar dari Bangsar menuju ke Ulu Kelang tanpa stereng tercabut (yup, stereng ku penat tercabut weih ada satu kali tu pelik macam mana boleh tercabut. Misteri hingga ke hari ni). OK, back to the story…

Setibanya kami di Ulu Kelang dan menghampiri selekoh untuk membelok ke jalan Highland Tower, kelihatan suasana sunyi dan hanya lampu-lampu tiang dan dari beberapa biji rumah banglo. Kami berhenti di jalan yang depan tu dalam 50-100 meter nampaklah konkrit runtuhan Kondominium tu. Cadanganya nak lepak kat tapak tu sesambil berborak cerita seram. Tapi.. sebelum sempat kami melangkah keluar…

Tiba-tiba segerombolan anjing datang ke arah kereta kami (lebih dari 5 ekor) menyalak-nyalak ke arah kami. Menyumpah kami semua, apa ingat kami ni perompak ke. Terbantut nak turun, langsung terpaksa start enjin sebab laungan anjing-anjing ni menjadi-jadi. Pakat-pakat semua tu keliling Kancil waktu tu.

Punyalah bengong aku waktu tu tak terfikir tang mistik ni semua kecuali bengangkan anjing-anjing tu. Ku pulas stereng untuk U-turn dan hendak keluar dari situ. Ikut juga anjing-anjing tu semua dengan tak berhenti menyalak dan menderam macam nak terkam kami (huh, nasib baik la dalam kereta).

Masa nak U-turn tu, tiada apa-apa di sekitar kereta kecuali anjing-anjing tu ya, rumah banglo pun jarak dalam 12 kaki dari kereta dan kawasan lapang tiada pokok-pokok di tepi jalan tu. ‘BANG!!!!!’ Kedengaran seperti hentakan atas bumbung kereta macam ditimpa konkrit atau kayu balak (dalam hatiku, menyumpah apa punya batu la jatuh atas bumbung ni, kalau kemek mana nak cari duit nak betulkan dah la kereta baru).

Ya, time tu aku masih tak fikir benda tu lagi kecuali geng aku yang memang aku lihat dari cermin semua mata dah terbeliak mulut melopong. Dapat je keluar dari jalan Highland Tower tu ke jalan besar Ulu Kelang, anjing-anjing tadi berhenti ikut. Dan barulah masing-masing buka mulut serentak.. “Weih, Janet ko perasan tak tadi bunyi atas bumbung tu? Anjing-anjing bukan dok nyalak kat kita la. Kami lihat depa pandang atas bumbung keta ko. Mana ada pokok ke apa kat area kita stop tadi.” Maka, barulah sel-sel otak ku berfungsi, ya tak ya.

Masakan tiba-tiba benda jatuh dari atas walhal takda pokok apa keliling kereta waktu tu. Tiba je mamak (sekali lagi makan waktu ni hampir jam 2 pagi tak silap), aku terus cek bumbung kereta.. Alhamdulillah, tak ada kemek walau sebesar kuman pun nak dibandingkan bunyinya tadi yang kuat ya amat. Apa yang anjing-anjing tu nampak ya, adakah mereka menyalak-nyalak sebagai amaran kepada geng kami supaya tak keluar kereta?

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
MissJanet

8 thoughts on “Ronda-ronda Highland Tower”

  1. aku rasa ye anjing2 tu nak bagi amaran kat kauorang supaya jangan keluar.sebab anjing ni dia boleh nampak benda2 halus ni

    Reply
  2. sha teringin nak ikut buat benda2 mcm ni..tpi bila tanya nti umi jawab”knape nak cari nahas..nmpk lipas pun jerit lgilah nmpk hantu lgi keluar anak tekak..baik duk umah buat persiapan jadi bini orang{masak ke mengemas ke}..sha dalam hati bakal suami pun takdak..huahuah..

    Reply
  3. nsb la ko xslh bwk org we..mcm membe aku..siap lepak mamak dgn bende tu.last2 kwn sndr tertgl dkt dlm higland tower..mse nk hntr balik tu sume pakat xnk dudok sblh bende tu tp nk xnk terpksa gak we.banglo ko ckp tu aku pnh msk.syg we banglo tingl brg dlm tu full finish kot.mayb dieorg blah dr banglo tu tampa bwk brg byk kot sbb msh byk brg2 dlm tu.tp skrg ni xslp aku nk msk xboleh kot sbb dh berpagr kan???nnt cuba korg pg pulak dkt banglo lama dlm kemensah tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.